Siapa nak jadi MP angkat tangan. Jawatan kosong ini ditawarkan 4 atau 5 tahun sekali. JPA tak buat syarat apa pun untuk jadi MP. Dapat undi majoriti satu undi pun layak jadi MP. Nak hantar seorang MP ke Parlimen, bukan murah kosnya. Belanja kempen selama 10 hari bukan sikit oi. Kalau jadi calun BN, ada sponsornya. Kalau jadi calun Pas, penyokongnya yang terpaksa menghabiskan duit untuk kerja-kerja pilihan raya.
Dengan kos kempen lebih 100 ribu, tak berbaloi kalau MP yang kita pilih, tidur di Parlimen. Kalau setakat mengemukakan soalan lisan sahaja, rasanya tak berbaloi.
Kita mahu MP yang boleh berbahas di peringkat umum dan di peringkat jawatan kuasa. Terlalu banyak isu yang boleh dibahaskan. Jika MP keluar rumah dan ke Parlimen pun dah ada banyak perkara ternampak untuk dibahaskan. Memang kerja MP ialah untuk bercakap di Parlimen.
Jangan hairan jika seorang yang ada jawatan kanan dalam parti tetapi tidak boleh bercakap dalam parlimen. Jangan hairan jika Uztaz kaki kuliah pun, tak mampu bercakap dalam parlimen. Jangan hairan jika bekas pimpinan pelajar pun tak ada idea nak bercakap dalam parlimen. Jangan pelik kalau ada MP hanya datang jengah muka sebentar ke parlimen untuk layak dapat elaun sidang sahaja. Ada yang jadi malaikat bisu dalam parlimen. Bila habis penggal parlimen, kita pun tak tau adakah dia seorang MP.
Pas Pusat kena pantau prestasi MPnya. Saya memang menyampah MP yang tidur dalam Parlimen kerana saya memang gian nak bercakap dalam Parlimen. Ha ha. Banyak benar yang nak dibahaskan. Saya tahu standard jawapan menteri, hanya sekadar memberi jawapan!
Pengundi Kuala Terngganu kena cari MP yang bisa bercakap dalam parlimen, bukan sekadar dok terbeku dalam kedinginan hawa di Parlimen.
1 comment:
Pada 17 Januari 2009, pengundi di Kuala Terengganu akan mengundi dalam pilihanraya kecil.
Isu 1: BN menang dalam pilihanraya 8 Mac lalu dengan 628 undi. Itu pun disebabkan oleh ketokohan calon, Dato' Razali Ismail.
Isu2: Daripada 4 DUN di parlimen Kuala Terengganu, BN tewas di tiga DUN & menang 1 saja di DUN Bandar (pengundi Cina ramai di DUN Bandar).
Isu 3: Pembangkang (DAP khususnya) dan parti komponen Cina dari BN (MCA dan Gerakan) tentu akan menggunakan isu kenyataan Mukhriz untuk "mengajar" pemimpin UMNO. Kita dapat melihat tren ini dalam PRU12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru2 ini.
Isu 4: Kalau BN kalah di Kuala Terengganu atau menang terlalu kecil di sana, ini menunjukkan pengundi Cina terus menjauhkan diri dari UMNO. Dalam PRU13 nanti, apa yang akan berlaku ialah pertandingan antara UMNO and the rest of the people. MCA dan Gerakan akan diassociate dengan UMNO, for their own survival.
Isu 5: Apakah manfaat kenyataan Mukriz selain mempopularkan dirinya tetapi pada masa yang sama merugikan BN / UMNO; sekaligus menjadikan UMNO "parti pariah" yang disisihkan oleh semua orang? His statement won't change anything! It does more harm than good.
Isu 6: Adakah pemimpin UMNO merasakan mereka terlalu cerdik sehingga hilang segala kebijaksanaan dalam bercakap dan bertindak?
Marilah kita sama2 berfikir.
Post a Comment