Friday, December 12, 2008

PRIORITI DAN KEMISKINAN TEGAR

Pakar ekonomi dan semua orang mengaku bahawa dalam hidup ini kehendak manusia tidak terbatas tetapi kemampuan kewangannya terhad. Begitu juga dalam sesuatu negara, banyak sangat yang hendak dibuat tetapi sumber kewangannya tak mencukupi. Maka lahirlah apa yang dikatakan Bajet Tahunan dan dibentangkan setiap tahun dalam Parlimen atau DUN. Yang selalu kita dengar ialah Bajet Defisit kerana terpaksa berbelanja juga walaupun wangnya tiada. Ada tak dalam negeri di Malayisia ini yang membentangkan bajet serimbang? Sepatutnya Terengganu atau Sarwawak ada baget seimbang tetapi negeri inilah yang kadar kemiskinannya yang tertinggi.

Jika negeri yang ada sumber wang yang banyak tak mampu membentangkan bajet seimbang, dan kemiskinan tegar masih wujud dalam negeri berkenaan, maka kenyataan TGNA ada benarnya, begitu sukar kemiskinan dihapuskan. Isunya ialah prioriti negeri berkenaan ialah tidak untuk menggarap kemiskinan rakyat. Tiada program raksasa untuk menghapuskan kemiskinan rakyat. Banyak hal lain yang hendak dibuat. Pedulikan orang tak makan, rumahnya senget dan bocor, dan tiada motivasi mengejar pendidikan terbaik. Mereka terus terpenjara dalam putaran ganas kemiskinan.

Ya, isunya ialah prioriti. Belanja Monsun Cup lebih penting lagi. Masjid Kristal lebih utama lagi. Pertandingan Kuda lebih syok lagi. Biarkan rakyat dengan deritanya. Biarkan rakyat khayal dengan janji-janji pembangunan. Apakah Pas mampu menghapuskan kemiskinan dengan gagasan ekonomi islamnya? Jawablah sendiri.

Setakat ini kenyataan TGNA ada benarnya, kemiskinan terus wujud dan semacam tidak boleh dihapuskan. Orang miskin lama tak selesai lagi, datang pula kumpulan orang yang tiba-tiba miskin. Ha ha. Musim kemelesetan ekonomi sudah tiba. Pulohan ribu kena buang kerja. Bisnes merudum walau pun syarikat milik anak raja. Senarai bankrap akan meningkat. Apa macam Utusan Meloya, negaraku terus makmur!!!!



No comments: