Saturday, December 13, 2008

LEDAKAN SABU DIPERLUKAN

Bagus sekali pelbagai pandangan telah dikemukakan mengenai siapakah calun terbaik Pas di PRK Kuala Terengganu. Nampaknya semacam jumhur pendapat mahukan Mohamad Sabu sebagai calunnya. Hanya Pas Terengganu sahaja yang belum memberi signal atau pandangan rasminya sahaja, kerana ianya tertakluk kepada keputusan Jawatan Kuasa Pas Pusat. Keputusan Pas Pusat tidak dapat lari dari kehendak dan selera Presidennya TG Hj Abdul Hadi Awang.

Apakah Hj Hadi termakan dengan isu kriteria calun tempatan sehingga memungkinkan Mohamad Sabu tidak terpilih. Hakikatnya isu anak tempatan secagai calun terbaik terlalu meleset kerana Mohamad Sabu sahaja yang kalah dengan majoriti paling kecil di dalam pilihan raya umum lalu di Terengganu. Nampaknya pengeluar idea itu iaitu Ketua Pemuda Pas Terngganu terlalu bersungguh-ungguh hendakkan calun tempatan sehingga hujah dan faktanya tidak benar.

PRK ini merupakan gelanggang terbaik supaya ianya menjadi satu inspirasi dan gelombang kepada PRU ke 13 nanti. Isunya mestilah isu nasional. Calonnya juga merupakan tokoh nasional, lambang kepakatan rakyat Malaysia melalui Pakatan Rakyat. DAP, PKR dan Pas luar Terengganu berharap sangat Mohamad Sabu sebagai calun PRK ini. Ledakan rakyat mahu bersama dengan Ledakan Sabu.

Pada 1990, Tuan Guru Nik Aziz menjemput Mohamad Sabu bertanding di Kelantan supaya ledakan Sabu bersama ledakan rakyat Kelantan. Berjaya.

Pada 1999, Ustaz Fadhil Nor memancing Mohamad Sabu ke Kedah pula. Ledakan Sabu berjaya sehingga BN Kedah hilang majoriti dua pertiga.

Pada 2008, Ledakan Sabu diperlukan di Terengganu pula. Hj Hadi secara peribadi yang mahu Mohamad Sabu bertanding di Terengganu. Tapi rakyat Terengganu tak bersama arus perdana. Itu pun keputusannya lebih baik dari tahun 2004 yang calunnya Syed Azman. Mohamad Sabu hanya kalah 600 undi sahaja.

Takdir jangan disedihkan. Namun ramai juga yang kecewa Mohamad Sabu kalah pada PRU 12 lalu. Mereka kesal kenapa Mohamad Sabu meninggalkan Kuala Kedah. Ha ha. Tetapi entah macam mana Allah memberi peluang sekali kepada pengundi Kuala Terengganu menyahut permintaan rakyat Malaysia supaya Mohamad Sabu diekspot ke Parlimen. Apakah hikmahnya apabila nyawa bekas Timbalan Menteri Pendidikan yang di pilih ke alam barzakh ye. Marilah kita merasai tanda-tanda Allah swt.

Hanya satu yang saya nak ingatkan, ketika peristiwa peluru Batu Buruk lalu, Mohamad Sabu juga pencetus keberanian kepada ummah di sana. Takkan saya nak sambung ayat apa yang sepatutnya ditulis di sini.

Yang kelakarnya Ibrahim Ali pun nak kempen untuk Mohamad Sabu jika Mohamad Sabu yang bertanding. Lim Guan Eng nak berkampong di bandar Kuala Terengganu. Pas Wilayah akan bekerja mati-matian. Pas Tampin dah beli khemah untuk berkhemah di tepi pantai kerana tak mampu nak sewa hotel.

Ya, Ledakan Sabu diperlukan.

1 comment:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam,
Mat Sabu memang dikenali individu istimewa. Apa kata kalau dia disimpan untuk bertanding di Kepala Batas, kerusi yang akan dikosongkan oleh PakLah dalam tahun 2009?