Doa saya:
SELAMATKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH
HANCURKAN PIHAK YANG BERRJUANG BUKAN KERANA ALLAH
HANCURKAN ORANG YANG KERAS DENGAN JAMAAH DAN BERLEMAH LEMBUT DENGAN MUSOH JAMAAH.
AMIN
Friday, March 2, 2012
SEKALI LAGI: CUKUP 2 PENGGAL KEPADA PM DAN MB
Memang sukar kita nak menghalang kegiatan rasuah di dalam negara. Namun pihak berkuasa hendaklah menunjuk sikap tegas kepada rasuah. Jika ada aduan, segeralah siaasat. Janganlah rasuah yang kecil sahaja disiasat tetapi yang besar tidak disiasat.
BN memang tak serius menentang rasuah. Banyak kes besar terlepas begitu sahaja.
Jika PR memerintah nanti masih buat macam BN juga, maka kita juga kena menghumban PR. Jangan fanatik dengan PR.
Sebagai langkah mula, PR kena semak MBnya atau Exconya yang rasuah dan salah etika dalam pengurusan negeri. Jika pimpinan PR tak responsif dengan pentadbiran kerajaan negeri, maka rakyat akan bertindak apabila membuang undi. Bau busuk mana boleh tutup.
Saya cadangkan TG Nik Aziz berundur dalam PRU 13 sebagai menyahut semangat manifesto PR, PM dan MB setakat dua penggal sahaja. Kita kena tunjuk contoh dulu, baru rakyat percaya kepada kita. Saya tak fikir pimpinan Pas Pusat atau anggota Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan berani meminta TG Nik Aziz berundur pada PRU 13 nanti.....
Alangkah harum nama TG NIk Aziz jika berhenti di zaman kemuncaknya. Soal pengganti, biar Pas Pusat yang tentukan.
Thursday, March 1, 2012
FIQH AL-AWLAWIYAT
Awlawiyat, prioriti atau keutamaan - sama maknanya. Hanya lain bahasa.
Yang selalu mengajar dan menyebutnya ialah para pemimpin atau uztaz atau tuk guru. Kita yang dibawah ini, beria-ia mematuhinya. Tetapi yang tukang ajar - tak konsisten menurutnya. Ha ha.
Bagai nak rak program Himpunan Lynas dirancang. Kononnya 10,000 anggota Pas Pahang dikerah hadir. Top-top PJnya tak ada. Mungkin PJ Pahang ada awaliyat yang lain agaknya. Wooooo
(Terima kasih kepada anon yang memberitahu istilah yang tepat)
(Terima kasih kepada anon yang memberitahu istilah yang tepat)
Wednesday, February 29, 2012
Dr Zulkefly terbabas
YB Dr Zulkefly Ahmad adalah antara pimpinan Pas Pusat yang rajin, bijak strategi dan kreatif.
Tetapi macam Sanusi Junid, kreatif berlebih-lebih pun akan menjadi macam orang "gila". Ha ha. Ya le, tanam padi atas bumbung.
Apabila Dr Zul menyatakan Pas bersedia melantik bukan Islam sebagai Timbalan Presiden Pas, maka beliau sudah terbabas.
Dalam Pas sekarang ini, nak bagi orang bukan berkelulusan pengajian Islam (Ustazlah tu) sebagai Timbalan presiden pun sukar sekali. Inikan pula nak bagi kepada bukan Islam.
Woooo.
PAS TAK SOKONG LYNAS?
Himpunan Lynas pada Ahad lalu amat berjaya. Tanpa sekatan polis, himpunan memakmurkan ekonomi Kuantan. Apabila semua orang bergerak, kegiatan ekonomi secara otomatik rancak.
Hanya kita tertanya-tanya, Pas macam tak serius dengan Himpunan Lynas. Presiden dan Timbalan Presiden tidak ada, walaupun program ini telah dirancang agak awal lagi. Malah PJ Pahang yang menetapkan tarikh pun tak nampak batang hidung. Ketua Pemuda Pas, yang anak Pahang, yang rela mengorbankan darah pun tidak ada!!!!!
Maka tak hairanlah ada pihak yang mengatakan ada pimpinan Pas bersekongkol dengan projek Lynas. Woooo.
Nasiblah Salehudin dan Zul Omar menyelamat nama PAS di Himpunan Lynas.....
Tuesday, February 28, 2012
PAS MEMANG PEMURAH
Bila Umno perintah sewajibnya orang Umno dapat projek. Pelik benar jika orang Pas dapat.
Bila Pas perintah Kelantan, Brahim Ali dapat projek. Katanya upah lawan Umno ketika itu. Wooo. Tak caya, tanyalah orang Kelantan.
Bila Pas perintah Kedah, orang Umno juga yang dapat projek yang besar-besar. Kononnya doktrin Pas suka mengagih-agih projek kepada ramai orang, tetapi katanya kini hanya seorang kuat Umno Kedah yang bakal dapat projek.
Fasal itulah Fahrolrazi Nawawi merajuk diri tak mahu disambung sebagai Exco. Ya lah, lazimnya kebenaran akan lambat diketahui ramai orang.....
Kononnya juga MB Kedah lebih suka melayan orang Umno dari orang Pas. Betul ke. Jika sembang politik di Kedah, jangan sambil makan laksa. Kok tersembor dek marah. Woooo
Kesian Salahudin kena settle masaalah Kedah. Mana orang "besau" yang lain?
Apapun Pas memang pemurah. Nak tambun tanah di markas Pas Kedah pun bagi kat Umno projeknya. Woooo.
MENGAPA 2 EXCO TAK MAHU BERSAMA KABINET AZIZAN?
Pas Pusat boleh selesaikan masalah perlantikan Exco negeri Kedah.
Tetapi mesti ada sebab penting mengapa dua orang Exco tak mahu dilantik lagi bersama kabinet Azizan Razak.
Pahrolrazi dan Dr Ismail tak mau menyatakan sebab-sebabnya di khalayak umum. Yang ini Pas Pusat kena kaji dan selesaikan segera dengan Azizan. Sementara ahli bawah masih beradab dan menjaga kepentingan parti, eloklah diselesaikan segera. Jika ada "penyakit" tak diubat segera, maka lambat laun ianya akan menjadi barah membunuh parti...
Monday, February 27, 2012
DAILOG TERBUKA SETIAP MAJLIS CERAMAH
Sudah sampai msanya program ceramah Pas atau Pakatan Rakyat mengadakan sessi dailog atau soal jawab antara penceramah dengan khalayak yang hadir.
Khalayak perlu bertanya subjek yang tidak disentuh oleh penceramah atau khalayak belum puas hati dengan keterangan sang penceramah.
Biar khalayak puas hati dan hati puas.
Kita pun akan lebih yakin dengan keterampilan para penceramah - bukan sekadar syok sendiri!!!!
Ustaz Azhar Idrus bukanlah ulama besar tetapi sessi dailognya dengan khalayak telah menyebabkan lahir satu fenomena baru!!!!!
Ketika di ambang PRU 13, inilh peluang terbaik, penceramah PR mendengar suara hati rakyat bawahan melalui dailog terbuka.
Sunday, February 26, 2012
BUAT DOSA UNTUK DAPAT PAHALA?
Syok jadi pemimpin. Ha ha. Jika tidak, mengapa ramai sangat menawarkan diri menjadi pemimpim. Walaupun kena buang masa, wang dan tenaga - syok jadi pemimpin, Malah walaupun tiada masa, kurang tenaga dan kurang wang - tetap mahu jadi pemimpin. Woooo
Pemimpin mesti menjadi sumber inspirasi orang bawahan atau pengikutnya. Tetapi jika sudah ada tanda atau reaksi negatif dari orang bawahan, eloklah mengundur diri. Kalau tidak, anda akan menjadi sebab utama orang bawah berbalah. Mula-mula nampak kecil. Tetapi lama kelamaan akan menjadi barah. Mula-mula dapat dipendam dan disorok. Akhirnya akan meletup jua. Bila meletup - semua kojol.
Kes Datok Asri dan Muhammad Nasir pada 1977/78 adalah bukti yang nyata. Pergeseran antara dua tokoh yang menyebabkan ada dua kumpulan. Akhirnya rakyat tolak Pas!!!!. Nak pulihkan Pas, kena tunggu 22 tahun!!!!!
Dalam Pas amat pelik. Kononnya nak buat pahala bekerja dalam parti. Tetapi kekadang kena buat dosa dahulu dengan bergocoh sesama sendiri kerana alasannya - nak buat "yang lebih baik". Woooo. Itulah dikatakan - buat dosa dahulu untuk dapat pahala. Ajaran baru ke ini????
Saturday, February 25, 2012
POLITIK: MEMBUNUH ATAU TERBUNUH
Semua jawatan politik ada kontrak masanya. Setiap jawatan ada pihak yang berkuasa atau diber kuasa untuk memilih atau melantik sesesorang.
Rakyat berkuasa menukar kerajaan jika tidak berpuas hati, tetapi kena tunggu habis penggal pilihan raya - 4 atau 5 tahun sekali.
Sultan pun boleh gugurkan MB tetapi kena tunggu habis penggal pilihan raya juga, macam kes Idris Jusoh di Terengganu
Umno atau Pas boleh buang Presidennya atau Timbalan Presidennya tetapi kena tunggu tahun pemilihan di Perhimpunan Agung Umno atau Muktamar Tahunan Pas. Itulah yang terjadi kepada Pak Lah dan Nasarudin Mat Isa.
Nak buang MB kena tunggu pilihan raya juga - samada kalahkan dia di peringkat DUN atau Presiden parti tak lantik lagi atau Sultan tak mau lagi. Atau ajak semua anggota DUN buat undi tak percaya kepada MB sekarang juga. Woooo.
Kekadang politik seperti perang - membunuh atau terbunuh. Tarak win-win punya. Ha ha.
Friday, February 24, 2012
EXCO BARU KEDAH?
Pagi ini akan ada majlis angkat sumpah anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Benarkah akan ada Exco baru?
Benarkah akan ada Exco baru?
Wednesday, February 22, 2012
MOHAMAD SABU DI MAHKAMAH PAGI INI
Hari ini keputusan kes Mohamad Sabu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, samada dakwaan kesnya berkaitan Mat Indera boleh diteruskan atau tidak. Ini adalah kes bersejarah yang pertama sekali di Malaysia iaitu satu pandangan berkaitan dengan sejarah lampau dibicarakan.
Jika hakim berpendapat kes ini boleh dibicarakan, maka anugerah MALAYSIA BOLEH adalah paling tepat sekali. Woooo.
Kita tunggu sebentar lagi keputusannya.
Tuesday, February 21, 2012
ABU - MOTIVASI ANAK MUDA KINI
Semalam saya hadir ceramah Anwar di Dewan Beringin Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur. Melayu, Cina dan India hadir sama.
Sempatlah jumpa kekawan lain dan pekena teh selepas tamat program. Antara cerita menarik ialah sikap orang muda kini. Walau apa pun fitnah dibuat ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat, anak muda kali ini tetap bertekad mahu menjatuhkan Umno/BN dahulu. Nampaknya slogan ABU - Asal Bukan Umno sudah menjadi motivasi utama anak muda kini.
Syabas!!!!!!
Monday, February 20, 2012
IKUT METODE AZHAR IDRUS!!!!
Program Ustaz Azhar Idrus meletup di mana-,mana. Orang Pas datang. Orang Umno datang. Anak muda rock pun datang. Maaf cakap, program Pas dan Anwar pun boleh kalah dibuatnya.
Mengapa program Azhar Idrus meletup?
Antara sebab utamanya ialah ada sessi soal jawab. Ada interakasi dua pihak- yang menyampai dan yang mendengar. Pendengar nak tanya apa yang tidak faham atau nak tanya subjek yang tidak disentuh oleh penyampai. Ini adalah konsep dan amalan komunikasi yang baik dalam berdakwah.
Alangkah baik program politik pun buat begitu. Jangan buat satu hala. Seorang cakap setengah jam sudahlah. Kekadang tokoh kecil pun nak bercakap walaupun tokoh besar ada. Buang masa aja. Isinya akan berulang-ulang. Maka tak hairanlah para pendengar pekena sup gear box di ujung padang ceramah. Ha ha.
Ya, kita cadangkan supaya diadakan sessi dailog atau soal jawab selama satu jam selepas ceramah politik disampaikan. Kita nak tengok sejauh mana kemampuan tokoh politik mengulas akan soalan yang ditanyakan oleh para pendengar. Setakat berair ayat al quran dan hadis belum cukup untuk mengupas persoalan politik negara.
Sunday, February 19, 2012
BERLEBIH BENAR TU
Kita menghormati rakan-rakan kita yang berlainan ugama, bangsa dan budaya. Bagi saya memadailah kita tidak menghalang mereka meraikan kepercayaan dan budaya mereka masing-masing sudahlah. Namun mereka jangan pula "berlebihan" sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada kita pula.
Mutakhir ini, baik BN atau PR sama sahaja perangainya. Masing-masing nak tunjuk mereka turut meraikan perayaan bangsa/ugama lain. Kekadang nampak berlebihan pula. Dalam facebook pun ditunjukkan merekalah jaguh dalam meraikan kawan mereka yang berlainan agama atau bangsa itu. Yang peliknya, mereka tak pula beria-ia menyambut perayaan yang berkaitan dengan ugama dan bangsa mereka sendiri.
Itulah gara gara gila politik. Nak raih undi, sehingga tak adil keoada ugama dan bangsa sendiri!!!!!
Saturday, February 18, 2012
jatuhkan bn dulu wei
Salah satu perbezaan utama antara parti politik Islam dengan parti politik biasa ialah sikapnya terhadao Israel.
Bab Israel - sikap Pas tidak akan sama dengan partik politik lain.
Dalam bab Israel, Umno dan Anwar mungkin sama sikapnya. Bukankah Anwar dalam Umno ketika pasukan bola keriket Israel datang melawat ke Malaysia satu ketika dahulu. Israel sudah pun berdagang dengan Malaysia sejak Anwar dalam Umno juga.
Maka pada masa ini sehingga menjelang PRU 13, tumpuan tenaga kita ialah menentang dan menjatuhkan BN dan Umno. Selepas itu, baru kita cerita bab lawan israel semula. Woooo.
Friday, February 17, 2012
MANA YANG PALING TELUS DAN BERSIH
Sila buat undian di bahagian kanan blog ini.
Mencari yang terbaik antara yang baik.
Woooo
Mencari yang terbaik antara yang baik.
Woooo
Thursday, February 9, 2012
BERUNDURLAH SECARA SUKARELA BILA TAK POPULAR
Kalau anda popular dan layak menjadi calon, maka berebut-rebutlah orang mengalu-alukan anda sebagai calon.
Teringat bagaimana Mohamad Sabu yang menjadi calon di Kuala Terengganu pada 2008. Walaupun atas arahan Pas Pusat bagi Mohamad Sabu bertanding di Kuala Terngganu tetapi ianya "kurang selesa" kepada sebahagian pimpinan Pas Kawasan yang mengidam sama kerusi tersebut. Undi yang diterima oleh Mohamad Sabu melambangkan perpecahan antara undi DUN dan undi Parlimen. Undi Pas di peringkat Dun lebih banyak dari Parlimen kerana ada suara yang berkata " Undi Pas untuk Dun wajib, undi untuk parlimen, terpulang kepadamu"
Cakap banyak pun tak guna. Nak faham, fahamlah. Itu Mohamad Sabu, orang politik bertaraf nasional. Inikan pula calon bertaraf bilis di peringkat DUN. Wooooo.
Tuesday, February 7, 2012
ANAK JANTAN POLITIK: KEMBALI KE NEGERI ASAL
Besar harapan PR Johor mahu memartabatkan Salahudin Ayub sebagai MB Johor.
Kalau ikut mazhab Hasan Ali, PR Johor kena dapatkan restu Sultan Johor terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa pengistiharan, Ha ha
Hebat sekali matlamat PR Johor. Bukan sekadar mahu menafikan majoriiti dua pertiga, tetapi terus mahu memerintah Johor. Tanpa Hasan Ali pun, matlamat PR Johor tetap BESAR. woooo.
Jika Salahudin tak dapat jadi MB, dapat jadi Ketua Pembangkang di Dun Johor pun sudah Ok juga. Ha ha.
Apabila Salahudin kembali ke negeri asal, rasanya pimpinan Pas yang lain pun kena buat begitu juga. Baru anak jantan!!!! Mohamad Sabu dan Mujahid Yusof Rawa kembalilah ke Pulau Pinang untuk meningkatkan martabat Melayu PP. Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Mujahid sewajarnya membuat gagasan besar politik Melayu Pulau Pinang. Kalau tidak, mamak-mamak Pulau Pinaang akan mengaku Melayu JATI di Pulau Pinang. Wooooo
Sunday, February 5, 2012
ISYARAT SEBENAR HJ HADI
Apabila Hj Hadi memberi isyarat mahu berundur dari politik, sebenarnya ia memberi isyarat kepada pemimpin veteran Terengganu lain agar berbuat demikian juga. Hj Hadi telah melantik Wahid Endut sebagai Pesuruh Jaya Pas Terngganu. Ini menggambarkan penyerahan mandat Hj Hadi kepada pimpinan pelapis baru Pas Terngganu untuk mengetuai pemerintahan selepas PRU 13 ini.
Hj Hadi akan lebih bersedia untuk fokus politik Malaysia. Rakan-rakan sebayanya atau yang lebih tua dari beliau, wajar juga fokus kepada poltik Malaysia atau berundur diri memberi laluan kepada generasi pelapis. Rakyat mahu melihat barisan pemimpin Pas yang muda, segar dan agresif.
Moga Pas Terngganu akan mengambil alih pemerintahan dari BN pada PRU 13 ini. Dan Wahid Endut sebagai MBnya. Pemimpin veteran tetap memberi sumbangan besar kepada Pas dan tetap berpeluang menjadi penasihat kepada generasi pelapis. Jangan pula generasi pelapis buat tak tau sahaja kepada pemimpin veteran selepas menang!!!!
Saturday, February 4, 2012
BAKAL CALON: TANYALAH ORANG SEKELILING
Rakyat cenderung memilih Pakatan Rakyat
Tetapi pada beberapa kes, rakyat tak berminat dengan seseorang menjadi calon pilihan raya mewakili PR.
Ada yang menjadi MP masa kini, tetapi rakyat tak berminat
Ada yang menjadi Adun masa kini, tetapi rakyat tak berminat
Ada yang menjadi YDP masa kini, tetapi rakyat tak berminat
Ada yang menjadi AJK Pusat, tetapi rakyat tak berminat pun
Malah ada yang jadi MB, tetapi rakyat tak berminat.
Eloklah sang calon bertanya orang sekeliling, betapa popularnya aku? Jangan syok sendiri nak jadi calon, walhal orang bawah pun tak yakin dengan anda. Tak menjadi calon, bukan bermakna anda tidak berjihad. Woooo.
Janganlah kerana anda, PR tak menang!!!!
Friday, February 3, 2012
ALAHAI - BILA NAK ISTIHAR HARTA
Antara manifesto PR Negeri yang belum memerintah ialah mahu mengistihar harta MB dan Exconya, selepas menang menumbangkan BN. Kita teramatlah mengalu-alukannya.
Hanya yang kita pelik, setakat ini negeri-negeri yang sudah diperintah oleh PR, masih belum pun berbuat demikian, kecuali Pulau Pinang!!!!
Agaknya MB Kedah, Kelantan dan Selangor ada nas supaya tidak perlu mengistiharkan harta. Jangan risau, rakyat tak akan meminta harta peribadi tuan-tuan!!!!. Wooooo
Thursday, February 2, 2012
PELANCARAN DANA PILIHAN RAYA PAS TAMPIN
PELANCARAN TABUNG PILIHANRAYA
PARLIMEN TAMPIN
MAKAN MALAM BERSAMA TUAN HJ MOHAMAD SABU - TIMBALAN PRESIDEN PAS
TARIKH:
26 HB FEBRUARI 2012
TEMPAT:
MARKAS PAS CAWANGAN TAMPIN
BATU 2 3/4, JALAN REPAH
TAMPIN
N.SEMBILAN
JAM:
8.30 MALAM
DAPATKAN TIKET VVIP RM 50 DAN TIKET BIASA RM 25 DARI:
HJ ROSLI IDRIS: 013-6315181
HJ ABU SUFIAN: 013-6303848
ISKANDAR:017-8050938
Monday, January 30, 2012
RAKYAT MAHU KEBENARAN
Apabila rakyat sesebuah negara menegur pemimpin negara misalnya PM, bukan bermakna rakyat itu mahu menjadi PM.
Apabila anggota parti menegur pemimpin parti, misalnya Presiden, bukan bermakna anggota parti itu mahu menjadi Presiden parti.
Apabila rakyat sesuatu negeri menegur MBnya, bukan bermakna rakyat itu mahu menjadi MB.
Rakyat hanya mahu pembaharuan. Rakyat mahu kebenaran. Rakyat mahu jawaban.
Saturday, January 28, 2012
HIDUP AZIZAN
Pas, bab lawan Umno nombor satu. PM ke , TPM ke, menteri cabuk ke - penceramah Pas balun semacam sahaja. Ha ha.
Tetapi apabila MB atau exco Pas yang sedang memerintah negeri buat "kelaku" - tak ada siapa yang balun. Woooo.
Mungkin agaknya kerana adab jamaah, maka tak boleh membalun kerajaan Pas. Yang boleh dibalun ialah kerajaan BN sahaja. Jika kerajaan Pas, kena selesai cara "dalaman" sahaja, kononnya.
Dalam kes KUIN - tak dengar pun komen pimpinan atasan Pas. Dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan AJK Pas Pusat - kecut perut dengan Azizazn. Woooo
Hidup Azizan!!!!!
Saturday, January 21, 2012
MANA SATU PILIHAN HATI
Alangkah baiknya jika yang memerintah tu sama agama dan sama bangsa dengan kita. Tetapi jika yang sama agama dan sama bangsa itu, kaki rasuah, apa macam?
Jika sesama bangsa itu, semuanya baik, maka kita akan memilih orang yang terbaik
Jika sesama bangsa itu semuanya terburuk, maka kita akan memilih orang yang paling kurang "buruknya":. Ha ha.
Tetapi jika ada orang yang seugama dan sebangsa denagn kita adalah kaki rasuah dan sebaliknya ada seorang lagi pula lain ugama dan bangsanya tetapi amat bersih pemerintahannya - mana satu pilihan hati.
Politik Malaysia kini semacam mahu memilih antara Melayu yang rasuah atau Cina yang bersih. Ya, nak pilih Melayu Umno yang rasuah atau Cina DAP yang bersih?
Yang pasti dan mudah ialah memilih Islam dan Melayu PAS dan PKR. Jika semua kerusi Umno bertukar kepada Melayu PAS dan Melayu PKR - maka tak timbul Melayu hilang kuasa di negara ini. Woooo
Jika orang Cina sudah bersedia menyokong Pas dan PKR, maka tak ada sebab orang Melayu takut untuk menyokong Pas dan PKR.
Yang kita mahu kerajaan bersih dan komited dengan kerajaan yang bersih. Umno nak selesaikan kes lembu yang melibatkan RM 250 juta pun terkial-kial. Nampak sangat tak peka langsung dengan kehilangan dan salah guna wang rakyat!!!
Sebahagian rakyat Malaysia pada PRU 13 ini sebenarnya mahu menentukan pilihan mereka - samada mahu Melayu Umno yang rasuah atau Cina yang bersih (DAP). Woooo.
Friday, January 20, 2012
BANDUAN PUN ADA HAK BELAJAR
Dalam menghadapi cabaran politik moden, pemimpin politik atasan Pas kekadang dilihat sebagai jumud.
Dalam era orang nak buang Akta Universiti, MB Kedah selaku orang kuat KUIN telah menggantung pelajarnya dari mengikuti pengajian. Bagi seorang pelajar, hukuman yang paling keras ialah pergantungan pengajian. Hidup dan tujuan seorang pelajar ialah belajar. Jika pergantungan belajar dikenakan ke atas serang pelajar - itulah hak dan keistimewaan yang paling utama bagi seorang pelajar yang dihilangkan dan dirampas.
Seorang banduan pun diberi hak untuk belajar dalam sel penjaranya!!!! Inikan pula seorang yang hanya didakwa sebagai melanggar peraturan Universiti sahaja. Tak padan hukuman dengan dosanya itu. Belajar merupakan hak asasi manusia. Ia mesti di beri, walau dengan apa cara sekalipun.
Seorang banduan pun diberi hak untuk belajar dalam sel penjaranya!!!! Inikan pula seorang yang hanya didakwa sebagai melanggar peraturan Universiti sahaja. Tak padan hukuman dengan dosanya itu. Belajar merupakan hak asasi manusia. Ia mesti di beri, walau dengan apa cara sekalipun.
Pas Pusat wajar menasihati MB Kedah. Kedah gagal melaksanakan aspirasi manifestonya.
Cara Pas menghadapi kes KUIN, akan menyebabkan Pas kehilangan sokongan undi orang muda!!!
Wednesday, January 18, 2012
LANTAK KAULAH HASAN ALI
Sekarang, jika Hasan Ali nak kata apa pun kepada Pas, saya tak marah. Ha ha. Dia bukan anggota Pas, sudah tidak tertaklok kepada adab dan peraturan sebagai anggota Pas. Lantak hanglah, nak kata apu pun. Siang malam, pagi petang - buatlah kerja itu. Round dunia pun saya alu-alukan.Setiap amal akan dibalas Allah jua. Terpulanglah kepada dia. Dia ada Phd oi, tentu amat bijak berfikir dan membuat keputusan. Woooo
Jika sesiapa rasa Hasan Ali betul, pun kita galakkan bersama Hasan Ali. Jika Pas tak pecat tuan-tuan, bolehlah tuan-tuan menghantar surat berhenti menjadi anggota Pas. Ha ha. Apa ada hal.
Bagi saya, pimpinan Pas lambat bertindak ke atas anggotanya yang menentang dasar dan strategi parti. Macamlah Pas tak ada peraturan. Pas bukan parti dakwah sahaja tetapi sekaligus parti politik. Mesti ada peraturannya. Kalau lambat, kita akan dilihat pondan dalam membuat keputusan. Namun baiklah "lambat sikit" dari tak buat apa langsung. Woooo.
Friday, January 13, 2012
SELAMAT BERKONVENSYEN
Esok akan berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat ke 3 di Alor Star.
Selain merumuskan keazaman untuk menumbangkan BN pada PRU akan datang serta pelancaran manifesto PR, saya berharap sangat jika konvesnysen ini melahirkan satu piawaian konsep ketelusan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Penubuhan Hisbah atau Selcat, pengistiharan harta di kalangan exco, enakmen kebebasan maklumat, kesederhanaan mengguna kemudahan awam, pemotongan elaun yang berlebihan dan kawalan ke atas belanjawan GLC Negeri perlu dilaksanakan oleh semua negeri Pakatan Rakyat.
Pimpinan negeri-negeri Pakatan Rakyat hendaklah mencontohi mana-mana amalan baik yang diamalkan oleh negeri lain. Tidak kira samada contoh amalan itu dari negeri yang diketuai oleh Pas, PKR atau DAP.
Walaupun setakat ini Ketua Audit Negara memuji prestasi pengurusan negeri Pakatan Rakyat, peningkatan perubahan hendaklah ditingkatakn dan diteruskan.
SELAMAT BERKONVENSYEN
MUSIBAH UNTUK PERPADUAN
Pagi kelmarin saya singgah di Balai Polis Tampin untuk bersama menyambut bebasnya tahanan petugas Pas Tampin. Sesekali rakan kita diterima ujian, ianya memberi makna kepada rakan seperjuangan yang lain pula. Apabila hampir semua pimpinan Pas dan PKR hadir pada pagi kelmarin menunjuk simpati, ianya menggambarkan perpaduan menentang BN
Kekadang kita perlu ada suatu "musibah", untuk menzahirkan perpaduan di kalangan anggota jemaah kita sendiri. Oleh kerana itulah, Islam meminta kita menziarahi orang sakit, yang kemalangan, yang meninggal dunia dan lain-lain musibah. Janganlah kita "berjemaah" dalam majlis kenduri kahwin sahaja.
Anggota Pas perlu dilatih untuk peka dengan perit derita rakyat. Sebelum itu latihlah anggotanya supaya peka dengan perit derita di kalangan anggota jemaahnya dahulu. Bukankah Rasullulah saw sering bertanya hal ehwal akan anggota jemaahnya yang dilihat tidak hadir pada solat jemaah.
Sekadar ingatan untuk diriku.....
Thursday, January 12, 2012
5 TAHANAN REMAN AKTIVIS PAS TAMPIN BEBAS
5 oang aktivis Pas Tampin yang ditahan reman sejak malam Isnin lalu telah bebas pada tengahari ini. Kelima-lima aktivis Pas ini telah menghalang seorang yang tak dikenali yang telah meruntuhkan poster dan kain rentang berkaitan dengan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada 15 Januari ini di Dataran Gemas. Orang yang tak dikenali itu akhirnya diketahui adalah kakitangan PBT Tampin. Kakitangan PBT ini tidak memakai pakaian seragam semasa meruntuhkan poster Pakatan Rakyat. Pihak PR Tampin amat yakin pegawai PBT ini menjadi alat Umno untuk mensabotaj program PR pada 15 Januari yang akan dihadiri oleh Anwar Ibrahim.
Turut hadir di Balai Polis Tampin pada tengahari tadi ialah YB Pesuruh Jaya Pas Negeri Sembilan, pimpinan Pas Kawasan, pimpinan Cabang PKR serta pimpinan Pas cawangan-cawangan di dalam kawasan Tampin.
![]() |
| Kesemua bekas tahan bergambar dengan PJ dan YDP Tampin |
Yang ditahan ialah Zanil Suboh, Shamsudin Hashim. Musa Ali. Mohd Nor Isa dan Mohamad bin Yusof.
![]() | |
| TYDP (kanan) dan NYDP Pas Tampin menunggu sejak awal pagi |
![]() |
| Sebahagian muslimat Pas juga menyambut tahanan reman yang bebas hari ini. |
![]() |
| Musa Ali bersama isreri dan anaknya. |
![]() | |
| Shamsudin dan isteri. |
Wednesday, January 11, 2012
SELAMAT BERJUANG HASAN ALI
Menurut Hasan Ali, sejak 1997 dia sudah perhati Anwar dan akhirnya tak percaya kat Anwar pada minggu lepas. Aduh lambatnya sedar sehinggakan sempat bersama dengan PKR dan DAP untuk memerintah Selangor mulai 2008.
Alah, habak sahaja hang tu dah mula tak laku dalam Pas. Orang bawahan Pas dah tak berkenan dengan hang. Macam-macam orang dah mengata kat hang. Kat Tg Karang tak laku. Kat Gombak tak laku. Jadi PJ, Pas kawasan menyampah. Mana ada kawasan yang beria-ia mencadangkan hang lagi untuk jadi PJ pada 2011.
Oleh kerana hang selalu sebut hang ada PHD, gunakanlah PHD tu untuk buat apa yang patut selepas ini demi kebaikan Islam, Melayu dan Raja. Maklomlah Pas tak sehebat idealisma hang!!!!
Saya ucapkan selamat berjuang kepada Hasan Ali. Janganlah kau kembali kepada Pas lagi. Pas tak layak untuk kau wahai Hasan.
Tuesday, January 10, 2012
USAHLAH DIKAU MERAYU
Nasarudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim menasihat Hasan Ali supaya merayu akan pemecatannya dari Pas. Sebenarnya kedua-dua mereka ini amat mencintai Hasan Ali. Ha ha. Hanya mereka tak gamak nak ikut perangai Hasan Ali sahaja. Wooo.
Wahai Hasan Ali, usahlah dikau merayu kepada PAS lagi. Pas sudah sesat, tak ikut akidah Islam. Lebih baik kau kuatkan HIMPUN bersama Azmi tu. Ha ha. Kau pakar motivasi, tentu ramai yang akan mengikut dikau. Berjuanglah untuk Islam, Melayu dan Raja. Oh ya, Raja-Raja Melayu tu masih kurang elaunnya, baik kau tambah lagi supaya tak sapu balak hasil negeri!!!!
Kepada pimpinan Pas yang masih simpati dengan Hasan Ali, saya mohon agar berjumpalah Hasan Ali setiap hari dan nasihatkan supaya letak jawatan Exco Selangor segera. Ajar Hasan Ali jadi jantan dalam politik. Dan jika ada hutang dengan kekawan dalam Pas, eloklah dibayar segera. Jangan buat "dek" sahaja.
Monday, January 9, 2012
APA LAGI LETAKLAH JAWATAN EXCO TU
Jika Hasan Ali anak jantan dalam politik, beliau sewajarnya meletak jawatan sebagai anggota Exco kerajaan Negeri Selangor selapas dipecat dari Pas.
Jawatan itu dipegang kerana mewakili Pas.
Jika tak hendak letak jawatan, nampak sangat mata duitan.
Kita yakin, tokoh motivasi ini gentle man
Woooo
Friday, January 6, 2012
ASAL BUKAN UMNO
Membuang Umno/BN dari persada pemerintahan negara merupakan langkah pertama ke arah mewujudkan sebuah negara yang adil, telus, bebas rasuah, dan memiliki urus tadbir yang baik.
Penggantinya, mungkin baik pada peringkat awal tetapi belum ada jaminan akan terus kekal baik. Maka tugas rakyat hendaklah terus memantau dan menegur pemerintah semasa. Jika degil tak mau berubah, maka tugas rakyat hendaklah menggantikannya. Kita tidak perlu kesetiaan kepada sang pemerintah. Kita hanya setia kepada sang pemerintah yang baik.
Apa yang penting, bukan siapa yang memerintah tetapi rakyat bersedia "menukar" sang pemerintah bila-bila masa apabila sang pemerintah tidak mahu melaksanakan pemerintahan yang baik.
Jepun dan Amerika terus maju walau sang pemerintah sentiasa bertukar acap kali.
Jangan termakan dakyah "biar Melayu walau rasuah". Itulah asobiyah yang membawa anda ke neraka. Woooo
Slogan "Asal Bukan Umno" merupakan tugas pertama rakyat Malaysia. Tetapi di Selangor - Asal Bukan Hasan Ali. Pas akan menerima padah jika Hasan Ali bertanding lagi. Ingatlah wahai pimpinan PAS!!!!! Bukan anggota Pas sahaja menyampah Hasan Ali tetapi pengundi pun naik muallll!
Thursday, January 5, 2012
RAMAINYA YANG LAYAK
Pada tahap ini sepatutnya Pas Kawasan telah menyenaraikan pendek nama calon yang bakal bertanding pada PRU ke 13. Lazimnya Pas Negeri hanya meminta 3 nama sahaja untuk dipertimbangkan dan seterusnya memilih satu calon pilihan sahaja untuk bertanding. Namun ada desas desus di satu kawasan atas angin telah mencadangkan 7 nama pilihan untuk dipertimbangkan oleh Pas Negeri.
Hebat sekali kawasan atas angin ini kerana tidak mahu "menyenarai pendekkan" bakal calon tetapi sebaliknya "menyenarai panjangkan" nama bakal calon untuk Pas Negeri membuat pilihan nanti. Ha ha.
Nampaknya gaya pengurusan baru sedang dianuti oleh Pas kawasan atas angin ini. Tugas mesyuarat adalah membuat ringkasan cadangan yang akan memudahkan pihak atasan membuat keputusan. Oh, mungkin agaknya Pas Kawasan atas angin ini merasakan semua nama yang dicadangkan layak sekali mengganti calon lama. Jika begitu, signal telah diberi. Alangkah baiknya jika calon lama menarik diri. Kalau kawan sendiri, malah anggota jentera pilihan raya sudah tidak berkenan kepada kita, eloklah angkat kaki!!!
Nampaknya gaya pengurusan baru sedang dianuti oleh Pas kawasan atas angin ini. Tugas mesyuarat adalah membuat ringkasan cadangan yang akan memudahkan pihak atasan membuat keputusan. Oh, mungkin agaknya Pas Kawasan atas angin ini merasakan semua nama yang dicadangkan layak sekali mengganti calon lama. Jika begitu, signal telah diberi. Alangkah baiknya jika calon lama menarik diri. Kalau kawan sendiri, malah anggota jentera pilihan raya sudah tidak berkenan kepada kita, eloklah angkat kaki!!!
Ikut rasmi pelepah kelapa- gugur sendiri, jangan ikut pelepah pisang - kena disentap - bak kata orang tua-tua. Woooo.
Teingat kata kawan-kawan di kedai kopi - kini era "ana yang paling layak". Ha ha.
Wednesday, January 4, 2012
MALAYSIA TETAP MAJU TANPA UMNO/BN!!!!
Pas akan terus maju tanpa Nik Aziz Abd Aziz atau Hj Abd Hadi Awang.
DAP akan terus maju tanpa Lim Kit Siang atau Karpal Singh
PKR akan terus maju tanpa Anwar
PR akan terus maju tanpa Anwar!!!
Yang penting rakyat sedar kebobrokan UMNO/BN.
Yang penting rakyat sedar tanpa BN, Malaysia tetap bertambah maju!!!!!
DAP akan terus maju tanpa Lim Kit Siang atau Karpal Singh
PKR akan terus maju tanpa Anwar
PR akan terus maju tanpa Anwar!!!
Yang penting rakyat sedar kebobrokan UMNO/BN.
Yang penting rakyat sedar tanpa BN, Malaysia tetap bertambah maju!!!!!
Tuesday, January 3, 2012
MISI 2012
Misi pertama 2012 ialah menjatuhkan BN dari tahta negara!!!!
Misi kedua 2012 ialah menjatuhkan BN dari tahta negara!!!!
Misi ketiga 2012 ialah menjatuhkan BN dari tahta negara!!!!
Misi kedua 2012 ialah menjatuhkan BN dari tahta negara!!!!
Misi ketiga 2012 ialah menjatuhkan BN dari tahta negara!!!!
Wednesday, December 28, 2011
PARTI MELAYU ORI
Semua orang ada hak dan visi politik. Tetapi kita mahu mereka konsisten dengan visinya. Barulah kita boleh tabik hormat kepada mereka.
Jika anda seorang pejuang Melayu tulin - tubohlah sebuah parti Melayu, 100% anggotanya orang Melayu, jangan bergabung dengan parti-parti bukan Melayu dalam pilihan raya - bertandinglah seorang diri, jangan layan kehendak bangsa lain, dan pastikan semua sektor ekonomi diambil semula untuk monopoli atau majoriti orang Melayu.
Jika macam tu - baru berjuang untuk Melayu.
Tuesday, December 27, 2011
CALON - MELIHAT KELEBIHAN ORANG LAIN
Menjadi aktivis parti tak siapa bertanya latarbelakang akadamik atau kerjaya kita. Kerja aktivis parti adalah secara sukarela, tak siapa membayar gaji atau elaun kita. Kita hanya mencari ganjaran Allah swt sahaja. Berapa ramai anggota parti yang berkorban dari sekupang dua sehinggalah ratusan ribu ringgit. Ada yang sanggup wakaf tanah berekar kepada parti. Ada yang menyumbang wang setiap bulan. Mereka tak pernah mengharapkan balasan projek jika partinya memerintah. Malah jauh sekali berangan menjadi calun pilihan raya.
Tetapi apabila parti mencadangkan nama calon pilihanraya, ianya tidak terikat kepada nama dikalangan aktivis parti atau di kalangan AJK parti. Kita mencari nama yang mampu diterima ramai oleh pengundi. Barang pasti latarbelakang kerjaya, kelulusan akadamik, hubungan dalam masyarakat dan kemampuan diri diambil kira. Shahnon Ahmad dan Cikgu Huda yang bertanding di Sik bukan pun aktivis parti tetapi dipilih oleh parti mewakili parlimen Sik dan menang. Hasan Shukri yang pernah menjadi Naib Presiden Pas sekian lama pun tak tergila-gila nak cadi calun. YDP Pas Parit Buntar pun tak menjadi calun, sebaliknya memberi laluan kepada Dr Mujahid Yusf yang diimpot dari luar. YDP Titiwangsa juga tidak bertanding memberi laluan kepada Dr Loklo
Pimpinan yang bijak dan berstrategis sanggup memberi laluan dan mencari calon di Luar AJK, jika berhasrat menambah "faktor" kemenangan. Tambahan pula jika sudah beberapa kali bertanding dan kalah. Elok sahaja beri peluang kepada orang lain. Terlebih "perasan" pun tak elok juga. Orang ramai akan lebih hormat kepada kepimpinan kita jika sanggup bertolak ansur dalam mencari kemenangan parti.
Antara "kelemahan" dan "kekurangan" ada perbezaan. Kelemahan mudah dan segera boleh diatasi. Tetapi kekurangan mengambil masa untuk diatasi.
Pemimpin kena "peka" dengan signal orang bawah. Kalau tidak - akan menambah kebencian orang kepada kita!!!!!
Sunday, December 25, 2011
Saturday, December 24, 2011
MELAYU OH MELAYU - 1
Di era awal kemerdekaan, Umno meraih undi dengan isu keselamatan negara. Kononnya mengundi Umno selamatlah negara. Parti selain Umno adalah pro kominis dan mengancam keselamatan negara. Ramailah pemimpin pembangkang yang diISAkan sehingga melumpuhkan parti mereka. Zaman itu hanya ada RTM dan Utusan Melayu sahaja sebagai media propaganda.
Fasa selanjutnya Umno menggunakan isu pembangunan pula. Hanya BN sahaja yang mampu membangunkan negara. Macamlah Amerika , Jepun dan Singapura maju kerana ada Umno.
Namun, apabila Umno berjumpa dengan orang Melayu, isu "Melayu"lah yang menjadi nyanyian mereka. Jika Umno kalah, orang Melayu seolah-olah tidak akan memimpin negara ini lagi. Walaupun semua calun Umno dilawan oleh calun Melayu dari pembangkang, tetapi pengundi dibayangkan jika Umno kalah, calun Cina yang menang. Ha ha. Macamlah Hj Hadi itu Cina yang berjaya mengalahkan Umno di Marang. Macamlah Anwar itu Cina yang berjaya kalahkan Umno di Permataang Pauh.
Umno berjaya memerintah kerana ia terpaksa bekerjasama dengan MCA, MIC dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak. Umno tidak mampu berkuasa tanpa sokongan parti-parti tersebut. Lantaran itulah Umno selalu mempengaruhi pengundi Melayu supaya jangan undi DAP kerana jika DAP menang, maka MCA yang kalah. Kekalahan MCA itu akan menyebabkan Umno pun tak dapat memerintah lagi. Lantaran itulah DAP sentiasa diwarwarkan anti Melayu, anti Raja Melayu, anti Islam!!!! Malangnya, bukan rakyat bawahan termakan nyanyian Umno ini, tetapi ianya sudah termasuk dalam hati sebahagian pimpinan Pas. Walaupun pada zahirnya bersama Pakatan Rakyat tetapi jauh nun di hati, masih teringat-ingat hendak berpeluk dengan Umno!!!!! Mereka sanggup mahu bersekongkol dengan Umno yang haprak dengan rasuah!!!!
Nasib baiklah orang bawahan Pas amat "keras" dengan Umno!!!!
Fasa selanjutnya Umno menggunakan isu pembangunan pula. Hanya BN sahaja yang mampu membangunkan negara. Macamlah Amerika , Jepun dan Singapura maju kerana ada Umno.
Namun, apabila Umno berjumpa dengan orang Melayu, isu "Melayu"lah yang menjadi nyanyian mereka. Jika Umno kalah, orang Melayu seolah-olah tidak akan memimpin negara ini lagi. Walaupun semua calun Umno dilawan oleh calun Melayu dari pembangkang, tetapi pengundi dibayangkan jika Umno kalah, calun Cina yang menang. Ha ha. Macamlah Hj Hadi itu Cina yang berjaya mengalahkan Umno di Marang. Macamlah Anwar itu Cina yang berjaya kalahkan Umno di Permataang Pauh.
Umno berjaya memerintah kerana ia terpaksa bekerjasama dengan MCA, MIC dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak. Umno tidak mampu berkuasa tanpa sokongan parti-parti tersebut. Lantaran itulah Umno selalu mempengaruhi pengundi Melayu supaya jangan undi DAP kerana jika DAP menang, maka MCA yang kalah. Kekalahan MCA itu akan menyebabkan Umno pun tak dapat memerintah lagi. Lantaran itulah DAP sentiasa diwarwarkan anti Melayu, anti Raja Melayu, anti Islam!!!! Malangnya, bukan rakyat bawahan termakan nyanyian Umno ini, tetapi ianya sudah termasuk dalam hati sebahagian pimpinan Pas. Walaupun pada zahirnya bersama Pakatan Rakyat tetapi jauh nun di hati, masih teringat-ingat hendak berpeluk dengan Umno!!!!! Mereka sanggup mahu bersekongkol dengan Umno yang haprak dengan rasuah!!!!
Nasib baiklah orang bawahan Pas amat "keras" dengan Umno!!!!
Wednesday, December 21, 2011
JIKA HASAN ALI ANAK JANTAN
Hasan Ali tak setuju konsep negara berkebajikan Pas.
Jika anak jantan, berhentilah menjadi exco negeri Selangor.
Pas Pusat kena mohon agar MB Selangor melantik exco lain menggantikan Hasan Ali.
Kalau ada apa-apa hutang dengan Harakah eloklah dibayar habis segera kerana Pas bukan badan "kebajikan" menolong orang membayar hutang.
Woooo.
Tuesday, December 20, 2011
ANASIR UG BERKOKOK DALAM PAS
Orang lama dalam Pas boleh membaca gerak geri pimpinan Pemuda Pas. Orang lama dalam Pas tak kagum dengan serban Ketua Pemuda. Orang lama dalam Pas tak hairan status anak Tok Guru Nik Aziz.
Apabila idea UG sedang cuba dimasukkan dalam Pas, kedua-dua anak muda ini adalah antara pendukungnya
Salah seorang anak muda ini meraih projek dari hubungan dengan orang Umno..
Apabila mereka meyokong Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa, maka semakin jelaslah kepada kita - warna kulit mereka yang sebenarnya.
Tetapi anak muda dalam Pas sentiasa 'bersangka baik" dengan pimpinan mereka. Tidak ada jaminan bahawa jika mereka mengambil alih pimpinan Pas Pusat pada masa akan datang - mereka syok dengan idea perpaduan dengan Umno!!!!
Wooooo. Jika saya hidup lagi, maka saya akan menentang habis-habisan.
Monday, December 19, 2011
TINGGALKAN PAS - PAS TERUS MAJU!!!!
Berparti atau dalam Pas disebut berjemaah. Jika anda masuk parti, anda membantu menguatkan parti. Tetapi jika anda keluar parti, jangan fikir anda akan melemahkan parti. Silap sekali jika fikir begitu.
Meriah sungguh bila Pas ada Akl Hayy. Tetapi apabila Akil Hay tidak aktif dalam Pas, Pas tetap bergerak maju.
Pas pernah ada Asri, Nakhaei, Suhaimi Said , dan beberapa nama yang tak larat nak tulis. Ada mereka, Pas diperkuatkan. Tetapi bila mereka keluar Pas, Pas tidaklah lemah. Malah terus maju.
Alhamdulillah jika niat anda masuk Pas untuk menyumbang dan menguatkan Pas. Tetapi jangan sesekali anda keluar atau berhenti dari Pas dengan niat hendak melemahkan Pas. Ianya tidak akan berlaku.
Jika masuk Umno berniat nak kaya, mungkin ada harapan kaya. Nasib tak baik bertambah papa lagi!!!!
Wooo.
Saturday, December 17, 2011
JANGAN TAKSUB - BEBAS RASUAH
Sesiapa nak kaya - berniagalah.
Jika nak kaya dengan jalan politik - mesti ada rasuah atau unsur rasuah.
Tak kira orang BN atau PR - sama sahaja kelakunya. Orang PR belum ada kesempatan lagi agaknya. Ha ha.
Maka yang penting ialah para pengundi kena peka dengan kelaku wakil rakyatnya. Jika menyeleweng kena dibuang dari persada jawatan. Barulah kita akan lahirkan sebuah negara bebas rasuah. Rakyat kena cerdik dan bebas dari ketaksuban parti!!!!!
Jika nak kaya dengan jalan politik - mesti ada rasuah atau unsur rasuah.
Tak kira orang BN atau PR - sama sahaja kelakunya. Orang PR belum ada kesempatan lagi agaknya. Ha ha.
Maka yang penting ialah para pengundi kena peka dengan kelaku wakil rakyatnya. Jika menyeleweng kena dibuang dari persada jawatan. Barulah kita akan lahirkan sebuah negara bebas rasuah. Rakyat kena cerdik dan bebas dari ketaksuban parti!!!!!
Friday, December 16, 2011
HERO KESIANGAN HARI
Hasan Ali akan berusaha menyatukan Pas dan Umno. Siapa pula melantik dia mewakili Pas untuk bersatu dengan Umno? Umno pun tak melantik dia sebagai wakil Umno.
Kok ya nak bayar hutang, janganlah menjadi hero kesiangan hari.
Hari ini Hasan Ali minta pemimpin Pas berjiwa besar, bersedia mendengar pendapat orang lain. Tetapi ketika belaiu sebagai PJ Selangor berbeza pendapat dengan Khalid Samad dan Saari Sungip - dipecatnya Khalid sebagai TPJ dan Saari Sungi sebagai Ketua Penerangan. Termuntah mendengar cakap Hasan Ali ini.
Wooooo.
Thursday, December 15, 2011
SEMUA SEMANGAT BERTANDING
Semua bersemangat menjadi calun pilihan raya.
Yang uzur pun bersemangat.
Yang tak ada wang deposit pilihan raya pun bersemangat.
Yang malas berkhidmat dengan parti pun bersemangat.
Yang tak reti bercakap pun bersemangat.
Yang tak ada kawasan pun bersemangat
Yang kedekut pun bersemangat
Yang tak popular dengan orang bawahan pun bersemangat
Yang kedekut pun bersemangat
Yang tak popular dengan orang bawahan pun bersemangat
Itulah penangan "zaman boleh menang". Woooo
Wednesday, December 14, 2011
SEMANGAT MENANG SEMAKIN MEMBARA
Pilihan raya semakin hampir. Semangat menang semakin membara.
Hanya dikhuatiri persiapan sahaja belum dibuat. Ramai yang bangga dengan kerja "last minute" - semacam jihad yang hebat. Semuanya akan beres apabila sampai masanya.
Betul ke macam itu?
Saturday, December 10, 2011
SHAHRIZAT JANGAN LETAK JAWATAN
Janganlah mendesak Shahrizat berhenti sebagai Menteri sekarang. Kita mahu kalahlah dia lagi dalam PRU 13.
Kita akan bentang poster lembu sebanyak-banyaknya nanti di Lembah Pantai.
Atau kita akan berjamu dengan lembu-lembu milik keluarga Shahrizat.
WOoooo
Friday, December 9, 2011
BOLOT JANGAN TAK BOLOT
Kononnya Umno pejuang nasib Melayu. Sebenarnya mereka menggunakan alasan tersebut untuk memperkayakan segelintir orang tertentu sahaja.
BN adakan permit teksi tetapi bukan induvidu terbanyak yang dapat. Yang dapat hanya syarikat kroni sahaja. Bayangkan satu syarikat dapat 100 ke 500 permit teksi. Depa sewakan kereta sehari antara RM 30 ke RM 50 ke induvidu pula. Betapa untung segera yang depa buat. Dalam masa yang sama induvidu yang menyewa teksi tersebut menjadi hamba membayar sewa teksi selama 5 ke 7 tahun, baru dapat memiliki teksi dengan harga berganda.
BN adakan AP untuk impot kereta mewah. Hanya tak sampai 100 orang sahaja yang layak mendapat AP. Depa sahaja yang membolot sejak AP diperkenalkan. Hanya 15% sahaja yang benar-benar berniaga kereta mewah. Yang lain mengAliBabakan AP itu. Kaya mudah atas angin dengan menjual kertas AP sahaja. Satu AP berharga lebih kurang RM 40,000.00. Jika 100 AP, depa untung atas angin RM 4 juta!!! Apabila ada usahawan baru nak mulakan perniagaan kereta mewah, AP tidak dikeluarkan lagi!!!!! Itulah cara Umno membantu Melayu. Bukan semua Melayu tetapi seorang dua Melayu sahaja. Mestilah rapat dengan Pak Menteri.
Banyak lagi kesah lain. Cukuplah dua cerita itu!!!!! Itu pun penyokong setia Umno tak faham-faham. Woooo
Thursday, December 8, 2011
PEMBAZIRAN TENAGA KERJA DI PERKHIDMATAN AWAM
Penjawat awam adalah berkhidmat untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan parti pemerintah. Namun Umno mewujudkan pelbagai jawatan atas nama perkhidmatan awam untuk menjalankan kerja-kerja untuk kepentingan partinya.
Antara jawatan awam yang diwujudkan itu ialah di KEMAS, JABATAN PENERANGAN DAN RISDA.
Kalaulah Fuad Hassan pun memegang jawatan Ketua Pengarah JASA di Jabatan Penerangan, apa punya tuuur daa!!!!
Tanda jawatan itu tidak penting ialah jawatan itu bertaraf KONTRAK SAHAJA.
Inilah antara pembaziran yang dibuat oleh Umno/BN!!!!!
Tuesday, December 6, 2011
NIK AZIZ BERTANDING LAGI
TG Nik Aziz istihar akan bertanding lagi.
Siapa orang dalam parti berani menasihatkannya untuk berhenti dari bertanding. Tak bertanding dalam pilihan raya bukan bermakna berhenti dari berpolitik dan berjihad.
Cukuplah 5 penggal menjadi MB walaupun beliau tak amalkan rasuah. Beri laluan calun lain pula.
Kalau orang Umno menjadi MB lebih 5 penggal, entah apa orang Pas mengata. Ha ha.
Tinggalkan jawatan eksekutif ketika di kemuncak adalah satu kehebatan!!!!
Takkan orang Pas Kelantaan akan bergaduh sakan nak jawatan MB jika bukan TG Nik Aziz. Wooooo
Sunday, December 4, 2011
UMNO DAN LEMBU
Bagi sesiapa yang mengikuti persidangan Umno saban tahun sejak zaman Mahathir, Pas dan pembangkang lain sentiasa dibalunnya. Samada balunan itu kuat atau tidak bukan isunya, Balun tetap balun.
Zaman Pas kalah banyak, maka Umno akan membalun dengan mengatakan bahwa Pas sudah ditolak oleh rakyat.
Zaman Pas menang banyak, maka Umno akan membalun dengan mengatakan Pas pengkhianat dan pemecah belah Melayu.
Tetapi yang jelas Umno gagal menjaga wang negara - pembaziran, bocor, kronism, ketidakcekapan - sehingga ratusan biliion wang rakyat hangus!!!!! Semuanya dibuat atas nama Melayu. Muntah mendengarnya!!!! Yang terbaru keluarga Shahrizat seorang dapat geran dan pinjaman RM 250 juta untuk projek lembu walaupun keluarganya tidak pernah terlibat dengan perniagaan lembu. Macamlah penternak sedia ada tak reti buat projek lembu. Umno lembu!!!!!
Zaman Pas kalah banyak, maka Umno akan membalun dengan mengatakan bahwa Pas sudah ditolak oleh rakyat.
Zaman Pas menang banyak, maka Umno akan membalun dengan mengatakan Pas pengkhianat dan pemecah belah Melayu.
Tetapi yang jelas Umno gagal menjaga wang negara - pembaziran, bocor, kronism, ketidakcekapan - sehingga ratusan biliion wang rakyat hangus!!!!! Semuanya dibuat atas nama Melayu. Muntah mendengarnya!!!! Yang terbaru keluarga Shahrizat seorang dapat geran dan pinjaman RM 250 juta untuk projek lembu walaupun keluarganya tidak pernah terlibat dengan perniagaan lembu. Macamlah penternak sedia ada tak reti buat projek lembu. Umno lembu!!!!!
Friday, December 2, 2011
UNTUNG JADI ORANG BESAR
Kalau anda orang atasan parti, mudah nak cari kawasan selamat untuk bertanding dalam PRU akan datang. Banyak hujah boleh dikemukakan untuk parti menerimanya. Yang mudah ialah "saya berkesan di parlimen".
Bila "orang luar" sudah dua kali berada dalam kawasan selamat, eloklah berhijrah ke kawasan lain pula. Kesian kat pimpinan tempatan tak berpeluang menjadi Ahli Parlimen pula. Orang atasan parti bolehlah meneroka ke kawasan lain pula. Mungkin kawasan selamat atau kawasan 50-50. Barulah pendekar politik.
Bagi pimpinan atasan PAS, bolehlah memilih tempat di mana MP bisu ketika ini. Antaranya Sik dan Pasir Puteh. Woooo
Thursday, December 1, 2011
NASIBNYA BADAN
Induvidu dalam parti ibarat saham di BSKL juga.
Ada masa menjadi pilihan utama sebagai calon pilihan raya.
Ada masa langsung tidak dicadangkan lagi sebagai calon oleh semua cawangan dalam kawasan.
Malah, ada yang sedang memegang jawatan Ahli Parlimen dan Adun pun tidak dicadangkan juga.
Maka pandai-pandailah sang empunya tubuh membawa diri.
Masa berubah. Kehendak pasaran pun berubah, termasuk calon pilihan raya.
Woooo.
Wednesday, November 30, 2011
UMNO DAN TAUKE CINA BERPISAH TIADA
Jika Umno nak tolong Melayu, tak siapa nak marah. Tetapi yang ditolong ialah seorang dua Melayu sahaja. Dulu Tajuddin MAS, Sekarang Syed Bukhari, Nazir adik Najib dan beberapa kerat orang Melayu sahaja. Asik-asyik depa sahaja yang dapat projek. Macamlah tak ada orang Melayu lain yang layak dan mampu melaksanakan projek.
Bank Bumiputera mampus. Sime Bank kojol. Wang royalti Terengganu dibelanja tanpa perancangan berkesan. Wang Peronas lesap. Felda menindas dan menipu penerokanya. Tapi yang salah DAP!!!!!
Hari-hari Umno marah Cina. Tetapi depalah paling kuat bersekongkol dengan kapitalis Cina. Lesen judi bagi kat Cina. Semua pulau digadai ke Berjaya Group.
Woooo.
Sunday, November 27, 2011
JIKA DAH UZUR USAH BERTANDING LAGI
Pengundi mahu MP dan Adunnya yang sihat. Jika parti tetap memilih calun yang telah uzur, seolah-olah parti tidak ada penggantinya. Jawatan politik bukan jawatan Sultan atau Raja, yang boleh dipegang sehingga mati. Ha ha.
Dan bila nak cari pengganti, janganlah anak pula yang jadi penggantinya. Nampak sangat kronismnya!!!!
Dalam bab ini kekadang Pas dan Umno sama saja, seboleh mungkin anak akan mengganti ayahnya sebagai calun pilihan raya. Woooo
Saturday, November 26, 2011
CARILAH TUAH ORANG LAIN PULAK
Masa berubah. Dulu calun boleh sesiapa sahaja. Sekarang berbagai faktor diambil kira. Antaranya ialah latar belakang pendidikan. Tambahan pula kalau baru menjadi calun. Jika parti gagal mengemukakan calun yang agak baik dari segi akademik, maka imej parti tak kemana pun.
Jika anda tokoh rakyat, misalnya jaguh setinggan, jaguh pekerja, jaguh peneroka, tokoh politik nasional - mungkin latar belakang akademik tidak diambil kira sangat.
Pimpinan parti peringkat negeri dan kawasan hendaklah berusha mencari calun yang diterima oleh semua golongan pengundi. Paling kurang pun orang tak komen sangat hal calun. Biarlah kita bertarung atas isu dan dasar antara parti ketika pilihan raya nanti!!!!
Kalau kita ada kekurangan dan sudah berkali-kali bertanding dan kalah, baiklah jangan bertanding lagi!!!!!!
Carilah tuah orang lain pulak!!!!
Woooooo
Friday, November 25, 2011
BAKAL YB MESRA RAKYAT
Menjelang PRU 13, ramai sudah yang pasang angan-angan menjadi YB. Baguslah tu. Kalau tidak, sukar pula parti hendak mencari calun. Ha ha. Katanya boleh buka tender untuk memilih calun kali ini. Semua merasa merekalah paling layak. Wooo.
Selain syarat-syarat biasa ditetapkan parti, seorang calun mestilah mesra masyarakat. Orang Melayu suka YBnya datang kenduri kahwin, kenduri bersunat, potong jambul dan mengurus jenazah. Depa tak peduli YBnya menjadi YB bisu di Parlimen atau DUN. Wooo. Walaupun peranan utama YB ialah menjaga integriti pengurusan negara atau negeri sepertimana yang dibuat Yb Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim tetapi orang Melayu tidak kesah hal itu. Bagi mereka, mereka mahu melihat YBnya kena selalu berada di dalam kawasan, walaupun sekadar minum kopi. Wooo.
Maka, jika bakal calun tak mesra rakyat, dah lebih teruk lagi jika tak mesra pun dengan ahli partinya sendiri, eloklah tarik diri dari menjadi calun. Jangan pula tiba-tiba dok tersenyum sahaja apabila bermulanya hari penamaan calun pilihan raya. Kok orang ramai terasa pelik tiba-tiba sang calun ini gila senyum. Ha ha. Orang ramai tahu karektor kita sebenarnya - jarang benar hendak bergaul dengan rakyat bawahan. Tetapi jika anda orang ternama dalam arus politik negara, bertanding di mana-mana pun akan dialu-alukan!!!!
Lantaran itulah jangan terasa pelik apabila sang YB kini akan membesar-besarkan berita-berita mereka turun ke bawah bersama rakyat. Untunglah mereka baik dengan TV dan akhbar.
Lantaran itulah jangan terasa pelik apabila sang YB kini akan membesar-besarkan berita-berita mereka turun ke bawah bersama rakyat. Untunglah mereka baik dengan TV dan akhbar.
Thursday, November 24, 2011
YB bisu usahlah bertanding!!!!
PRU 13 akan menjelma bila-bila masa dari sekarang.
YB sekarang tetap mahu bertanding lagi. Luar biasa jika tak mahu bertanding. . Ha ha Jika YB membisu di parlimen, baiklah jangan bertanding. Jika parti tetap memilih YB bisu ini bertanding juga, memang Presiden parti lemah tenaga batin. Wooo.
Tuesday, November 22, 2011
JADILAH SUAMI KETUA WANITA UMNO
Apabila suami Shahrizat mendapat projek lembu NFC dengan adanya kemudahan pinjaman dan geran dari kerajaan, maka alangkah mudahnya menjadi ushawan . Malangnya hanya beliau seorang sahaja yang mendapat kemudahan tersebut. Walaupun kini ramai pengusha ternak Melayu yang berjaya, tetapi langsung tidak mendapat tawaran tersebut. Wooo.
Beruntung sekali menjadi suami Ketua Wanita Umno. Dahulu beruntung menjadi suami dan anak Rafidah yang mendapat pelbagai tawaran saham.
Maka sesiapa yang masih bujang, pilihlah isteri yang bakal menjadi Ketua Wanita Umno. Kaya bib. Woooo
Monday, November 21, 2011
DBP - ada lagikah?
Dewan Bahasa dan Pustaka ada peruntukan kerajaan setiap tahun. Ada pegawai dan kakitangan bergaji tetap serta berpengalaman dalam dunia penerbitan buku.
Tetapi berapakah jumlah buku yang diterbitkan oleh DBP? Berapa penulis baru yang dilahirkan?
Ada orang kata DBP gagal menyemarakkan dunia buku Melayu!!!
Penerbit buku swasta Melayu kini lebih berjaya dari DBP. Antaranya PTS. Info lanjut PTS di sini.
Prestasi PTS jauh kehadapan berbanding dengan DBP dalam dunia penerbitan!!!!!
Tuesday, November 15, 2011
AUDIT JANGAN TAK AUDIT
Semua organisasi kena diaudit. Itu sudah diterima sebagai satu peraturan yang lazim, hatta syarikat milik sendiri pun kena diaudit. Inikan pula organisasi milik atau berkepentingan awam.
Lapuran Audit akan dibentang kepada pihak yang diberi tanggung jawab. Jika organisasi milik awam- maka patut dibentang kepada Parlimen atau DUN.
Rasanya akaun Petronas tidak dibentang ke parlimen. Sengaja akta berkaitan dengan Petronas dibuat begitu. Maka akhirnya wang Petonas disalah guna untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang rugi . Petronaspun terlibat menganjur sukan mewah yang bukan untuk kepentingan rakyat terbanyak. Bilion telah lesap. Rakyat tak mersa limpahan rezki minyak negara!!!
Kini ada institusi berkaitan ugama Islam dan wang orang ramai tak mahu diaudit. Apa punya kuno dah. Islam akan dikatakan ugama suci milik seorang. Malu sungguh jika saban masa ada cerita orang dhaif di akhbar dan tv, tetapi wang zakat ratusan juta berada dalam kantung baitulmal.
Wednesday, November 9, 2011
KU LI CAKAP APA NI?
Berkatalah Ku Li:
“Saya masih ada keyakinan tinggi terhadap UMNO tetapi saya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) kerana tiada ruang bersuara dalam UMNO,”
Saya pun tak faham apa yang Ku Li katakan. Kalau nak bersuara dalam Umno pun tiada ruang, apa yang hendak dipercayakan lagi!!!!
Tinggi sangar falsafah Ku Li sehingga rakyat Malaysia tak faham!!!!
Wooooo.
Tuesday, November 8, 2011
PANGGILAN BAITULLAH
Pemergian Najib ke Mekah menunaikan ibadah haji disensasikan oleh ramai blogger. Hai, kesian juga jika orang politik nak beribadah pun akan dilihat dari dimensi politik. Bagi saya - moga ibadah haji membawa kebaikan kepadanya jua. Sesekali, marilah kita berdoa yang baik untuknya.
Hanya yang terlintas jauh di hati saya ialah - bersyukurlah kita dapat menunaikan ibadah haji tanpa menunggu sehingga menjadi PM. Walaupan kita ada kemampuan wang dan kesihatan tetapi belum tentu hati kita terdetik mahu ke baitullah....
Thursday, November 3, 2011
JAUHNYA BERKORBAN
Jauh benar rakyat Malaysia berkorban. Ada yang di Kemboja, Acheh dan di Sudan.
Rasanya 1 juta pekerja Muslim di kalangan PATI pun layak menerima daging korban di sini.
Agaknya lagi jauh kita berkorban, lagi tinggi darjat takwa agaknya ya.
Kekadang pelik juga jika fakir miskin di sii hanya menerima sekadar 1 kilogram daging korban. Apa salahnya diberi 20 kg untuk boleh makan setahun. Jika tak ada peti ais, dikeringkan. Jika susah sangat hendak menyimpannya, biarlah mereka menjual daging korban itu. Tentu ramai yang mahu membelinya!!!!
Tuesday, November 1, 2011
KORPORAT KORBAN?
Ibadah korban difardhukan kepada induvidu muslim yang berkemampuan.
Tetapi kini banyak syarikat korporat menyumbangkan lembu korban. Jika induvidu atau tauke syarikat korporat yang berkorban, kira oklah tetapi kekadang dibuat atas nama syarikat
Jika lembu korban disumbang kepada induvidu politik untuk berkorban, nak kata apa ya?
Sunday, October 30, 2011
KHALID ISMATH PULA!!!!!
Khalid Ismath Habib pelajar undang-undang Tahun 1 UITM digantung pengajiannya lantaran mengomen pentadbiran UIA yang mengaggantung Aziz Bari. Mangsa baru supaya sesiapa jangan nak jadi hero melawan pihak borjois.
Nampak gaya Malaysia kembali ke zaman gelap. Tak boleh beri pendapat, tak boleh kritik orang atasan, tak boleh kritik Sultan/Raja, dan tak boleh jatuhkan BN
Kekadang dalam jemaah Islam pun tak boleh kritik orang atasan juga. Kok nanti dikata tak walak!!!! Wooo.
Kepada Khalid - itu baru ombak di tepi pantai sahaja. Ha ha.
Saturday, October 29, 2011
STRATEGI SULIT MENJATUHKAN SELANGOR
Selepas BN kalah di Terengganu pada 1999, satu rancangan sulit dibuat dengan menambah pengundi tegar BN di DUN tertentu yang strategik untuk dimenangi pada PRU 2004. Sebab utama kekalahan Pas bukan kerana kejatuhahan undi Pas, tetepi adalah disebabkan oleh pertambahan pengundi dalam sesuatu DUN dan peningkatan jumlah yang keluar mengundi. Adalah dikatakan semua pengundi baru ini keluar untuk mengundi BN. Pengundi baru inilah yang memenangi BN di Terengganu.
Rancangan yang sama sedang diatur oleh beberapa orang pegawai kerajaan yang menjadi upahan BN di negeri Selangor. Rancangan sulit ini akan membuat beberapa langkah penipuan seperti berikut:
1. Menindahkan pengundi tegar BN ke kawasan DUN yang BN kalah tipis. Jika sebelum ini, BN kalah majoriti 1,000 orang, maka rancangan sulit ini akan memindahkan 2,000 orang pula.
2. Menambahkan undi pos di dalam kawasan DUN yang BN kalah tipis.
Ada beberapa lagi strategi sulit yang dibuat. Akan didedahkan kemudian.
Adakah anda tahu siapakah pegawai kerajaan yang terlibat dalam sindikit ini. Namanya sudah ada dalam simpanan pimpinan PR Nama mereka akan didedahkan sedikit masa lagi!!!!!
Ingatan saya - jika rakyat tak percaya dengan demokrasi - mala lahirlah revolusi!!!!!
Ingatan saya - jika rakyat tak percaya dengan demokrasi - mala lahirlah revolusi!!!!!
Friday, October 28, 2011
SWEDEN NEGARA BERKEBAJIKAN
Rashid Ghanusi mengatakan Tunisa akan mencontohi Sweden dalam membina negara berkebajikan.
Apabila beliau mengatakan begitu, model negara yang baik pada masa ini adalah sebuah negara barat yang majoriti penduduknya bukan berugama Islam.
Mengapa bukan Arab Saudi atau Iran. Ha ha. Tepuk dada, bukalah mata.
Wednesday, October 26, 2011
Laporan Ketua Audit Negara: Kepincangan, Kelemahan Dan Ketirisan Berterusan.
Selasa, 25hb Oktober 2011
Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011. Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu.
Kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Haji Amrin Bin Bujang pada 8 Julai 2011 dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun 2011. Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat.
Hasil dari penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat Kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti/projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan.
Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin. Antara projek dan aktiviti tersebut adalah:
1. Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya.“Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) adalah agensi penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan di bawah RMKe-9. Matlamat utama program ini adalah bagi mensifarkan miskin tegar pada bulan Disember 2010 di seluruh negara. Pada tahun 2010, sejumlah RM691.52 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program ini. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (JPPN) bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan projek di peringkat negeri. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2010 mendapati masih lagi terdapat seramai 2,472 orang miskin tegar di seluruh negara dan pelaksanaan projek peningkatan ekonomi kurang memuaskan kerana 37 (54.4%) daripada 68 projek yang dilawati gagal mencapai objektifnya. Juga terdapat kelemahan dalam pengurusan program seperti tempoh pelaksanaannya tidak mencukupi; peserta tidak layah diberi bantuan; peserta tidak tahu terlibat dengan projek; barang tidak diterima sepenuhnya dan tidak lengkap; bantuan tidak diterima oleh peserta; projek tidak dilaksanakan oleh pembekal; pembekal mengambil keuntungan daripada peserta; mentor tidak memainkan peranannya; perjajian projek champion tidak lengkap; komitmen peserta rendah dan kelemahan pemantauan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xvii.
2. Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi.“Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 September 2006 telah bersetuju skim IPH dilaksanakan dan pembayarannya dibuat mulai bulan Mac 2007. Sejak skim ini dilaksanakan sehingga tahun 2010, sejumlah RM230.62 juta telah dibelanjakan daripada peruntukan skim IPH dan sejumlah RM72 juta daripada peruntukan Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2010 mendapati objektif skim IPH untuk meningkatkan pengeluaran padi telah dapat dicapai. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikut BERNAS yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim; peruntukan tidak mencukupi mengakibatkan Kerajaan belum membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah; kadar insentif yang tidak munasabah bagi pesawah yang mengusahakan tanaman lebih 2 hektar dan kelewatan BERNAS menyelesaikan siasatan terhadap kes di mana peningkatan hasil padi melebihi 10% daripada anggaran hasil yang ditetapkan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxii.
3. Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh 3 syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd. Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326 km dan telah meningkat kepada 1,566 km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan seperti kerja penurapan jalan tidak dibuat dan kerosakan pavement tidak dibaiki; jentera yang digunakan untuk memampatkan kerja penurapan jalan tidak mengikut spesifikasi serta penyenggaraan bahu/perabot.perparitan jalan tidak memuaskan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxv.
4. Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke 2 di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.
“Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Ransangan Ekonomi Kedua (PRE 2) berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat. PRE 2 telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 Kementerian/Jabatan/Skim untuk melaksanakan 51,560 projek. Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3%) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4%) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap 9 program di 6 Kementerian/Jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah. Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan wujudnya beberapa kelemahan seperti prestasi perbelanjaan yang tidak menunjukkan prestasi sebenar pelaksanaan projek; perolehan/pembekalan peralatan/kerja/projek tidak mematui peraturan/kurang berkualiti/tidak memuaskan/kurang jelas/tidak tepat/tidak dipatuhi. Selain itu, terdapat kes di mana pembayaran dibuat sebelum peralatan/kerja dibekalkan/disiapkan/disiapkan dengan sempurna; berlaku lebihan bayaran dan peruntukan tidak digunakan untuk tujuan asal projek.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xliii.
Sungguhpun Dato’ Sri Najib mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri. Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala Perubahan dan setiap Reformasi Sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia. Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
Monday, October 24, 2011
DEPA SERUPA JUGA
Laporan Ketua Audit Negara sudah keluar.
Maka terdedahlah cerita-cerita lama yang berulang semula - pembelian dengan harga yang melebehi harga pasaran - ada yang sehingga melebehi 1,000%!!!!
Lantaran itulah pegawai kerajaan tidak mampu menolak ahli politik yang rasuah - dek kerana dia pun serupa juga!!!!
Saturday, October 22, 2011
TUTUP UNIVERSITI
Jika tak sanggup mendengar idea berbeza
Jika tak sanggup mendengar tafsiran berbeza
Jika tak sanggup berhujah
Jika tak sanggup berpolimek
Jika tak sanggup membebaskan pemikiran
Lebih baik tutup sahaja universiti. Universiti adalah lambang kebebasan ilmu. Universiti adalah tempat pertembungan idea, pendapat, tafsiran, ideologi dan aliran agama!!!!!
Moga kes Aziz Bari sebagai titik mula pembebasan Universiti!!!!!
Tuesday, October 18, 2011
RM 3,000.00 - bersyukurlah!!!!
Antara intipati Bajet 2012 ialah:
Komen: Rupa-rupanya terdapat seramai 4,300 orang yang bekerja bertaraf kontrak sehingga akhir perkhidmatannya tanpa diserapkan sebagai anggota perkhidmatan awam yang berstatus "tetap dan berpencen" Kesian kat depa di atas kerana selepas tamat kerja ini, mereka bergantung hidup kepada simpanan KWSP yang tak tau setakat mana banyaknya. Jika banyak, tentulah kerajaan tak bagi RM 3,000 secara one-off. Ahh, bersyukurlah ya...
"Kerajaan juga tentunya menghargai khidmat dan jasa kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berjumlah seramai 4,300 orang. Bagi membantu golongan ini meringankan kos sara hidup, Kerajaan akan memberi bayaran khas sebanyak tiga ribu ringgit secara one-off"
Komen: Rupa-rupanya terdapat seramai 4,300 orang yang bekerja bertaraf kontrak sehingga akhir perkhidmatannya tanpa diserapkan sebagai anggota perkhidmatan awam yang berstatus "tetap dan berpencen" Kesian kat depa di atas kerana selepas tamat kerja ini, mereka bergantung hidup kepada simpanan KWSP yang tak tau setakat mana banyaknya. Jika banyak, tentulah kerajaan tak bagi RM 3,000 secara one-off. Ahh, bersyukurlah ya...
Monday, October 17, 2011
BAJET DAN PEMANDU TEKSI
Komen Anwar Ibrahim berkaitan pemadu teksi dalam Bajet 2011:
Begitu juga dengan pelepasan cukai berkaitan teksi yang membabitkan jumlah maksima bantuan sebanyak RM7,560 setahun. Perdana Menteri boleh berpura-pura berbangga dengan bantuan itu, tetapi jangan lupa rintihan sebenar pemandu teksi dibebankan sejumlah RM21,000 setahun kerana bayaran kepada pemegang konsesi. Bantuan RM7,560 setahun itu pun hanyalah kepada mereka yang memilih untuk menukar kenderaan teksi, tetapi bagi sebahagian besar pemandu teksi mereka masih perlu membayar yuran yang mencekik darah kepada pemegang konsesi lesen teksi, sebahagiannya terdiri dari Yang Berhormat di dalam dewan ini.
Saturday, October 15, 2011
20% BOLOT 50% KEKAYAAN NEGARA!
Antara akibat ekonomi kapitalis sesebuah negara ialah jurang ekonomi. Mengikut analisa Anwar Ibrahin ketika membahas Bajet 2012 ialah seperti berikut:
Kekayaan negara pula dipusatkan kepada segolongan kecil golongan kaya dan mahakaya. 50% kekayaan dan pendapatan yang dijana oleh ekonomi negara dibolot oleh golongan 20% terkaya, sedangkan golongan 40% terbawah tadi yang rata-ratanya Melayu/Bumiputra tidak ubah seperti melukut di tepi gantang yang hanya mendapat 15% dari kekayaan dan pendapatan yang dijana.
Renung-renungkanlah menjelang PRU 13 nanti!!!!!
Wednesday, October 12, 2011
UMNO MAIN SAMSENG
Mahyuddin mengaku di parlimen bahwa Malaya pernah dijajah.
Zainal Kling pula telah menarik kenyataannya yang mengatakan Malaya tidak dijajah.
Pemuda Umno masih mengacau di setiap ceramah Mohamad Sabu.
Nampaknya Umno tidak bersedia berlawan hujah. Jika nak berlawan tangan sungguh, sila beri tau. Akan ku bawa pemuda Pas yang rela mati syahid!!!!
Apabila Umno berlagak samseng, maka Utusan diam membisu. Barua punya Utusan!!!!
Tuesday, October 11, 2011
SOGOKAN SAH KEPADA 6 JUTA PENGUNDI
Antara yang diumumkan oleh PM dalam Bajet 2012 ialah sumbangan RM 500.00 kepada 3 juta isi rumah rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah RM 3,000.00.
Saya kira sumbangan ini akan diberikan ketika pilihan raya umum ke 13. Ini merupakan sogokan secara rasmi kepada rakyat Malaysia agar mengundi BN. 3 juta isi rumah, jika suami isteri merupakan 6 juta orang. 6 juta orang rakyat pula adalah mewakili 50% daripada jumlah pengundi berdaftar masa kini yang berjumlah 12 juta orang.
Wooo bijak bijak bijak.
Subscribe to:
Posts (Atom)












