Wednesday, December 10, 2008

HUKUM KORBAN

Saya solat sunat Aidil adha di Masjid Jalan Hj Salleh, Sentul, Isnin lalu. Imamnya berasal dari Mynmar. Kebanyakan makmum ialah peniaga Pakistan dan pekerja Bangla. Sebelum solat, imam masjid menyampaikan tazkirah berkaitan dengan korban.

Antara yang menarik perhatian saya semasa tazkirah oleh Imam masjid ini ialah tentang hukum korban mengikut mazhab Hanafi. Menurut beliau, hukum korban adalah wajib jika seseorang itu berkelayakan mengeluarkan zakat bagi tahun berkenaan berbanding dengan mazhab Shafie , hanya sunat muakkad.

Bagus juga pendapat mazhab Hanafi ini. Jika semua pengeluar zakat wajib juga berkorban pada tahun berkenaan, sudah barang tentu banyak sekali lembu dan kambing yang perlu dikorbankan. Maka negara ini perlu ramai penternak lembu dan kambing lagi bagi memenuhi permintaan binatang korban.

Ya, kekadang hukum Islam bukan sahaja berkaitan dengan amalan spritual tetapi sekali gus memberi implikasi ekonomi. Meriah rasanya Aidil adha jika setiap tahun setiap surau dan masjid menguruskan korban yang besar bilangan binatang korbannya. Maklumlah korban wajib bukan sekadar sunat muakkad. Apa macam, boleh setuju ke?



No comments: