Ramai yang kecewa apabila nama Mohamad Sabu tidak diumumkan sebagai calun Pas di PRK Kuala Terengganu pada Ahad lalu. Rakan-rakan pimpinan DAP dan PKR terlalu hairan mengapa Mohamad Sabu tidak diberi kepercayaan oleh Pas Pusat sebagai calunnya.
Inilah pertama kali semacam ijmak pimpinan DAP dan PKR mahukan Pas mencalunkan Mohamad Sabu.
Bagi mereka Mohamad Sabu mewakili seluruh rakyat Malaysia yang inginkan perubahan politik.
Mohamad Sabu mewakili aspirasi rakyat berbangsa Melayu, Cina dan India.
Mereka merasakan Mohamad Sabu merupakan tenaga utama yang melonjakkan politik Malaysia selama ini dan paling layak berada di Parlimen.
Mereka mahukan pengundi Kuala Terengganu bersifat nasional dan memilih Mohamad Sabu sebagai MP dan menjadikan keputusan PRK Kuala Terengganu sebagai isyarat kepada PRU 13.
Itulah harapan mereka.
Alasan calun anak tempatan adalah alasan ahli politik yang berfikiran sempit. Ini bukan wajah pimpinan dan ahli Pas yang yang sebenar. Ini lambang pemikiran pemimpin yang tidak berjiwa besar untuk mendidik ahlinya supaya mementingkan matlamat menghantar calun yang paling berkesan di Parlimen. Rakyat Terengganu pernah memenangkan calun luar iaitu On Jaafar dan Khatijah Sidek, ketika istilah global belum pun ada dalam kamus politik masa dulu berbanding masa kini yang dikatakan era langit terbuka.
Apakah isi hati sebenar pimpinan Pas Terengganu dan pimpinan Pas Pusat. Allah akan membongkar kebenarannya nanti.
Apakah isi hati sebenar pimpinan Pas Terengganu dan pimpinan Pas Pusat. Allah akan membongkar kebenarannya nanti.
MOHAMAD SABU BUKAN SEKADAR CALUN PAS TETAPI CALUN PAKATAN RAKYAT.
No comments:
Post a Comment