Monday, December 1, 2008

MAMPUKAH BERBEZA PENDAPAT

Malaysia negara demokrasi. Apakah kita mampu berbeza pendapat?

BN sudah terbukti dan jelas tidak bersedia berbeza pendapat dengan parti pembangkang. Di ISAkannya aktivis Pas, DAP, PKR, bloggers dan aktivis NGO yang lain yang mengkritik dasar dan amalan kerajaan BN. Malah Umno tidak bersedia berbeza pendapat dengan rakan kompenannya dalam BN. Dicabar rakan kompenannya untuk keluar dari BN. Dalam Umno sendiri pun tak bersedia berbeza pendapat dengan sesama pimpinannya. Yang berjawatan akan menyisihkan rakannya dari memegang jawatan dalam Umno sendiri jika berbeza pendapat. Kawan pun dibunuhnya. Semua orang tahu!!!!

Tetapi adakah BN sahaja yang tak bersedia berbeza pendapat?

Dalam DAP dikatakan Lim Kit Siang pun akan mencaturkan supaya siapa yang berbeza pendapat akan dikeluarkan dalam barisan kepimpinan. Contohnya kes Wee Che Keong, MP Wangsa Maju yang tuboh parti baru pula.

Dalam Pas, Dr Hasan Ali merombak semula jawatan dalam Perhubungan Selangor tanpa menanti penggal baru pada 2009. Tak tertahan beiau dengan dengan suara Khalid Samad walaupun Khalid Samad antara orang yang berusaha supaya Dr Hasan Ali menjadi Pesuruhjaya Selangor. Opps, bukan Dr Hasan Ali sahaja tidak bersedia berbeza pendapat, malah banyak kes lagi dalam Pas. Hanya kes Dr Hasan Ali sahaja yang diketahui oleh media. Ha ha ha.

Dalam berorganisasi amat penting sekali berbeza pendapat kerana ia akan melahirkan satu rumusan yang lebih mantap. Hanya, selepas satu keputusan dibuat dalam sesuatu mesyuarat, semua orang hendaklah mendokongnya. Jika tak bersetuju dan mahu bising-bising di luar mesyuarat, anda memang tidak layak menyertai apa-apa pertubuhan walaupun parti tupperware!!!.

Faham-fahamlah.


No comments: