Tuesday, December 30, 2008

JAHANAM ISRAEL

Membebaskan masjid Al Aqsa dan membela nasib ummat Islam di Palestin merupakan agenda besar ummat Islam sedunia. Pelbagai tokoh dan gerakan Islam di dunia ini memberi idea, iltizam, motivasi kepada ummat Islam di Palestin dalam menghadapi regim haram Israel. Banyak juga seminar antara bangsa diadakan untuk menangani isu ini.

Apa yang saya nak catatkan hari ini ialah saya masih teringat ucapan seorang guru Sejarah Islam saya semasa Tingkatan Enam Bawah(1977) apabila membincangkan isu Palestin ini. Beliau mencadangkan supaya Israel diberi sebahagian wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai sebuah negara. Beres masalah katanya. Terkejut kami pada masa itu dan semuanya bersungut di luar kelas, bagaimana guru sejarah Islam boleh bercakap begitu. Langsung tiada jiwa jihad dan lari dari kenyataan sejarah.

Tahukah siapa guru itu. Beliau kini adalah MP Sik. Alahai.....

2 comments:

Seladang said...

Ada Islam baka
Ada Islam tumpang-tumpangan
Ada Islam syumul.

Betul ke pendapat aku ni? Kalau tak betul mohon ampun pada Allah SWT.

ALI MAIDIN said...

Ada islam non partisan. Tau sapa tu.