Tuesday, December 9, 2008

SYARAT JADI MP (2)

Ketika zaman kalah pun , ramai orang berminat nak jadi calun PAS dalam pilihanraya samada peringkat DUN atau Parlimen. Walaupun secara matematiknya kawasan bertanding tiada jentera pilihan raya yang sempurna, kurang dana, kurang penyokong dan tiada tokoh, Pas tetap bersemangat bertanding. Matlamat Pas kawasan bertanding ketika itu ialah jangan beri kemenangan percuma kepada BN. Maka ramailah suara dan bisikan sahabat dari NGO Islam yang perli Pas " alangkah baiknya kos pilihan raya itu digunakan untuk kerja-kerja dakwah". Tetapi sejak zaman kebangkitan reformasi 1999, bukan anggota Pas sahaja berminat nak bertanding tetapi anggota NGO Islam yang baru masuk Pas sehari dua pun bukan main "demand' nak bertanding. Ha ha.

Selain kena berani dan rajin bercakap dalam Parlimen, MP kena rajin buat kerja-kerja bawahan bersama rakyat. Kena respon segera dengan masalah rakyat. Kena goncang pejabat kerajaan setempat untuk beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kena cari dana sendiri untuk beri bantuan segera kepada rakyat setempat. Kerja-kerja macam ini rasanya tak mampu saya buat. Muka nipis, tak reti nak minta derma dan tak sanggup buat hemoi sahaja menyondol pejabat kerajaan, maka payahlah nak jadi MP yang baik dalam aspek ini. Dalam pemerhatian dan pengalaman saya yang mengikuti kerja-kerja MP dan ADUN, Hj Mohamad Sabu dan Dr Shafie Abu Bakar (DUN Bangi) mampu melaksanakan dua tugas ini; bercakap di Parlimen atau DUN dan berkhidmat secara agresif di peringkat bawahan. Malah Mohamad Sabu mampu meronda seluruh negara berceramah politik. Dan Dr Shafie pula sempat menulis panjang dalam akhbar-akhbar.

Nak jadi MP? Kalau Majlis Syura Pas ada syaratnya tersendiri. Tetapi bagi saya, kalau 2 syarat ini tak ada janganlah berangan nak jadi MP atau Adun. Tambahan pula kalau senyum pun payah. ha ha.


No comments: