Friday, December 12, 2008

APABILA TERESA KOK MENYAMAN

Teresa Kok menyaman Chamil Wariya dan Utusan Meloya. RM 30 juta bib. Boleh hidup sampai mati jika menang. Ha ha.

Kalau Teresa Kok menang, ramai orang akan kaya dalam dunia ini agaknya. Jika karya sastera walau apa pun ceritanya boleh dikaitkan dengan fitnah seseorang, maka banyak karya sastera boleh disaman. Walaupun saya menyampah dengan Utusan Meloya, bab karya sastera ini sepatutnya bebas. Karya porno pun tak pernah saya dengar kena saman, hanya setakat diharamkan sahaja adalah kot.

Kalau zaman tok kaduk dulu, banyak karya sastera yang menyindir raja-raja. Hai, jika raja-raja dulu tau, ramai yang kena pancung agaknya.

Biarkan sesiapa berkarya dengan khayalannya. Kalau anda tak ngam dengan sesuatu karya itu, anda buatlah karya anda sendiri.

Jika Teresa Kok menang, para peguam dan mahkamah tentu sibuk sekali kerana ramai yang akan kena saman selepas ini. Ustaz Ashaari pun akan saman Shahnon yang perli dan menfitnah Arqam dalam novel TOK GURU, tak silap saya. Wooo. Nasib Zunar lagi bahaya, Mahathir akan saman kartunnya yang menghina Mahathir dalam pelbagai wajah. Bab ini Mahathir cukup baik, tak dibuat apa-apa keatas Zunar. Orang ada kuasa boleh buat macam-macam oi jika hendak. Tetapi Zunar terus berkarya dan perangai Mahathir merupakan sumber pendapatannya. Ha ha.

Gasak kaulah Teresa oi. Jaga Selangor lebih baik dari perabis duit menyaman Utusan dan Chamil itu.

1 comment:

Anonymous said...

Inilah akibatnya apabila orang Malaysia tetapi berlagak asing. Masih berbangga dengan bahasa asing dan berbudaya asing.

Orang Malaysia sepetutnya beraksi cara Malaysia, berbahasa Melayu, menulis guna tulisan Jawi atau rumi. Mengikut adat setempat.

Bukannya berlagak asing, berbahasa Mandarin atau Inggeris dan tidak tahu tentang tulisan Jawi. Insaflah.

Kita orang Malaysia dan tentunya bukan orang China atau India atau Australia lagi. Sampai bila agaknya orang Malaysia benar-benar jadi bangsa Malaysia.