Sunday, December 7, 2008

SASTERAWAN DAP

Saya mula belajar subjek sastera ketika di tingkatan 4 pada tahun 1975. Antara tokoh sastera yang saya minat ialah Dharmala NS. Bukan sahaja kerana karyanya tetapi pendirian politiknya. Yang hebatnya beliau memilih DAP sebagai wadah perjuangannya. Tak silap saya beliau pernah jadi orang kuat DAP Negeris Sembilan. Dharmala NS pernah bertanding di Parlimen Segambut pada 1995 dan di Jelebu pada tahun 1974 mewakili DAP. Beliau juga pernah berkempen bersama Ahmad Boestamam untuk sahabat ketat saya ayahanda Cikgu Ishak Surin, ketika itu dalam geng sosialis, di kawasan Parlimen Setapak!! Hebat hebat.

Minatnya kepada sastera tidak menghalang dia aktif dengan parti pembangkang. Kebanyakan tokoh Melayu tak berani menampakkan muka sebagai pembangkang jika aktif dengan kegiatan kemasyarakatan yang lain.

Kalau Dhramala NS anggota Umno, sudah tentu banyak anugerah atau penghormatan yang beliau terima dari Kerajaan Negeri Sembilan. Ha ha.

Baca blognya di sini untuk mengetahui perjalanan hidupnya dalam dunia penulisan.


No comments: