Tuesday, December 2, 2008

NO TO ISA

Sempat juga menjengah Forum Rakyat malam tadi di Dewan Bar Council. Peguam muda, bekas calon PKR di Temerloh, Saudara Nezam menjadi pengerusinya. Enak juga mendengar ulasan selingannya. Beliau memetik kata Napoleon; " kuasa itu ibarat perempuan simpananku, jangan sesiapa cuba mendekatinya, nescaya kan kubunuh sesiapa yang merapatinya". Baru ku tahu mengapa geng sekular begitu sekali menjaga kuasanya agar tidak hilang kerana kuasa ibarat perempuan simpanan. Ha ha.

Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu menegaskan akta ISA ini digunakan ke atas golongan kiri dan golongan pekerja oleh pihak berkuasa pada sebelum kemerdekaan. Tetapi mulai tahun 80an, ISA digunakan ke atas golongan Islam pula.

Tukar Tiub mengupas dengan penuh semangat bagaimana ISA digunakan untuk menangkap beratus orang untuk mewujudkan rasa takut kepada 24 juta rakyat Malaysia supaya jangan bangkit menentang kezalimam kerajaan. Proses penangkapan ini dibuat secara berterusan untuk mengekalkan rasa takut ini. Beliau menyoal apakah kita mahu meneruskan tradisi 24 juta orang takut kepada seorang pemimpin atau 24 juta rakyat kena bangun menentang seorang pemimpin yang jahat.

Raja Petra pula mengupas secara sinis bagaimana ISA menggunakan Islam sebagai alasan menahan sesorang di bawah Akta ISA kerana orang Melayu memang beremosi jika Islam dihina oleh sesiapa. Beliau hairan dengan orang Melayu yang menerima ISA yang bertentangan dengan konsep keadilan Islam tetapi dalam masa yang sama amat marah jika sesorang menolak undang-undang Islam.

Yang kelakarnya dalam syok kita mendengar forum, tiba-tiba 7 orang yang rata-ratanya berbadan gempal dan berkepala botak keluar dari dewan secara serentak. Rupa-rupanya SB. Ha ha ha. Jangan tak kenal pula nanti. Di luar dewan forum, ramainya anggota polis datang berhimpun macam nak tangkap orang berdemo pula. Alahai. Tentu depa risau himpunan besar-besaran menentang ISA pada Mac 2009. Mari kita beramai-ramai ke perhimpuanan ini. Wahai Encik Aziz Bateri kenalah beli dan pakai kasut, senang nak lari, opps nak ligan polis kali ini. Woooo.


No comments: