Thursday, August 28, 2014

PAS - PKR: MASIH ADAKAH CINTA KASIHMU?

Bola masih lagi di kaki Sultan Selangor.

Belum ditendang ke mana mana.

Tetapi yang ternampak  pemain di tengah padang semakin bercelaru.

Kok ada yang tendang ke pintu gol sendiri.

Jangan sampai penonton di luar padang kena jaringkan gol pula,

Apa khabar Pas/

Apa khbar PKR.

Masihkah dikau  bersatu hati memadu cinta.

Atau dikau sudah teringin kekasih lain.

Wooooooooooooo

Tuesday, August 19, 2014

BOLA DI KAKI SULTAN

Kemelut politik Selangor di fasa penghujung.

Bola kini di kaki Sultan Selangor.

Adakah baginda mahu bubar DUN atau melantik MB baru?

Isu ini mudah diselesai jika Khalid letak  jawatan dengan segera atau Pas setuju mengganti Khalid  tanpa mengambil masa yang panjang.

Alahai politik. Banyak yang merajuk. Kena dipujuk-pujuk.  Maklomlah nasib orang bermadu.

Wooooooooo


Tuesday, August 12, 2014

PAS PARTI SIMPATI

Pas memang memuliki sifat kasihan  atau bersimpati   kepada mangsa politik. Ha ha.

Pada 1959 -  Pas bagi laluan kepada On Jaafar bertanding atas Parti Negara di Kuala Terengganu. On Jaafar menang dan Pas dapat perintah Terengganu.

Pada 1959 -  Pas menerima Khatijah Sidek, bekas Ketua Wanita  Umno yang keluar Umno kerana Umno tak beri peluang kepada wanita untuk bertanding dalam pilihan raya.  Maka Pas meletakkan Khatijah  Sidek  bertanding di parlimen Dungun.  Khatijah menang.

Pada 1990 - Bergabung dengan Semangat 46 yang berpecah dari Umno. Berjaya tawan Kelantan

1999 - Bergabung dengan parti Anwar - Keadilan - dalam BA - berjaya tawan Terengganu.

2014 - Adakah Pas  akan simpati dengan Khalid ????

17 hb akan mengesahkannya...Wooooooooooooo

Monday, August 11, 2014

PAS YG LEMBAB

PKR dan DAP sudah membuat keputusan bersetuju menggugurkan Khalid sebagai MB.

Umno, pembangkang di Dun Selangor pun sudah menyokong Khalid sebagai MB.

Pas hanya memutuskan sikapnya pada 17 hb Ogos.

Dewan Di Raja Selangor lagi cepat -  mengekalkan Khalid sebagai MB, tanpa mendapat pandangan anggota parti dalam  PR.

Yang pasti Pas adalah parti yang lembab......

Yang memerintah  Selangor kini ialah  parti minoriti - Bebas plus Umno.

Woooooooooo


Thursday, August 7, 2014

MINUM TEH PUAS PUAS SEBELUM 10 OGOS

Jumaat

Sabtu

Ahad

Gol!!!!

Tahulah nasib Khalid

Tahulah nasib PR.

Jom kita minum teh puas-puas sementara menunggu Ahad. 10 Ogos

Wooooooooooooooo

Monday, August 4, 2014

JANGAN HAIRAN JIKA PAS KELUAR PR

Isu MB  Selangor bukan sekadar krisis dalaman PKR tetapi sekaligus akan menjadi krisis PR.

Jangan hairan jika  tiba-tiba Pas akan mengkaji kedudukannya dalam PR.  Isu MB akan menjadi penyebab  atau pencetus  utama  untuk  Pas tinggalkan PR.

Sebahagian pimpinan atasan Pas sudah lama tak berkenan dengan DAP dan Anwar.  Tetapi belum cukup kuat menarik Pas untuk keluar dari PR>

Kertas kerja Tahaluf Siasi yang dibentang selepas PRU 2008, lebih cenderung   kearah mengajak PAS keluar dari PR. 

Rakyat kena bersedia perasaan dan jiwa jika Pas keluar dari PR.

Pujukan dan perang saikologi Umno berjaya Memelayukan  jiwa dan fikiran  sebahagian pimpinan atasan Pas. Siapakah mereka???

Mari kita berdoa agar Pas setia dengan PR!!!!