Dalam semua orang menang pada 9 Mac lalu, Mohamad Sabu kalah di Kuala Terengganu. Semua orang yang saya jumpa merasakan kemenangan PR kali ini tidak sempurna tanpa suara Mohamad Sabu di Parlimen. Nik Aziz pun mengaku lidahnya tak setajam Mohamad Sabu.
DAP dah isitihar sokong Mohamad Sabu
Anuar dah istihar sokong Mohamad Sabu
Suhaimi Said aktivis marhein nak berhempas pulas berkempen untuk Mohamad Sabu.
SMS yang saya terima bertanya adakah harapan Mohamad Sabu bertanding di Kuala Terengganu.
Ya, Mohamad Sabu bukan mewakili Kuala Terengganu atau Terengganu tetapi mewakili nadi rakyat Malaysa.
Ya, Mohamad Sabu bisa berbicara di Parlimen.
Ya, Mohamad Sabu bisa memimpin rakyat di jalanan.
Ya, Mohamad Sabu bisa berpidato di pentas ceramah.
Ya, Mohamad Sabu bisa melaksanakan kerja kebajikan
Ya, Mohamad Sabu bisa membela nasib setinggan
Ya, Mohamad Sabu bisa berdailog di pentas Sosialis.
Ya, Mohamad Sabu diminati India dan Cina.
Ya, Mohamad Sabu paling banyak kes politik di mahkamah
Ya, Mohamad Sabu bisa bicara bersama Hizbullah Lubnan.
Ya, Mohamad Sabu meronda seluruh Malaya setiap malam berceramah. Mana ada tokoh politik sanggup buat gitu. Mustafa Ali? Mutalib Embong? Syed Azman? Jawab sendirilah.
Ya, Mohamad Sabu telah mengabdikan diri dalam politik rakyat.
RAKYAT MAHU MOHAMAD SABU, tetapi Pas masih belum membuat keputusan. Kali ini kita mahu melihat adakah Pas Terengganu akan berfikir secara global atau lokal. Ujian sebenar ialah kepada Pas Terengganu.
2 comments:
petani petani pun mahukan mat sabu!!!
Kalau bang Mat menang,dia jadi Menteri Dalam Negeri,En ali boleh jadi KSU KDN,Bakaq boleh jd SU Akhbar.
Jumpa kat KT.Tq singgah kat blog saya.Tukulbesi,Jengka
Post a Comment