Wednesday, December 17, 2008

USRAH RASMI DAN USRAH TAK RASMI

Golongan dakwah haraki diistilahkan kepada penggerak Islam yang menyertai sesuatu pertubuhan. Ada personal yang lantang berbicara Islam tetapi tidak menyertai mana-mana pertubuhan Islam. Berkesankah? Isu ini yang selalu sahabat-sahabat kampus bincangkan kepada sesiapa yang tidak menyertai sesuatu pertubuhan walau pun mereka dilihat aktif dalam dunia dakwah.

Sesiapa yang menyertai sesuatu pertubuhan islam, usrah merupakan kegiatan utamanya. Usrah pula ada silibus ala-ala usrah Ikhwanul Muslimin. Saya memang tak minat langsung dengan silibus usrah rasmi kerana terlalu slow dan asas kandungannya. Kekadang ahli usrah ini tak tau apa pendirian terhadap kepada sang penguasa negara ini. Jika yang berusrah pun tak ada sikap kepada sang pengusa negara, baik tak payah berusrahlah. Mereka gagal mencari dalil alquran yang tegas untuk membenci dan sama sekali untuk tidak pro dengan Umno. Maka bagi sebahagian kecil dari kalangan kami akan ada usrah di luar usrah untuk membincangkan isu-isu lain pula. Antara pandangan lain yang kami hadam lumat adalah isu pertentangan kelas global. Dah lama tak berbicara isu ini, tiba-tiba TT pula yang mengingatkan kembali dalam versi baru. Sila klik di sini.


No comments: