Sunday, December 30, 2012

BERANI DAN JUJURLAH WAHAI PIMPINAN PUSAT

Jawatan politik adalah jawatan awam. Kekadang jawatan awam ini lebih kelihatan mewah dari jawatan dalam syarikat korporat. Ketika bermula bergerak di dalam arena politik, motivasi asal adalah kerana Allah atau demi rakyat. Tetapi  apabila sudah berada dipersada kuasa,  niat sudah  beralih ke arah demi status-quo jua.  Hilang kuasa bererti hilang pendapatan, bukan sekadar hilang kuasa sahaja. Maka, tak hairanlah walaupun sudah ada faktor yang layak seseorang itu berhenti memegang jawatan eksekutif tetapi masih mahu terus bertanding lagi. Siapa berani mencabar jika anda dilihat terlalu superior.  Akhirnya  nanti  secara senyap protes akan  berlaku di kertas undi.

MB Kelantan dan MB Kedah  akan tetap bertanding, katanya. Moga tidak akan ada undi protes secara senyap. Berhenti ketika era menang adalah lebih baik  dari diberhentikan secara paksa melalui pilihan raya. Mod rakyat bersama PR, bukan lesen untuk kita terus bertanding. Kita perlu menunjukkan  PR sentiasa membariskan pimpinan yang bersih, dinamik, sihat, pro aktif,  bijak dan pro rakyat.

Pimpinan parti di pusat kena berani membuat keputusan yang jujur jika yang melibatkan orang besar. Jangan berani setakat di Parlimen Larut sahaja.

Saturday, December 29, 2012

Ahli Umno Paling Setia Dengan Pemimpinnya

Tarbiyah Umno kepada ahlinya paling berjaya. Ahlinya cukup setia dengan Presidennya. Apa yang tak ditudoh kepada Najib. 

Najib takut bini.

Najib bikin hutang paling besar

Najib lembik membuat keputusan

Najib terima rasuah kapal selam

Malah, Najib membunuh Altantunya!!!!

Tetapi ahli Umno tak percaya semua tuduhan itu. Ahli Umno tetap setia dengan pemimpinnya. Pas pun tak akan dapat buat macam ini.  Ustaz Idris Ahmad, tauke tarbiah  Pas kena belajar dengan Umno bab ini.  Ha ha.

Monday, December 24, 2012

WAHAI TANTAWI!!!!

Umno belum kalah pada PRU 13  sudah mengamuk.

Jika kalah, macam mana?   Rasanya lagi kuat depa mengamuk.

Apa Pemuda Pas kena buat.

Solat hajat sahaja ke?

Buat kenyataan akhbar sahaja ke?

Kekadang satu tindakan keras  akan menakutkan Umno!!!

Wahai Tantawi, buatlah sesuatu yang berkesan!!!!!


Saturday, December 22, 2012

ORANG BARU JADI CALON PAS

Ahli baru Pas, Datuk Fauzi  Shaari  bakal calon Parlimen  Larut mewakili Pas.

Tak timbul isu  orang baru. Pas menampilkan calon yang dilihat boleh meyakini pengundi awam.  Ramai pengundi yang tidak fanatik parti.  Mereka akan lebih hormat kepada parti yang mengemukakan calon yang lebih berwibawa.

Moga-moga ianya menjadi contoh kepada kawasan lain. Wooooo.

Di Kelantan, kubu Pas,  pun dengar khabarnya ramai YDP yang tak jadi calon juga. Sekali bah sekali pantai berubah!!!!

Jika ada orang berfikir "ana yang paling layak", maka pada hakikatnya, depalah paling tidak layak menjadi calon.  Lebih parah lagi  bila orang keliling gagal menjadi penasihat yang jujur.  Wooooo

Tuesday, December 18, 2012

KATAK SELEPAS PRU 13

Sekarang pusat diperintah BN dan sebahagian negeri di perintah  PR.  Maksud "persekutuan" seperti tidak berjalan dengan licin antara kerajaan pusat dan sebahagian negeri khususnya yang diperintah oleh PR.

Apakah selepas PRU 13, pusat akan diperintah oleh PR dan sebahagian negeri diperintah oleh BN  pula. Ketika itu nanti kita akan menyaksikan betapa jujurnya Kerajaan Pusat PR berlaku adil  kepada sebahagian negeri yang dikuasai BN. Jika PR boleh berbuat sedemikian, maka PR adalah kerajaan berjiwa besar dan layak memerintah semua negeri dalam Malaysia pada PRU ke 14  nanti.

Hanya harapan saya, jangan ada mana-mana parti dalam PR yang akan belot selepas PRU 13 dengan menyertai BN pula.  Terdengar cerita beberapa orang bakal calon dalam PR yang hatinya tidak 100% berjiwa Pakatan Rakyat!!!!!  

Moga-moga pimpinan parti dalam kompenan PR, menjaga calon-calonnya dengan baik. Jangan dok kata Ibrahim Ali sebagai katak, tetapi  kok depa pula yang jadi katak nanti. Wooooo

Monday, December 17, 2012

KHALID MENTERI KEWANGAN MALAYSIA

Aspek "perbelanjaan" adalah satu aktiviti yang utama dan amat penting  dalam sesebuah ekonomi  negara atau negeri

Perbelanjaan negara yang strategik dan bijak akan membangunkan ekonomi rakyat dan negara sekaligus. Jika salah urus, ianya akan menjahanamkan ekonomi negara pula. 

Perbelanjaan negara   menggunakan sumber dari pendapatan negara, rizab negara atau dengan kaedah berhutang.  Semua sumber itu ada implikasi masing-masing dan hendaklah dipilih dengan  bijak,  berhemat dan teratur.

Berdasarkan prestasi dan keupayaan  Datuk Khalid Ibrahim, MB Selangor yang mengurus Selangor selama hampir 5 tahun, sehingga mampu mewujudkan rizab RM 2 bilion dan melaksanakan program rakyat, saya memberi tabik hormat kepadanya. Walaupun beliau seorang tokoh korporat, tetapi dalam mengurus  Selangor, beliau juga menggunakan kaedah seorang ahli "ekonomis".  Dan yang pastinya beliau seorang yang amanah, tanpa bising-bising beliau mengaku  sebagai "ulamak" atau "islamik":

Rasanya tak salah Kelantan dan Kedah yang diperintah oleh Pas belajar dari beliau.

Sudah lama saya mimpikan sebuah pentadbiran negeri atau negara, paling kurang pun macam Datuk Khalid Ibrahim lakukan.   

Jika PR perintah Malaysia, calon Menteri Kewangan terbaik ialah Datuk Khalid Ibrahim.  Baru kita boleh pisahkan jawatan PM dan Menteri Kewangan pada satu orang yang sama. 

Jika anda semua fokus mahukan Anwar jadi PM  tetapi saya lebih  fokus supaya Datuk Khalid jadi Menteri Kewangan Malaysia!!!!

Thursday, December 13, 2012

ADUHAI HUTANG NEGARA

Berikut carta hutang Malaysia

 
Pada 2012  hutang Malaysia meningkat ke RM 456.1 biliion.

Hutang Malaysia sehingga 2007 ialah RM 266.722  biliion.

Maknanya 4 PM buat hutang RM 266.722 billion.

Tetapi apabila Najib jadi PM, hutang jadi RM 456.1 bilion, kenaikan hampir sekali  ganda.

Jika Najib  terus jadi PM dan BN perintah Malaysia, hutang akan akan jadi 1 trillion dalam tempoh beberapa tahun sahaja lagi. Utusan berbangga dengan kutipan hasil RM 115 bilion pada 2012. Tetapi hutang yang dibuat melebehi 50 billion setahun!!!!

Jahanam Malaysia jika BN terus perintah Malaysia.

Tak hairanlah jika ada seorang bekas Peguam Negara berhasrat menyertai Pas dengan gelagat Najib ini!!!!!

Janganlah jadi rakyat bangang, buta  dan pekak  kepada kebenaran. Angka tidak menipu!!!!!

Solat 5 kali sehari tetapi bersekongkol dengan kebatilan, tak ada makna solat anda. Woooo.

Tuesday, December 11, 2012

MAHATHIR DAN ROSMAH

Dr Mahathir seorang yang berani.

Tunku Ab Rahman dilawannya

Barat dikritiknya

Amerika dikritiknya

Tatcher, PM Britain dilawannya - Buy British Last

Ulama dihinanya

Nik Aziz diperlekehkannya

Pas dikomuniskannya

Hudud dilawannya

Anwar dipecatnya

Pak Lah dijatuhkannya

Hanya Rosmah yang dikaguminya. Wooooo.

Monday, December 10, 2012

DRAMA POLIS BERMULA

Bukan mudah nak lihat polis bergaduh sesama sendiri. Kena tunggu depa pencen dulu, baru tau.  Banyak cerita yang kita dengar;  polis baik kena sabotaj, kena fitnah, kena pindah dan dihalang naik pangkat   Bos berkuasa penuh. Bos kena berkolusi dengan bos yanng lebih di atas lagi. Nak selamat kena.duduk diam-diam.  Biar pecah di perut jangan terburai di mulut. Ha ha.

Cerita polis berpakat dengan mafia, gangster, penyelamat penagih dan pengedar  dadah  pun ada. Tetapi siapa yang sanggup jadi saksi mendakwa mereka.

Cerita polis main silap mata dan memeras ugut  orang yang diditahan  atau dituduh  lagilah banyak.

Kali ini kita nak tengok siapa makan siapa.  Kesah lanjut   di sini  dan  di sini




BICARA 2 PUTERI DI BANDAR TAMPIN



Wednesday, December 5, 2012

BAKAR BURSA MALAYSIA!!!!!

Selepas BN tewas banyak kerusi pada 1999, Mahathir telah mengarahkan pihak Polis menghalang setiap ceramah anjuran Pas. Tiada permit dikeluarkan. Jika pihak Pas tetap mengadakan ceramah, maka FRU akan datang menghalangnya. Pihak Umno tak payah buat kerja jahat itu. Polis yang jadi baruah Umno, mengahalang ceramah Pas.

Selepas BN kalah lagi banyak dari 1999, iaitu pada 2008, Umno pula mengambil alih tugas Polis menghalang ceramah anjuran Pas dan PKR. Baling batu, buat bising, sabotaj dengan mengadakan program di sebelah tempat ceramah Pas/PKR, dan pelbagai kerja jahat lagi.

Polis tidak mengambil tindakan apa-apa ke atas Umno yang membuat kerja ganas itu. Umno walaupun sudah ada radio, tv dan akhbar, masih tidak  mampu berhujah dengan PAS/PKR. Kini mereka mengganas di setiap program yang dianjurkan Pas/PKR.

Umnolah yang merancang 13 Mei baru. Jika mereka kalah dalam PRU 13, mereka akan menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Kita ingin memberi amaran, anak muda PR bersedia membakar pejabat Bursa  Malaysia, sehingga melumpuhkan ekonomi  sang korporat yang mendukung BN!!!!!

(Peluang baru)

Saturday, December 1, 2012

MUSA HASAN LAWAN TAUKENYA

Lazimnya  apabila pencen, pegawai atasan perkhidmatan awam akan diberi jawatan di dalam syarikat GLC atau  syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.  Syarikat haram pun ada yang sanggup jadi pengarahnya, macam Hanif Omar di dalam syarikat Genting Berhad. Lumayan ganjaran sebagai Pengarah sehingga lupa halal haram. Majlis fatwa pun tak berani beri  nasihat supaya umat Islam jangan jadi Pengarah dalam syarikat haram.  Wooooo

Apabila Musa Hasan berani mendedahkan Menteri Dalam Negeri yang suka kacau daun kerja polis, maka kita pun tabik kepada beliau. Walaupun sudah pencen baru didedahkan pun tak apalah. Kira berani juga. Ada yang tunggu sudah berpuloh tahun baru sanggup dedahkan. Ha ha.

Tetapi mengapa Musa Hassan amat berani melawan tauke lamanya.  Ada yang kata Musa Hasan merajuk kerana tak  dilantik apa apa jawatan dalam GLC atau syarikat di Bursa Malaysia. Jasa beliau kepada BN dalam kes liwat  Anwar amat besar  sekali.   Entahlah. Tetapi demikianlah cerita yang dibualkan di kedai kopi!

Tuesday, November 27, 2012

BERJASA KACAU DAUN

Pertarungan PRU 13 dijangka hebat antara BN dan PR.  Calon Bebas mungkin mencelah dan kacau daun. Ada beberapa calon Bebas mampu menang di Borneo  kerana kekuatan peribadi calon di sesuatu Dun. 

Di Semenanjung, Berjasa sedang  mencari calon-calon bertanding di kawasan parlimen yang pengundinya majoriti Melayu/Islam tetapi calon BN dan PR adalah bukan muslim. Hujahnya ialah untuk menambah kerusi muslim di parlimen.  Antara kawasan parlimen yang menjadi tumpuan Berjasa  ialah Selayang, Klang, Cameron Highland dan Alor Gajah.

Samada hujah ini realistik atau tidak dalam senario pertarungan dua parti pada PRU akan datang, saya beranggapan  kemunculan Berjasa akan kacau daun. Nampaknya pimpinan Pas kena pujuk pimpinan Berjasa agar bersama dalam Pas.


Thursday, November 22, 2012

AKU BERMAZHAB ISLAM

Saya di Tingkatan Lima pada tahun 1976. Tak tahu pun hal-hal "Wahabi" yang kini menjadi  "musuh keras"  sebahagian penganut setia ahlul sunnah dan syiah.  Ha ha.  Tetapi pada masa itu saya terbaca satu artikel panjang lebar oleh Abul Hassan Ali Nadwi, seorang tokoh ulama besar dari India/Pakistan  yang mengkritik pedas akan cara pentadbiran Kerajaan Arab Saudi khususnya terhadap "pemodenan" Arab yang menghakis keaslian Islam di sana.   Saya tidak pula meyimpan artikel itu. Nak gogle pun kini, rasanya tak dapat kerana pada ketika itu, mana ada internet.  Ketika itu, pentadbiran Arab Saudi  belum dikritik lantaran kerana dasar luarnya.   Abim kerana terlibat dengan WAMY dan IFFSO adalah antara pihak yang tidaklah kritikal dengan dasar-dasar dan pentadbiran Arab Saudi ketika zaman 70an.  Malah tokoh WAMY dan IIFSO merupakan rakan baik kepada pimpinan Abim pada masa itu. Mungkin sekarang pun mereka masih rapat lagi. 

Pada awal 1979, Revolusi Islam Iran berlaku. Pak Yusof Rawa bekas Presiden Pas dan Mursyidul Am adalah bekas duta Malaysia  di sana telah menulis buku berkaitan dengan Revolusi Iran, bersama Hj Subky Latif rasanya. Mungkin anda boleh sahkan dengan Mujahid Yusof Rawa, kini AJK Pas Pusat, seorang pemikir dan pemcetus idea yang kekadang agak kontraversi dengan beberapa orang Ustaz jumud dalam Pas.  Woooo.  

Dalam masa yang sama satu kumpulan pemikir Islam yang berasal dari Pakistan  berhijrah ke London menubuhkan dan menerbitkan akhbar Crescent Interational.  Kumpulan ini ini bukan sahaja memperjuangakan idea dan aspirasi Islam tetapi  dalam masa yang sama  agak   kritikial dengan cara kerja Ikhwan, Jamaah Islam dan Revolusi  Islam  Iran.

Apa yang saya nak tegaskan di sini ialah, sokongan atau kritikan oleh Abul Hassan Ali Nadwi terhadap Arab Saudi bukan kerana mazhab wahabinya. Begitu juga sokongan Pak Yusof Rawa kepada Revolusi Iran bukan kerana syiahnya.  Dan sokongan dan serta kritikan Crescent International  yang dipimpin oleh Kallim Siddique terhadap Iran bukan kerana syiahnya, malah beliau adalah penganut totok sunni.

Amatlah malang jika aktvis  Pas sering membangkitkan  isu mazhab dalam memrberi sokongan atau tentangan kepada sesautu negara Islam di luar sana hanya kerana dek sentimen mazhab.

Jamaludin Al Afghani yang berasal dari Iran, reformis di awal abad 20,  ketika ditanya apakah mazhabnya, beliau menjawab - daku bermazhab Islam!!!!!

Hassan al Banna pernah berjumpa dengan Ayatullah Kasyani,  tok guru kepada Imam Khomeini. Imam Khomeini pernah berjumpa dengan Syed Qutb. Langsung tak ada cerita kafir mengkafir sunni-syiah.

Sesungguhnya daku menyampah sunni   mengkafir syiah  dan wahabi.  Sesungguhnya daku menyampah syiah mengkafir sunni dan wahabi.  Sesungguhnya daku menyampah wahabi mengkafir sunni dan syiah. 

Yang saya mahu kita lawan zionis Israel dan sekutu yang menyokongnya.

Yang saya mahu kita tumbangkan BN dalam negara ini!!!!!



Tuesday, November 20, 2012

ADA ANGGOTA PAS YANG LAYAK DUDUK DALAM HUTAN

Ada perwakilan Pas yang berucap mewakili negeri, marah betul dengan beberapa tulisan di Harakah.

Jika tak sanggup menerima kritikan dan berbeza pendapat, sesungguhnya insan tersebut tidak layak sekali menjadi anggota parti yang  bakal memerintah negara!!!.

Jika anda tak bersetuju, sila nyatakan pendapat anda. Tulislah  panjang-panjang dan jawablah  mana yang tak setuju.  Harakah wajar meraikan tulisan anda juga.

Semua orang layak memberi pandangan.  Pembaca tahu menilai salah benar sesuatu tulisan.  Suburkan budaya ilmu. Jika tak sanggup mendengar pandangan orang lain, lebih baik duduk dalam hutan belantara!!!!

Jangan sesekali Pas menyimpan  anggota parti yang kononnya "ditarbiah" tetapi amat jelas akan "hasad"nya....

Wooooo.

Monday, November 19, 2012

ANALAH PALING LAYAK

Muktamar Pas telah berlalu.  Yang cemerlang ialah TG Haji Abdul Hadi Awang. Beliau menjawab dengan penuh simbolik apabila para perwakilan mencadangkannya sebagai PM. Beliau rela mati atau menjadi   nelayan semula  jika  Islam menang di Malaysia. 

Pimpinan peringkat negeri, kawasan dan cawangan  kena belajar cara TG Hj Abdul Hadi menjawab. Jangan dok mendabik dada "analah yang paling layak", "analah paling lama dalam Pas", "ana ditarbiah Pas".
 
Kalau anda layak, insha allah, jawatan akan sampai ke tangan anda jua!!!!

Moga-moga jangan ada yang meroyan jika tak dapat bertanding!!!!

Friday, November 16, 2012

KETUA PEMUDA PAS ADA REZAB 3 BULAN

Ketua Pemuda Pas Pusat mengistiharkan ada simpanan RM 9,000.00. Kira-kira oklah tu. Jika anda  sebagai aktivis Islam  yang mempunyai  rezab sara hidup untuk 3 bulan, itu sudah  di kira ok   amat sangat. Ha ha. 

Saya kenal  Mohamad Sabu,  Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub sejak mereka belum lagi   menjadi YB. Ketika itu, mereka bukan sahaja tidak ada rezab sara hidup 3 bulan, tetapi tiada pendapatan bulanan yang dibagi oleh parti secara tetap.  Kalau dapat pun rasanya setakat tak sampai RM 1,000.00.  Sorilah jika diam-diam mereka diberi  oleh  parti lebih dari itu. Ha ha.  Selepas  mereka  jadi YB, barulah ada "syenang" sikit. Ha ha.  Tak payahlah kita belanja teh lagi.  Sekarang mereka bertiga sudah  tidak fikir  hal perut lagi kerana  paling kurang pun pencen YB sudah ada   dalam tangan.  Yang mereka perlu fikir macam mana nak jatuhkan BN sahaja!!!!   Woooo.

Bertuah juga jadi Ketua Pemuda Pas pada zaman sekarang  kerana ada gaji hulanan yang dibayar oleh parti secara tetap. Yahoo. Tetapi kata orang,  lagi bertuah jadi Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah.  Fasal itulah jawatan itu semacam monopoli untuk seorang  sahaja  sampai mati agaknya.  Belajar-belajarlah jawatan digilir kepada orang lain.  Tak syok ada orang kata "macam tak ada orang lain yang lebih layak lagi".    Wooooo.




Wednesday, November 14, 2012

Ulamak Haraki

Sejak zaman kampus perkataan "haraki" sentiasa saya dengar. Ianya menjadi dendangan para naqib usrah. Walaupun seseorang itu  cenderung kepada sahsiah islam, tetapi kerana tak join kumpulan usrah atau kumpulan islam, maka orang itu dikatakan "tidak haraki". Ha ha. Top-op apabila Anwar masuk Umno, sang Naqib yang sentiasa mendedangkan perkataan "haraki"  itu sama-sama terjun ke lubuk Umno!!!!. Woooo.

Di muktamar Pas kali ini, tema ucapan dasar Ketua  Dewan Ulama  Pas ialah "Ulama Haraki Benteng Izzah Islam".

Bak kata Penarik Beca, yang selalu memulakan perbualan dengan kata-kata "maaf cakaplah" - saya berharap sangat agar anggota Dewan Ulama  benar-benar "haraki".  Jika berjuang setakat bagi kuliah maghrib dan kuliah subuh sahaja, tanpa terjun ke medan tempur - menentang BN secara jelas dan nyata, baik jangan sebut ulama harakilah. Kok syok dengan istilah "haraki" sahaja,  Maaf cakap ya.

Tuan Yusof Embong, TPJ Pas Pahang  dan Tuan Ibrahim,  KP Pas,  mesti setuju dengan saya. Tak tahulah saya siapa yang haraki antara kedua mereka di zaman kampus  dulu. Yang pasti, sekarang, mereka berdua adalah "haraki".  Woooo.



Thursday, November 8, 2012

CALUN PAS DUN GEMENCHEH


Sekali air bah, sekali pasir berubah.  Dua  nama dikenalpasti bakal calun Pas bagi Dun Gemencheh. Salah satu nama yang agak menarik ialah Cikgu Mohd Nor Yassin, anak kelahiran Kg Batang Rokan, Gemencheh, yang baharu sahaja bersara dari pensyarah  Institut Perguruan, Taman Melewar, Seremban  pada 2011.

Berikut serba sedikit latar belakang Cikgu Mohd Nor Yassin, yang pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiawa UPM pada 1987-1988  dan Setia Usaha Abim NS pada 2005-2006

MAKLUMAT DIRI

Nama :HJ   MOHD NOR BIN YASSIN
K/P :520514-05-5375

Alamat : 436 Jalan Sri Mawar 4, Taman Sri Mawar, 70450 Senawang, Negeri Sembilan

Asal : Kampung Batang Rokan, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan
Tel : 06 – 6782414 (R) 013-3422414

Keluarga
1.      Nama Isteri Pertama : Allahyarhamah Zaiton bt Daud (Berasal dari Kg Gedok, Gemencheh. Telah Meninggal Dunia pada 23 Mac 1993)
a.       Anak (L) 6 orang (5 meninggal, )
b.      Mohd Azman (sudah berkahwin, isteri – Junaidah,  3 orang anak)
Bekerja swasta dan tinggal di Sejangkang, Kelang.

2.      Nama Isteri Kedua : Pn Sawiyah bt Zainal (Berasal dari Sabak Bernam,  Selangor, Kahwin 31 Dis 1993)
a.       Anak 4 orang ( Lelaki 2, Perempuan 2)
b.      Mohd Fauzan, Tingkatan 4 (2011)
c.       Mohd Zulfikri, Tingkatan 3 ( 2011)
d.      Yasmin Hayati, Darjah 6 (2011)
e.       Norain Sofea, Darjah 4 (2011)
f.        Ustazah Sawiyah bt Zainal, isteri mengajar di SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban.
Pendidikan
1.      National Type Primary English Gemencheh ( Standard 1 – 6)
2.      Sek Men Dato’ Mohd Taha ( Tingkatan 1- 111)
3.      Sek Men Tunku Besar Tampin (Tingkatan IV – V)
4.      Maktab Perguruan Jalan Kuantan, Kuala Lumpur ( 1973 -74 )
5.      Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1985)
6.      Universiti Pertanian Malaysia, Serdang (1986 – 1988)
7.  (Presiden Persatuan Mahasiswa UPM 1987-1988)

Perkhidmat Sebagai Guru/Tenaga Pengajar 
1.      (Guru Sementara : SK Felda Bukit Rokan Utara,Gemencheh (1972)
2.      Guru Sekolah Rendah Felda Bukit Puchong, Triang Pahang (1975-1979)
3.      Guru Sekolah Kebangsaan Gedok, Gemencheh, Negeri Sembilan (1980-1984)
4.      Guru Sekolah Menengah Felda Palong 4, Gemas, Negeri Sembilan (1989)
5.      Penolong Kanan, Sekolah Men Feda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan (1990-92)
6.      Pemangku Pengetua Sekolah Men Feda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan (1991-1992)
7.      Pensyarah Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Melaka (1993-96)
8.      Pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban (1997-2009)
9.      Ketua Unit Pendidikan Bestari, Institut Perguruan Raja Melewar,(1998-2006)
10.  Ketua Unit Kebajikan Hal Ehwal Pelajar, IPRM (2007-2009)

Kelulusan 
1.      Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama) di Universiti Pertanian Malaysia (1986-88)

Kemasyarakatan
1.      Pengerusi Sekolah Agama Rendah An Nur, Taman Sri Mawr, Senawang, NS (2007 hingga sekarang)
2.      Pengerusi Surau Taman Sri Mawar, Tmn Sri Mawar, Senawang, N Sembilan (2007 hingga sekarang)
3.      Imam Surau Taman Sri Mawar, Tmn Sri Mawar, Senawang, N. Sembilan  (sekarang)
4.      Pengersui Koperasi Usahawan Industri Asas Tani Negeri Sembilan (2009 hingga sekarang)
5.      Setiausaha Petubuhan Usahawan Tani Fertigasi dan Konvensional Daerah Tampin, Negeri Sembilan (2011 hingga sekarang)
6.      Panel Penasihat Pusat Kesihatan Senawang, Senawang, Negeri Sembilan. (2011)
NGO
1.      Ahli Belia Kampung Tengah/Gedok (1980 – 1984)
2.      AJK ABIM Daerah Tampin ( 1981- 93 )
3.      AJK ABIM Negeri Sembilan ( 1998 -2004 )
4.      Setiausaha ABIM Negeri Sembilan (2005 – 2006)
5.      AJK WADAH Negeri Sembilan ( 2010 – 2011)
Politik

1    Ahli KeADILan Senawang (2010-2011)
2     Ahli PAS  Paroi (15 Dis 2011 hingga sekarang.)

Calun ini dilhat lebih berwibawa untuk mencabar calun Umno yang hanya lulus SPM sahaja. Woooo.  Bak kata orang, jika PR menang di NS, layak sekali menjadi Exco Pendidikan.



Wednesday, November 7, 2012

ASTRO - Ananda Sudah Tipu Ramai Orang

Pelabur Astro mengamuk sakan. Apabila disenaraikan, harganya naik 3 sen sekejap. Selepas itu jatuh terus menerus  sehingga bawah dari harga  belian RM 3.00. Hari ini harganya RM 2.67.

Pelabur kena fikir untung dan risko sekali gus. Langit tak selalu cerah.  Namun kini pelabur Astro mengatakan ASTRO ialah :  Ananda Sudah Tipu  Ramai  Orang.  Ha ha.

Bagi pelabur menggunakan tunai, tiada masalah. Simpanlah dan  sampai masanya akan naik juga.   Tetapi yang buat pinjaman, sudah pening kepala, kena bayar bunga bank. 

Cobaan!!!!!



Monday, November 5, 2012

AYUH TAMPIN!!!!!

Teka teki bila pilihan raya umum ke 13 tidak diperlukan lagi.  Ia bakal muncul menjelang tahun 2013. Kurang lebih 60 hari lagi. Isunya ialah adakah jentera pilihan raya di akar umbi  sudah "pulun" habis-habisan. 

Yang punya jawatan punya kuasa. Yang punya kuasa ada hak merancang dan mengarahkan jentera pilihan raya.  Jentera mesti licin dan lancar. Jentera kena akur  dan bergerak seiring dengan  arahan dan perancangan pimpinan atasan.  Jika jentara tak berjalan, pimpinan kena tukar jentera baru. Tetapi jika tak mampu menukar jentera baru,  sewajarnya yang punya kuasa mengundur diri. Lantik jenderal baru  pula.  Ada yang kena berkorban dan ada yang perlu dikorbankan.

Masa sudah terlalu singkat. Nilailah prestasi semasa. Aturkan kerja segera. Kini perlu  mesyuarat setiap 3 hari sekali. Bilik Gerakan sewajarnya telah dibuka setiap hari.  Semangat anggota dan penyokong perlu dibakar. Pengundi telah dimesrai. Persiapan dana telah mencukupi. 

Kemenangan bukan datang secara ajaib dan tiba-tiba. Ianya memerlukan dokongan padu semua pihak. Jika markas pun jarang dibuka dan tidak dimakmurkan, lupakan perkataan kemenangan!!!!!

Sunday, November 4, 2012

SELAMATKAH LEMBAH PANTAI?

Parlimen Lembah Pantai, Titiwangsa  dan Bandar Tun Razak adalah milik PR kini.

Adakah akan selamat pada PRU 13?

Dikatakan undi pos meningkat. 

Dikatakan pindahan pengundi Melayu meningkat ke kawasan ini.

Malah peruntukan BN ke kawasan ini untuk "membeli undi" adalah tanpa had.

BN hanya menumpukan 20 kawasan parlimen yang mereka   kalah  sedikit sahaja untuk menang semula.  Lembah Pantai, Titiwangsa dan Bandar Tun Razak adalah fokus utamanya. 

Penyokong PR jangan "terlalu syok" dengan "himpunan" yang ramai sahaja. Taktikal daftar  pengundi juga amat penting bagi kawasan 50-50!!!!!

Friday, November 2, 2012

BANGANG 44

Berkorban apa saja. Itulah ucapan terbaik untuk Shafie Afdal. Tetapi sayangnya ialah yang berkorban itu ialah negeri yang paling  tinggi kadar kemiskinannya. Shafie tak mau Sabah dapat royalti minyak 20%. Cukuplah sekadar 5% sahaja.  Baik punya orang. Wooooo.

Kekadang fasal nak bodek PM, sanggup korbankan orang kampong sendiri.  Agaknya dia tak mau dikatakan sama nada dengan tuntutan PR, maka Shafie redha dengan royalti 5% sahaja.

Wahai orang Sabah, janganlah engkau simpan lagi ahli politik macam ini.  Bangang 44 namanya. Woooo.

Jangan lupa jumpa di Seremban Jaya, esok  jam 4 petang. Yahooooo.


Wednesday, October 24, 2012

KEDAH OH KEDAH

Lapuran Audit 2011 mendedahkan beberapa kepincangan di dalam pentadbiran PR di  Kedah.    Daripada penjelasan yang dibuat oleh  pihak  Kerajaan Kedah, seolah-olahnya Kedah sudah maklom dengan kepincangan tersebut. Soalnya mengapa tiada tindakan segera dibuat  ke atas pelaku yang bertanggung jawab dalam kepincangan tersebut.  Adalah tidak wajar Kedah  menunggu sehingga Laporan Audit dikeluarkan barulah  tindakan yang sepatutnya  dibuat. Itu pun kita belum mendengar apakah Kerajaan Kedah telah mengambil tindakan pro aktif   dengan membuat aduan kepada pihak yang berkuasa. Yang kita dengan hanyalah Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah yang membuat aduan ke SPRM.


Setpol MB Kedah, dalam menjelaskan isu kepincangan Kedah Corp, telah membangkitkan kepincangan di zaman BN pula. Ha ha. Ini pun satu kerja kelakar. Kita mahu penjelasan kepincangan zaman PR tetapi beliau babitan zaman BN pula.  Sepatutnya sebarang kepincangan zaman BN, telah pun dinyatakan sejak PR mengambil alih Kedah pada 2008, bukannya sekarang selepas dibangkitkan kepincangan zaman PR!!!!

Isu-isu Kedah ada di sini, sini, sinisini  dan di sini.

Ada orang kata, MB Kedah bagi muka sangat kepada SUK sehingga pentadbiran Kedah  terlalu  slow dalam sebarang pembaharuan.  Dah habis penggal, baru macam-macam keburukan SUK didedah!!!!


Tuesday, October 23, 2012

KESAH SUK KEDAH


Oleh : MATA KCS 

Kali ini, penulis akan mendedahkan penglibatan kaum keluarga terdekat datuk Rasli di dalam isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi. Kononnya, kaum keluarganya (Datuk Rasli) berhasrat untuk memiliki Pulau Bumbun Besar, Langkawi bagi tujuan membangunkan projek mega iaitu sebuah Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa yang terkemuka di Asia. 

Projek mega tersebut dianggarkan bernilai RM 1.2 billion dan  melibatkan pengambilan tanah (syarat pertanian) milik kerajaan negeri yang berkeluasan 160 ekar. Sekiranya, hasrat mereka dituruti oleh kerajaan negeri, maka kaum kerabat Datuk Rasli akan menjadi orang paling terkaya di Langkawi. Harta beliau yang sudah berlambak akan lebih berlambak-lambak lagi hingga boleh di makan oleh 14 generasinya di kemudian hari.

Hasil siasatan mendapati datuk Rasli secara langsung maupun tidak langsung telah bertindak membantu menjayakan urusan ini khususnya melibatkan di bahagian pentadbiran kerajaan, samada di peringakat daerah Langkawi maupun agensi-agensi di peringkat negeri.

Beliau juga bertindak sebagai orang penting  untuk mempengaruhi kerajaan negeri bagi meluluskan permohonan tersebut. Bagi orang ramai yang mungkin kurang tahu, Datuk Rasli adalah merupakan salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang akan terlibat membuat keputusan di dalam projek ini. Kedudukannya sebagai ahli mesyuarat kerajaan tersebut, tidak mustahil beliau boleh mempengaruhi mana-mana exco menyokong permohonan kaum keluarganya tersebut.

Bagi memohon kelulusan tanah dan projek yang hendak dibangunkan tersebut ia telah di buat oleh sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Penulis juga difahamkan, jika permohonan tersebut diluluskan, mereka (syarikat) bersetuju membuat sedikit bayaran kepada kerajaan negeri. Pendapatan yang kerajaan negeri bakal perolehi umpan terlekat di celah gigi kuning mereka sahaja, sebaliknya mereka pula akan menjadi maharaja di pulau tersebut.
Dalam hal ini, adakah datuk Rasli mempunyai kepentingan secara langsung maupun tidak langsung ke atas tanah dan projek tersebut ataupun syarikat berkenaan adalah proksi kepadanya. 

Pendedahan ini menuntut Datuk Rasli menjawab tentang kepentingan dan kedudukannya di dalam permohonan tanah dan projek tersebut. Seluruh rakyat di negeri Kedah ingin beliau tampil memberi penjelasan berhubung dengan pendedahan ini.

Kegagalan Datuk Rasli menjawap atau menafikan penglibatan dan kepentingannya di dalam permohonan tanah dan projek ini membolehkan orang ramai mengesyaki beliau sebagai telah menyalahgunakan kuasa di atas kedudukannya dan melakukan rasuah. Jika tidak ia membolehkan pihak SPRM menyiasat tentang hal ini. Jika sabit kesalahan, beliau perlu di hokum setimpal dengan perbuatannya yang mengkhianati amanah rakyat dan Al Sultan selaku Raja Pemerintah di negeri Kedah.

Walau bagaimanapun, harapan mereka memiliki tanah di Pulau Bumbun Besar, Langkawi tidak kesampaian kerana permohonan tersebut telah ditolak oleh kerajaan negeri. Barangkali penolakan ini disebabkan pihak kerajaan negeri telah dapat mengesan permainan silap mata mereka yang terlibat.
Juga diberitahu bahawa penolakan permohonan tersebut menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam projek ini tersangat-sangat kecewa dan marah kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar negeri Kedah. Bermula dari isu inilah datuk Rasli dan konco-konconya membuat onar di dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai membalas dendam di atas ketegasan kerajaan negeri membuat keputusan.

Menurut sumber dipercayai, asas penolakan permohonan ini adalah kerana kerajaan negeri mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan prosedur serta kaedah pemerosesan permohonan tersebut. Kecelaruan prosedur ini bukan tidak disengajakan, malah seperti telah dirancang dengan teliti supaya hasrat mereka tercapai. 

Laporan Pejabat Tanah Langkawi, sebelum permohonan syarikat yang berhasrat memiliki Pulau Bumbun Besar untuk dibangunkan  Pusat Peranginan dan Reakreasi Antarabangsa tersebut, sudah ada pihak-pihak lain yang berminat ke atas tanah di pulau tersebut sejak tahun 1991 lagi. Pihak berkenaan turut membuat permohonan rasmi untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi seterusnya kerajaan negeri. Tetapi permohonan pihak berkenaan tidak ke mana-mana ataupun diproses (dilayan) kecuali telah diluluskan  sebidang tanah yang mempunyai geran individu berkeluasan antara 16-17 ekar di tengah-tengah pulau tersebut.

Jadi, perkara ini menimbulkan persoalan. Bagaimana permohonan dari pihak lain, Pejabat Tanah Langkawi boleh diketepikan (fail ditutup) begitu saja, sebaliknya syarikat yang dikatakan ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan datuk Rasli  seolah-olah diberi keistimewaan.
Apakah mungkin ada arahan yang kuat dari pihak pentadbiran atasan kepada Pejabat Tanah Langkawi untuk memproses serta memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan. 

Penulis melihat berkemungkinan ia melibatkan sokongan orang dalam, demi mengaut keuntungan peribadi mereka.  Tidak mustahil mereka yang terlibat telah dijanjikan bulan dan bintang serta mendapat habuan berjuta-juta ringgit dari pihak yang berkenaan.

Bagi penulis, keputusan kerajaan negeri menolak permohonan tersebut merupakan keputusan yang bijaksana serta kemenangan buat rakyat Kedah. Ia juga mencerminkan kewibawaan dan akauntabiliti kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat menjaga hak serta kepentingan rakyat dan negeri Kedah. Ia sekali gus, kerajaan negeri telah berjaya membenteras budaya kronisme yang berleluasa di bawah  pentadbiran (kerajaan) Datuk Rasli. 

Sesungguhya, ketegasan pihak kerajaan negeri perlu diberi pujian oleh sekalian rakyat Kedah, di samping telah memberi pukulan ‘KO’ kepada  Datuk Rasli dan kroni-kroninya. Sikapnya untuk  bermaharaja lela di atas kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan telah dapat disekat oleh kerajaan negeri. Pastinya, Datuk Rasli tersangat kecewa serta tercabar di atas tindakan tegas kerajaan negeri, seolah-olah mereka (kerajaan) telah menconteng arang ke mukanya. 

Barangkali, kerana sebab itulah datuk Rasli kini telah menzahirkan sikap buruk dan keegoannya lalu bertindak memboikot dan mensabotaj pentadbiran kerajaan dengan apa cara sekalipun, sehinggakan keputusan exco tidak dilaksanakan ataupun tindakannya dilambat-lambatkan.

Mudah-mudahan pendedahan ini akan membuka mata khususnya buat kerajaan negeri dan rakyat Kedah, betapa datuk Rasli adalah manusia yang tamak dan gila kuasa serta tidak layak di beri muka lagi. Segala tindak tanduknya ibarat “harapkan pagar, pagar makan padi”. 

Datuk Rasli adalah sejenis manusia yang apabila diberikan madu kepadanya, ia balas dengan tuba. Rakyat Kedah desak kerajaan negeri membuat tindakan drastik menamatkan perkhidmatan kontrak serta-merta, demi menjaga kepentingan rakyat, kerajaan dan negeri Kedah.
Insya allah, selepas ini penulis akan mendedahkan siapakah di pemilik dan syarikat yang dikatakan ada hubungan kekeluaragaan dengan datuk Rasli serta tersangat istimewa sehingga bercita-cita memiliki Pulau Bumbun Besar, Langkawi. Tunggu dan bersabar…


Friday, October 19, 2012

KORBAN: SIAPA YANG TERKORBAN

Ibadah korban adalah ibadah yang baik. Kini ramai yang berkorban. Bukan sahaja berkorban di negara ini tetapi berkorban di Kemboja, Vetnam, Sudan dan Sri Lanka. Kalau  dulu, penganjurnya seorang dua sahaja, tetapi kini agak ramai penganjurnya. Nak kata bisnes, tak sampai hati pula, tetapi apbila borak-borak dengan sahabat-sahabat yang ke Kemboja, lebih kurang macam itulah nampaknya!!!!

Satu yang ketara di Kemboja ialah, penerima korban hanya "orang itu" sahaja. Akibatnya segolongan orang "mewah"  dengan daging korban. Pihak penganjur dari Malaysia hanya mewakilkan kepada satu atau dua pihak  sahaja di Kemboja untuk melaksanakan korban.  Wakil penganjur memberi wang dan senarai nama perserta korban kepada wakil Kemboja dan selepas itu balik semula ke Malaysia. terpulanglah kepada "amanah" wakil Kemboja untuk melaksanakan korban tersebut!!!!

Oleh kerana :"mewah"  dengan terimaan daging korban, sang penerima daging korban sibuk mengeringkan daging korban kerana di sana tiada peti ais, lantaran tiada elektrik. Tulang dari haiwan korban "dibuang" begitu sahaja tanpa dibuat makanan seperti mana di negara kita, tentu enak sekali dibuat sup tulang!!!

Al kisah, kononnya ada sebahagian penganjur dari Malaysia, buat untung berpuloh ribu ringgit  dari hasil jualan daging lembu kepada peserta korban. Ha ha. Cukup berniaga setahun sekali. Tak tahulah siapa yang "terkorban"......







Thursday, October 18, 2012

UTUSAN GILA

Utusan Meloya beria-ia berkempen supaya TG Nik Aziz berhenti dari jawatan Mursyidul Am. Jika anggota Pas yang berkempen, mungkin ikhlas. Tetapi jika Utusan yang buat kerja macam itu, mesti ada udang sebalik batu!!!!

Utusan tau siapa pemghalang utama agenda UG - agenda kerjasama Pas - Umno. Utusan tau kerusi MCA dan MIC dan rakan sekutu di Sabah dan Sarawak akan hanyut pada PRU 13 nanti. Umno akan kehilangan kuasa. Hanya Pas sahaja yang dilihat boleh dipujuk rayu untuk bekerjasama. Pas amat penting kepada Umno pada PRU 13 ini. Dengan kerjasama PAS, Umno bakal terus berkuasa lagi. Tetapi orang yang menjadi penghalang utama ialah TG Nik Aziz. Pada Utusan Meloya, Hj Hadi, Harun Din dan Harun Taib mudah dipujuk!!!! Tokoh lain, akan ikut 3 orang pemimpin ini. Ha ha. Nak harap Dewan Pemuda Pas Pusat  sebagai penghalang kerjasama UMNO-PAS, lupakanlah. Ketua Pemuda dan Timbalannya diragui sikapnya dengan PR. Wooooo.

Utusan akan menggunakan dan memutar belitkan kenyataan anggota dan bekas anggota Pas.  Orang Pas pun gila media, pantang sahaja ditanya oleh Utusan, maka akan dijawablah. Walhal selama ini, kita tau Utusan sentiasa memutar belit kenyataan untuk menentang Pas.  

Ketika Hj Hadi dilihat sebagai ancaman  Umno, Utusan menghentam dan memutar belit kenyataan Hj Hadi.

Ketika kumpulan ulama dilihat sebagai  musoh utama Umno, maka kepimpinan ulama diperlekehkan oleh Utusan.

Ketika kumpulan profesional dilihat sebagai menarik ramai orang kepada Pas, maka golongan profesional diperlekehkan oleh Utusan.

Agaknya jika Mohamad Sabu berhenti menentang Umno setiap malam dan memuja Umno, maka Utusan pun akan berkempen untuk menaikan Mohamad Sabu sebagai Presiden Pas agaknya. Ha ha.




Saturday, October 13, 2012

HARUN DIN GANTI NIK AZIZ?

Dr Hasan Ali mencadangkan Dr Harun  Din sebagai Mursyidul Am Pas untuk mengganti TG Nik Aziz.

Hasan Ali, kawan lama seforum perdana dengan Dr Harun Din.

Hasan Ali macam tau pendirian sebenar Dr Harun Din.  Atau dia salah baca siapa sebenar Dr Harun Din. Memang ada cakap-cakap Dr Harun Din juga merupakan salah seorang pendokong UG dahulu. Ada bisik-bisik juga mengatakan Dr Harun Din semacam alegik dengan DAP dan lebih "senang" dengan Umno.

Jika benar telahan Hasan Ali terhadap Dr Harun Din, apakah Dr Harun Din mampu mempengaruhi pimpinan Pas yang lain untuk karam bersama dengan Umno. Ada cakap-cakap Harun Taib  pun satu geng dengan Dr Harun Din dalam agenda ini.   Mungkin agenda ini tidak mampu pergi jauh kerana Mustafa Ali belum terbuka hati dengan idea ini. Wooooo.

TG Haji Hadi pada kenyataan terakhirnya; tetap bersama dengan PR. Hanya beliau terlalu bagi muka kat Nasharudin Mat Isa!!!!  Takut orang kata Pas parti tiada displin. Siapa pun boleh kata apa-apa pun kepada parti.  Kita boleh kritik peribadi pemimpin  tetapi jika tidak setuju dengan dasar dan strategi semasa parti, eloklah keluar mencari gelanggang baru, jika benar-benar anak jantan.  Biar lebih banyak lagi jenama beras di pasaran selain beras JATI.   Wooooo.

Monday, October 8, 2012

PAS MENANG BANYAK JIKA SEORANG DIRI?

Orang kerja kerajaan tentulah lebih bijak dari orang kampong yang tanam sayur, menoreh getah, tanam padi dan tangkap ikan di laut.

Tetapi dakyah BTN dan Umno mudah dipercayai oleh orang kerja kerajaan. Antara hujah Umno yang sedang dan sering dimainkan ialah Pas akan menang banyak jika tidak bersama PKR dan DAP.  Orang Melayu kononnya lebih senang jika Pas berseorang diri. Orang Melayu akan lebih mengundi Pas jika Pas seorang diri.

Ha ha. Adakah orang Melayu mengundi Pas ketika PRU 1978, 1982 dan 1986?  Pas kalah teruk di dalam PRU tersebut.

Hanya selepas Pas berpakat dengan Angkatan Semangat 46 dan Angkatan Semangat  46 berpakat dengan DAP, barulah Pas menang dan menguasai negeri Kelantan dan menambah kerusi di Kedah dan Terengganu.

Bila PAS dan DAP dan tak berkerjasama secara tak langsung dalam PRU 1995, Pas tidak menunjuk prestasi yang baik.  Melayu tak pun mengundi Pas dengan hebatnya.

PRU 1999, dengan kes Anwar, Pas menumpang tuah sehingga menawan Terengganu.

PRU 2004 - Pas kalah banyak tempat kerana penangan Pak Lah yang baru jadi PM.

 PRU 2008, Pas, PKR dan DAP bersama dalam BA/Pakatan Rakyat,  Pas menambah kerusi menang.

Tak ada bukti Pas menang banyak jika seorang diri. Sebaliknya jika bersama parti lain, Pas akan menang banyak.

Sunday, October 7, 2012

KABINET BAYANGAN PR

Utusan Malaysia atau lebih enak dipanggil Utusan Meloya memaparkan kabinet bayangan PR. Samada tepat atau rekaannya, ini menggambarkan keyakinan  Utusan Meloya bahwa PR bakal menerajui Malaysia selepas PRU 13 akan datang. Wooo.

Borak-borak di kedai kopi di Felda, ramai yang kagum dengan senarai kabinet PR. Ha ha. Yang peliknya nama Mohamad Sabu tidak ada dalam senarai itu, walhal Mohamad Sabu adalah Timbalan Presiden Pas. 

Musoh utama Utusan dalam Pas ialah Mohamad Sabu. Sejak Mohamad Sabu bertanding Ketua Pemuda sehinggalah ke jawatan Timbalan Presiden Pas, Utusan akan  "melekehkan" Mohamad Sabu. Nampak sangat Mohamad Sabu adalah  figur yang tidak  akan  berkompromi dengan Umno!!!!!




Wednesday, September 26, 2012

MUBARAK BERJANGGUT

Dengar khabar hubungan  Mesir-Israel di bawah regim Mubarak dan Morsi  lebih kurang sama sahaja statusnya. Malah Morsi cuba melihat  "keramahannya"  dengan Israel bilamana memberi bangunan baru kepada kedutaan Israel di Mesir!!   Ada gelaran tak baik kepada Morsi kini iaitu Mubarak Berjanggut. 

Sikap Ikhawanul Muslimin sejak awal penubuhannya terhadap Israel adalah jelas sekali sehingga mereka sanggup menyediakan pasukan bersenjata melawan Israel pada 1948  dahulu.

Kejayaan team Ikhwan dalam pemerintahan Mesir kini  tidak ada maknanya jika sikap Mesir terhadap Israel  tetap sama dengan regim lama Musbarak.   Dikhabarkan juga rakan-rakan Ikhwan di luar Mesir, amat tidak puas  hati dengan Morsi!!!!

Dalam hal sikap terhadap Israel, hanya Iran dan Syria sahaja  di kalangan negara Teluk  yang amat tegas terhadap Israel. Maka tidak hairanlah kedua-dua negara ini cuba dipencilkan dari dunia Islam dengan dakyah syiah. Ustaz ustaz Pas pun turut sama terperangkap dalam isu ini. Dengan sentimen mazhab dan akidah, dunia Islam "di pecah dan perintah"  oleh Amerika!!!!   Yang menjadi alat Amerika ialah Arab Saudi dan Qatar!!!!




Tuesday, September 25, 2012

MAKAN MALAM PERDANA 28 SEPTEMBER


MISKIN INFO

Sesekali balik kampong, ambil kesempatan menziarahi beberapa orang  kawan lama.  Ada kawan lama rakan sekelas Tingkatan Lima pada tahun 1976   dan ada rakan se UKM pada 1979-1983. Saya mendengar cerita mereka sahaja. Oleh kerana nak tahu isi hati mereka, maka saya tidak membalas apa-apa kenyataan dari mereka.  Baru boleh tau cerita sebenar.  Ha ha.

Walaupun suasana internet hebat dengan pelbagai cerita politik  serangan PR ke atas BN, tetapi rakan-rakan saya yang mempunyai latar pendidikan berbeza, ada yang belajar setakat SPM  dan ada  yang belajar sehingga Master, tidak menghiraukan apa yang terjadi di dalam negara ini. Mereka ini hanya memikirkan kehidupan mereka sahaja.  Tidak bersedia "mendengar" info baru. Tidak bersedia bersama arus masyarakat.  Ada yang tak  reti internet dan yang mempunyai kemudahan internet tetapi tak bersedia melayari lelaman yang  kritis dengan BN.

Saya ingatkan selepas masuk abad 21 ini dan pelbagai kebangkitan rakyat di luar negara, rakyat negara kita pun turut peka sekali. Tetapi ianya tidak berlaku. Agak-agak berapa ramai golongan macam ini????






Saturday, September 22, 2012

KERETAPI LAJU KELANTAN?

Husham Musa kata nak buat keretapi laju. Ha ha. Kasi beres bab air di Kelantanlah dulu!!!!!

Kelantan mana ada kuasa nak buat laluan kat negeri  selain Kelantan. Cakap saja bolehlah. Lainlah jika PR dah ambil alih Putrajaya. Woooo.

Penyokong fanatik PR, naik sheikh mendengar cadangan Husham Musa. Ha ha. 


Friday, September 21, 2012

BILA ISLAM MENGHINA ISLAM BAGAIMANA?

Sang kafir menghina Nabi Muhammad saw dan memperlekehkan Islam melalui  filem, karikatur, tulisan dan percakapan. Amat segera dan keras reaksi ummat Islam. Alhamdulillah.

Tetapi ramai juga yang bernama Muslim, memperlekeh Islam, menyindir hukum Islam,  dan sinis dengan perundangan al quran tetapi ummat Islam tidak memberi reaksi yang keras. 

Renung-renungkanlah.....


Thursday, September 20, 2012

BERUNTUNGNYA NASARUDIN MD ISA

Ramai yang memuji keputusan Pas tidak mengambil apa-apa tindakan kepada Nasarudin Mohd Isa, bekas Timbalan Presiden Pas. 

Walaupun tindakan Nasarudin lebih teruk dari Hasan Ali, ianya bebas dari sebarang tindakan. Sebagai AJK Pas Pusat dan Anggota Majlis Syura yang berkebolehan menyatakan sikapnya dalam mesyuarat tetapi beliau mengeluarkan penyataan di media tradisional, yang memudahkan sebarang eksploitasi pihak musoh. 

Penyataannya terhadap BERSIH dan gabungan Pas dalam PR yang melibatkan DAP adalah satu penyataan songsang dengan sikap rasmi PAS. Pas pernah memecat seorang anggotanya  apabila mempertikaikan gabungan Pas dan Angkatan Semangat 46.

Yang kita khuatir, Pas menyimpan Nasarudin kerana mahu menjadikan Nasarudin sebagai jambatan dengan Umno lagi..... Itulah reaksi orang yang masih mencurigai agenda UG oleh sebahagian pimpinan Pas. Ustaz Idris Ahmad meminta ahli Pas jangan mendahului pemimpinnya. Tetapi bab berkawan dan bersekongkol dengan Umno, insyaallah anggota bawahan Pas bersedia mendahului pemimpin - kami akan tinggalkan Pas beramai-ramai. Wooooo


Tuesday, September 18, 2012

SEGELINTIR MELAYU ATAU MAJORITI MELAYU

Umno sentiasa mewar-warkan jika Umno kalah, maka tak ada siapa lagi nak perjuangkan nasib Melayu di negara ini.

Sebelum kita menjawab dakyah tersebut, eloklah kita bertanya  dahulu, betulkah Umno memperjuangkan nasib Melayu. Ahh, jawabannya adalah betul tetapi hanya untuk sekerat dua Melayu sahaja.  Umno merangka strategi membantu seorang dua kapitalis Melayu sahaja dan bukan untuk majoriti Melayu.  Hari ini saya memberi 3 kes sahaja untuk makluman awal!!!

Umno membiarkan generasi kedua Felda yang sepatutnya berpeluang memiliki tanah 10 ekar dalam sekim Felda tetapi semua tanah tersebut di peruntukkan kepada Felda Plantation Sdn Bhd.  Yang buat untung ialah Felda bukannya rakyat Melayu. Dianggarkan 80,000 orang anak generasi kedua Felda terlepas peluang ini. Di dalam ekonomi, kerajaan tidak perlu berniaga, kerana iannya akan mengambil tempat atau merampas peluang rakyat!!!!

AP kereta mewah hanya tidak sampai 80 orang sahaja yang diberi kepada rakyat negara ini. Terlalu monopoli. Usahawan baru kereta Melayu yang benar-benar menjalankan perniagaan kereta mewah, tidak langsung diberi peluang mendapat AP. Dan hanya lebih kurang 20 dari 80 orang yang mendapat AP itu, benar-benar menjalankan perniagaan kereta mewah. Yang lain hanya untung atas angin, menjual kertas kosong sahaja. 

Pembekal ubat ke hospital di monopoli oleh satu  syarikat sahaja, bukan kepada banyak syarikat. Kerja membekal ubat, bukanlah suatu yang memerlukan kepakaran sehingga hanya satu orang sahaja yang layak. Tanpa monopoli, akan memberi peluang kepada ramai peniaga "merasa" rezki di negara ini. 
 




Thursday, September 13, 2012

TAK WAJIB YDP SEBAGAI CALON

Calon mestilah mengambil kira aspirasi pengundi. Walaupun anda seorang YDP, tak semestinya layak dan berhak menjadi calon. YDP dipilih anggota parti sahaja tetapi calon adalah dipilih oleh rakyat. Tak sama selera  orang ramai (rakyat)  dengan selera anggota parti.

Di Kelantan sahaja, terdapat 5 YDP yang sudah tak relevan menjadi calon. Baca di sini.

Sulohlah diri sendiri  dan bertanyalah kepada orang lain dengan ikhlas, adakah daku masih layak  menjadi calon  pilihan ramai orang. Kok orang kampong sendiri pun tak berkenan kat kita. Parti juga yang rugi  nanti.

Pengundi pun nak rasa megah dengan YB yang mereka  nak pilih. Kok sama  level sahaja dengan mereka, baik tak payah, katanya. Ukur baju di badan sendiri.

Friday, September 7, 2012

BUKAN SEKADAR NAK TUKAR BENDERALAH!!!!

Heboh cerita angkat bendera lain pada malam 31 Ogos. Jika angkat seluar dalam pun bukanlah satu kesalahan besar. Ha ha. Inikan pula mengangkat bendera yang pernah ada dalam sejarah negara kita.

Kekadang, media tradisional ini nampak bangang sangat dan besar kebusukan hatinya. Woooo.

Tiba-tiba orang kuat Persatuan Sejarah Malaysia berkata, jika pemerintah baru nak tukar bendera pun tiada salahnya. Ha ha. Kita nak tukar PM, MB, menteri dan anggota exco yang barulah. Kita mahu kerajaan  baru!!!!




Wednesday, September 5, 2012

AIR OH AIR

Tak ada air, cerita yang sentiasa berulang-ulang, tak kiralah di negeri mana pun dalam Malaysia.

Air, perkara asas sebuah  kehidupan di dalam sebuah  negara merdeka.

Mengapalah pihak pemerintah yang terdiri dari ahli politik dan jentera pentadbiran di kalangan anggota perkhidmatan awam  masih gagal merancang dan melaksana secara strategik mengatasi  hal ini. 55 tahun bib, bukannya 5 tahun.

Apalah gunanya berbangga dengan KLCC, ke angkasa raya, jalur lebar, transformasi dan entah apa lagi jika air nak minum dan mandi pun gagal diadakan!!!!.

Bangang dan pemalas punya ahli politik berkuasa dan jentera pentadbiran yang bertanggung jawab!!!!!


Sunday, September 2, 2012

TUNJUK MUKA BIB

Orang politik  kena jumpa rakyat. Orang awam suka disantuni. Ada kajian, jika seseorang itu kurang kacak tetapi selalu berjumpa dengan orang ramai, maka orang itu akan menjadi pilihan orang ramai. Maka tak hairanlah ketika di bulan Ramadan lalu  dan bulan  Syawal kini, orang politik akan mengadakan atau menghadiri pelbagai program.  Kena tunjuk muka bib.  Ha ha.  Bab ini kena belajar dengan Mahfuz Omar. Ha ha.

Muka kena ditonjolkan. Fasal itulah orang politik akan memanggil media untuk melapurkan apa yang mereka buat. Ziarah orang sakit, tengok jambatan runtuh, bantu mangsa banjir, bagi beras orang miskin - semuanya akan diambil gambar dan masukkan dalam blog dan facebook. Woooo. Baru popoular. Itu pun belum dijamin dapat undi. Woooo. Tetapi kalau tak buat begitu, langsung tak dijamin dapat undi!!!!!

Malang sungguh bagi sesiapa yang nak jadi calon, malas atau tidak bermotivasi berjumpa dengan orang ramai. Dan lebih amat malang lagi jika parti tidak digerakkan untuk menyantuni masyarakat. Tetapi cita-cita tetap besar, tetap mahu jadi calon. Wooooo.



Friday, August 31, 2012

SELAMAT TINGGAL BN KU

Sebelum PRU 12 pada 2008 lalu, tidak nampak apa-apa reaksi hebat dari golongan muda, kecuali BERSIH 2. Tetapi dengan keputusan PRU 12, menandakan undi protes terhadap BN amat hebat sehingga PR berjaya menawan beberapa negeri dan menghilangkan majoriti dua pertiga  BN.

Selepas PRU 12, dengan melihat sambutan Himpunan Bersih 3  dan semalam, 30 Ogos - Himpunan Janji Demokrasi,  saya kira, nyawa BN kini di hujung tanduk. Ha ha. 

Buatlah apa isu untuk memburuk-burukkan atau memcahkan PR, Insyallah, rakyat sudah bersedia menukar BN. Bukan soal PR  dijamin lebih baik dari BN, tetapi rakyat sudah peka dan bersedia menukar pemerintah yang korup dan lemah, tanpa menghiraukan siapa pun yang memerintah. Kumpulan anak muda ini tidak taksub dengan BN atau PR, tetapi mereka mahu kerajaan yang telus, adil dan pro rakyat.






Wednesday, August 29, 2012

PAS BERHIKMAH

Pas adalah parti berhikmah.

Jika ada anggotanya yang menghentam polisi partinya, Insyallah tidak ada apa-apa tindakan ke atasnya. Pas hanya garang dengan Umno sahaja. 

Wooooo.

Tuesday, August 28, 2012

SHAHRIL SAMAD YANG JANTAN

Shahril Samad pernah meletak jawatan MP Johor Bahru kerana  keluar dari Umno yang tak setuju  dengan kepimpinan Mahathir pada 1988.  Inilah  anak jantan.

Kemudian bertanding semula dalam pilihan raya kecil  atas tiket bebas berlambangkan 3 kunci  dan berjaya mengalahkan calun BN. 

Mahathir derita sekali dengan keputusan itu, lantas membuat pindaan undang-undang - MP atau Adun yang meletak jawatan tidak boleh bertanding semula sehingga selepas 5 tahun. 

JIka pada keadaan asal, ada situasi ahli politik  boleh bertindak secara gentleman - jika mahu melompat parti - letak jawatan MP/ADUN dan bertanding semula atas tiket parti baru.  Biar pengundi menentukan mandat baru.  Tetapi pindaan undang-undang yang dibuat oleh Mahatir, tidak memungkinkan setiap MP   meletak jawatan kerana tidak boleh bertanding semula!!!!







 


Monday, August 27, 2012

INDIA LAGI BERANI DARI MALAYSIA

Sebagai sebuah negara yang  menerima ancaman Amerika dan Israel, Iran sudah pastilah  akan membangunkan sistem pertahanan  yang terbaik. Dengan ini  Iran memerlukan  sumber bahan mentah dari luar negara  termasuklah dari Malaysia.   Malangnya urusniaga antara usahawan Malaysa-Iran tidak boleh berjalan lancar kerana Malaysia sendiri menutup kemudahan sisten perbankan antara Iran dan Malaysia.

Mulai tahun ini  Amerika memaksa semua negara yang dibawah telunjuknya  memutuskan  hubungan dagang dengan Iran.   Malaysia sebagai "jaguh" negara Islam pun  dengan penuh taat setia, akur dengan arahan ini. Dilaporkan Malaysia tidak mengimpot minyak lagi  dari Iran.  Jika Amerika boleh memaksa dan menentukan hubungan antara negara-negara Islam, apalah yang kita nak harapkan dari "kekuatan" negara-negara Islam masa kini.  India lagi berani dari Malaysia yang mengimpot minyak dari Iran!!!!

Apabila Mesir memohon pinjaman IMF, apalah guna negara-negara Islam  di Teluk yang kaya dengan hasil minyak. 


Saturday, August 18, 2012

SELAMAT AIDIL FITIRI

Orang Melayu akan minta maaf apabila Hari Raya. Itu yang bestnya. Jika malu nak minta maaf waktu biasa, eloklah minta maaf ketika Hari Raya. Mesti depa tak marah lagi dan memaafkan kita. Wooo. Strategi yang baik tu...

Macam biasa sempena hari baik bulan baik, saya dengan rendah diri memohon maaf atas kekasaran dan kesilapan sepanjang memblog kepada kawan dan musoh politik saya. Ha ha. "Musoh politik" bukan musoh peribadi kerana kita berbeza pandangan dan keutamaan dalam menentukan hala tuju masa depan negara.

Disamping saya "menghentam" UMNO/BN, sesekali saya mencubit Pas dan PR. Ha ha. kekadang parti sendiri pun kena ditegur juga. Jangan taksub tak tentu arah macam anggota Umno yang taat membabi buta kepada pemimpin atasannya demi sesuap nasi. Ha ha.

Ok. SELAMAT HARI  RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Wednesday, August 15, 2012

PADAN MUKA KAU

Apabila Nasarudin Md Isa menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas menentang Ustaz Hj Hasan Shukri, boleh dikatakan ianya mendapat dokongan  "anggota  baru"  dan pimpinan besar Pas. Walaupun semua orang tahu "gaya hidup" Nasarudin yang luxury, prestasinya sebagai MP dan Setia Usaha Agung  yang lemah tetapi demi imej "bahasanya",  perwakilan Pas telah menolak Hassan Shukri, sang veteran Pas   dan memilih Nasarudin, yang masih lagi di tahap ingusan dalam Pas. 

Cakap-cakap Nasarudin yang "baik" dengan Umno  yang  bukan setakat "berkomunikasi biasa sahaja, tetapi lebih jauh lagi ada agenda politiknya, tetapi ianya  tidak dipercayai oleh sebahagian besar anggota Pas. Maka tidak hairanlah selepas menang jawatan Timbalan Presiden  buat penggal kedua  kalinya, perangai gatalnya dengan Umno semakin ketara sehinggalah drama UG  terbongkar.  

Bila Mahfuz Omar dan Pemuda Pas Kelantan memberi komen terhadap kegiatan Nasarudin bersama Najib  di Mekah, maka saya hanya dapat berkata - PADAN MUKA KAU!!!!!

Apa macam Salahudin Ayub - itulah tokoh yang engkau sokong ketika melawan Hasan Shukri!!!!!

Kekadang kita mudah kagum dengan luaran sesorang tokoh Pas tanpa mendalami fikrah dan gaya hidupnya!!!!

Tuesday, August 14, 2012

HERO HINDUSTAN

Di awal penggal selepas PRU 12, kita menanti siapakah MP PR yang akan belot ke BN.

Kini di akhir penggal, kita menanti siapakah MP BN  yang akan belot ke PR pula.

Macam cerita hindustan, hero kalah dulu dan menang kemudian. Woooo. 

Bab belot membelot ini janganlah kita  nak mengata kepada sesiapa pun. Semua parti akan terkena. Tunggu masanya sahaja. PBS musoh BN nombor satu dulu pun, akhirnya sanggup bersekongkol dengan BN demi syok nak berkuasa!!!!!

Setiap PM Malaysia akan berhadapan igauan pahit politik. Tunku Ab Rahman menghadap peristiwa berdarah 13 Mei  1969.  Husin On ditikam kawan sendiri iaitu Mahathir pada awal 80an. Mahathir kehilangan sokongan Melayu pada 1999. Pak Lah kehilangan majoriti dua pertiga  pada 2008. Dan  kini kita menanti Najib akan kehilangan Malaysia!!!!!



Monday, August 13, 2012

RAMADHAN: TERUK JADI ORANG POLITIK

Susah jadi orang politik. Bukan sahaja nak dedahkan penyelewengan pihak berkuasa, tetapi dalam bulan Ramadhan  ini  kena buat kerja lebih. Ha ha. 

Ada yang bertarawih dari masjid ke masjid.

Ada yang bagi beras kat orang tua.

Ada yang bagi wang kat para balu.

Ada yang kena bawa anak yatim bershoping di pasar raya.

Ada yang mengedarkan bubur lambuk.

Mangsa ISA pun kena dijengah....

Pokoknya semua kerja kebajikan ini kena dibuat dalam bulan Ramadhan!!!  Tak apa, ganjaran dari Alllah tetap ada. Bagi kita yang ada lebih, kenalah  menghulur kat orang politik tu untuk mudah mereka berbakti kepada masyarakat.




Saturday, August 11, 2012

ANTARA LANGAT 2 DAN LEBUH RAYA KB-KK

Kerajaan Kelantan mengalu-alukan jika Kerajaan Pusat  melaksanakan lebuh raya KB-KK tetapi Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran BN tidak menunjukkan minat untuk melaksanakannya.

Tetapi di Selangor, Kerajaan Pusat BN  beria-ia mahu melaknakan projek air Langat 2, walaupun Kerajaan Negeri PR di Selangor  menyatakan tidak ada keperluan  projek Langat 2 itu.

Mengapa?

Ya, pelaksanaan projek adalah salah satu cara memberi dana awam kepada parti. Apabila projek diberikan kepada  kroni, maka sebahagian untungnya akan diagihkan kepada parti. Maka tidak hairanlah kos projek meningkat 3 atau 4 kali ganda dari  kos yang  sepatutnya.

Bagi projek lebuh raya, bajet datang dari  pelaksana projek yang  mendapat pinjaman dari bank untuk melaksanakan projek. Pendapatan hanya akan diperolehi apabila kutipan tol dibuat. Maka ianya lambat mendapat faedah  kepada kroni yang melaksanakan projek tersebut.

Sebaliknya bagi projek  Langat 2, Kerajaan sudah siap  bajetnya untuk dibelanjakan. Yang syoknya, walaupun kerajaan negeri selaku pihak penerima projek tidak mahu, tetap dipaksa untuk menerima projek tersebut.   Nampak sangat BN nak manipulasi  wang dari pelaksanaan projek Langat 2 itu!!!!