Tuesday, June 30, 2009

DEBAT OH DEBAT

Ada kawan lama saya mengatakan debat tak dibenarkan dalam Islam. Alamak, kalau benar debat tak boleh dalam Islam, ramailah yang berdosa nampaknya.

Debat itu maknanya berhujah mencari kebenaran.

Ada debat mencari Tuhan.

Ada debat belanjawan

Ada debat mencari calun Presiden yang terbaik

Ada debat bolehkah minyak turun harga

Ada debat bela babi dalam kandang aircond

Ada debat mahu Kerajaan Perpaduankah

Macam-macam debat ada dah...

Hanya Najib tak mahu debat....

Monday, June 29, 2009

APA YANG NAK DITAKUTKAN

Kalau Nik Aziz tak betul, inilah masa paling tepat untuk berdebat dengannya.

Apa yang payah sangat. Tak hendak debat pun macam dah debat. Buatlah siaran langsung baru syok...

HIMPUNAN BANTAH ISA 1 OGOS

Himpunan Membantah ISA akan diadakan pada 1 Ogos.

Tak nampak lagi gerakan ke arah itu.

Takkan nak tangguh lagi.

Jangan PRK Manek Urai melembabkan usaha-usaha ini.

MOHAMAD SABU DI MANEK URAI 29 - 30 JUN

Tuan Hj Mohamad Sabu akan membantu Jentera Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai serta berceramah di kawasan ini pada 29 dan 30 Jun 2009. Dan akan hadir semula pada 5, 6 dan 7 Julai 2009.

Ini bermakna beliau tidak dapat hadir ke program yang diadakan di Stadium Kelana Jaya, sempena Himpunan Pakatan Rakyat 100,000 pada 30 Jun 2009 ini.

Beliau memohon kemaafan di atas segala masalah dan kesilapan teknikal seperti yang telah di umumkan oleh akhbar Harakah.

Sunday, June 28, 2009

MITOS PERPECAHAN MELAYU

Oleh ZIN MAHMUD @ ABU FIRDAUS - BEKAS KETUA PENGARANG HARAKAH

APABILA banyak orang Melayu menyokong Umno, maka dikatakan Melayu bersatu. Apabila banyak orang Melayu menyokong PAS dikatakan orang Melayu berpecah. Inilah mitos yang selalu dimainkan oleh pihak Umno untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada mereka.

Dalam demokrasi tidak timbul mana-mana kaum berpecah. Rakyat tanpa mengira kaum memilih mana-mana parti yang boleh berkhidmat untuk mereka secara jujur dan berkesan.

Untuk apa orang Melayu menyokong Umno jika parti itu dalam amalannya tidak jujur dan pentadbirannya tidak berkesan. Maka ia wajar beralih sokongan kepada parti lain yang berkesan, umpamanya PAS.

Kalau dikira dari sudut perpaduan, orang Melayu wajar bersatu menyokong PAS dan sekutu-sekutunya. Andai kata orang Melayu Perak banyak memberi sokongan kepada PAS dan sekutu-sekutunya, maka PAS muncul sebagai parti yang dominan.

Jika itu berlaku maka tidak timbul hujah DAP menerajui kerajaan negeri Perak. Apa yang berlaku di Perak, orang Melayu sebahagian besar masih menyokong Umno, tetapi pada waktu yang sama sudah ramai menyebelahi PAS dan sekutu-sekutunya.

Tidak semestinya baik

Namun begitu, ia tidak bermakna orang Melayu berpecah. Perpaduan tidak semestinya baik, seperti mana perpecahan tidak semestinya buruk. Kalau bersatu atas perjuangan yang baik, maka hasilnya adalah baik. Tetapi kalau bersatu atas perjuangan yang buruk, maka hasilnya buruk. Begitu juga dengan perpecahan.

Adalah mustahil untuk berlaku perpaduan yang mutlak. Manusia mempunyai pelbagai ragam termasuk pandangan dan sikap. Sudah tentu mereka mempunyai pandangan politik berbeza dan memberi sokongan kepada parti politik berlainan.

Dalam sejarah tidak pernah mana-mana bangsa memberi sokongan kepada sesebuah gerakan secara mutlak. Perpaduan mutlak tidak ada. Yang ada ialah kebanyakan atau majoriti sesuatu sokongan bangsa kepada mana-mana pihak. Itulah apa yang disebutkan sebenarnya sebagai perpaduan.

Mitos bahawa Melayu berpecah sering kali dikaitkan pula bahawa orang Cina bersatu. Kalau orang Melayu menyokong parti yang berlainan maka mereka dikatakan berpecah. Orang Cina menyokong parti berlainan tidak pula dikatakan berpecah.

Ini kerana orang Cina dikatakan bersikap bersatu dalam menghadapi isu-isu Cina seperti soal bahasa Cina, sekolah Cina, kebebasan beragama dan menolak Dasar Ekonomi Baru.

Tanggapan ini menggambarkan seolah-olah Melayu yang berlainan parti tidak bersatu dalam isu-isu Melayu. Apabila orang Melayu menyokong PAS dan KeADILan, maka dikatakan bahawa mereka dalam Pakatan Rakyat menolak isu-isu Melayu.

Sedangkan orang Melayu dalam PAS dan KeADILan tetap mendokong kepentingan Melayu, seperti memartabatkan bahasa Melayu dan hak memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu.

Secara umumnya orang Melayu, seperti juga orang Cina tetap bersatu dalam memperjuangkan kepentingan mereka. Tetapi tentunya mereka berlainan pendapat khususnya dari segi pendekatan lebih-lebih lagi apabila mereka kecewa dengan kegagalan Umno.

Maka apabila sesebuah parti politik itu gagal, wajarkah mereka terus menyokong sesuatu kegagalan? Tentunya tidak.

Pendekatan sememangnya berbeza tetapi matlamat serupa. Suatu contoh jelas. Umno menyokong gagasan ketuanan Melayu. Tetapi dari segi pendekatan, mungkin itu tidak dicerminkan dan tidak berjaya sepenuhnya. Selain itu, gagasan ketuanan Melayu yang dipegang Umno ada unsur perkauman dan penindasan. Itu menurut sesetengah pandangan.

Gagasan ketuanan Melayu umpamanya bermaksud bahawa Malaysia berasal dan berasaskan kepada negeri-negeri Melayu yang mempunyai raja-rajanya dan rakyatnya yang merupakan bangsa Melayu.

Atas perjalanan sejarah, ia menjadi negara moden Malaysia sebagai negara yang berasal dan berasaskan Melayu. Itu terlihat dalam perlembagaan Malaysia yang menetapkan Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri masing-masing dengan secara bersistem menjadi ketua negara bagi Malaysia.

Dukung Perlembagaan

PAS dan KeADILan mendukung Perlembagaan Malaysia. Begitu juga dengan DAP. Bermakna Pakatan Rakyat mendukung Perlembagaan Malaysia. Ketuanan Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan didukung oleh Pakatan Rakyat.

Tetapi bukan ketuanan Melayu yang bersifat perkauman dan meminggirkan kaum lain seperti mana yang difahamkan oleh sebahagian daripada orang Melayu yang menyokong Umno.

Dalam hal ini, ada dua fahaman lain yang dipegang oleh Pakatan Rakyat. Bagi DAP dan KeADILan ada gagasan yang disebut sebagai ketuanan rakyat. Sementara PAS pula mendukung ketuanan Islam.

Ketuanan rakyat dan ketuanan Islam juga tercermin dalam perlembagaan Malaysia. Ketuanan rakyat menunjukkan semangat demokrasi sementara ketuanan Islam meletakkan agama ini sebagai kepercayaan tertinggi bagi negara.

Adakah orang Melayu yang mempunyai pandangan berbeza dalam hal ini dikatakan berpecah? Banyak orang Umno turut menyokong ketuanan rakyat dan ketuanan Islam jika mereka diberi kefahaman mendalam. Ini kerana seperti ketuanan Melayu, ketuanan rakyat dan ketuanan Islam berada dalam jiwa orang Melayu. Melayu tidak berpecah dalam hal ini.

Dalam sejarah pun, Melayu mempunyai keragaman pandangan politik dan ia tidak bererti berpecah. Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) keluar daripada Umno, itu tidak bermakna Melayu berpecah. Mereka keluar daripada Umno antara lain kerana Umno tidak mahu memperjuangkan kemerdekaan.

Umno hanya mahu mengekalkan kedaulatan Melayu dalam naungan British. Tetapi itu tidak bermakna Melayu berpecah kerana kedua-dua pihak menjunjung kepentingan Melayu.

Walaupun nanti apabila orang Melayu bertambah sokongannya kepada Pakatan Rakyat, itu tidak bermakna orang Melayu bertambah berpecah. Malahan ia bermakna orang Melayu bertambah bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Umno adalah sebuah parti politik. Umno bukan Melayu sepenuhnya dan Melayu bukan Umno sepenuhnya. _

Friday, June 26, 2009

PERPADUAN MELAYU ITU APA?

Perpaduan Melayu itu apa?

Perpaduan Melayu dilacurkan untuk:

  • Mengkayakan anak beranak Menteri, MP dan ADUN.
  • Menyelamatkan kekawan dari jenayah rasuah
  • Membolot balak dan 1001 jenis AP sesama sendiri.
  • Merosakkan sistem kehakiman
  • Menjahanamkan hak asasi
  • Membolot kontrak

Jika itu gunanya Perpaduan Melayu - PI JAHANAMLAH

SEMBANG DALAM KERETA

Semalam saya berkereta dari KL dengan sahabat lama Hj Nazarudin dan 2 orang sahabatnya dari Jerantut ke Tampin.

Antara banyak perkara yang disembangkan ialah cerita pilihan raya umum yang lalu. Sahabat Nazarudin ini memang rapat dengan runner Umno ketika pilihan raya. Menurut beliau duit belanja pilihan raya tak ada masalah. Minta sahaja dari Bendahari Kawasan. Jika Bendahari Kawasan habis minta sahaja dari Bendahari Negeri. Jika duit Bendahari Negeri habis, minta sahaja dari JJ. Ha ha. Depa bagi duit dalam beg, tak pernah kira pun.

Pernah sekali seorang runner pergi mengambil duit dari JJ, dilemparkan sahaja beg tanpa kiraan. Bila duit itu diserah ke wakil kawasan pun tak dikira. Terasa rugi pula sang runner itu, mengapa tak ditol duit tu terlebih dahulu.

Walaupun wang belanja pilihan raya melimpah kata sahabat Nazarudin itu tetapi ianya tak sampai ke bawah untuk petugas pilihan raya atau jika sampai pun, ianya tak berbaloi. Maka berlakulah tidak puas hati di peringkat bawahan. Maka berlakulah pengkhianatan atau mereka tak bekerja keras untuk partinya....

Wednesday, June 24, 2009

AGENDA PR SELEPAS UG

Selepas heboh isu UG, apa agenda PR sehingga PRU 13. Ada beberapa isu utama iaitu:

1. Gerakan Mansuhkan PPSMI

2. Gerakan Mansuhkan ISA

3. Gerakan membebaskan sistem kehakiman yang dikuasai eksekutif.

4. Gerakan Bersih - hapuskan undi pos dan pembersihan senarai pengundi hantu.

Fokus, fokus, fokus!!!!!

PRK MANEK URAI - APA MAKNANYA

Apa yang nak dibuktikan dalam PRK Manek Urai?

Rakyat Kelantan mahu politik pembangunan?

Tanda sokongan kepada TG Nik Aziz?

Tanda sokongan kepada PR?

Tanda Umno Kelantan belum pulih?

Isyarat 2012 ke arah mana?

Tuesday, June 23, 2009

USTAZ FADHIL DALAM KENANGAN

Hari ini genap 7 tahun pemergian ke rahmatullah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS. Al Fatihah.

Bagi saya beliau - PATAH TAK TUMBUH HILANG TAK BERGANTI.

Salah satu kehebatan Ustaz Fadhli Nor ialah aktivis Pas sentiasa merasakan Ustaz Fadhil rapat dengannya.

Ketika saya bertugas di Jitra 1983-1986- sering diajaknya makan tomyam di sempadan Bukit Kayu Hitam.

Ketika saya bertugas dan tinggal di KL 1986, selalu diajaknya bersarapan pagi di Restoran Takwa, Seri Gombak.

Ketika satu kereta ke Tampin berceramah - beliau akan terus bercerita tanpa ditanya. Dari cerita JKKK hingga le ke cerita hal Mahathir.

Jika beliau jumpa Bakak Hak, beliau akan bertanya di mana Mat Zain Janggut. Huru hara Zain pi jumpa dia, rupa-rupanya tiada hal penting pun. Nak tau cerita kelakar tu, taliponlah Mat Zain Janggut 013-363 4044.

Ketika jumpa Hj Nan Ayam atau YB Nasir Kuala Kedah, beliau akan bertanya mana Imam - maksudnya di mana Mat Sabu le. Dia tahu kekawan Mat Sabu panggil Mat Sabu tu Imam. Jika dia nak buat ceramah besar di Kedah, beliau sendiri yang talipon Mat Sabu. Mana mampu Mat Sabu menolaknya. Maka huru haralah jadual ceramah Mat Sabu termasuk di kawasan saya sendiri di Tampin....

Begitulah Ustaz Fadhil - dia tau siapa baik dengan siapa.

Macam lagu P.Ramli - dimanakah kau ku cari ganti...

PAKATAN RAKYAT DAN MONOPOLI

Kapitalis, monopoli, rasuah dan agihan yang adil merupakan elemen yang berkait rapat dalam sistem ekonomi sesuatu negara.

Kapitalis atau sang korporat rakus punya modal yang besar.

Ia mampu merasuah sang pemerintah dengan satu kertas proposal yang mengkagumkam.

Maka ia akan memenopoli sesuatu industri atau sektor ekonomi.

Lantas yang kaya bertambah kaya - agihan ekonomi yang adil tak akan terlaksana. Kita tak mahu lahirkan seorang jutawan yang pendapatannya RM 100 juta setahun walhal ada sejuta orang lagi pendapatannya di bawah RM 1,000.

Adakah Pakatan Rakyat pada 2012 sanggup mengahapuskan sistem monopoli sang korporat ini?

Agihan balak, permit teksi, pengendali telekomunikasi, kontrak minyak, kontrak gas, AP kereta mewah dan macam-macam monopoli lagi - bolehkah dibebaskan monopolinya dan diagihkan kepada rakyat terbanyak. Jika tak sanggup, jangan nak ambil alih kuasa dari BN - kok dikata sama saja dengan BN.

Adakah Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan telah mewar-warkan peluang ekonominya untuk rakyat terbanyak? Atau seorang dua juga sahaja yang merasa?

Monday, June 22, 2009

JANGAN JUMPA DALAM GELAP LAGI

Kalau ada lagi yang jumpa Umno dalam gelap, kita kerat-kerat aja selepas ini ye.

Jangan cakap setakat ambil hati....

Awas pemimpinku...

MOHAMAD SABU TOLAK DATO' LAGI

Hj Mohamad Sabu sekali lagi menolak tawaran gelaran Dato' anugerah Kerajaan Pulau Pinang.

"Itu bukan idaman saya dalam perjuangan politik setakat ini" ujar beliau.

Memerdekakan negara dari belenggu BN tetap menjadi matlamatnya dan anugerah Dato bukan alat terbaik untuk beliau bergerak di negara ini.

PPSMI: PEMUDA PAS JOHOR AJA KE

Pemuda Pas Johor sudah bergerak ke bawah.

Pemuda Negeri lain apa macam?

Masih berkuliah suboh lagi ke?

Sunday, June 21, 2009

KE MANA PAKATAN RAKYAT

Esok tahulah kita ke mana Pakatan Rakyat.

Kita tunggu sama-sama.

Jangan: "ku ingat panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari".

Saturday, June 20, 2009

SIAPA DIA PENYOKONG NASHARUDIN MAT ISA

Jika hendak tahu siapa penyokong Nasharudin Mat Isa, sila klik berikut:

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=419338


http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=419441

http://www.malaysiakini.com/news/106862


http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=419277


Umno semuanya.

KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG PAS

Setiausaha Agung Pas mengatakan Pas tak berminat berbincang dengan Umno. Baca di sini. Tak ada hujah nak berdakwah pula kali ini macam kenyataan Ketua DPPP.

Harapnya selepas ini tidak ada drama lain pula.

Ahli bawah caca marba dibuatnya.

Ada pimpinan Pas bertaraf pembodek atau pewalaq yang menyokong idea Kerajaan Perpaduan walaupun JK Pas Pusat belum putuskan apa-apa. Mereka menyokong apa yang dipetik dari akhbar mengenai apa yang Presiden lontarkan ideanya sendiri tanpa kelulusan mesyuarat. Haru biru dibuatnya....

UG - PANDANGAN AHMAD AWANG

Sejak awal lagi Pas memang tak percaya dengan Utusan Meloya kerana putar belitnya. Tetapi sejak cerita UG, Pas khususnya Presiden Pas tak pernah cuba menafikan apakah kesah yang sebenarnya apabila setiap hari Utusan mempermainkan isu ini. Malahan Dewan Pemuda Pas Pusat pun tidak ada acara membakar akhbar Utusan jika benar Utusan memutar belitkan isu ini. Maklumlah Utusan kini mendukung konsep kepimpinan Ulama Pas yang satu masa dulu digambarkan sebagai ekstrim, taliban, dan dipengaruhi revolusi Iran yang syiah.

Kalau ikut kursus pemikiran kreatif, jika ada idea baru - kena peram dan hadamkan terlebih dahulu sebelum dilontarkan ke pasaran supaya jangan dikata orang gila macam Sanusi Junid yang tanam padi di atas bumbung. Inikan pula isu politik yang memberi kesan kepada anggota parti dan orang awam.

Baca pandangan Ustaz Ahmad Awang mengenai UG di sini.

Friday, June 19, 2009

10 MP PAS SEMBAH DERHAKA PRESIDEN

10 MP PAS sembah derhaka idea Kerajaan Perpaduan tajaan Hj Hadi Awang.

Baca di sini.

MP lain macam mana - nak berpeluk sama Umno juga ke. Wooo.

Kalau kutahu begini jadinya akhirnya....baik daku pikul periuk ikut Dr Rosli ke Bangladesh...

DEMO DEPAN PEJABAT PAS LEPAS JUMAAT

Khabarnya ada demo di Pejabat Pas, Jalan Raja Laut selepas solat jumaat hari ini.

Depa tak puas hati cadangan Kerajaan Perpaduan.

Lepas ni ramailah yang kena pecat dari ahli Pas. Agaknya itulah yang Umno rancangkan.

UMNO FIRAUN?

Nasharudin Mat Isa mengatakan jumpa dengan Umno ibarat dakwahnya Nabi Musa as kepada sang firaun.

Kah kah kah kah. Mari kita gelak beramai-ramai.

Berdakwah ke cari fulus bib.

Thursday, June 18, 2009

KENYATAAN AKHBAR PAS KOTA MELAKA

KENYATAAN AKHBAR PAS KAWASAN KOTA MELAKA

PAS Kawasan Kota Melaka berdiri teguh di belakang Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu menolak Kerajaan Perpaduan. Pas Kawasan Kota Melaka juga menyokong penuh tindakan Tuan Guru mencabar Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasarudin Mat Isa meletak semua jawatan dalam parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok.

Pas Kawasan Kota Melaka begitu kesal dengan kenyataan-kenyataan yang dibat oleh Timbalan Presiden sejak akhir-akhir ini tentang Kerajaan Perpaduan dan tidak menghormati serta tidak walaq kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar

t.t
HJ SAMAT BIN AHMAD
Setiausaha PAS Kawasan Kota Melaka.

Wednesday, June 17, 2009

BERANIKAH HUSHAM DAN MAT SABU?

Beranikah Husham dan Mat Sabu memimpin anggota Pas membuat pemberontakan dalaman sehingga mazhab Kerajaan Perpaduan di hapuskan.

Takkan nak harap Mahfuz, Salahudin, Dr Hatta, Dr Syed Azman dan Dr Zulkefli Ahmad.

Inikan pula Ustzaz Idris Ahmad dan Nasrudin Tantawi.

Pas kawasan mana akan memanggil Mesyuarat Agung Khas untuk mengusulkan undi tak percaya kepada Hj Hadi dan Nasharudin?

SALAH HUSHAM DAN MAT SABU

Yang salahnya ialah Husham dan Mat Sabu.

Mengapa tak kata bahawa mereka lawan Nasha tempohari kerana Nasha penyokong kuat idea Kerajaan Perpaduan dan berjumpa dengan Najib dalam gelap....

Mesej tak sampai ke perwakilan yang nak mengundi tempohari.

Orang Pas husnul zon dan lurus bendul.

Padan muka, Nasha naik tochang....

Bacaan tambahan klik ini

TAKKAN NASA AJA

Tok Guru Nik Aziz dah mengamuk oi.

Takkan Nasa aja kena keluar Pas?

Yang minat nak berpeluk dengan Umno macam mana?

Tuesday, June 16, 2009

DS NIZAR DI GEMENCHEH

DS Nizar akan memulakan tugas pertamanya sebagai AJK Pas Pusat dan MP Bukit Gantang dengan menyampaikan ceramah politiknya di Pejabat Pas Kawasan Tampin di 4464, Taman Dato Mohd Taha, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan pada jam 9 malam, Rabu, 17hb Jun 2009

Semua di jemput hadir.

OH PEMIMPINKU

Rakyat bawahan bersama arus mahu menumbangkan BN.

Malangnya pemimpin atasan Pas bertelingkah memperlahankan arus.

Tak pernah saya bayangkan ini yang terjadi akhirnya.

Oh Tuhan ... kena nyanyi macam P. Ramleee wahai Amran Moncehku...

TEKA TEKI MANEK URAI

Agaknya apa Hj Hadi nak cakap nanti ya...

Tak sabar rasanya nak tau....

Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas akan berucap setiap malam melanyak Umno habis-habisan. Mesti Umno tak tahan mendengarnya.

Harun Taib pula tentu ada dalil - undi siapa pun tak apa asalkan niat untuk Islam.

Barulah ada semangat UG....

Monday, June 15, 2009

UG: JANGAN MAIN API

Oleh: Aris Awang - SU Pas Kawasan Kuala Kedah

Tuhan Yang Maha Mengetahui

Niat seorang manusia tiada manusia lain yang tahu, walaupun berbual bertentangan mata.

Apa yang dinilai dan ditanggapi ialah percakapan dan tingkah lakunya.

Begitu juga, PAS sebagai sebuah Gerakan dan Parti Islam, kenyataan dan tingkah laku amat memain peranan untuk dinilai dan ditanggapi oleh masyarakat dan yang lebih penting ialah pengundi setia.

Ketika, UMNO/BN dibenci oleh rakyat, tiba-tiba kenyataan dan tingkahlaku menunjukkan PAS ingin bekerjasama dengan UMNO/BN.... sebutlah dengan nama apa sekali pun dengan penuh ikhlas untuk kebaikkan rakyat. Rakyat tidak akan nampak, kerana telah terlekat dalam pemikiran rakyat, pemimpin UMNO/BN rasuah, menindas rakyat, diskriminasi, kroni, penting diri, zalim, menolak syariat Islam, salah guna kuasa, jahat, penipu, cakap tak serupa bikin, tiada akhlak..... (sila tambah sendiri).

Sebutlah berulang kali........ PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO/BN, "Niat kami bukan begitu", tetapi apabila sebaik selesai muktamar ia diulang kembali dan lebih malang apabila bekas Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang pula menyebut bahawa beliau pernah ditelefon oleh salah seorang pemimpin PAS supaya membentuk kerajaan bersama UMNO/BN di Perak selepas pilihanraya umum yang lalu. Maka pemimpin tidak boleh memarahi ahli bawahan dan rakyat dari berbagai kalangan yang meragui keikhlasan PAS dan mungkin selepas ini menolak PAS (Na'uzubilLah).

(Khusus untuk Ustaz Ahmad Awang, kenyataan beliau menyebut seseorang tetapi tidak memberi tahu nama secara tepat, bagi saya akan mengundang fitnah yang lebih besar. Jika tidak mahu sebut siapa pemimpin itu lebih baik tidak cerita perkara itu).

Ketika UMNO/BN sudah nyawa-nyawa ikan......... dengan niat yang baik mungkin yang tidak dapat dibaca oleh manusia lain, tetapi dapat didengar oleh manusia lain ialah kenyataan dan dilihat oleh manusia lain ialah tingkah laku PAS iaitu oleh manusia-manusia dari PKR, DAP, Kelab Penyokong PAS, pengundi atas pagar , maka sekarang mereka telah menanggapi bahawa mereka akan dikhianati oleh PAS.

Bahaya sedang menanti, sesuatu yang drastik perlu dilakukan agar rakyat kembali melihat UMNO/BN adalah jahat seperti asal dan belum layak untuk dibuat kawan.

Kepada yang berhujah bahawa, kita mesti melakukan dakwah kepada siapa sahaja, jawabnya, memanglah itu kerja kita sejak PAS ditubuhkan lima puluh lapan tahun lalu, jangan cuba pesongkan pemikiran dengan mengatakan tak faham mengapa ahli PAS tidak mahu lagi berdakwah kepada ahli dan pemimpin UMNO, dari manakah datangnya ahli PAS jika tidak sebahagiaannya dari ahli-ahli UMNO yang dibuka pintu hatinya oleh Allah swt untuk bersama PAS dengan hasil usaha ahli PAS melalui berbagai pendekatan dakwah selama ini.

Oleh itu, perkara baru yang timbul dan ditimbulkan melalui kenyataan dan tingkahlaku PAS dewasa ini, ditafsirkan oleh ahli dan rakyat terbanyak bahawa PAS ingin bekerjasama dengan UMNO/BN, dan tidak ditafsir sebagai PAS mahu berdakwah kepada ahli dan pemimpin UMNO/BN. Kerana mereka tahu kerja kempen dan dakwah adalah tugas hakiki ahli PAS.

Persoalan yang dilontar semasa dihujung kepimpinan Pak Lah , kemudian ditarik balik pada 21 April 2009 dan selepas itu dilontar pula pada 7 Jun 2009, hanya menimbulkkan keributan yang tiada ada apa kebaikkan pada masa ini.

Janganlah kita terperangkap dengan angan-angan panjang, yang disebut dalam ilmu akhlak. Saya nyatakan begitu kerana, jika "Unity Government" yang diidamkan seperti Indonesia. Maka usaha menjatuhkan regim UMNO/BN perlu dilakukan dahulu seperti rejim Suharto dijatuh oleh rakyat sehingga memakan korban nyawa dan darah Mahasiswa Trisakti.

Adalah, tidak menasabah dengan tidak semena-mena PAS nak pergi bincang dengan UMNO supaya sistem pemerintahan Malaysia diubah mengikut sistem pemerintahan di Indonesia yang amat berbeza dengan Malaysia dan akhirnya akan mengurang semua kuasa yang telah sedia dipegang oleh UMNO. Jangan jadi seperti tikus bermesyuarat untuk menggantung loceng di leher kucing.

1. Malaysia sistem raja berpelembagaan - Indonesia sistem Republik.

2. Malaysia Perdana Menteri dilantik oleh Parti menang dan diperkenan Agong - Indonesia Presiden dipilih melalui undian terbuka kepada seluruh rakyat yang layak mengundi.

3. Pilihanraya di Malaysia lebih satu undi menang dan ikut kawasan parlimen dan DUN- Indonesia sistem berkadar.

4. Di Malaysia Parti Politik yang lebih kerusi memerintah - Indonesia parti politik hanya berada di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Majlis Perwakilan Rakyat (MPR).

5. Di Malaysia Menteri dilantik oleh parti yang menang - Indonesia Menteri dilantik oleh Presiden, dan jika mana-mana pemimpin parti politik menjawat jawatan Menteri diminta melepaskan jawatan parti, agar benar-benar statusnya sebagai Penjawat Awam.

Jika ingin pula, mengikut jejak langkah seperti Lubnan yang Kerajaan mereka telah menetapkan Presiden mesti Kristian, Speaker Parlimen Sunni dan Perdana Menteri Syiah. Jika itu yang PAS hendak jadikan contoh maka PAS perlu menjadi seperti Hizbullah yang ada angkatan bersenjatanya sendiri sebagai alat untuk suara dan pandangan mereka tidak dipandang sepi.

Persoalannya apakah kita mampu mencapai perkara tersebut?, Oleh itu janganlah berangan-angan panjang, usahakanlah supaya UMNO/BN dikuburkan dalam pilihanraya ke 13 ini ataupun sekurangnya tinggal hanya 15 kerusi parlimen sahaja seluruh Malaysia. Selepas itu perlu lagikah Kerajaan Perpaduan atau PAS dan Pakatan rakyat pula yang memerintah Malaysia ini dan UMNO/BN menjadi pembangkang.

Kepada kepimpinan baru PAS, segeralah mematikan isu yang dilihat dan nilai oleh rakyat terbanyak sebagai PAS mahu membentuk kerajaan dengan UMNO/BN, persembahkan dalam lakonan dan topeng apa sekalipun sekarang rakyat melihat jika perkara itu disebut, rakyat akan menafsir PAS akan tidur sekatil dengan UMNO/BN.

Niat yang baik sahaja tidak memadai dan kami tidak mempertikaikan niat yang baik itu, kami hanya mempertikaikan kenyataan dan tingkahlaku.

Mohon Sembah Derhaka!!!

NIZAR DIHALAU

Selepas angkat sumpah sebagai MP, Nizar di halau dari parlimen.

Kah kah kah - punya takut dengan lilitan BUBAR DUN.

APA YANG BN TAKUTKAN LAGI?????

MACAM MANA NAK KERAJAAN PERPADUAN NI??????

Saturday, June 13, 2009

HJ HADI SENASIB ASRI?

Anggota Pas bukan tidak pernah berbeza pendapat berkaitan dengan Umno sejak era kepimpinan Ulamak pada 1983. Tetapi yang berbeza pendapat itu ialah bagaimana cara nak mampuskan Umno. Itu sahaja. Nak cara keras atau nak cara lembut. Pokoknya nak mampuskan Umno. Langsung tak ada cerita nak sama-sama duduk berbincang dengan Umno untuk memerintah bersama.

Tetapi kali ini bukan cerita nak mampuskan Umno tetapi cerita macam mana nak berkawan dengan Umno. Kalau dulu geng Terengganulah yang paling keras dengan Umno tetapi kali ini geng Terengganu pula dilihat nak berpeluk dengan Umno. Bukan kelakar tetapi tak masuk akal.

Apabila Mustafa Ali menjadi Setiausaha Agung dan ada pergerakan yang dapat dikesan oleh sekumpulan induvidu yang dikatakan think tank kepada Presiden, maka jelas ada usaha secara terancang untuk menjayakan Unity Govt ini.

Saya mencari-cari sebab, mengapa geng Terengganu syok dengan idea Unity Govt ini, walhal merekalah yang paling keras dengan Umno sejak kebangkitan Hj Hadi di Terengganu pada awal 80an dahulu.

Adakah fikiran Hj Hadi telah berjaya di BTNkan? Walhal beliau telah menjawab semua isu tersebut dalam kuliahnya apabila mengupas buku Syed Qutb - Muaallim Fi Toriq. Entahlah.

Adakah nasib politik Hj Hadi akan berakhir seperti Datuk Asri. Jika terjadi, saya akan menangis sepanjang hidup di dunia ini, meratap mengapa ini yang terjadi. Dan saya makin hiba apabila kekawan rapat saya dalam Pas Pusat menjadi syaitan bisu.

Friday, June 12, 2009

PEMUDA PAKATAN DEBAT HALATUJU PAS

Oleh: Mkini

Tiga Ketua Pemuda parti komponen Pakatan Rakyat akan berkongsi pentas 16 Jun ini untuk membincangkan halatuju PAS ekoran isu-isu yang timbul selepas muktamar parti itu minggu lalu.

Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi; Ketua Pemuda Sosialis DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Seorang lagi panelis ialah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Majlis tersebut - Sembang Kopitiam anjuran Angkatan Muda PKR (AMK) Selangor dan Shah Alam - membawa tajuk 'Pasca muktamar PAS - kerajaan perpaduan?'

Dalam satu kenyataannya, ia berkata majlis tersebut diadakan mulai jam 8 malam bertempat di Dewan MBSA, Seksyen 11, Shah Alam.

Menurutnya, banyak isu yang kontroversi timbul selepas muktamar PAS minggu lalu, antaranya penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno, pemansuhan 30 peratus ekuiti bumiputera dan usul menggesa pengharaman Sistem in Islam (SIS) yang membawa aliran Islam liberal.

Pekembangan tersebut, kata kenyataan itu, telah menjadi topik perbincangan yang hangat di kalangan orang ramai, termasuk golongan muda yang ingin melihat perubahan tulen selepas tsunami politik yang berlaku tahun lalu.

Menurutnya lagi, empat persoalan utama yang bakal dibincangkan dalam majlis tersebut ialah:

bullet button Dengan pimpinan baru yang dipilih, ke manakan PAS ingin menuju selepas muktamar?

bullet button Mengapakah Presiden PAS ingin mengutarakan tentang konsep kerajaan perpaduan?

bullet button Apakah persediaan untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan telah dijalankan dalam Pakatan Rakyat?

bullet button Bagaimana hubungan di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat?

"Kesemua persoalan akan dikupas oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin muda masakini," kata kenyataan tersebut.

SEBUAH PUISI KERAJAAN PERPADUAN

Oleh: Yassin Salleh

Getiknya Aku

Dulu PAS kata
UMNO semua tak betul
pemimpin UMNO rasuahlah,
menteri UMNO jahatlah
menteri besar UMNO samsenglah
Wanita UMNO tak tutup auratlah
Pemuda UMNO tak beradablah
bini orang UMNO bunuh oranglah.

Macam-macam pemimpin PAS
kata kat orang UMNO
pendek kata kalaulah PAS
dapat memerintah negara
berduyun-duyunlah orang UMNO
yang kudung tangan
orang UMNO yang dikerat lidah
orang UMNO yang dibotakkan kepala
orang UMNO yang direjam
sampai mati isy!

Bagi PAS
jahat sungguh orang UMNO
sekarang ni PAS
tiba-tiba dapat wahyu
orang UMNO semuanya baik
tak jahat, tak rasuah, tak mencuri
tak menyamun, tak khianat, tak menipu
tak berzina, tak bom orang,
tak gadai negara
takde yang mungkar
semuanya makruf belaka.

Kalau tidak wajib mustahil
PAS sudi nak comolot dengan UMNO
ajak tubuhkan kerajaan perpaduan
getiknya aku!

Thursday, June 11, 2009

PASCA MUKTAMAR - 4

Muktamar kali ini melihat keseriusan dan kesungguhan Dewan Ulama Pas(DUP) membahaskan usul yang berkaitan dengan kepimpinan parti. Semua orang tahu bahwa DUP selama ini dilihat lembab dalam memberi respon terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Islam dalam negara ini. Malah jarang benar kita mendengar mereka berkumpul membincangkan solusi islam dalam kes-kes semasa misalnya kes murtad, kes anak bukan islam yang penjaganya masuk Islam dan lain-lain.

Tetapi apabila Husham Musa dan Mohamad Sabu menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas, maka DUP menganjurkan Konvensyen Ulama menjelang beberapa hari muktamar akan diadakan sebagai usaha berkempen memenangkan Nasharudin. Ketika muktamar DUP, lahirlah usul hanya ulama sahaja yang berhak dan layak memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas. Isu Altantunya, Dun Perak, SIS, Kerajaan Perpaduan langsung tak menjadi perhatian DUP.

Ulama Pas mengaum apabila jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan diisi oleh kumpulan bukan ulama. Ketika Mustafa Ali melawan Hasan Shukri langsung tak timbul isu ini. Nampak sangat ini bukan isu ulama atau tak ulama tetapi isu pro Unity Govt atau tidak. Nasharudin mewakili golongan pro Unity Govt. Dan golongan ulamaklah dilihat majoriti menyokong Unity Govt ini. Kenyataan Naib Presiden Pas yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Mat jelas menyokong cadangan Hj Hadi ini secara tak langsung. Dan saya pun yakin kawan baik saya Ustaz Idris Ahmad pun tak berani lawan usul Hj Hadi ini demi walak dan maslahah...

Wednesday, June 10, 2009

PASCA MUKTAMAR - 3

Ketua Dewan Ulama, Ustaz Harun Taib berterus terang semasa menggulung perbahasan ucapan dasar bahwa beliau boleh bagi dalil pro dan kontra bagi sesatu isu. Maka beliau pun mengemukakan dalil boleh bersama dengan Umno dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran berkaitan dengan dakwah.

Ahli di bawah dewan bukanlah terlalu bangang sangat untuk menilai hujah Harun Taib. Ahli di bawah tak pernah menolak nak berdakwah dengan siapa pun hatta kepada firaun sekalipun. Yang ahli bawah tak mau ialah nak berkongsi kuasa bersama dengan Umno untuk memerintah dalam negara ini kerana selama ini Pas berhujah bahawa Umno perlu digantikan dengan Pas. Mungkin Pas kini sudah ada dalil Unity Govt antara Abu Jahal dengan Nabi Muhammad saw agaknya..

Kitab politik Pas bertukar lagi. Moga-moga Hj Hadi dan Harun Taib tidak menjadi ulama terakhir yang dipercayai oleh ummah...

Bagi rakyat biasa bukan ahli Pas, jika Pas nak bersama dengan Umno, maka tmereka tak payahlah beria-ia nak menyokong dan berkorban untuk Pas lagi....Memadailah dengan menyertai Umno sahaja - tak perlu pening kepala, tak habis duit kocek, tak kena pindah, tak hilang tender dan alangkah enaknya berkawan dengan sang pemerintah yang sedia ada.

Tuesday, June 9, 2009

PASCA MUKTAMAR - 2

Sokonglah pemimpin dari kumpulan ulama dalam Pas walaupun induvidu itu ada kelemahan dan kesalahan - itulah rumusan pemikiran pimpinan atasan Pas dan sebahagian pembahas /perwakilan dalam muktamar Pas.

Maka ulama Pas sudah jadi paderi - tetap kena sokong atau dipatuhi walau pun penipu. Maksud kepimpinan Ulamak Pas telah digunakan secara semborono untuk mempertahankan pimpinan Pas tertentu walaupun pimpinan Pas tersebut mulai tergelincir dari landasan perjuangan. Dengan mengguna istilah walak, jamaah, husnul zon - anggota bawah Pas dikelirukan dan dicucuk hidung dan akalnya...

Teras konsep kepimpinan ulamak dalam Pas ialah Majlis Syura Ulama - semua dasar dan strategi politik yang berkait rapat dengan dasar akan ditentukan oleh Majlis Syura Ulama. Tak semua insan yang dikatakan ulamak dalam Pas ada bakat kepimpinan, cerdik, bijaksana, berintegriti, berani dan bersih untuk menjadi seorang Presiden dan Timbalan Presiden. Kok nanti ada ulamak jahat berlindung dalam jubahnya....

Monday, June 8, 2009

PASCA MUKTAMAR PAS - 1

Sah sudah Nasharudin menang pertandingan jawatan Timbalan Presiden Pas tetapi undi yang diraihnya kurang dari 50%.

Apakah itu tanda sokongan yang solid kepadanya. Jawapannya tidak. Malah banyak sekali sok sek sok sek wujud kerana kenyataannya di akhbar arus perdana berlainan daripada apa yang dia cakapkan dalam muktamar.

Ada wartawan akhbar menerima keputusan pemilihan Pas lebih awal sebelum diumumkan oleh Pengerusi JK Pemilihan Pas. Khabarnya yang memberitahu ialah dari sumber pimpinan Umno. Itu yang peliknya...

Friday, June 5, 2009

ESOK PAGI KEPUTUSAN PEMILIHAN

Keputusan pemilihan JK Kerja Pas Pusat 2009-2011 akan di umumkan pada esok pagi. Demikian di umumkan oleh Dato Mustafa Ali, Pengerusi JK Pemilihan Pas Pusat.

Thursday, June 4, 2009

MOHAMAD SABU PEJUANG SEJATI

Oleh: Veteran Harakah


Sudah lama saya tidak menulis di blog saya ini. Bukannya tidak mahu tetapi masa yang terlalu terhad buat saya. Tetapi hari ini, walau apa pun berlaku, saya mesti menulis tentang sahabat lama saya Muhamad bin Sabu (Mat Sabu).

Saya dengar berita beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS yang akan berlansung Jumaat ini. Saya harap beliau akan menang. Ini bukanlah kerana beliau sahabat baik saya, tetapi pada pandangan saya beliau memang layak untuk jawatan itu.
Saya kenal Mat Sabu sejak tahun 70an lagi. Masa itu beliau masih bujang dan berkerja di CCM Shah Alam. Bila dia kerja malam sebelah pagi dia akan ke Pejabat ABIM, Jalan Daud, Kampung Baru. Kalau dia cuti dia akan ikut kawan-kawan ABIM berceramah atau buat program di luar kota.

Dia mula jinak dan aktif dengan PAS semasa Ustaz Zabidi Ali sebagai MP Permatang Pauh lagi iaitu diakhir tahun 70an. Selepas itu seingatan saya, Mat Sabu tidak surut sedikit pun dengan perjuangan PAS walaupun berkali-kali ditahan di Kemunting di bawah ISA dan juga dikenakan tahanan daerah di Kuala Pilah.
Selepas beliau berkahwin dengan Kak Normah, perjuangannya dalam PAS tidak juga kendur. Malahan beliau telah meletakkan jawatan di CCM kerana ditawarkan bertanding di Kepala Batas dalam pilihanraya umum 1982. Beliau tidak berdolak dalik bila diarahkan menjadi calon, walaupun dia tahu dia akan berhadapan hilang punca pendapatan selepas pilihanraya nanti.

Ini berbeza dengan sesetengah pemimpin PAS yang ada hari ini. Mereka aktif dalam PAS setelah mereka pencen dari jawatan, setelah tidak ada kerja lain mahu dilakukan. Perjuangan mereka dalam PAS tidak lebih sebagai memenuhi masa terluang. Walaupun mereka pernah diminta bertanding atas tiket PAS tetapi mereka menolak dengan berbagai alasan.
Lebih huduh lagi ada kalangan yang lain, yang aktif dalam PAS selepas Anwar Ibrahim disingkir dari UMNO. Walaupun mereka tidak menjadi ahli UMNO tetapi kita tahu mereka tidak mahu aktif dalam PAS kerana tidak mahu bertembung dengan Anwar Ibrahim yang pada masa itu begitu berpengaruh dalam UMNO.

Selepas kalah dalam pilihanraya 1982, Mat Sabu terus menghambakan dirinya sepenuh masa dengan perjuangan PAS. Kepetahannya berceramah dengan suara paraunya boleh menarik ribuan pendengar. Beliau menjadi antara penceramah PAS yang paling digemari. Popularitinya setanding dengan Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Fadzil pada masa itu. Ini menjadikan Mat Sabu tidak lekat di rumah kerana sentiasa mendapat undangan ceramah di seluruh negara.
Disebabkan beliau jarang berada di rumah hinggakan anaknya sendiri merasakan ayahnya sebagai pendatang di rumahnya sendiri. Pernah beliau menceritakan kepada saya, anak kecilnya Huda bertanya semasa ia mahu keluar berceramah, " ayah bila nak datang lagi".....
Hari ini bila gelombang politik bertukar rentak dan PAS telah berjaya menubuhkan kerajaan di Kelantan dan Kedah dan bersama PKR dan DAP di Selangor dan Perak. Ramai kalangan yang dulunya memandang sepi kepada PAS, kini mula memanjang-manjangkan leher supaya muka mereka terlihat.

Tetapi saya sebagai pemerhati dari jauh tetap melihat Mat Sabu sebagai pejuang PAS yang tulin yang tidak tergugat dengan tekanan dan kepayahan perjuangan dan juga tidak terliur dengan kesenangan dan kemewahan. Perwakilan PAS lebih berhak menentukan siapa patut mereka angkat sebagai Timbalan Presidennya tetapi kalau saya sebagai perwakilan, saya akan mengundi Mat Sabu.

Wednesday, June 3, 2009

MOHAMAD SABU: SEJARAH MENJADI SAKSI

Oleh : MSO

DALAM perebutan dan perang untuk menduduki takhta nombor dua dalam hirarki Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) nampaknya bersendirian. Mat atau lebih mesra dengan panggilan Abang Mat ini tidak didominasikan oleh mana-mana puak. Dan dia juga tidak ‘mendempekkan’ dirinya dengan mana-mana kumpulan atau aliran yang menjadikan mainan media massa kini.

Mat mungkin tidak suka kalau dia dilebel dengan apa-apa aliran atau fahaman. Dia ada fahaman sendiri yang diyakini.

Mat bergerak atas kapasitinya sendiri. Tidak ada apa-apa machinery kempen untuknya. Tidak terdengar mana-mana kumpulan atau penyokongnya membentuk sekretariat gelap untuk kempennya. Mat juga tidak ada media yang bersimpati kepadanya. Mat berkempen dengan lidah dan mulutnya sendiri bermodalkan air liur.
Mat tidak banyak duit untuk memberi baksis kepada wartawan atau penulis-penulis blog liar dan pengecut. Mat menjadikan sejarah dan track record perjuangannya sebagai modal. Dia adalah calon under dog.

Dia bergerak seperti orang-orang Pas dulu bergerak, berjuang sambil berdakwah, dan berdakwah sambil berjuang. Mat bergerak bukan saja sebulan dua ini, tetapi lama sebelum ini, sejak lebih 25 tahun dulu lagi.

Ceruk rantau dan jerung mana yang Mat tidak pijak, semua tempat beliau pergi dan jelajahinya. Sebab itu Mat cukup popular, dikenali rakyat. Sebutlah nama Mat semua orang kena. Dari budak sampailah kepada orang tua bongkok tiga, semua kenal dan tahu sejarah kegigigan perjuangan Mat. Mat pernah dilebelkan sebagai ayam tambatan Pas oleh Utusan Malaysia. Gelaran itu menunjukkan kehebatan Mat dan kehambaannya kepada Pas yang menggerakan perjuangan Islam.

Seluruh bumi yang cuba hendak dipijak semula oleh komunis Chin Peng ini Mat sudah sampai. Mat ada di Kuala Kedah, Mat ada di Nenasi Johor, Mat ada di Pulau Tawar, Jerantut. Mat juga berada di Hulu Nerus, Terengganu. Mat juga di Rompin, ataupun di Batu Kikir Negeri Sembilan. Mat juga berada di Jeli. Pendeknya Mat berada di mana-mana saja atas muka bumi Malasysia ini.

Mat pegi bukan apa, kerana bercermah dan berdakwah. Memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kesyumulan Islam. Menjelaskan kepada rakyat mengenai kebejatan UBN. Menjelaskan bahayanya fahama sekular yang dianutan UBN. Mat menceritakan mengenai kerakusan pemimpin UBN, kezaliman kerajaan UBN yang menekan dan menindas rakyat sepanjang masa!

Mat menceritakan tanpa selindung. Hasil dakwah dan penerangan Matlah maka rakyat membuka mata. Perlahan-lahan menolak dan membenci UBN. Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun. Siapa saja yang berada dalam barisan kepimpinan Pas hari ini kecuali Abdul Hadi Awang tidak dapat melawan kehebatan dan keulitan Mat.

Bukan itu saja Mat juga berani. Kerana keberanian dan kegigihan itulah Mat ditakuti oleh UBN sehingga Mat ditangkap di bawah Akta Keselmatan Dalam Negeri (ISA). Bukan sekali tetapi dua kali Mat direhatkan di bawah ISA. Kali pertama tahun 1984 – 1986 dan kali kedua pada 1987 – 1989. Penangkapan Mat di bawah ISA itu sudah cukup untuk membuktikan siapa Mat.

Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian dan Kuala Kedah itu juga seorang ikhlas dalam perjuangan. Mat tidak pernah menuntut apa-apa keperluan hidup untuknya. Beliau dilantik menjadi lembaga pengarah satu agensi di Pulau Pinang, beliau tidak tahu pun berapa elaun yang diterimanya. Ini bermakna soal duit ringgit bukan perhitungan Mat. Bagi Mat kalau dia boleh memaki UBN sudah cukup sebagai gaji atau ganjaran untuknya dia sudah berpuas hati.

Dari segi ketahanan dan ujian, baik mental dan fizikal Mat teruji lebih dahsyart daripada yang lain-lain. Musuh Pas melakukan apa saja untuk membendung Mat. Semua dilakukan termasuk mengaibkan Mat. Kalau pun tidak pernah dilakukan mungkin hanya usaha untuk membunuh Mat. Mungkin melampau kalau dikatakan kesangsaraan dilalui Anwar Ibrahim juga turut sama dilalui oleh Mat.

Menilai laluan dan lenggang lengguk perjuangan Mat, sekiranya ia dijadikan ukuran dalam pemilihan ternyata Mat mengatasi semua calon lain.

Begitu juga kalau soal pengalaman menjadi keutamaan, Mat lebih berpengalaman dan sejarahnya mengenai perjuangan Pas dan Islam begitu luas. Demikian kalau hendak dihimpunkan keberanian dan kehebatan Mat, banyak. Tetapi paling menyerlah dan tidak terlawan sesiapa ialah dalam soal mengolahkan massa. Mat pandai dan mampu mengajak massa untuk berhimpun, berarak menuntut keadilan dan kebenaran.

Atas ketrampilan itulah tidak pelik kalau Mat digelarkan sebagai tokoh demonstrasi dan tokoh pernggerak nadi rakyat bawahan. Kerana itu Mat mengakui dia mempunyai kemampuan untuk mengelombangkan massa bagi menyokong perjuangan Pas bersama Abdul Hadi Awang.

Pun begitu ada yang mempertikaikan kualiti dan standard Mat. Mungkin dilihat kepada karektor dan juga luaran Mat yang kurang smart dan nampak kekampungan. Bagi saya ini tidak menjadi masalah.

Apa yang perlu dinilaikan ialah seketul darah yang ada dalam dada Mat itu. Mat mempunyai sekeping hati yang tulus dan ikhlas, bukan hipokrasi ataupun jauh sekali daripada berbuat sesuatu untuk mempopularkan diri. Ketulusan dan keikhlasan seseseorang pemimpin lebih penting dan afdal kepada rakyat apa lagi dalam konteks gerakan Pas yang bukan saja mengejar kuasa tetapi juga untuk mencapai keredhaan Allah.

Tuesday, June 2, 2009

MOHAMAD SABU PILIHAN TERUJI

Pak Andak membayangkan Mohamad Sabu pilihan sebagai Timbalan Presiden Pas kerana selain dari ciri-ciri asas yang perlu ada sebagai Timbalan Presiden, beliau:

  • mesra,mudah didekati, disukai, senang didekati
  • mempertahankan visi, misi dan matlamat Pas
  • tidak berbaik dengan musuh
  • tidak bermusuh dengan ahli
  • telah teruji
  • tidak "gila" media untuk naikkan diri
  • sedia berkorban apa sahaja
  • kepentingan organisasi dan ummah didahului berbanding kepentingan peribadi
  • Paling senior dalam Pas antara calun Tmbalan Presiden
  • Ada hubungan baik dengan Gerakan Islam Antara Bangsa
  • Diterima dan dikenali oleh bukan Islam di Malaysia
  • Diterima dan dikenali oleh pelbagai NGO dalam Malaysia
  • Diterima dan diminati oleh Tok-tok Guru Pondok
  • Bersifat jamaiy dalam berparti - parti buat keputusan dulu bagi kes dasar/strategi baru dan akur.

Monday, June 1, 2009

LAGI HALNYA NASHARUDIN MAT ISA

Oleh: PenarikBeca

Saya menerima satu email. Ia begitu detail dengan pelbagai maklumat. Oleh kerana saya tak berani nak simpan maklumat-maklumat itu, saya delete email tersebut. Di tempat trash pun saya tekan delete forever. Aku bukannya berani pun. Aku penakut!

Bagaimanapun, saya fikir, ada juga yang boleh dikongsikan seperti berikut (kecuali ayat-ayat laporan dari saya, saya tidak edit email itu):
Email itu ialah mengenai Task Force 2010 ditubuhkan atas dasar mengembalikan kestabilan di Selatan Thai. Ia diketuai oleh seorang berpangkat Jeneral daripada Kor Risik yang dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Beliau adalah Dato’ Wan Abu Bakar yang berasal dari Terengganu.

Email itu menuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa telah terlibat dengan Task Force ini dan telah dua kali menguruskan pertemuan diantara Dato’ Wan Abu Bakar dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun, menurut email itu, Tuan Guru dengan jelas tidak mahu terlibat dengan agenda Task Force 2010 tersebut.

Nasib baik, menurut email itu lagi, Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu membabitkan diri.

Ini kerana tidak lama kemudian, menurut email itu, agenda Task Force ini kemudiannya berubah kepada agenda perpaduan Melayu. Ianya mengalih isu Selatan Thai kepada isu menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi 'beyond 2010', menurut email itu. Tahun 2010 ialah tahun asal transisi kuasa antara Abdullah kepada Najib.

Email itu mendakwa, Task Force ini digembeling oleh Dato’ Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa untuk menganjurkan beberapa pertemuan di antara pemimpin tertinggi UMNO dengan beberapa pemimpin PAS. Akhirnya, Abdullah Badawi membuat pengakuan bahawa sedang ada rundingan antara kedua-dua parti tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyidin Yassin bagaimanapun berjaya membangkitkan keberanian terbuka ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO dan pemberontakan dalaman berlaku mengakibatkan Abdullah terpaksa berundur sebelum 2010.

Email itu menuduh "Task Force ini juga terlibat dengan mendedahkan maklumat-maklumat Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia yang bertujuan menjatuhkan Najib Razak. Antaranya ialah mendedahkan maklumat pembunuhan Altantunya kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian kepada Raja Petra Kamaruddin".

Setelah ketiadaan Abdullah, dakwa email itu, ada usaha untuk mengekalkan semula Task Force ini. Pertemuan di antara wakil Task Force bersama Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi diadakan, dakwa email itu.

Bagaimanapun, dakwa email itu lagi, Najib Razak tidak berminat kerana dia tahu dan sedar apa yang telah dilakukan oleh Task Force ini ke atasnya. Namun akhirnya, dakwa email itu lagi, Najib lembut hati apabila nama Nasharudin Mat Isa dibangkitkan.

Email itu selanjutnya mendakwa, antara yang akan menjadi usaha terkininya ialah mengembalikan kegemilangan BN dengan membawa semula PAS ke dalamnya. Email itu seterusnya yakin Najib Razak akan menerimanya kerana ia akan meneruskan legasi ayahandanya.

Seterusnya email itu mengemukakan dua persoalan:

Apakah peranan Utusan Malaysia di dalam keprihatinan tiba-tiba terhadap PAS adalah sebahagian daripada agenda Task Force 2010?

Email itu mendakwa "Ya"

Siapakah Nasharuddin Mat Isa?

Email itu menjawab, tanya Dato Wan Abu Bakar.

Di bawah sekali tertulis seperti berikut:
Ikhlas,
Hassan

JANGAN PILIH NASHARUDIN

Oleh: Perisik Rakyat:

Komen Perisik Rakyat terhadap Nasha sebagai Timbalan Presiden Pas

"Mamat ni pernah kantoi berjumpa UMNO secara sulit dalam gelap, pastu menipu ahli PAS. Bila Pak Lah kantoikan, baru la dia tergagap2 jawab kononnya apa yg dia buat ni mdapat restu Majlis Syura. Kepala otak dia, sbb TGNA sbg Ketua Majlis Syura tak tahu menahu hal ni. So, kalau korg nak penipu ni jadi Timb Pres, maknanya korg nak dia pecahkan keharmonian PR dan bawak PAS masuk UMNO. Direct je aku bagitau. Mamat ni pro-UMNO. Mamat ni prestasi sbg Timb Pres sebelum ni mmg out, underperformance, mandom, elitis. Sejak pindah ke rumah baru 1 juta kat bdr sri putra, nilai, mamat ni makin mandom."


"Kalau korg menangkan Nasa, maknanya korg bersubahat ngan dia nak bawak PAS masuk UMNO-BN, pastu PR akan pecah, PAS akan bpecah, non-muslim akan tak pcaya kat PAS dah, Kelab Penyokong PAS akan terbubar."