Sunday, October 30, 2011

KHALID ISMATH PULA!!!!!

Khalid Ismath Habib pelajar undang-undang Tahun 1 UITM digantung pengajiannya lantaran mengomen pentadbiran UIA yang mengaggantung Aziz Bari. Mangsa baru supaya sesiapa jangan nak jadi hero melawan pihak borjois.

Nampak gaya Malaysia kembali ke zaman gelap. Tak boleh beri pendapat, tak boleh kritik orang atasan, tak boleh kritik Sultan/Raja, dan  tak boleh jatuhkan BN

Kekadang dalam jemaah Islam pun tak boleh kritik orang atasan   juga. Kok nanti dikata tak walak!!!! Wooo. 

Kepada Khalid - itu baru ombak di tepi pantai sahaja. Ha ha.


Saturday, October 29, 2011

STRATEGI SULIT MENJATUHKAN SELANGOR

Selepas BN kalah di Terengganu pada 1999, satu rancangan sulit dibuat dengan menambah pengundi tegar BN di DUN tertentu  yang strategik untuk dimenangi  pada PRU 2004.  Sebab utama kekalahan Pas bukan kerana kejatuhahan undi Pas, tetepi adalah disebabkan   oleh pertambahan  pengundi  dalam sesuatu DUN dan peningkatan  jumlah    yang keluar mengundi. Adalah dikatakan semua pengundi baru ini  keluar untuk mengundi BN. Pengundi baru inilah yang memenangi BN di Terengganu.

Rancangan yang sama sedang diatur oleh beberapa orang pegawai kerajaan yang menjadi upahan BN di negeri Selangor. Rancangan sulit ini akan membuat beberapa langkah penipuan seperti berikut:

1. Menindahkan pengundi tegar BN ke kawasan DUN yang  BN  kalah tipis. Jika sebelum ini, BN kalah majoriti 1,000 orang, maka rancangan sulit ini  akan memindahkan 2,000 orang pula.

2. Menambahkan undi pos di dalam kawasan DUN yang BN kalah tipis.

 Ada beberapa lagi strategi sulit yang dibuat. Akan didedahkan kemudian.

Adakah anda tahu siapakah pegawai kerajaan yang terlibat  dalam sindikit ini. Namanya sudah ada dalam simpanan pimpinan PR  Nama mereka akan didedahkan sedikit masa lagi!!!!!

Ingatan saya - jika rakyat tak percaya dengan demokrasi - mala lahirlah revolusi!!!!!

Friday, October 28, 2011

SWEDEN NEGARA BERKEBAJIKAN

Rashid Ghanusi mengatakan  Tunisa   akan mencontohi Sweden  dalam membina negara berkebajikan.

Apabila beliau mengatakan begitu, model negara yang baik  pada masa ini adalah sebuah negara barat yang majoriti penduduknya bukan berugama Islam.

Mengapa bukan Arab Saudi atau Iran. Ha ha. Tepuk dada, bukalah mata.

Wednesday, October 26, 2011

Laporan Ketua Audit Negara: Kepincangan, Kelemahan Dan Ketirisan Berterusan.

Selasa, 25hb Oktober 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011. Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu. 

Kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Haji Amrin Bin Bujang pada 8 Julai 2011 dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun 2011. Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat.

Hasil dari penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat Kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti/projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan.

Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin. Antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

1.   Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya.“Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) adalah agensi penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan di bawah RMKe-9. Matlamat utama program ini adalah bagi mensifarkan miskin tegar pada bulan Disember 2010 di seluruh negara. Pada tahun 2010, sejumlah RM691.52 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program ini. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (JPPN) bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan projek di peringkat negeri. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2010 mendapati masih lagi terdapat seramai 2,472 orang miskin tegar di seluruh negara dan pelaksanaan projek peningkatan ekonomi kurang memuaskan kerana 37 (54.4%) daripada 68 projek yang dilawati gagal mencapai objektifnya. Juga terdapat kelemahan dalam pengurusan program seperti tempoh pelaksanaannya tidak mencukupi; peserta tidak layah diberi bantuan; peserta tidak tahu terlibat dengan projek; barang tidak diterima sepenuhnya dan tidak lengkap; bantuan tidak diterima oleh peserta; projek tidak dilaksanakan oleh pembekal; pembekal mengambil keuntungan daripada peserta; mentor tidak memainkan peranannya; perjajian projek champion tidak lengkap; komitmen peserta rendah dan kelemahan pemantauan.”  - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xvii.


2.  Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi.“Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 September 2006 telah bersetuju skim IPH dilaksanakan dan pembayarannya dibuat mulai bulan Mac 2007. Sejak skim ini dilaksanakan sehingga tahun 2010, sejumlah RM230.62 juta telah dibelanjakan daripada peruntukan skim IPH dan sejumlah RM72 juta daripada peruntukan Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2010 mendapati objektif skim IPH untuk meningkatkan pengeluaran padi telah dapat dicapai. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikut BERNAS yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim; peruntukan tidak mencukupi mengakibatkan Kerajaan belum membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah; kadar insentif yang tidak munasabah bagi pesawah yang mengusahakan tanaman lebih 2 hektar dan kelewatan BERNAS menyelesaikan siasatan terhadap kes di mana peningkatan hasil padi melebihi 10% daripada anggaran hasil yang ditetapkan.”  - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxii.


3. Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan.   Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh 3 syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd. Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326 km dan telah meningkat kepada 1,566 km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan seperti kerja penurapan jalan tidak dibuat dan kerosakan pavement tidak dibaiki; jentera yang digunakan untuk memampatkan kerja penurapan jalan tidak mengikut spesifikasi serta penyenggaraan bahu/perabot.perparitan jalan tidak memuaskan.”  - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxv.


4. Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke 2 di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.
“Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Ransangan Ekonomi Kedua (PRE 2) berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat. PRE 2 telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 Kementerian/Jabatan/Skim untuk melaksanakan 51,560 projek. Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3%) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4%) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap 9 program di 6 Kementerian/Jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah. Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan wujudnya beberapa kelemahan seperti prestasi perbelanjaan yang tidak menunjukkan prestasi sebenar pelaksanaan projek; perolehan/pembekalan peralatan/kerja/projek tidak mematui peraturan/kurang berkualiti/tidak memuaskan/kurang jelas/tidak tepat/tidak dipatuhi. Selain itu, terdapat kes di mana pembayaran dibuat sebelum peralatan/kerja dibekalkan/disiapkan/disiapkan dengan sempurna; berlaku lebihan bayaran dan peruntukan tidak digunakan untuk tujuan asal projek.”  - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xliii.


Sungguhpun Dato’ Sri Najib mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri. Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala Perubahan dan setiap Reformasi Sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia. Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA  
 

Monday, October 24, 2011

DEPA SERUPA JUGA

Laporan Ketua Audit Negara sudah keluar.

Maka terdedahlah cerita-cerita lama yang berulang semula - pembelian dengan harga yang melebehi harga pasaran - ada yang sehingga melebehi 1,000%!!!!

Lantaran itulah pegawai kerajaan tidak mampu menolak ahli politik yang rasuah  - dek kerana dia pun serupa juga!!!!

Saturday, October 22, 2011

TUTUP UNIVERSITI

Jika tak sanggup mendengar idea berbeza

Jika tak sanggup mendengar tafsiran berbeza

Jika tak sanggup berhujah

Jika tak sanggup berpolimek

Jika tak sanggup  membebaskan pemikiran 

Lebih baik tutup sahaja universiti. Universiti adalah lambang kebebasan ilmu. Universiti adalah tempat pertembungan idea, pendapat, tafsiran, ideologi dan aliran agama!!!!!
Moga kes Aziz Bari sebagai titik mula pembebasan Universiti!!!!!

Tuesday, October 18, 2011

RM 3,000.00 - bersyukurlah!!!!

Antara intipati Bajet 2012 ialah:

"Kerajaan juga tentunya menghargai khidmat dan jasa kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berjumlah seramai 4,300 orang. Bagi membantu golongan ini meringankan kos sara hidup, Kerajaan akan memberi bayaran khas sebanyak tiga ribu ringgit secara one-off"

Komen:  Rupa-rupanya terdapat seramai 4,300 orang yang bekerja bertaraf kontrak sehingga akhir perkhidmatannya tanpa diserapkan sebagai anggota  perkhidmatan awam yang berstatus "tetap dan berpencen" Kesian kat depa di atas kerana selepas tamat kerja ini, mereka bergantung  hidup kepada simpanan KWSP yang tak tau setakat mana banyaknya. Jika banyak, tentulah kerajaan tak bagi RM 3,000 secara one-off. Ahh, bersyukurlah ya...


Monday, October 17, 2011

BAJET DAN PEMANDU TEKSI

Komen Anwar Ibrahim berkaitan pemadu teksi dalam Bajet 2011:

Begitu juga dengan pelepasan cukai berkaitan teksi yang membabitkan jumlah maksima bantuan sebanyak RM7,560 setahun. Perdana Menteri boleh berpura-pura berbangga dengan bantuan itu, tetapi jangan lupa rintihan sebenar pemandu teksi dibebankan sejumlah RM21,000 setahun kerana bayaran kepada pemegang konsesi. Bantuan RM7,560 setahun itu pun hanyalah kepada mereka yang memilih untuk menukar kenderaan teksi, tetapi bagi sebahagian besar pemandu teksi mereka masih perlu membayar yuran yang mencekik darah kepada pemegang konsesi lesen teksi, sebahagiannya terdiri dari Yang Berhormat di dalam dewan ini.

Saturday, October 15, 2011

20% BOLOT 50% KEKAYAAN NEGARA!

Antara akibat  ekonomi kapitalis sesebuah negara ialah jurang ekonomi. Mengikut analisa Anwar Ibrahin ketika membahas Bajet 2012 ialah seperti berikut:




 Kekayaan negara pula dipusatkan kepada segolongan kecil golongan kaya dan mahakaya. 50% kekayaan dan pendapatan yang dijana oleh ekonomi negara dibolot oleh golongan 20% terkaya, sedangkan golongan 40% terbawah tadi yang rata-ratanya Melayu/Bumiputra tidak ubah seperti melukut di tepi gantang yang hanya mendapat 15% dari kekayaan dan pendapatan yang dijana.


Renung-renungkanlah menjelang PRU 13 nanti!!!!!

Wednesday, October 12, 2011

UMNO MAIN SAMSENG

Mahyuddin mengaku  di parlimen bahwa Malaya pernah dijajah.

Zainal Kling pula telah menarik kenyataannya yang mengatakan Malaya tidak dijajah.

Pemuda Umno masih mengacau di setiap ceramah  Mohamad Sabu.

Nampaknya Umno tidak bersedia berlawan hujah. Jika nak berlawan tangan sungguh, sila beri tau. Akan ku bawa pemuda Pas yang rela mati syahid!!!!

Apabila Umno berlagak samseng, maka Utusan diam membisu. Barua punya Utusan!!!!

Tuesday, October 11, 2011

SOGOKAN SAH KEPADA 6 JUTA PENGUNDI

Antara yang diumumkan oleh PM dalam Bajet 2012 ialah sumbangan RM 500.00 kepada 3 juta   isi rumah rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah RM 3,000.00.

Saya kira sumbangan ini akan diberikan ketika pilihan raya umum ke 13. Ini merupakan sogokan secara rasmi kepada rakyat Malaysia agar mengundi BN. 3 juta isi  rumah, jika suami isteri merupakan 6 juta orang.  6 juta orang rakyat pula   adalah  mewakili  50% daripada jumlah pengundi berdaftar masa kini yang berjumlah 12 juta orang.

Wooo bijak bijak bijak.