Monday, December 27, 2010

MALAUN KHUSRIN

Mohamad Khusrin Nawawi penjilat Umno no 1 Malaysia. Tak sedar bertugas dalam negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Malaun ini sedang dan masih bermimpi yang BN sedang berkuasa di Selangor.

Malaun Khusrin bertugas penuh setia dengan BN ketika BN berkuasa. Malaun ini tak tau bahwa dia adalah penjawat awam yang kena bertugas mengikut rentak dan hala tuju yang di bawa oleh kerajaan baru Selangor iaitu Palatan Rakyat.

Malaun Khusrin layak dihumban ke laut China Selatan.

Kesah jahat Malaun ini di sini.

Saturday, December 25, 2010

OH MUHYIDIN YASIN

Muhyidin  Yasin  menunjukkan kebodohannya   yang teramat sangat. Dicabarnya Anwar  menaikkan gaji kakitangan awam di negeri Pakatan Rakyat  sebanyak RM 500.00.

Bukankah perkara itu begitu gampang sekali  untuk dilaksanakan. Tetapi izinkanlah semua cukai pendapatan dan  cukai lain dalam negeri Pakatan Rakyat dikutip sendiri oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat   dan bukannya kerajaan Persekutuan.

Barulah adil!!!!

Wednesday, December 15, 2010

OH PENDEKAR AMIN

Amalan demokrasi mesti dilihat subur di dalam parlimen, sebagai satu institusi yang membentuk hala tuju negara dan menjaga kepentingan rakyat.

Walaupun Speaker Parlimen  ditentukan oleh parti majoriti dalam parlimen, tetapi Speaker hendaklah  dilihat bertindak secara bebas dan adil. Speaker adalah orang  utama yang mencorakkan integriti parlimen. 

Jika Speaker dilihat semacam dicucuk hidung, sistem parlimen akan hilang peranan dan kedudukannya di mata dunia.

Oh Pandekar Amin. Jadilah pendekar yang sebenarnya.

Friday, December 10, 2010

DARI KAPITALIS KE SOSIALIS?

Penswastaan adalah sebahagian dari strategi kapitalis mengaut keuntungan. Atas nama "kecekapan", kerajaan  menerima doktrin "penswastaan". Walaupun ada idea penswastaan yang logik tetapi ianya telah diborong dalam kesemua sektor yang berkaitan dengan kepentingan awam.

Air, api, pendidikan, lapangan terbang, pos, telekomunikasi dan pelbagai perniagaan yang bersifat "monopoli" yang gerenti untung  telah diswastakan  oleh BN di bawah regim Mahathir.

Ekonomi akan mengalami satu pusingan. Kini "kebaikan" penswastaan telah berpusing dan sampai ke era "membebankan"  rakyat terbanyak. Isu air yang sentiasa naik harganya,  membebankan rakyat. Air Asia yang  berhutang dengan Malaysia AirPort Holding(MAB) ratusan juta, menunjukkan ketidakcekapan MAB. Kenaikan kos bagi syarikat swasta ialah  kerana  mahu membayar  kos elaun lembaga pengarah  dan  para eksekutifnya   yang lumayan dan naik setiap tahun. Begitu juga  dengan liabliti  untuk membayar dividen kepada para pemegang sahamnya. Yang pasti para penggunalah yang membayar semua  kos tersebut.

Akhirnya pusingan dasar dan strategi kapitalis  yang bobrok ini akan berhadapan dengan idea  meminimakan kos melalui  menghakmilikkan semua syarikat ini semula demi  kepentingan rakyat  Puak-puak Islam masih terkeliru dasar mana nak disokong. Maka tak hairanlah Hasan Ali membisu dalam isu air dan Syabas di Selangor!!!! Dalam sejarah, Islam selalu dilihat sebagai pelindung tuan tanah yang zalim. Apakah sikap pemimpin Pas di Selangor  sebenarnya. Jika pemimpin Selangor tak mengikut dasar dan strategi Pas Pusat, apakah mereka tidak perlu diambil tindakan?

Thursday, December 9, 2010

KEDAULATAN MELAYU - PORAH

Bising sungguh cerita ketuanan dan kedaulatan Melayu ni. Naik muntah mendengarnya.

Siapa yang membuang kedaulatan Bahasa Melayu di IPT. Malah,  di mahkamah pun masih guna Bahasa Omputeh. Koman sungguh Bahasa Melayu ni ya.

Tanah Rezab Melayu tu siapa yang perabiskan ya?

Jawablah Umno dan Perkasa oi. Porahhhhh!!!!!!

Wednesday, December 8, 2010

MINYAK NAIK - PUASA SUNAT LE

Kes Protes  di mahkamah belum pun selesai  tetapi harga minyak naik lagi.  Rakyat sekali lagi akan "terdiam"  dalam berbelanja. Rakyat kena fikirkan apakah perbelanjaan  yang kena di berhentikan.  

Kenaikan harga minyak  akan mengurangkan pendapatan benar rakyat. Yang berpendapatan sederhana akan mula  terasa kekurangan wang untuk berbelanja dengan lebih selesa. Manakala yang berpendapatan rendah akan mula terasa terhimpit untuk mendapat keperluan asas. Tetapi yang tinggi pendapatannya, tidak akan merasa apa-apa. Maka premis yang menjual barang mewah akan terus makmur lagi.

Maka ramailah yang "berpuasa sunat"  selepas ini. Wooo.

Friday, December 3, 2010

KHUTBAH TUKAR TIUB UNTUK KETUA DPP PUSAT

Oleh : TT

MELAYU, CINA , ISLAM DAN KETUANAN MELAYU

Hegemoni Ketuanan Melayu yang di sebarkan olih United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli Parti Keadilan.

Ketuanan Melayu ini juga telah juga ‘mencelarukan pandangan agama’ sebahagian dari anggota-anggota Parti Islam. Ketuanan Melayu ini juga telah memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli Parti Tindakan Demokratik.

Ini jelas dapat dilihat di dalam kes perlantikan baru dalam lembaga PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Perlantikan ini telah mencarikkan kulit ahli PKR, kulit ahli Pas dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.

Semua ini membuktikan bahawa falsafah Kertuanan Rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat ini masih belum difahami untuk di hayati secara mendalam.

Ketuanan Rakyat ialah falsafah dimana yang dinobatkan bukan Melayu, bukan Islam dan bukan Cina atau bukan India atau bukan Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan Rakyat tidak berpaksikan kepada bangsa atau agama. Ketuanan Rakyat melihat kepada keupayaan individu. Ketuanan Rakyat melihat kepada keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengunggul dan menobatkan seseorang bukan kerana orang ini Melayu, Islam, Cina, India ,Kadazan atau apa sahaja.

Ketuanan Rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu di bantu bukan berasakan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasakan yang paling layak mendapat bantuan.

Ketuanan Rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan Rakyat mengajukan dasar meritokrasi.

Kita telah melihat selama 50 tahun bagaimana dasar Ketuanan Melayu telah memporak perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti – semuanya merosot.

Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lungkup. Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar hendakkan meramaikan orang Melayu ke pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu tapi nilai ilmunya dibawah sifar.

Melantik Melayu untuk menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan unggul keilmuan. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu. Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.

Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan di rasuah.

Ini kerana yang dinaikan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Ini bukan lagi satu rashia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar. Apa yang sedang berlaku - lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ianya Melayu atau Islam.

Ini pandangan salah. Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Undang- undang dan perlembagaan di wujudkan untuk menobatkan keadilan bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.

Dalam Ketuanan Rakyat keadilan adalah milik semua.

Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana dia Islam, kerana dia Cina atau kerana dia Melayu tidak juga akan menjamin apa-apa. Ini telah terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu. Hasilnya elek.

Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keIslaman gerombolan mereka. Hasilnya elek

Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak. Yang paling bepengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.

Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian dari anggota DAP ini masih memiliki faham keCinaan yang tebal. Pandangan keCinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya dari keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAPnya maka yang muncul ialah keCinaan.

Pandangan keCinaan ini juga wajib dilawan dan di tentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. KeMelayuan dan keCinaan ini adalah buah kelapa dari tandan yang sama. KeCinaan dan KeMelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah Ketuanan Rakyat.

Agama Islam adalah agama yang tidak memandang kepada warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan derajat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli Pas yang menentang perlantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gender maka amat jelas menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli Pas jenis Islam ini terhadap agama Islam masih cetek dan amat-amat di sangsikan.

Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutubah mengatakan bahawa Islam itu lengap dan Islam itu sejagat dan Islam itu tidak pandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar maka kelihatan kulit keMelayuan jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam Islam bentuk ini.

Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep Ketuanan Rakyat yang berpedomankan meritokarsi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan agama Islam malah meritokrasi di agung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.

Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender. Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kerpercayaan, bangsa atau gender maka pandangan agama ini adalah salah dan wajib dilawan.

Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

Kejulingan dan kepencongan pandangan dari satu jalur kabilah PKR, DAP dan Pas ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini muncul kulit Melayunya. Kenapa kabilah Pas ini muncul kulit tidak Islamnya. Dan kenapa kabilah DAP muncul kulit keCinaannya.

Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakloki kesemua jalur dan lembaga-lembaga budaya tanah air kita. Kepencongan pandangan yang kita dengar dari PKR , PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masaalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.

Dalam kepala mereka adalah fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju , seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.

Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran saperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah mereka akan memberatkan saku perjuagan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus menggangu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia Baru.

Dalam Malaysia Baru Ketuanan Rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia Baru anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangasa memilki hak yang sama.

Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan Ketuanan Rakyat dan masih bermimpi-mimpi dengan Ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah Ketuanan Rakyat.(TT)

Thursday, November 18, 2010

SELAMAT ZAID

Kalau Nik Aziz keluar Pas, belum tentu ada pengikutnya.

Kalau Najib keluar Umno, belum tentu ada pengikutnya.

Kalau Anwar keluar PKR, belum tentu ada pengikutnya.

Bagaimana Zaid Ibrahim?

Saturday, November 13, 2010

HAK AWAM UNTUK AWAM

Tak kiralah samada BN atau  PR yang memerintah. Harta awam mesti diurus untuk kepentingan awam. Apabila PR berjaya mengambil alih Kedah, PP dan Selangor, nampak benar betapa BN gagal mengurus kepentingan isu air untuk rakyat negeri masing. Yang derita dengan harga air  yang terus naik ialah rakyat. Yang kaya dan terus kaya ialah syarikat air yang diswastakan oleh kerajaan negeri yang lalu.

Jika CEO Syarikat Air pun gajinya setengah juta, nampak benar betapa lumayannya untung syarikat air tersebut.

Maka tak salah rasanya, Khalid Ibrahim nak ambil semula syarikat air ini ke negeri Selangor semula.

Bagaimana hal tanah dan balak pula? Nampaknya perangai BN dan PR lebih kurang sama saja. Hanya induvidu tertentu sahaja  yang membolot konsesi balak. Kita tau apa yang PR dan BN buat di negeri-negeri. Ada kolusi  dan  kroni.  Hujah Umno dan Pas lebih kurang sama aja dalam kolusi dan kroni ini. Wooo. Nak tau mari minum teh dengan saya. Kalau dapat tanah balak dan untungnya  boleh tanam sawit, tanpa perlu modal, maka kerajaan negeri tak perlu  menganugerah tanah balak kepada  mana-mana korporat pun membuatnya. Memadailah mana-mana anak syarikat negeri yang melaksanakannya. Untung anak syarikat kerajaan negeri akan kembali ke negeri dan boleh dibelanjakan  untuk kepentingan rakyat terbanyak. Kalau syarikat  korporat yang dapat, hanya akan dibalun oleh seorang dua sahaja.  Malah lebih teruk jika dijadikan sebagai fund politik sesorang. Kira-kira rasuahlah tu oi.  

Wooo.

Thursday, November 11, 2010

SIAP SEDIA PILIHAN RAYA UMUM KE 13

Najib dikatakan akan pusing satu Malaya pada awal tahun hadapan, macam Mahathir lakukan dalam  program SEMARAK pada akhir 80an dahulu.

Pilihan raya umum akan dibuat pada bila-bila masa selepas Mac 2011 dan selewat-lewatnya Jun 2011.

Tak hairanlah Utusan dan rakan-rakan  sekutunya akan membalun apa sahaja terhadap Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat dok sibuk dengan politik dalaman, bila nak bangkitkan kesedaran rakyat?

Moga pemimpin Pakatan Rakyat tidak dibuai mimpi - syok dengan kejayaan 2008.

Rakyat Malaysia dah muak dengan BN. Moga kami juga tak muak dengan PR. Woooo. Tapi kita lebih muak dengan Zul Kulim, juara menentang babi tu...

Wednesday, November 10, 2010

ENTAHLAH PKR

Kalau pemilihan pimpinan parti selalu kecoh, pada pandangan awam tidak baik sekali. Bagi orang awam, parti yang kecuh dengan perebutan jawatan itu tidak layak memimpin negara. Kalau dalam  parti pun kecoh, bila masa nak jaga negara. 

Entahlah PKR!!!!

Friday, November 5, 2010

BALAK KELANTAN UNTUK SIAPA

Pada peringkat awal Pas memerintah Kelantan. diwarwarkan hasil kutipan  balaknya berganda jika dibanding dengan ketika zaman BN memerintah. Kita berbangga sekali.

Tetapi mutakhir ini terdengar cerita macam-macam.

  •  Ada ke lagi tender balak yang tertinggi?
  • Hanya  induvidu tertentu sahaja yang mendapat balak berulang kali  dan bukan pun tauke balak yang sebenarnya
  • Ada yang dapat  tawaran tanah dengan kadar premium yang amat rendah berbanding dengan orang lain

Gossip-gossip ini lama kelamaan akan memakan Pas akhirnya.

SELAMATKAN KELANTAN....

GALAS: SEKILAS PANDANG

Dalam Pilihan Raya Kecil, lazimnya BN lebih cenderung mendapat kemenangan. Dalam PRK, peratusan mengeluar undi adalah lebih kecil dari Pilihan Raya Umum.

Jika peratusan mengundi dalam PRK meningkat, itu tanda utama BN akan menang. Dalam kes Galas peratusan keluar mengundi adalah melebehi 80%.

Tanpa mengatakan SPR memanipulasi undi orang asli yang diangkut dengan helikopter, saya mengatakan jentera BN berjaya mengerahkan seluruh penyokongnya yang tak mengundi pada Pilihan Raya Umum lalu untuk keluar mengundi kali ini.

Namun, ramai pemerhati mengatakan jentera Pas kali ini semacam tak "berperang" dengan BN kerana malu alah dengan KU LI yang menyokong Kerajaan Negeri Kelantan menuntut royalti minyak. Malah ada kenyataan, jika KU LI yang bertanding, Pas akan memberi kemenangan percuma. Tak tahulah asobiyah jenis apa ini agaknya....

Thursday, November 4, 2010

GALAS: SIAPA BERANI MENGAKU BERTANGGUNG JAWAB

Begitulah nasib dalam PRK. Jika menang ramai yang mendakwa macam-macam. Jika kalah pun ramai yang mendakwa macam-macam. Tetapi tak ada seorang pun pimpinan Pas akan jadi macam Lim Kit Siang - mengaku bertanggung jawab atas kekalahan dan meletak jawatan.

Yang pasti orang asli yang untung di Galas. Macam-macam dapat oi.

Woooo

Friday, October 29, 2010

BANGKITLAH ORANG ASLI

Kini Orang Asli bijak berpolitik. Tak taulah samada mereka boleh di"beli" oleh BN atau PR. Pokoknya mereka boleh "jual mahal" undinya.

Samada betul atau tidak hujah Orang Asli terhadap dasar tanah oleh kerajaan PAS Kelantan di Gua Musang, ianya tetap memerlukan hujah dan jawapan yang jelas oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang malangnya,  pada PRK Galas ini, barulah  Ku Li menjadi juru cakap Orang Asli, walhal sudah menjadi Ahli Parlimen sekian lama. Woooo.

Thursday, October 21, 2010

BAJET 2011: NAJIBNOMICSM


Pendahuluan

Apa yang unik (bukan UNIK) sangat dengan Belanjawan 2011?  Kita tak perlukan kaca mata 3-D, kaca mata 2-D sudah memadai untuk mengupas kulit Belanjawan sehinggalah saraf-sarafnya - sebelah kiri warna Mahathirisme, sebelah kanan warna Najibnomics.  Legasi Mahathirisme tergolong kepada yang positif dan yang negatif.  Tetapi yang diwarisi Najibnomics setakat ini hanyalah legasi negatif malahan dibesar-besarkan skalanya sehingga menjangkaui pencapaian legasi negatif Mahathirisme.
Meskipun begitu, pemimpin Kerajaan BESAR NAFSU masih tersenyum dengan pencapaian sebegitu negatif sedemikian besar dan penuh dengan khayalan sehingga hendaklah dibina Warisan Merdeka yang berangan-angan hendak menyentuh bulan yang membawa kegelapan.
Dasar Mahathirisme masih bersarang kuat dalam kotak pemikiran Najib Razak.  Segala-galanya besar; perbelanjaan besar, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang terlalu berkuasa dan pelancaran projek-projek mewahnya jelas berniat untuk menanamkan legasi pemerintahannya seperti Mahathir.  Berbilion-bilion ringgit wang rakyat dipergunakan sewenang-wenangnya demi memuaskan nafsu tamak, haloba, serta cita-cita peribadinya.
Sebilangan kecil elit dalam rangkaian politik perniagaan disandarkan harapan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang terbukti telah merosakkan struktur ekonomi sejak era pemerintahan Mahathir.  Hasrat Najib dalam mentransformasikan ekonomi politik negara sehingga digelar sekumpulan pengkaji Universiti Harvard sebagai Najibnomics<1> rupa-rupanya lanjutan kepada episod besarnya Mahathirisme.

Belanja Besar itu sifat Najibnomics

Belanjawan 2011 bukan sahaja memberi keutamaan kepada projek mega, malahan pemimpin Kerajaan BESAR NAFSU mempunyai kecenderungan untuk mengagumi projek pembinaan infrastruktur besar-besaran sebagai warisan kepimpinannya.  Menara Berkembar Petronas umpamanya disifatkan sebagai simbol kemegahan negara dan monumen kepada semangat Malaysia Boleh.  Tidak sampai dua tahun berkuasa, Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion diperkenalkan oleh Najib kepada rakyat jelata sebagai satu lagi kononnya mercu kebanggaan negara dan mendatangkan kesan limpahan ekonomi yang besar.

Daripada Mahathirisme kepada Najibnomics, saiz menjadi ukiran pencapaian agenda transformasi ekonomi negara.  Alasan Najib untuk mempertahankan pembinaan Warisan Merdeka juga tiada bezanya dengan alasan penyokong Mahathirisme iaitu semakin besar sesuatu projek tersebut, semakin besarlah keuntungan yang diperolehi.  Realitinya, semakin besar sesuatu projek tersebut, semakin besarlah tanggungan kerugian yang bakal dipikul oleh kerajaan.  Apa yang dikesali, Najib didapati obses kepada teori ekonomi firaun Mahathir.

Era JPM BESAR Bermula 

Ungkapan era kerajaan mengetahui segalanya sudahpun berakhir menimbulkan tanda tanya dalam benak fikiran rakyat.  Sekiranya benar dakwaan Najib bahawa era kerajaan mengetahui segalanya sudahpun berakhir, nampaknya era JPM BESAR dan tahu segalanya sedang bermula dengan hebatnya!

Mengapakah dikatakan demikian?  Hal ini kerana apabila perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berkembang sebanyak 33% sejak tahun 2007, perbelanjaan JPM melonjak sebanyak 130% dalam tempoh yang sama.  Akibat pemusatan kuasa JPM, sekarang lebih 50 buah agensi terletak di bawah kendaliannya dan masih ditokok tambah tanpa segan dan sekatan.  UNIK bukanlah agensi terakhir.  UNIK bukanlah sesuatu yang unik.

Agensi-agensi penting yang sewajarnya bertanggungjawab kepada Parlimen seperti Petronas dianaktirikan kepada JPM atau lebih tepat Perdana Menteri.  Lebih menghairankan, apakah rasionalnya meletakkan Biro Tatanegara (BTN) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di bawah JPM?  Malahan, Perdana Menteri sendiri turut menyelia 1MDB dan Ekuinas seolah-olah beliau sahajalah yang mengetahui segala-galanya.

Langkah tersebut mirip penekanan seorang filasuf Perancis, Alexis de Tocqueville yang pernah menulis "A central power, however enlightened and wise imagines it to be, can never be alone foresee all the details of the life of a great nation. Such a task exceeds human strength"<2>

Kroni Besar Acuan Najibnomics

Amalan kronisme dengan kroni-kroni besar memang jelas dalam kedua-dua pentadbiran baik Mahathir ataupun Najib.  Sistem ekonomi yang dikawal secara langsung dengan tahap penglibatan kerajaan yang keterlaluan merupakan faktor mengapa kronisme dan rasuah berleluasa di Malaysia.  Rakyat telah menyaksikan bagaimana banyak syarikat besar negara telah diselamatkan oleh kerajaan atas alasan menyelamatkan pekerjaan.  Atas mitos JPM BESAR dan tahu segalanya, keuntungan diswastakan manakala kerugian dinasionalisasikan.
Contohnya, kajian yang dilakukan oleh Simon Johnson dan Todd Minton menyimpulkan bahawa kronisme meningkat selaras dengan kawalan modal dan membuktikan bahawa hanya firma atau syarikat yang berkaitan dengan Mahathir mengalami kenaikan harga saham sejurus krisis Kewangan Asia pada tahun 1997.

Jika diimbas kembali era Mahathirisme berpandukan buku Barry Wain (gambar kiri), senarai yang disyaki mengandungi elemen skandal atau elemen kontroversi lain cukup besar saiznya secara total dan secara anggaran.  Contohnya, Mahathir pernah menyelamatkan syarikat Perwaja Steel daripada kerugian RM10 bilion.  Masih ingat isu penyelamatan UEM?  Masih ingat isu penyelamatan Renong menggunakan dana EPF?
Sementara Kerajaan BESAR NAFSU berhujah kuat mengenai pendapatan tinggi, amalan kroni besar membawa implikasi sebaliknya di mana yang berusaha dan bekerja dengan gigih terhukum kerana tidak mempunyai pertalian politik kepada kerajaan dan parti politik.  Justeru, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.  Sistem kapitalis dipersalahkan manakala demokrasi terpimpin ala Mahathir disanjung tinggi oleh Najib berikutan penjelmaan legasi negatif Mahathirisme dalam acuan terkini yang bernama Najibnomics.

Dimensi Politik Najibnomics
Jika diteliti belanjawan 2011, keunikan Najibnomics menonjol sekali dengan belanja besar, projek besar dan peruntukan besar JPM.  Sesungguhnya, dimensi politik ala Mahathir juga mencorakkan pemerintahan Najib.  Najibnomics terserlah dengan legasi politik Mahathirisme yang negatif.
Politik populis yang mendominasi pembentangan Belanjawan 2011 tidak lain tidak bukan tujuannya untuk meraih sokongan jutaan pengundi tanpa rasa bersalah terhadap kerosakan sistem ekonomi kemudiannya.  Defisit yang terpaksa ditanggung hampir satu setengah dekad terus membengkak akibat projek mega yang tidak strategik mengikut keperluan politik Kerajaan BESAR NAFSU.  Seterusnya, rakyat yang terus terpinggir dari arus dasar pembangunan mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan BESAR NAFSU.

Institusi kerajaan yang terlibat dalam gejala kronisme yang berasaskan politik naungan (patronage politics) dan budaya rent-seeking di Malaysia berlaku sejak era pemerintahan Mahathir lagi.  Rosaknya sistem kehakiman, perundangan dan eksekutif akibat daripada perlanggaran hukum pengasingan kuasa ternyata membawa padah politik dan ekonomi negara.  Rakyat pula terus dicengkam dengan pelbagai tekanan dan intimidasi daripada kerajaan.  Keseluruhan jentera; polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya digunakan sepenuhnya untuk mencapai penguasaan secara total ke atas kehidupan rakyat jelata.
Daripada era Mahathirisme kepada Najibnomics, percubaan penguasaan hegemoni secara total dilakukan secara berterusan.  Jika hari ini disuapkan dengan janji manis pendapatan tinggi dan gaji minimum, keesokan hari disuapkan pula dengan penekanan kebebasan media.  Jika hari ini disuapkan dengan projek mega yang berangan-angan hendak menyentuh bulan yang membawa kegelapan, keesokan hari disuapkan pula dengan berita Wartawan Malaysiakini dihalau keluar dari Persidangan UMNO.

Tatkala rakyat dibuai dengan kehidupan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kebebasan ala Mahathir dijadikan rujukan utama Najib untuk menekan pembangkang, media alternatif serta gerakan massa!  Najib secara terang-terangan menawarkan sejumlah wang kepada rakyat Sibu sewaktu pilihan raya kecil Sibu pada bulan Mei lalu.  Kartunis Zunar menjadi mangsa ketidakadilan gara-gara menulis kisah satira politik Najib dan isteri.
Sejauh manakah kebebasan yang dikatakan oleh Mahathir dan Najib menjadi praktis di Malaysia?  Bukankah Perlembagaan Persekutuan dan kehakiman sepatutnya menentukan semak dan imbang (check and balance) kuasa eksekutif daripada melanggar prinsip negara hukum?  Bagi Mahathir dan Najib, isu keadilan sosial dan demokrasi bukanlah keutamaan pemerintahannya.  Malahan, tiada pun "NKRA" untuk keadilan sosial dan tiada pun usaha untuk mengembalikan integriti sistem kehakiman negara.

Dalam kenyataan<4> yang lepas, KPRU pernah mencadangkan lima Bidang Politik Utama Negara (NKPA) sebagai langkah perintis mengangkat kembali keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan negara.  Apakah tuntutan pembaharuan dimensi politik dipandang berat oleh Kerajaan BESAR NAFSU bertunjangkan Najibnomics?  Apakah pembaharuan dimensi ekonomi ala Najib dapat dilakukan tanpa pembaharuan dimensi politik?

Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang. 


Monday, October 18, 2010

BAJET 2011: Kontrektor Yang Bina Istana Negara Milik Kroni Umno

Oleh: MSO

KETIKA Ibrahim Ali sedang bertarung dengan maut di Hospital Ampang Putri kerana melalui pembedahan jantung, Anwar Ibrahim berucap membahas ucapan belanja 2010 di Parlimen. Mungkin kalau Ibrahim ada di Dewan beliau dapat mendengar beberapa pendedahan menarik yang dibuat Anwar di mana memungkinkan beliau akan bersetuju dengan Anwar dalam beberapa perkara.

Salah satu didedahkan Anwar ialah mengenai misteri di sebalik pembinaan istana negara yang baru di mana banyak perkara-perkara diungkitkan Anwar menimbulkan tanda tanya dan keganjilan. Seolah ketelusan yang dijanjikan perdana menteri semuanya nihil kabne nihil belaka di sebalik projek raksasa berkenaan.

Misalnya dedah Anwar mulanya projek pembinaan istana negara itu berharga RM394.8 juta kemudian dinaikkan kepada RM649 juta. Manalala semasa kontrak itu diberikan pada Oktober 2008 ia dinaikkan kepada RM811 juta. Ini bermakna kenaikan kos projek itu sebanyak tiga kali.

Pembeian projek itu tanpa tander juga banyak melanggar syarat-syarat yang sepatutnya dipenuhi oleh kontrektor berkenaan. Tetapi kerana ianya milik kroni Umno semua syarat dan peraturan di langgar begitu saja.

Bukan itu saja yang mungkin memeningkan kepala rakyat berhubung dengan status syarikat yang memperolehi projek berkenaan iaitu Syarikat Mayamaju Sdn Bhd. Status syarikat ini meragukan. Menurut Anwar dari semakan dengan SSM syarikat berkenaan tidak pernah menjalankan perniagaan dan akaunnya domen. Ini menunjukkan syarikat berkenaan bukan syarikay berwibawa dan tidak layak menerima projek itu.

Syarikat itu juga tidak mempuyai sijik atau lesen daripada Pusat Khidmat Kontrekto (PKK) dan juga CIDB di mana lazimnya syarikat atau kontraktor seharusnya mempunyai lesen dari kedua agensi itu baru boleh ditawarkan projek apa lagi sebesar itu.

Paling pelik dan ganjil lagi projek berkenaan diberikan kontrak itu pada Oktober 2007 sedangkan ianya didaftarkan Ogos 2008?

Syarikat itu adalah milik bekas bendahari Umno Merbok, Haji Man bin Mat.

Anwar akan menyambung perbahasann disebelah petang nanti apabila Dewan bersambung. Insyaallah saya akan menyorotnya. [wm.kl. 1:05 t/hari 18/10/10]

BAJET 2011: FDI MEROSOT 81% - ANWAR

Sumber: Harakah Daily - Zulfikar Mansor
  
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kemampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulihkan ekonomi negara melalui Program Tranformasi Ekonomi (ETP) terus dipersoal.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, era pentadbiran Najib menyaksikan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara merosot sebanyak 81 peratus dari RM23.47 bilion pada tahun 2008 kepada RM4.43 bilion pada tahun 2009.

"Ini merupakan kemasukan FDI paling rendah sejak 20 tahun lalu selain tahun 2001 di mana negara mencatat kemasukan FDI RM1.54 billion," ujarnya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, World Investment Report 2010 baru-baru ini turut melaporkan yang negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemasukan FDI serta peningkatan dalam pengaliran keluar FDI yang menunjukkan ketidakyakinan pelabur dalam ekonomi negara.

"Di kalangan negara-negara Asean, hanya Malaysia mengalami negative inflow," ujarnya yang ditujukan kepada Najib selaku Menteri Kewangan I.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, Thailand walaupun bergelumang dengan pelbagai kacau bilau politik dan boikot sepanjang 2009 dan 2010 dijangka tumbuh pada kadar 6.5 hingga 7.5 peratus; iaitu setanding atau lebih baik dari sasaran Malaysia, 6 peratus.

Singapura pula katanya, dijangka berkembang pada kadar 13 peratus hingga 15 peratus, iaitu dua kali ganda lebih pantas dari kadar pertumbuhan ekonomi negara.   Pun begitu, Indonesia ujarnya tidak mengalami apa-apa penguncupan dan pertumbuhan ekonominya kekal 6 peratus.

Bagaimanapun katanya lagi, pertumbuhan 6 peratus ekonomi Indonesia adalah lebih baik.
Ini kerana katanya, 7 peratus yang dijangka capai oleh Malaysia adalah pertumbuhan ekonomi negarah selepas penguncupan.

Melihat pada senario ekonomi Asean, beliau berpendapat kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah setara dengan Cambodia, Mynmar, Brunei, Laos dan Timor-Leste.

"Ini merupakan pertama kali dalam sejarah FDI Filipina mengatasi  Malaysia," ujarnya.

Walhal, katanya lagi, FDI negara-negara Asean yang lain seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam jauh meninggalkan Malaysia.

Tambahnya lagi, laporan terbaru Bank of America dan Merill Lynch turut tidak menyenaraikan Malaysia sebagai 10 destinasi kemasukan pelaburan asing berbanding China.

Tidak cukup dengan itu, dilaporkan Malaysia diketegorikan sebagai antara negara yang paling kurang diminati oleh pelabur luar.

BAJET 2011: Bonus Tetap Kepada Kakitangan Awam Jika Pakatan Rakyat Memerintah : Anwar Ibrahim

 Sumber: TV Selangor

KUALA LUMPUR 18 OKT: Pakatan Rakyat akan memberikan bonus tetap kepada kakitangan kerajaan sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke 13 akan datang. 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminannya ketika membahas Bajet 2011 di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet Jumaat lalu.

"Kerajaan membelanjakan wang yang sebegitu besar untuk menganjurkan pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan fesyen Islam di Monaco.

 "Monaco merupakan pusat fesyen yang 'menarik' dari segi lain. Kalau hendak perkenal fesyen Islam bukannya di Monaca tapi di Kuala Lumpur dulu la, Jakarta, Jeddah atau Istanbul," tegas beliau.  

Kata beliau, tindakan Perdana Menteri menjustifikasikan pertunjukan fesyen di Monaco merupakan satu jawapan yang amat tidak munasabah. Bila tanya boleh tambah bonus, Najib kata tunggu dulu, kerajaan perlu berjimat," kata beliau lagi.  

Anwar menjelaskan alasan Perdana Menteri itu tidak dapat diterima kerana kerajaan sanggup membazirkan begitu banyak wang untuk pelbagai projek pembinaan dan aktiviti yang tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat tetapi menafikan pemberian bonus kepada lebih 1.2 juta kakitangan kerajaan.

 Beliau menjelaskan tindakan pemberian bonus ini bukanlah langkah mengambil hati penjawat awam tetapi semasa beliau masih dalam kerajaan dahulu, dalam keadaan ekonomi yang sempit kerajaan masih berupaya memberikan sebahagian daripada bonus untuk kakitangan kerajaan.

"Sekarang ini belum masuk peringkat susah, kerajaan mengatakan tidak ada duit," sindir Anwar.

"Sebab apa? Pembaziran! Berapa subsidi kepada IPP? RM20 bilion. Berapa jumlah disebabkan rasuah, penyelewengan, ketirisan, stadium runtuh? RM20 bilion tetapi bila hendak beri bonus kepada kakitangan kerajaan kata tidak ada duit.

 "Tambahan pula boleh menderma lagi kepada Prince Albert. Bila ditanya boleh tidak tambah bonus Perdana Menteri kata 'kita belum bersedia'. Kalau Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah bonus akan tetap diberikan," tegas beliau.

SOKONG CIKGU BADRUL

Hebat  pemilihan PKR kali ini. Moga yang kalah janganlah merajuk sehingga menjual diri kepada musuh. Yang menang  pula  janganlah  menjadikan jawatan sebagi  ticket menyapu wang rakyat.

Bagi jawatan Ketua AMK, jom sokong Cikgu Badrul. Ketua Pemuda mesti dilihat merakyat dan bersifat    reformis. Baru "berdarah" muda. Woooo. Kalau dok lenggok macam Ketua Pemuda Pas, baik  minta jawatan mufti sahaja. Ha ha.

Moga zaman Anwar mencaturkan jawatan sudah berlalu. Cukuplah di zaman Abim dan Umno sahaja. Akhirnya semua kawan Anwar belot dan menentang Anwar. Sedarlah wahai Anwar. Hanya anak muda yang tak minta apa-apa dari mu. Yang minta projek dan jawatan, kini   hilang  entah kemana.

Saturday, October 16, 2010

JAHANAM WANG PNB

PNB kena buat menara  100 tingkat bernilai RM 5 bilion. Dari sumber   mana PNB nak dapat  peruntukkan buat bangunan ini:

  • Jika dari wang pelaburan para pelabur tentu tak boleh dibenarkan. 
  • Jika dari keuntungan terkumpul PNB, maka reserve untuk back-up sebarang kekurangan pendapatan PNB  pada masa hadapan  akan berkurangan. Bahaya kepada kepentingan para pelabur.
RM 5 billion boleh menghasilkan RM 500 juta setahun.


Para pelabur PNB kena bantah projek bangunan 100 tingkat ini. 

Friday, October 15, 2010

NAJIB BENTANG SHAHRIZAT TERSENGEH

Ada siaran langsung pembentangan Baget 2011 sebentar tadi. Najib yang membentangnya.

Tetapi yang tak tahan ialah tengok gelagat Shahrizat yang dok tersengeh-sengeh di belakang Najib. Ha ha. Sengeh bodek namanya. Wooo.

Kok Rosmah marah kau Shahrizat  oi.

KERAJAAN TAKUT DENGAN PEGAWAINYA

Perubahan dari BN ke PR tidak memberi sebarang makna, jika falsafah, dasar dan strategi pembangunan tidak berubah. Jika hanya mengikut lenggok  lama dan pegawai awam tidak diserap jiwa islamik dan jiwa rakyat, maka amalan pentadbirannya setakat status-quo sahaja. Malah tambah sedih lagi jika MB dan exco yang patuh kepada pegawai kerajaan. Kononnya tak mahu ganggu kerja pegawai kerajaan. Inilah satu doktrin yang salah. Kalau kita suruh pegawai kerajaan buat benda yang tak baik, barulah dikira salah.  Ini nak buat projek untuk kepentingan rakyat!!!

Kita mahu pegawai kerajaan bergerak pantas melaksanakan dasar dan   strategi kerajaan yang memeritah. Jangan kerana atas alasan "tak mahu campur tangan  pegawai awam", maka pegawai awam boleh mesabotaj rancangan kerajaan baru Pakatan Rakyat.  Jika pegawai lembab, mereka boleh ditukar dengan pegawai yang lebih cekap lagi.  Jangan nanti rakyat tengok PR perintah 5  tahun, tarak  apa perubahan pun!!!

Kalau nak memerintah tetapi tak mahu sentuh pihak lain, baik jangan memerintahlah!!!!

Thursday, October 14, 2010

OH DATUK SERI

Orang Melayu memang syok dengan gelaran Datuk. Ada yang baru jadi Menteri atau  MB 2 bulan pun dapat Datuk Seri. Entah apa pembaharuan yang dibuatnya pun  kita belum  tahu. Belum boleh dianalisa pencapaiannya tetapi sudah diiktiraf dan dihargai dengan Datu Seri.

Kekadang gelaran Datuk hanya sekadar memenuhi agenda protokol tahunan sahaja. Tak lebih dari itu.

Ada orang kata, kalau pi hotel, jeritlah "datuk!!!!'', maka ramai yang memandang ke arah kita. Betapa ramainya "Datuk" si situ. Wooooo.

Monday, October 4, 2010

JANGAN SOMBONG SAMPAI TAK BOLEH BELAJAR DARI ORANG LAIN

Negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tidak sama  "keutamaannya"  Selangor menekankan ketelusan dan kawalan kepada perbelanjaan negeri. Maka SELCAT ditubuh dan dilaksanakan. Kelantan dan Kedah tak nampak ada tanda-tanda nak memulakannya.  Ini satu tanda aras supaya sesiapa sahaja yang terkeluar dari landasan, akan dipantau sebaiknya.

Pulau Pinang mengamalkan open tender tetapi tak terdengar pula di negeri lain yang mengamalkannya. Seorang sahabat saya yang menjalankan bisnes printing di Kedah, gagal mendapat projek walaupun harganya jauh lebih murah dari pesaingnya. Rupa-rupanya orang dalam Jabatan berkenaan sudah dipelihara oleh pembekal lama. Yang rugi Kerajaan Negeri kerana kos bayaran kepada pembekalnya adalah lebih mahal jika dibanding  dengan secara tender atau sebut harga terbuka melalui internet seperti mana yang diamalkan oleh Pulau Pinang.

Apalah salahnya antara pimpinan Kerajaan Negeri dalam Pakatan Rakyat berjumpa dan bertukar fikiran mencari idea terbaik untuk meningkatkan perkhidmatan kerajaan negeri. Jangan dok sombong, "aku tahu nak buat apalah".

Saturday, October 2, 2010

SEMBANG LEPAS JUMAAT

Semalam, selepas solat Jumaat,  makan tengahari di gerai luar masjid. Seronok mendengar cerita dari golongan veteran yang masih ada darah Umno. Depa bukan kagum dengan Najib tetapi kagum dengan ayah Najib. Aku pun masuk sikit je - Najib ok tetapi yang memerintah la ni bini Najib.

Jadi le, acah-acah je. Takut banyak pula pertengkarannya nanti. Habis makan,  saya belanja mereka semua . Ha ha. Bukan nak bertanding di sini tapi saja nak eks kat orang Umno. Woooo.

Thursday, September 30, 2010

MAKNA PRK GALAS

Pilihanraya Kecil  Dun Galas yang bakal diadakan sedikt masa lagi tidak memberi apa-apa kesan kepada penguasaan Pas dalam kerajaan Kelantan  samada Pas menang atau kalah. Tetapi ianya memberi pelbagai isyarat  seperti berikut:

Apakah trend pengundi Cina dan Melayu. Jika di PRK Hulu Selangor dan Sibu  menunjukkan sokongan pengundi Cina bertambah ke Pakatan Rakyat dan undi Melayu tak membanggakan untuk PR.

Apakah Umno dan BN masih lagi mahu menabur pelbagai projek segera dalam keadaan kewangan negara yang semakin  sempit.

Apakah sikap Tengku Razaleigh yang dilihat dingin dengan Umno kini. Tengku Razaleigh dilihat sebagai calun PM jika bersama PR, dalam kes jika Anwar dipenjarakan nanti. Wooo.

Apakah Timbalan Presiden Pas masih tidak diperlukan dalam sebarang kempen di Galas kerana Pas Kelantan tidak berpuas hati atas sikap Nasarudin yang lunak dengan Umno.
Apakah Presiden Pas sanggup siang malam dan sepanjang masa berkempen di Galas sepertimana Anwar sanggup siang malam dan sepanjang maas di PRK Hulu Selangor membantu calun partinya. 

Apakah akan timbul pemimpin Pas yang pakar press statement  dari jauh sahaja  tanpa turun ke gelangang PRK. 

Apakah pekerja Pas akan turun dengan semangat jihad atau tunggu arahan  dan baget  rasmi sahaja. Ha ha.

Yang pasti  sekali ialah aktiviti ekonomi akan bertambah rancak di Galas kerana menerima pelancung politik setiap hari. Woooo.

Saturday, September 25, 2010

NURUL IZZAH BAKAL PM

Apa  yang nak dirisaukan jika Nurul Izzah  nak bertanding jawatan Naib Presiden PKR.  Bukan kuasa Anwar melantiknya tetapi  anggota parti yang memilihnya.

Anwar dan Wan Azizah akan hanya berada dalam persada politik tak melebehi 8 tahun lagi. Maka Nurul Izzahlah yang akan menjadi ikon politik Malaysia.

Jika satu hari nanti beliau menjadi Presiden PKR, apakah Nurul Izzah merupakan wanita pertama yang menjadi PM Malaysia?

Wednesday, September 22, 2010

PAYAH NAJIB OI

Walaupun PM Najib nak majukan Malaysia, tetapi barah rasuah akan memusnahkan impian itu.

Malah penyakit "percanggahan kepentingan" pun perlu dibunuh. Ianya telah menjadi amalan biasa dalam semua peringkat pengurusan negara. 

Struktur Umno di semua peringkat sentiasa memperjuangkan kepentingan masing-masing, bukannya melihat kepentingan rakyat terbanyak. 

Dan jika PR pun mengamalkan budaya tersebut, kita akan buat pilihan ketiga pula. BERSEDIALAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA.

Tuesday, September 21, 2010

SAMANLAH NAJIB

Mahfuz Omar dan ramai orang politik serta pelbagai blog mengaitkan secara langsung atau tak langsung PM Najib dengan kes Altantunya.

Inilah peluang Najib  nak saman mereka semua. Kurang ajar sekali mereka ini menudoh macam-macam. Samanlah wahai PM Najibku. Duit saman tu boleh bantu golongan fakir  dan miskin.

Monday, September 20, 2010

APA KHABAR PAS SEREMBAN

Berebut jawatan parti macam nak rak, hinggakan organisasi parti digantung lebih 5 tahun.


Tetapi apabila sudah dipulihkan semula, tak buat apa pun.

Apa nak jadi daa....

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT AIDIL FITRI

Moga Ramadhan ini mensucikan dosa-dosa kita.

Saya ucapkan SELAMAT AIDIL FITRI, POHON MAAF ZAHIR BATIN  DARI ANDA SEMUA.

Saya akan beraya di Gemencheh, rumah ibu mertua. Sambil tu dapatlah berjumpa dengan sahabat-sahabat Pas yang pernah menjadi pekerja setia, ikhlas dan bersungguh-sungguh ketika saya bertanding dalam pilihan raya pada 1995 dan 1999, serta Pengatah Pilihan Raya pada 2004 dan 2008.

Moga 2012, Ustaz Zakaria akan berjaya di kerusi DUN Gemencheh. Bagi Parlimen Tampin, laluannya sukar kerana undi pos melalui undi tentera sudah melebehi 7,000 undi!!!!

Syarat UTAMA  untuk menang ialah BERKORBAN APA SAJA, harta, jiwa dan raga.

Tuesday, September 7, 2010

VIRUS UMNO DALAM PKR?

Kempen pemilhan PKR nampaknya mulai panas. Mana boleh tak panas, kini zaman boleh menang pilihan raya dan boleh memerintah. Kalau dalam Pas pun tak ada  lagi calun yang tawadhuk memberi laluan kepada calun lain, inikan pula PKR. Ha ha.

Harap-harap apabila selepas menang, janganlah cantas yang kalah. Dan yang kalah, janganlah merajuk lari dari parti.  Di sini kita akan nampak keikhlasan sang politikus. 

Moga-moga virus Umno tak masuk dalam PKR pada era  pemilihan ini.

Monday, September 6, 2010

POLITIK RAYA

Pada bulan Ramadhan, antara amal ramai orang ialah menjamu makan anak yatim dan orang miskin. 

Pada bulan Syawal nanti, lagi ramai orang menjamu  orang makan tetapi menjamu makan orang kaya pula. Lagi hebat dan lagi meriah. Kali ini politik "open house" pula. Ha ha.

Mari kita tunggu jemputannya pada minggu hadapan. Wooo


Sunday, September 5, 2010

POLITIK RAMADHAN

Isshh, alangkah baik jika bulan Ramadhan sepanjang tahun. Semua parti ingat orang miskin, anak yatim,  orang tua dan golongan tak bernasib baik.

Banyak sekali program kebajikan  anjuran Umno dan PR. Bukan program berbuka sahaja, tetapi bersahur pun secara "perdana". Pemimpin yang liat ke masjid pun, kena pi masjid. Ha ha.

Bersaing macam ini baru bagus. Rakyat juga yang untung!!!!

Jangan pula berbuka puasa tetapi tak solat maghrib. Woooooo

Saturday, September 4, 2010

KHALID MENUNJUK, KHIR TOYO MENYAPU

Khir Toyo tudoh Khalid Ibrahim "menunjuk-nunjuk" kerana tak mahu terima elaun Pengerusi GLC Selangor sebanyak RM 100,000.00.

Biarlah Khalid menunjuk-nunjuk, asalkan duit negeri Selangor dijimatkan dan digunakan untuk kebajikan rakyat terbanyak.  Khir Toyo tak menunjuk-nunjuk tetapi MENYAPU. Ha ha

Berapa banyak MB negeri lain  mendapat "habuan" semacam ini. Kita orang tahulah oi!!!!!

Kalau orang politik nak tunjuk berjuang demi kepentingan rakyat, hapuskanlah  pemberian pelbagai bonus dari GLC negeri masing-masing. Cukuplah dengan gaji dan elaun MB yang   sudah    berlebih tu!!!!

Friday, September 3, 2010

ADA KE TAZKIRAH DI WILAYAH

Kekadang kita naik risau, apakah Islam berkembang dan kuat  di Malaysia kerana peranan Jabatan Agama Islam  atau kerana siapa?

Di Selangor, masjid meriah dengan solat tarawih dan majlis tazkirah. Di Wilayah tak dengar pula program semacam ini. Malah ada sumber mengatakan, sebarang majlis tazkirah tidak dibenarkan. Jika benar, amatlah malang negaraku ini...

KES BERSIH BERLANGSUNG

Kes BERSIH sedang dibicarakan sejak 1 hb September lalu di Mahkamah Seksyen 9, Jalan Duta, KL. Mungkin petang ini akan ditangguhkan lagi.

Tuan Hj Mohamad Sabu dan 13 orang lagi sedang dibicarakan.

Himpunan BERSIH memberi impak kepada PRU 12. Kini mangsanya tak dipedulikan. Yang ke mahkamah hanyalah tertuduh dan peguam bela sahaja.

Apa nak jadi daaa.

Kesian pula saya melihat Mohamad Sabu  yang sekadar ditemani  oleh  'anak-anak muda' tertudoh sahaja. Agaknya kes ini sudah tak ada "markah" politik  lagi,  maka tak  ada siapa pun orang besar politik yang hairan.menjengahnya.....

Wednesday, September 1, 2010

TERIMA KASIH UTUSAN

Terima  kasih kepada Utusan dan Umno. Kalau depa  tak bangkitkan isu cerita  MP DAP masuk surau dan masjid, maka isu  ini   tak dibahas secara mendalam. 

Rupa-rupanya di Malaysia, baru seorang dua sahaja bukan Islam yang masuk masjid   tetapi ketika zaman Nabi dahulu dan terkini di London, ramai sekali pengunjung bukan Islam  memasuki   masjid.    Malah mereka menganjurkan program khas mengajak bukan Islam datang ke masjid untuk diber penerangan.

Patutlah Islam di Malaysia slow sangat, kerana bukan Islam tak dijemput untuk berdailog di masjid. Malaysia hanya  sibuk cerita "tauliah" sahaja,  tetapi dakwah Islamnya tidaklah seagresif mana pun....

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA

Bak kata Hj Mohamad  Sabu, merdeka bukan bermakna kita terlepas dari penjajahan bangsa asing. Medeka sebenarnya ialah kita kembali kepada ajaran Allah, bebas dari perhambaan dan kezaliman maanusia. Jika bangsa kita yang memerintah secara zalim dan tidak menurut nilai-nilai Islam, maka kita sebenarnya tidak merdeka. 

Rasullullah saw terpaksa menyerang negaranya sendiri, Mekah. Rasulullah saw terpaksa berperang dengan bangsanya sendiri berpuluh kali atau ratusan kali. Bukan sedikit yang terkorban  dalam  peperangan tersebut.

Ya,  Rasulullah saw bukan berperang dengan  British atau Jepun tetapi berperang dengan  bangsa Arabnya sendiri!!!

Mengapa? Kerananya bangsanya tidak menerima   Islam!!!!

Monday, August 30, 2010

BAIK PUNYA DEAL

Cerita rasuah semua orang  sudah tahu di negara ini. Ayat "biasalah tu" sudah menjadi lumrah di bibir pegawai dan kakitangan awam. Malah ramai yang  redho dengan amalan ini supaya boleh tumpang semangkuk dengan geng  perasuah tersebut.

Yang bagi kontrak, katanya tak makan komisen dari harga projek. Sebaliknya mereka mark up harga dari harga asal yang diberikan oleh sang kontraktor. Yang lebih dari harga asal itulah yang dibaham oleh pemberi kontark. Misalnya, jika kontraktor menender  harga projek sebanyak RM 1 juta, maka sang pemberi kontrak minta supaya ditambahkan harga menjadi RM 1.3 juta. Dan baik punya deal, RM 300,000 dibaham oleh pemberi projek. Ayat powernya ialah "aku tak kacau untung hang, aku tambahkan harga projek untuk aku". Baik punya deal.

Sang kontraktor  tak berasa  memberi rasuah kepada sang pemberi projek. Sang pemberi rasuah pula  tak berasa makan rasuah dari sang kontrak. Yang pasti kedua-duanya saling bekerjasama merompak wang negara dan wang rakyat!!!!

Saturday, August 28, 2010

IMAN SEPARUH

Ada orang nak tunjukkan sayangnya kepada Islam dengan menjaga surau dan masjid jangan dinoda oleh sesiapapun. Baguslah tu.

Tetapi bab menjaga hukum islam dalam perundangan dan kemasyarakatan, tidak pula beria-ia sangat. Malah banyak pula dalihnya. Bab judi yang tentunya haram, tak pula dilawan habis-habisan.

Agaknya, inilah dikatakan iman separuh, kafir separuh..

Thursday, August 26, 2010

RELAKAH UMNO HILANG KUASA?

Bersediakah Umno/BN kalah dalam PRU 13 nanti. Adakah mereka akan patuh dengan keputusan demokrasi.  Apakah mereka rela  hilang kuasa dan peluang membuat harta.

Kok mereka akan mendharuratkan negara dengan menggunakan tentera. Apakah tentera akan berkecuali terhadap   politik.

Sekarang pun Umno/BN tidak menghormati demokrasi? Bagaimana jika mereka hilang kuasa di peringat Persekutuan?

Kena bersedia jika berlaku senario ini. Maka kita mahu menang besar bukan majoriti tipis. KENA KERJA KUAT. PR TAK ADA MASA GADUH SESAMA SENDIRI.

Wednesday, August 25, 2010

GUAN ENG PUNYA FASAL

Lim Guan Eng punya fasal, maka Najib terpaksa mengumumkan  sumbangan duit raya sebanyak RM 500.00 kepada kaki tangan awam.

Macam tu lah, lawan cara baik. Rakyat juga yang untong!!!

SELAMAT TINGGAL UMNO

Ketika Nabi Adam a.s punya dua orang anak lelaki Qabil dan Habil pun,  manusia tidak boleh bersatu. Inikan pula umat Melayu yang sudah berjuta.

Selagi satu golongan mendokong kebenaran dan satu golongan lain mendokong kebatilan, maka tidak mungkin boleh bersatu. Bersatu atas nama bangsa dan ugama adalah satu utopia, selagi manusia menolak kebenaran.

Jika Umno masih mengamal  budaya rasuah, menindas Kelantan (kes wang rayalti), penggalak judi, mengamalkan pembaziran dan memanipulasi sistem kehakiman, janganlah berangan nak ajak Pas bersatu atas nama Islam atau Melayu. Boleh bolayanlah.

Masa Umno gagah, tak pernah pun nak ajak bersatu. Apabila nak mampus, baru terjerit-jerit "bersatulah Melayu".

Tuesday, August 24, 2010

50 tahun merdeka - 1

Tanggung jawab utama sang pemerintah ialah membantu golongan miskin dan tertindas tanpa dikriminasi   kaum dan agama. Rakyat miskin dan tertindas sepatutnya diangkat sehingga mampu berdikari dan melepasi tahap keperluan minima kehidupan. Baget untuk golongan ini sepatutnya diutamakan. Mengapa selepas 50 tahun merdeka, isu kemiskinan masih belum selesai?

Adajah wajar negaraku yang ada KLCC mewah, tetapi disudut kampong, ada orang yang masih menderita?

Inilah yang dikatakan agihan yang tidak adil atau tidak cekap.

Monday, August 23, 2010

PRA-SYARATNYA TAKWA

Kita nak tunjukkan Islam ugama unversal dan rahmat sekalian alam. 

Kita nak tunjukkan keadilan Islam. 

Kita nak tunjukkan kebaikan pemerintahan atas nama Islam.

Bagaimana? 

Kalau pemerintah tidak bertakwa, tidak mungkin keadilan boleh dilaksanakan. Bukan sahaja keadilan kepada bukan Islam tetapi kepada umat Islam pun tak mungkin. Tanpa takwa,  khazanah negara  diagihkan hanya  kepada gengnya sahaja!!!!

Kalau pemerintah tidak bertakwa, wang negara dibelanjakan secara membazir dan sentiasa "bocor" sahaja.

Kalau jurang pendapatan begitu besar, itulah tanda agihan yang tak betul. Bukan sukar menilai ekonomi negara ini. Lihat sahaja ada syarikat untung berbilion dan ada rakyat hidup terlantar.

Bukannya negara tak cukup wang, tetapi wangnya berpusing sekitar "puak'nya sahaja. Begitulah maksud al-quran.

Sunday, August 22, 2010

MANA SATU PILIHAN HATI

Ada seorang Raja  beragama Islam  tetapi zalim, membazir, tak menjaga kebajikan rakyat dan menghalang kerja-kerja dakwah.

Ada seorang Raja yang kafir tetapi adil, berhemat,  menjaga kepentingan rakyat  dan tidak menghalang umat Islam berdakwah.

Mana satu mahu disokong?

Friday, August 20, 2010

YANG UMNO SUKA

Sejak berzaman, pihak Umno melalui media perdana akan sentiasa  mengapi-apikan  pergaduhan antara Pas  dengan bekas ahlinya yang  telah  keluar parti.   Ianya berlaku sejak era penubuhan  Berjasa  sehinggalah  ketika  Dato Asri  dan  Nakhaei   merajuk keluar dari Pas.  Setiap   hari media perdana  akan sentiasa mengadu-dombakan antara Pas dengan bekas ahlinya.

Kini PKR pula menerima nasib yang sama. PKR kena layan Ezam dan rakan sewaktunya  setiap hari. Selepas Chandra Muzaffar, kini giliran Ezam pula menjadi pelakon utamanya.  Bukan mudah  bagi Ezam  nak membuktikan kesetiaannya    kepada Umno.  Lebih kurang sama jugalah ketika Anwar masuk Umno dahulu - hari hari  kena  pelekehkan Pas. Woooo.

Apa boleh buat. Itulah politik. Sama-sama melanyak. Ha ha

Thursday, August 19, 2010

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT - 1

Apakah janji PR pada  PRU 13 akan datang?

Pertama :  MENGHAPUSKAN AKTA ZALIM ISA 

Kedua : MENGHAPUSKAN AKTA  UNIVERSITI YANG MEMBODOHKAN MAHASIWA

Ketiga: MENGHAPUSKAN AKTA CETAK/PENERBITAN YANG MENGHADKAN HAK  DEMOKRASI RAKYAT

Lagi ?  Apa yang anda mahukan?

Saturday, August 14, 2010

KALAU KAU BUKAN ISTERI SANG KHALIFAH

Umar Abd Aziz memerintah kurang lebih 3 tahun sahaja. Kerana keadilannya maka ia dianggap sebagai Khulafak Ar Rasyidin yang kelima dalam sejarah Islam. Walaupun Bani Ummayyah dan Abbasiah memerintah sekian dekad, tidak ada nama setanding dengan namanya.

Keadilan Umar Abd Aziz   terus harum  sehingga kini. Isterinya yang diber hadiah oleh seorang rakyat, dimarahi oleh Umar Abd Aziz. "Kalau kau  bukan interi kepada Khalifah, mereka tidak akan memberi hadiah kepada engkau", katanya. Sekarang lihatlah sang menteri, exco, dan pegawai awam menerima pelbagai hadiah - bukan  sekadar sejambak bunga, tetapi paling kurang tiket main golf di Jakarta!!!!

Yang peliknya Lim Guan Eng mewar-war nama Umar Abd Aziz untuk dicontohi tetapi pimpinan Pas tak "berani" menyebut namanya. Malah secara diam-diam, katanya nak ikut Muawiyah. Alahai!!!!

Thursday, August 12, 2010

MAHASISWA BELUM BALIGH

Mahasiswa tidak boleh berpolitik. Mereka belum  "baligh" lagi dalam dunia demokrasi. 
Dalam abad 21,  masih ada undang-undang kartun  macam ini. Rasanya kes ini perlu di bawa ke PBB supaya diistiharkan kepada dunia bahawa mahasiswa boleh berpolitik. Lantak merekalah jika tak lulus periksa jika sibuk berpolitik!!!. Dah "baligh", apa yang nak dirisaukan.

Friday, August 6, 2010

AKHLAK - PR DI MANA

Mengukur kemajuan negara dengan  pelbagai cara. Ada guna indikator KDNK, Pendapatan Perkapita, Nilai Pelaburan Asing, Kadar Pengangguran dan lain-lain. 

Yang jarang diambil kira ialah tahap "akhlak" rakyat.  Jika dengan banyaknya  kes zina, kes buang  bayi/anak zina, kadar cerai, penghisap dadah, peminum arak, rasuah dan tegar judi - maka tahap kemajuan negara, bukan semakin menaik tetapi semakin menurun. Bukankah Rasulullah dibangkitkan untuk "menyempurnakan akhlak?"

Malaysia di mana sekarang?

Apakah Pakatan Rakyat pun akan jadi macam BN jika tak memfokuskan isu akhlak ini?

Wednesday, August 4, 2010

TOLONG INGAT

Peringatan kepada rakyat Malaysia, apabila memandu kereta bersama isteri, jangan bawa pistol. Takut penjenayah gunakan pistol tersebut menembak anda berdua.

Jangan menyusahkan Polis Malaysia yang sibuk  nak tangkap orang berdemo anti ISA.

Tolong ingat!!!!

Thursday, July 29, 2010

SEDARLAH DIRI

Bukan semua pimpinan yang dah tua tak bagus. Ada juga yang pimpinan muda  yang tak bagus, malah  jumud sekali.  Tetapi jika pimpinan tua sudah tak sihat, tak berpengaruh dan tak mampu menggerakkan jentera parti, maka eloklah mengundur diri sekarang.

Dengan ini mudahlah pimpinan muda yang lebih agresif mengambil alih jentera parti.

Yang susahnya apabila kita tak tau bilakah kita patut mengundur diri dari  memimpin parti. Hairan juga kononnya kita selalu berkata 'kita tak gila kuasa" tetapi hakikatnya payah sekali kita mengundurkan diri.

Wednesday, July 28, 2010

TEKA TEKI HARI INI

Kursus ESQ difatwakan  sesat oleh Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan.

Kalau Majlis Fatwa Wilayah mengkaji kursus anjuran BTN, agak-agak sesat tak agaknya?

Tuesday, July 27, 2010

pas sesat

Shafie Afdhal kata Pas parti sesat. Dr M pernah kata Pas lebih  bahaya dari komunis. Najib kata Umno kuat lagi. 

Maka, tak usahlah sibuk-sibuk nak satukan Umno dan Pas.

Monday, July 26, 2010

DEMI ORANG KITA

Misi utama Nabi di dunia ini  ialah mengajak   maanusia menerima Allah sebagai Ilahnya dan membebaskan maanusia  dari  sang penguasa yang zalim dan tidak adil. Langsung tidak ada istilah "perpaduan". Perpaduan atas nama "bangsa" adalah istilah untuk mempertahankan kebejatan, kezaliman, ketidakadilan,  dan kerakusan  oleh pemimpin dan penguasa sesuatu bangsa.

Politik  "perpaduan bangsa" hanyalah satu sentimen yang  menipu ummah untuk mempertahankan kuasa sekelompok  orang sahaja. Jauh lebih penting  dari  isu perpaduan ialah keadilan, integriti pemerintahan, urus tadbir yang baik, kecekapan pemerintahan, anti pembaziran, anti rasuah, anti kolusi, kroni dan nepotism.

Selama lebih 50  tahun, orang Melayu didodoikan dengan ayat " demi bangsa kita", "demi perpaduan" dan "busuk-busuk pun orang kita"  untuk mempertahan kuasa UMNO/BN sehingga nagara hancur dek rasuah, ketidakadilan dan ketidakcekapan serta rasuah.  Amat malang jika pemimpin Pas pun terperangkap dengan   ayat-ayat ini juga!!!!!Kalau mereka terpegun  dengan ayat-ayat ini, maka mereka  pun nak jadi macam pemimpin Umno juga - mahu merompak harta rakyat. Maka tak hairanlah    jika Karl Marx mengatakan ugama candu rakyat!!!!!

Thursday, July 22, 2010

TANTAWI OH TANTAWI

Ketua Pemuda Pas terbaik sepanjang sejarah adalah Nasarudin Tantawi. Boleh berkuliah. Boleh berceramah. Boleh berblog. Boleh berkot. Boleh berserban. Suara pun lemak merdu. Malah mampu menyemarakkan para pemuda ke medan perang!!!!
Malangnya apabila dah jadi orang besar parti, dia ada dua pendapat. Pendapat peribadi dan pendapat parti. Apabila anda sudah jadi orang parti, pendapat peribadi untuk  anda sahaja bukan untuk diwar-warkan. Itu sahaja ustaz yang saya nak kata kat Ustaz dan kepada para ustaz lain yang bersikap macam  ini. Ha ha. Jangan nanti orang ramai kata - Ustaz Gila Statement!!!!! Kalau nak jadi bloggers, ikut sedap mulut aja, jangan jadi pemimpin parti...Orait!!!!

Monday, July 19, 2010

JANGAN SERUPA UMNO

Wah!!! Umno begitu bersemangat sekali  mengajak Pas berunding. Mahfuz, Salahudin dan Tuan Ibrahim dari Pas menolak mentah-mentah. Betul ke tu. Takut tak  cukup tawarannya. Ha ha. Kalau betul tawarannya, takut terlentuk nanti. 

Jika pemimpin Pas nak kaya cepat, eloklah terima tawaran Umno tu. Kalau nak buat perubahan total dalam urus tadbir negara,  janganlah terima. Teruskan dengan Pakatan Rakyat. Hanya satu sahaja ingatan dari orang bawah ialah janganlah buat perangai macam Umno apabila memerintah nanti- dok samun harta rakyat   melalui  kroni parti, kononnya untuk fund parti nak lawan Umno. Jika macam tu, SERUPA UMNO JUGA LEEEE. WOOOOOO

Sunday, July 18, 2010

BERSATU KERANA KEBAIKAN NEGARA

Cerita  menyatukan manusia, kaum keluarga, bangsa, mazhab dalam agama, negara dan wilayah telah bermula  sejak zaman nabi Adam a.s. lagi. Fikiran dan hati manusia sentiasa berbeda melihat dari sudut yang berlainan antara satu sama lain. 

Jika tak ada Cina, Melayu tetap  tak boleh disatukan juga. Apa nak hairan. Yang bersatu bukan kerana bangsa tetapi  bersatunya kepentingan pemimpin mereka untuk membolot dan mengagihkan kekayaan antara satu sama lain. Ha ha.

Akan tetap ada Melayu baik dan Cina baik yang mencintai keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran negara. Akan tetap ada Melayu jahat  dan Cina jahat yang gila rasuah dan judi. Kita mahu Melayu dan Cina yang bersatu kearah kebaikan negara, bukannya MELAYU DAN CINA YANG KAKI RASUAH DAN BERSEKONGKOL ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM MEROMPAK HARTA NEGARA.

Jangan hairan, yang ustaz pun kaki sapu dan kaki rasuah  sebaliknya -yang kafir pula tak  suka rasuah. Apa nak jadi daa.

 Yang kalut ini fasal Umno/BN nak guyup. Ketika Pas kalah teruk, mengapa tak ada seruan bersatulah Melayu. Umno hanya akan kalah dengan Pas dalam pilihan raya dan mengambil tempat Umno untuk mengetuai negara ini!!!!

MCA akan kalah dengan DAP..Maka  Cina akan kalahkan Cina. Melayu Pas  pula  akan kalahkan Melayu. Umno Tarak hal punya.

Tuesday, July 13, 2010

HARAKAH PUN BAKAL DIHARAMKAN

Harakah juga kemungkinan ditarik balik permitnya. Itu tanda pilihan raya semakin dekat. Jika Harakah dan Suara Keadilan tiada di pasaran lagi, maka majlis ceramah akan semakin hebat. Isu politik semakin panas.

Penjaja kecil pun boleh cari makan di majlis ceramah. Ha ha.

Alangkah malangnya jika masih ada pimpinan parti yang tak ada line internet untuk mengikut perkembangan politik semasa. Wooooo.

Sunday, July 11, 2010

ANWAR DAN CIA

Fasa 1 - jahat sikit je- ada hubungan dengan komunis

Fasa 2 - lain macam je - Taliban

Fasa 3  - tak ada apa nak cakap - ini JI

Fasa 4 - ini agen Amerika!!!!

Nasib  kaulah Anwar oi. Kita orang lama dah dituduh macam-macam.

Wednesday, July 7, 2010

KEDAH BARU NAK BONGKAR KORUP BN

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Pihak pembangkang telah menyebarkan secara meluas sebuah risalah bertajuk ‘Maila Kedah’. Secara umumnya risalah tersebut ‘membongkar penyelewengan’ kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, khususnya anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

Setelah beberapa kali pembangkang Kedah diperlecehkan akibat kegagalan mereka berfungsi sebagai pembangkang, maka kali ini nampaknya mereka lebih serius dan bersungguh.


Walaupun banyak fakta yang terkandung dalam risalah itu bohong, fitnah dan merapu, tetapi wajar mereka diberi penghargaan kerana mencuba untuk menjadi pembangkang. Bukan mudah untuk menyelami perwatakan sebagai pembangkang setelah separuh abad memerintah negeri.

Secara peribadi saya sudah lama menunggu saat seperti ini, bagi memberi peluang kita mendedahkan pula habis-habisan segala penyelewengan yang BN lakukan sewaktu berkuasa dahulu. Tanpa serangan mula yang agresif dari pihak pembangkang, maka melakukan serangan bertubi-tubi terhadap pembangkang hanya menjadikan parti yang berkuasa di negeri ini macam kaki buli pula.

Di antara tuduhan liar yang dibuat terhadap kerajaan Pakatan ialah kononnya Yiked Holdings telah memberikan kepada PAS sebanyak RM11.5 juta. Bayangkan wang sebanyak itu jika diagihkan kepada 15 kawasan PAS di Kedah, satu kawasan akan peroleh RM766 ribu. Oleh kerana orang PAS tak makan duit, maka semuanya akan dibelanja untuk program parti, maka dengan belanja sebesar itu Umno akan pupus terus di Kedah tak tinggal benih lagi. Itu logiknya.

Baki wang yang ditinggalkan pada Mac 2008 pun hanya tinggal kira-kira RM4 juta. Terdapat 29 buah anak syarikat diwujudkan di zaman BN di bawah Yiked Holdings walhal tidak berfungsi apa-apa pun. Kini sebahagian besarnya ditutup, cuma tinggal lima. Jika hari ini pembangkang kononnya kerajaan Pakatan wujudkan banyak syarikat baru tanpa operasi, maka ia tidak lebih dari usaha menutup tindakan mereka dulu. Macam pencuri jeritkan ‘pencuri’ pada orang lain, supaya orang tidak sangka yang jerit itu pencuri.

Memang pestasi Yiked Holdings lebih baik kini berbanding masa BN, tetapi untuk menjana keuntungan terkumpul melebihi RM11.5 juta untuk disumbangkan kepada mana-mana pihak sekalipun, amatlah tidak masuk akal.

Oleh kerana tuduhan penyelewengan RM11.5 juta itu adalah fitnah yang dicipta sesuka hati maka kita tidak perlu menjawabnya dengan serius. Fitnah mudah dibuat, kerana ia tidak perlukan bukti. Biarkan rakyat menilai kerendahan moral mereka dalam menabur fitnah. Lagi banyak mereka menfitnah lagi luas lubang kubur yang mereka gali untuk terjun dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sebaliknya, isu penyelewengan wang GLC untuk BN di zaman mereka berkuasa dahulu bukan satu fitnah. Ia boleh dibuktikan. Seri Temin Development Corporation (STDC) telah menyalahgunakan wang GLC tersebut untuk digunakan oleh parti politik BN. Menurut cabutan minit mesyuarat pengurusan STDC ke-2/2008 yang diadakan pada hari Ahad, 10hb Februari 2008 jam 10:20 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat STDC, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan program "Pemimpin Bersama Rakyat" disetiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah program politik; majlis berkempen untuk memenangkan BN dalam pilihanraya.

Cabutan minit ini telah ditandatangani oleh YB Dato’ Arifin Man (bekas ADUN- Bukit Lada) sebagai Timbalan Pengerusi STDC dan Datuk Syed Sobri Syed Hashim (belum YB lagi ketika itu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif STDC.

Berikut adalah agihan wang yang telah dipersetujui:
1) Padang Terap 130,000.00
2) Kulim/Bandar Baharu, Sungai Petani, Langkawi – RM120,000.00 setiap bahagian
3) Pokok Sena, Jerlun, Baling, Alor Setar, Kuala Kedah, Sik, Jerai, Sungai Petani, Merbok, Padang Serai, Kubang Pasu dan Pendang – masing-masing mendapat RM110,000.00.

Jumlah 1,700,000.00 sumbangan ini diluluskan di dalam mesyuarat pengurusan STDC dan kemudiannya dipanjangkan kepada Lembaga Pengarah STDC untuk diluluskan. Perkara ini telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah STDC melalui resolusi beredar ("circular resolution").

Resolusi beredar ini bertajuk "Resolusi Lembaga Pengarah Beredar Yang Dibuat Menurut Artikel No. 91 Tataurusan Syarikat".

Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah STDC yang menandatangani resolusi tersebut:
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Dato’ Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Encik Mustafar Ahmad, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semua mereka adalah pemimpin Umno.

Sekarang, STDC menerima taksiran cukai bagi tahun sebelum 2008 (di masa BN) sebanyak RM11 juta. GLC kini terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan.

Oleh kerana fitnah yang terkandung dalam risalah pembangkang itu menyebut Yiked Holdings, maka elok kalau rakyat tahu bahawa penggunaan wang secara tidak wajar berlaku dalam anak Syarikat Yiked Holdings di zaman BN, iaitu Yiked Kuari Sdn Bhd (YKSB).

Semakan oleh sebuah badan audit mendapati pada tahun 2007 dan 2008 mereka telah membelanjakan sejumlah RM85,375 untuk membiayai kos hari keluarga yang diadakan di Hong Kong dan New Zealand. Kelulusan bagi kelulusan ini dibuat oleh Lembaga Pengarah dan tidak mendapat kebenaran atau pengesahan dalam mesyuarat agung.

Menurut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, pengarah syarikat tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapat manfaat bagi dirinya tanpa kebenaran atau pengesahan mesyuarat agung.

Di antara ahli lembaga pengarah YKSB ialah Dato’ Haji Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai) dan Dato’ Haji Mohd Hadzir Ismail (Bekas ADUN BN Kuala Ketil).

Antara tuduhan yang dilemparkan dalam risalah haram pembangkang itu ialah kononnya PAS berkonspirasi untuk menjatuhkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Dato’ Wira Rasli Basir.

Rasli dilantik di zaman PAS memerintah. Pelantikan sebagai SUK dibuat oleh Tuanku Sultan melalui nama yang dicadangkan oleh Menteri Besar. ADUN pembangkang tiada hak untuk mencadang. Bila Menteri Besar (dari Pakatan Rakyat) yang mencadang, maknanya beliaulah yang mahukan Rasli jadi SUK. Logikkah Kerajaan Pakatan buat konspirasi untuk jatuhkan SUK yang mereka sendiri naikkan?

Sebab itu jangan marah kalau saya katakan penulis risalah haram pembangkang itu banyak menggunakan kepala lutut dari kepala otak untuk berfikir.

Monday, July 5, 2010

UMNO ITU SUCI SAMPAI KIAMAT

Fatwa baru politik dari Muhyiddin Yassin. Jika Melayu tak sokong Umno, maknanya mereka itu pengkhianat Melayu. Kitab  mana dia pakai. 
Apakah Melayu tidak boleh bersatu atas nama parti lain. Yang penting Melayu bersama golongan kebenaran, bukannya bersama sang  korup, pembazir, pembunuh, penjahanam wang negara dan mementingkan tembolok sendiri.
Jika Pas menyeleweng - kita tinggalkan Pas.
Jika PKR menyeleweng - kita tinggalkan PKR.
Fanatik kepada kebenaran bukannya kepada golongan!!!!!

Friday, July 2, 2010

SUARA KEADILAN DIHARAMKAN

Berjuang sehingga syahid.

Terbit surat khabar sehingga diharamkan. Baru hebat.

Akan lahir 1,000 akhbar lagi menentang kebatilan!!!!

Wednesday, June 30, 2010

KES PROTES BERSAMBUNG

Perbicaraan  kes Protes sedang berjalan di mahkamah, Jalan Duta, Kl sejak Isnin lalu sehingga beberapa hari lagi.

Kalau nak dengat cerita lucu Polis menjawab soalan pembela, datanglah ya. Antara yang dibicarakan ialah Hj Mohamad Sabu, Dr Hatta Ramli  dan  Dr Zulkefli  Ahmad.

Tuesday, June 29, 2010

TERUSKAN PERJUANGAN KHALID

Elok benar Khalid Ibrahim  tidak mengetuai PKR Selangor. Sepatutnya negeri lain di bawah Pakatan Rakyat pun buat begitu. Baru ada pengasingan kuasa dan kerajaan negeri boleh ditegur oleh parti. Jika ketua negeri dan parti orang yang sama, payahlah nak tegur.

Khir Toyo memanglah tak setuju cara itu kerana pada Umno, depa  mahu bolot kesemuanya - kuasa mentadbir dan kuasa politik sekaligus.

Saturday, June 26, 2010

ULAMAK JENIS APA?

"Ulamak" yang masuk Umno semalam ialah dari penggerak yang dikenali sebagai geng "salafi" atau "wahabi" atau "kaum muda".  Kumpulan ini sejak dahulu hanya menekankan bidang "tauhid" dan "fiqh"   berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.  Sayangnya kumpulan ini kurang memberi perhatian kepada politik berdasarkan   Al-Quran dan As-Sunnah.

Apakah Umno  mengamalkan  Al Quran dan As-Sunnah sehingga mereka memilih Umno sebagai medan untuk memperjuangkan Islam?. Kalau hal ini pun ulamak dari kumpulan ini tak nampak, ianya satu malapetaka kepada  ummah!!!!!

Tertanya di sudut hati ini - ulamak jenis apakah mereka ini?