Ingat tak kenyataan TG Nik Aziz (TGNA) yang mengatakan kemiskinan tidak boleh dihapuskan. Bukan main bising Utusan Meloya menghentam TGNA ketika itu. Saya merasakan kenyataan TGNA sebenarnya ada maksud tersirat tetapi tidak disambung polimiknya itu. Jika disambung, akan banyak lagi fakta dan teori ekonomi akan terbongkar. Kok berkesempatan saya akan ngobrol dalam blog dari masa ke semasa.
Setakat ini kenyataan TGNA ada benarnya. Nak contoh Malaysia atau Amerika? Sudah berdekad Amerika menjajah ekonomi dunia, apakah Amerika sudah tidak ada orang miskin. Walau sudah ke bulan berkali-kali, melambak lagi orang miskin di Amerika. Malah setiap sedekad sekurang-kurangnya Amerika akan mengalami kemelesetan ekonomi dan sekali gus memberi kesan ke negara lain termasuk negaraku yang tercinta. Bukan sahaja rakyat Amerika jadi miskin malah jadi bankrap.
Dalam kes Malaysia semua orang tahu beratus ribu orang masih dalam kemiskinan. Setakat ini kenyataan TGNA adalah benar. Sayang sekali Pas tak ajak Umno berdebat mengenai isu kemiskinan itu. Jika ada perdebatan, dapatlah didedahkan betapa kerajaan BN tak dapat menggarap isu kemiskinan walau pun sudah memerintah hampir 50 tahun ketika itu. Oleh kerana kemiskinan masih wujud, kenyataan TGNA adalah benar. Jika BN mengatakan kemiskinan akan terhapus dalam 10 tahun lagi, mari kita ajak depa bersumpah bahawa kemiskinan akan terhapus. Jika tak terhapus, depa termakan sumpah. Sanggupkah mereka bersumpah agaknya. Jika mereka sanggup bersumpah, saya rasa mereka akan bekerja kuat dan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kemiskinan. "Kok yo", kata orang Negeri Sembilan.
Mengapa kemiskinan akan terus wujud. Ha ha, inilah isu yang syok dibincangkan oleh para Dr Phd. Keluarlah berapa banyak pun teori ekonomi menganalisa hal ini, tidak akan ada jawapannya yang tepat dan mutlak.

No comments:
Post a Comment