Saturday, December 13, 2008

ALI RUSTAM BERTAUBAT

Oleh kerana nak berkempen jawatan Timbalan Presiden Umno, Ali Rustam kenalah meronda ke seluruh Malaysia termasuk Kelantan. Maka larangan keatas pegawai dan kakitangan kerajaan Melaka untuk melawat Kelantan sejak tahun 2000 pun di tarik balik pada hari ini. Kalau tidak malulah dia kerana dia nak pergi berkempen ke Kelantan.

Tak adalah orang sebangang Ali Rustam ini yang melarang manusia melawat ke Kelantan kecualilah dia seorang dalam dunia ini. Alasan melarang orang ke Kelantan sengaja dibuat buat aja. Yang anehnya PM berkali-kali ke Kelantan samada Mahathir atau Pak Lah. Hanya Ali Rustam sahaja yang menganut fahaman primitif. Namun hari ini dia dah bertaubat dari kerja mengharamkan yang halal itu. Ha ha ha. Janganlah ada umat semacam ini lagi dalam dunia ini. Memalukan orang Melaka aja. Wooo.


3 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Nasib baik saya bukan orang Melaka. Shah Rukh Khan orang Melaka ke?

ALI MAIDIN said...

Tok Shah Tukh Khan pernah sesat di melaka kot. Woooo

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Tak ada ke dengar berita yang anugerah Tan Sri akan diberi kepada pemimpin luar negara? Eg. Tan Sri G.W.Bush ke?