Wednesday, December 10, 2008

ALI RUSTAM - KANAK-KANAK PUN DIDENGKINYA

Calun Timbalan Presiden Umno, Ali Rustam bukan sahaja pandai buat kerja kelakar dengan menganugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, tetapi cukup gagah menentang projek berkaitan Islam. Ceramah Pas kena ganggu oleh beliau sendiri perkara biasa selepas pilihan raya 1999 lalu. Jemaah Tabligh yang tak minat politik dan hanya cerita keluar 40 hari pun pernah dihalangnya bermalam dan berdakwah di masjid.

Yang lebih dahsyat kelas PASTI untuk kanak-kanak bawah 7 tahun pun di kacaunya. Disamannya PASTI sehingga kes dibawa ke Mahkamah Tinggi. Kalau dengan budak kecil pun dia tak kasihan, apalah nak diharapkan dari manusia ini. Cerita penuhnya klik di sini.

Sengaja saya rakamkan posting LANH14 ini dalam blog saya untuk mudah rujukan saya berkaitan dengan Ali Rustam ini kemudian hari. Sesungguhnya Ali Rustam, budak kecil pun didengkinya. Inikan pula PAS yang nak ambil alih kuasanya. Orang DAP kata dia sebagai Ali Ketam. Ikut suka kaulah.


No comments: