Thursday, December 25, 2008

ORANG ASLI LAGI BIJAK BERPOLITIK

Saya menjadi Pengarah Pilihan Raya Pas Tampin dua kali iaitu pada PRU 2004 dan 2008. Antara tempat tumpuan kami berkempen ialah di Kampong Raja, berhampiran Felda Pasir Besar, Gemas. Majoriti penduduk di sini ialah orang Melayu yang berasal dari keturunan orang asli yang memeluk Islam. Rasanya mereka sudah 2 generasi tetapi wajah mereka masih lagi berwajah seperti orang asli asal kerana mereka tak mengamalkan kahwin campur kot. Ha ha.

Yang saya nak ceritakan ialah orang asli di sini lebih bijak dan berani berpolitik dari orang Melayu Negeri Sembilan dan NGO Melayu di Malaysia. Apabila mereka meneroka tanah disini dan tidak dapat geran tanah walaupun sudah berpuluh tahun, maka mereka menjemput Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar untuk merasmikan kampong ini dan dinamakanlah kampong Raja. Tak dapat tidak terpaksalah Isa Samad yang jadi MB ketika itu memberi geran kepada peneroka tanah di kampong ini. Tak perlu pun tubuh cawangan Umno.

Setiap kali pilihan raya, penduduk Kampong Raja akan menjemput Pas mengadakan ceramah di sini. Meriah sekali kempennya, cukup makan minumnya sekali. Tak payah pun kena sponsor macam di kawasan Melayu lain. Hebat kan.

Apa yang mereka dapat? Mereka tunjukkan sokongan kepada Pas untuk mengugut BN agar membuat jalan dan jambatan yang sempurna serta lampu jalan di dalam kampong mereka. Taktik mereka sentiasa berjaya. Tak payah pun tubuh cawangan Umno di sini. Undi Pas pun hebat juga di sini.

Saya teringat cerita ini apabila saya melihat NGO Melayu yang memperjuangan pemansuhan PPSMI tidak melibatkan Pas secara agresif. Mereka tak mahu melibatkan Pas supaya tak mahu dilihat pro pembangkang, tak mahu isu ini dipolitikkan dan tak mahu Pas lead isu ini. Masyaallah, orang asli Kampong Raja lebih bijak dan berani lagi....

1 comment:

Zolkharnain Abidin said...

Seni politik orang asli yang patut orang politik belajar. Kalau macam ni kena panggil orang asli jadi pensyarah sains politik. Tentu Dr AGus setuju...he..he..Ahli akademik kita ramai yang kena masuk kuliah ini nampaknya.