Thursday, April 30, 2009

SIAPA KETUA PEMUDA PAS

Sah Salehudin Ayub meninggalkan Dewan Pemuda Pas Pusat. Beliau tak menamakan siapakah calun penggantinya untuk mengisi jawatan ini.

Antara calun yang disebut-sebut berminat dengan jawatan ini ialah Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda Pas sekarang, Ustaz Zaki Ibrahim, Ketua Pemuda Pas Kelantan dan Dr Mujahid Yusof, AJK Pas Pusat.

Adakah perwakilan akan menaikkan pangkat Tantawi atau mencari nakhoda baru dari luar saf kepimpinan Pemuda Pas Pusat kini dengan memilih Dr Mujahid Yusof. Ustaz Zaki Ibrahim nampak lebih sesuai sebagai Timbalan Ketua.

11 comments:

Anonymous said...

kita angkat Dr mujahid sebagai ketua pemuda...dia pun ulamak....
kalau nak harap kan nasaruddin tantawi sampai bila pun pas tak gerak....Dr mujahid diterima ramai...
kita tolak kuncu2 kerajaan perpaduaan nik abduh,nasaruddin tantawi,Roslan Sms,Zolkarnain perlis,Dua2 dah kena tolak.....
maju Pas bersama pakatan rakyat
hancur kerjaan perpaduaan bersama Umno.......


Diraf Melaka

Orang Baru said...

Saya sangat menyokong penuh Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Jangan Nik Abduh sudah. Tak habis-habis nak masuk UMNO

Anonymous said...

Saya tak sokong Mujahid. Biarkan terus dia berperang di Medannya. Bukan di Medan Pemuda.

Nik Abduh tak masuk dalam senarai nampak kenapa hang bantai dia pulok?. Zaki Ibrahim,,,, aku pun tak berapa setuju, walupun YB dato' Husam amat senang Zaki menjawat jawatan Ketua DPPP.

Carilah penganti Solahuddin dikalangan pemimimpin pelapis yang ada dalam DPP.

Solahuddin ganti Mahfuz, Mahfuz ganti Abu Bakar Cik (ABC), ABC ganti Halim Arshad..... begitulah sepatutnya...

Anonymous said...

dr mujahid adalah calon yg sesuai utk menerajui pemuda..

saya suka dr mujahid sebab dia orang yg tahu agama tapi tidak memandang rendah kpd orang yg tak tahu agama....

kita patut pilih ahli yg boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat...kerana seorang pemimpin itu adalah utk memimpin semua, bukan golongan tertentu...

undi pas
PAS O X

Anonymous said...

AKU TAK SETUJU DR. MUJAHID.

Budak Hingusan said...

Sokong-sokong juga, jgn sampai perlekehkan org lain bai...

Anonymous said...

Sdr. Subki (menantu Allahyarham Ust. Fadhil) aku rasa yang sesuai

Anonymous said...

Kalau Pemuda nak hebat jangan lantik Tantawi. Harap serban je yang besar tapi idea kosong.

Itu ulamak hukum sana, hukum sini...

Anonymous said...

Yang terbaik, adalah Ustaz Zaki...kita perlu melihat dia masih bersih, dari kedua2 apa yg dikatakan muqobalah dan erdogan....

Beliau perlu diberikan peluang untuk memimpin pemuda.

Harap2 sokongan kita kepadanya memberikan pemulihan dalam kelembapan kepimpinan pemuda....

Teruskan berjuang Ustaz Zaki....

pemuda pas tgkuala86 said...

salam perjuangan
kawe sokong yb zaki diangkat jdi ketua pemuda pas pusat memandangkan beliau mempunyai jiwa org muda..
lgi satu dia berjaya m'gembalikan keyakinan pemuda kelantan utk menyokong PAS pda msa pru 12..
timbalan kawe sarankan ustaz nik abduh kerna beliau n yb zaki mempunyai persefahaman yg gi2 smsa m'getuai pemuda pas kelantan..


hidup yg zaki
hidup ustaz nik abduh
takbir3!!!

sayu said...

tantawi alamak habis ler PAS, gerenti mampuih lingkup, DR mujahid bro..