Tuesday, April 28, 2009

SPR LEMBABKAN EKONOMI

Berbelanja merupakan salah satu strategi merancakkan ekonomi. Kerajaan kena berbelanja. Rakyat kena berbelanja. Organisasi kena berbelanja. Berbelanjalah dengan betul dan jangan membazir. Ia memberi manafaat ekonomi.

Apabila SPR tidak menggalakkan himpunan beramai-ramai ketika hari penamaan calun PRK Penanti, maka perbelanjaan awam tidak akan terjadi. Betapa rancaknya ekonomi jika 100,000 orang yang datang ke Penanti nanti:

  • Jualan petrol meningkat
  • Jualan di warung makanan pak cik-mak cik dan restoran mamak meningkat
  • Jualan air mineral meningkat
  • Jualan T-Shirt meningkat
  • Kutipan Tol Plus meningkat, ini yang tak syok ni.
  • Hotel penuh
  • Jualan alatan kempen meningkat
  • Pencetak dapat tempahan
  • Jualan Harakah dan Suara Keadilan meningkat
  • Wartawan akhbar, radio dan TV dapat elaun kerja lebih masa.
  • Polis FRU dapat elaun lebih.

Betapa meriahnya ekonomi apabila ada PRK. Mengapa SPR menghalang himpunan - melembabkan ekonomi. Biar orang ada duit berbelanja. Yang buat Pesta Buku, Konsert, Sure Heboh - adalah kerana nak meriahkan ekonomi. Ha ha ha. ITULAH TEORI KEYNES - BERBELANJA MERANGSANG EKONOMI. Betapa bangangnya SPR dahhhh

1 comment:

orangkampung said...

salam tuan,

Teruja orang-orang kampung Penanti menunggu kedatangan rahmat dan rezeki.

Teruja menunggu projek kerajaan nak di buat, perbaiki jalanraya, perbaiki bangunan-bangunan dsb.

Teruja menunggu kedatangan orang barisan dan pakatan berbelanja. Kalau sorang RM10, yang datang 100,000, kalau di darab dah dekat sejuta.

Mungkin teruja juga menunggu duit untuk beli undi.

Tapi tuan la ni ekonomi meleset.

Ada ke bajet untuk pembangunan.

Ada ke bajet untuk belanja menghadiri PRK nanti.

Harap-harap ada la ye