Tuesday, April 28, 2009

PENDANG CALUN MOHAMAD SABU

Kalau Pas Pendang mencalunkan Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas, ia memberi makna yang cukup besar dalam arus mengisi kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini. Mengapa?

Pas Pendang adalah Pas paling kuat di Kedah yang dipimpin oleh Tuan Guru Hj Abdul Rahim, yang juga selaku Ketua Dewan Ulama Pas Kedah. Saya pernah mengaji kitab Jundullah karya Said Hawa dengannya pada zaman 80an, ketika bertugas di Kedah satu masa dahulu.

Apakah TG Hj Ab Rahim tidak faham konsep kepimpinan ulama sehingga meletakkan Mohamad Sabu sebagai TP Pas?. Apakah Mohamad Sabu memenenuhi syarat keilmuan untuk menjadi TP dalam Pas?. Sudah tentu ada perkiraan lain yang sedang difikirkan oleh TG Hj Rahim ini.

Memang kita memerlukan ulama untuk mengisi dua jawatan utama dalam Pas. Tetapi masa kini tidak ada calun yang memenuhi kriteria yang selengkapnya. Kita bukan sahaja mahu ulama yang berilmu tetapi kita mahu seorang yang dilihat mampu mempertegaskan dasar dan prinsip parti kita dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan sekaligus dilihat mampu meraih sokongan rakyat terbanyak.

Jika orang yang dilihat semacam ulamak, sanggup mengalpakan dasar dan prinsip perjuangan kita, maka adalah lebih baik kita memilih seorang yang bukan ulamak tetapi konsisten dengan dasar dan prinsip perjuangan parti. Mungkin ini yang cuba dikatakan oleh TG Hj Abdul Rahim apabila menyokong Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas. Semacam ada kekosongan calun dari kategori ulamak dalam Pas kini untuk memenuhi perjuangan Pas yang kini semakin diterima oleh golongan bukan Melayu dan Mohamad Sabu dilihat sebagai jambatan terbaik.

2 comments:

Aris Awang said...

Pembetulan:

Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah sekarang ini (2009/2011)ialah Tuan Sheikh Mohammad Sheikh Abdullah

Sekian, terima kasih.

Aris bin Awang

ALI MAIDIN said...

Ok, manalah ana tau had baru.. he he