Sunday, April 26, 2009

PAS TAMPIN CALUNKAN MOHAMAD SABU

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tampin mencalunkan Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dan Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas.

Manakala bagi jawatan bagi Naib-Naib Presiden yang dicalunkan ialah Husham Musa, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Idris Ahmad.

Bagi jawatan lain diserahkan mandat kepada Jawatan Kuasa baru sessi 2009/2011 untuk mencalunkannya.

Demikian dilapurkan oleh Yang Di Pertua Pas Tampin, Ustaz Zakaria Khalim, yang terus diberi mandat lagi sebagai YDP. Beliau juga Timbalan Pesuruh Jaya Pas Negeri Sembilan.

Mesyuarat Agung Pas Tampin berakhir pada jam 2 petang tadi dan dirasmikan oleh Pesuruh Jaya Pas NS.

1 comment:

Anonymous said...

Salam......saya peminat Abg Mat, sejak kebelakangan nie saya banyak mengikuti perkembangan Abg Mat melalui akhbar2, kaset atau cd, internet serta bualan rakan2.

Kadang2 saya kesian tengok Abg Mat ni....bukan apa, cubalah kita fikirkan....dia telah 3 penggal dok dalam parlimen....masa dia berada dalam parlimen dulu takda pun saya tengok kerajaan PAS (masa tu Kelantan) beri dia apa2 special untuk apa2 kepentingan kerajaan negeri di Kelantan.

Dia bersungguh2 memperjuangkan parti dan kepentingan rakyat.....kalau nak hujah banyak, tapi rasanya , banyak dah dihujah......antaranya, seperti keluar masuk termasuk ISA dan mahkamah, demo dan banyak lagi....tapi semuanya tak pernah menjadi halangan.....hampir setiap malam dalam setahun masanya dihabiskan demi kepentingan dan keperluan parti PAS dan untuk ahli2nya semua....berceramah untuk menerangkan kepada semua rakyat tentang isu semasa.....setiap kawasan dan negeri berebut menempah tarikh dairinya.

Tapi setelah TSUNAMI politik berlaku , di mana PR menang besar di 5 buah negeri....takda pun lagi kerajaan di bawah pimpinan PAS mengingati beliau lagi.....apatah lagi nak kasi apa2 jawatan...lagi lah.....sampai PRK di Kuala Terengganu yang asal tempat dia pun ....beri kat orang lain. Berlaku sekali lagi PRK di Bukit Gantang , pun beri kat orang lain......walaupun TG Nik Aziz ada meminta Abg Mat untuk menjadi calon, semua diabaikan.

Tapi masa dia kalah pada MAC 2008 di Kuala Terengganu dulu...ramai orang cakap, kesian Abg Mat tak dapat masuk parlimen....sunyi dan masih tak dapat hidup lagi lah parlimen.....semuanya bohong belaka......ucapan yang seolah2 semua berlakon.....tapi bukan ikhlas.

Itu yang bila Lim Guan Eng lantik dia jawatan sebagai lembaga pengarah dalam Perbadanan Air Pulau Pinang...bukan setakat orang Umno sahaja yang marah atau dengki.....Umno tu memanglah jahat....Umno sekarang ni sedang mempergiatkan usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat dalam rombakan barisan pengerusi perhubungan negeri sejak Datuk Seri Najib Razak mengetuai parti itu. Dia orang akan sentiasa mencari mana2 "loop" untuk diserang......tu yang saya pelik , sejahat2 Umno macam nie, macam mana ada pimpinan PAS nak cuba "muqabalah"....pelik saya?

Ini orang PAS sendiri pun mula chot-chet2 kat belakang......macam tak puas hati jer? Tapi, apa pun terima kasih Lim Guan Eng di bawah pimpinan DAP kerana menghargai pengorbanan dan perjuangan Abg Mat selama ni.

Jadi penerimaan Abg Mat untuk jawatan lembaga pengarah adalah wajar, biarpun ramai orang yang lupakan dia, tetapi ada seorang yang masih ingatkan Abg Mat , apatah lagi beliau sebagai seorang Naib Presiden. Dia merasakan perlu untuk turun membantu sebagai mewakili PAS dan juga sebagai anak watan Pulau Pinang.

Tapi, kalau lah begini pandangan orang terhadap Abg Mat, demi kepentingan PAS, saya rasa elok juga kalau Abg Mat serah balik jawatan tu. Biar puas hati orang Umno dan puas hati orang PAS. Mungkin Abg Mat masih lagi diperlukan untuk berkorban......(hanya pandangan peribadi saya)

Sekian, wassalam.