Friday, May 1, 2009

SIAPA PILIHAN NAIB PRESIDEN PAS

Seperti penggal lalu, kali ini ramai juga calun yang bakal menawarkan diri menjadi Naib Presiden Pas.

Antara nama yang mula mendapat pencalunan ialah Husham Musa, Mohamad Sabu, Mohd Nizar, Tuan Ibrahim Tuan Man, Nik Amar, Salehudin Ayub, Mahfuz Omar dan Idris Ahmad.

Yang sudah pasti tidak akan bertanding Naib Presiden ialah Mohamad Sabu kerana beliau hanya akan bertanding Timbalan Presiden sahaja dan telah pun dimaklomkan kepada umum.

Yang tak pasti nak bertanding ialah Husham Musa kerana beliau juga sedang menimbang bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Yang pasti mahu bertanding Naib Presiden ialah Salehudin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Mahfuz belum sahkan lagi nak bertanding ke tidak selepas sudah gagal 2 kali.. Antara Salehudin dengan Mahfuz, rasanya perwakilan akan pilih salah seorang.

Idris Ahamad dijangka menarik diri dari pencalunan jawatan ini. Nik Amar pun rasanya tak berminat dengan jawatan ini. Nama Tuan Ibrahim lebih menarik perwakilan untuk mengundinya.

Manakala Nizar belum mengumumkan apa-apa lagi lantaran sibuk dengan kes Perak. Jika beliau bertanding, perwakilan baru akan mengundinya kerana kagum dengan beliau, tanpa melihat pengalamannya dalam hirarki kepimpinan Pas.

Siapakah yang akan menjadi pilihan perwakilan nanti.

Yang penting bakal Naib Presiden Pas sanggup bekerja menguatkan Pas, bukan sekadar syok duduk kat pejabat sahaja. Jika kaki bekerja sudah pasti Mahfuz dan Salahudin menjadi pilihannya. Kedua-dua ini sudah ada track record kaki bekerja, walaupun pendirian politik dalam isu mukabalah ada sikit huru hara.

Tinggal seorang lagi yang mahu dipilih, antara Husham dan Tuan Ibrahim.

Jika saya menjadi perwakilan, saya akan memilih Husham, Salehudin dan Tuan Ibrahim. Husham bakal MB Kelantan. Salehudin mesra semua golongan. Tuan Ibrahim boleh menarik rakyat yang cenderung ugama.

Mahfuz? Kita berharap Presiden kekalkan jawatan Ketua Penerangannya. Dan pada 2012 bertandinglah di DUN untuk jadi Exco Kedah. Ha ha ha.

Nizar? kita berharap Presiden melantik beliau sebagai Pesuruh Jaya Pas Perak untuk menawan Perak semula. Beliau model sebuah kepimpinan di negeri majmuk seperti Perak.

No comments: