Wednesday, April 22, 2009

MOHAMAD SABU PENGGERAK KEPIMPINAN ULAMAK

Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat pada 1982 mencetuskan idea sehingga terlaksana era Kepimpinan Ulamak dalam Pas Pusat dan ranaplah saki baki pemimpin yang mendokong fahaman asobiyah Melayu dalam kepimpinan Pas Pusat.

Walaupun Mustafa Ali yang menjadi Ketua Pemuda ketika itu tetapi insan yang menjadi orang kuat dan menggerak arus Kepimpinan Ulama melalui DPPP ialah anak muda bernama Mohamad Sabu.

Kini, selepas Pas semacam hilang taring dalam jawatan Timbalan Presiden, maka Mohamad Sabu bersedia mengisinya. Mohamad Sabu bisa membawa arus rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

Menjelang Muktamar (Jun 2009)

Mohamad Sabu Putuskan Akan Tanding Timbalan PresidenWALAUPUN penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa dan orang yang dikatakan berbakat besar untuk merebut jawatan itu si Baju Petak-Petak Merah (BPPM) masih belum membuat keputusan sama ada bertahan atau berlawan, namun bagi Mohamad Sabu sudah mengatakan pendiriannya beliau akan turut merebut jawatan berkenaan.

Dalam percakapan dengan Mohamad Sabu sekejap tadi beliau mengesahkan akan bertanding timbalan presiden. "Ya saya akan bertanding jawatan timbalan presiden dan tidak lari ke jawatan lain lagi," kata Mohamad Sabu tegas.

"Marilah bersama abang Mat, membantu kemenangan abang Mat," katanya dengan memesrakan dirinya sebagai abang Mat. Menurut Mohamad beliau bertanding kerana ingin membantu presiden, membawa Pas mendekati pemuda, mendekati orang miskin dan mendekati semua lapisan masyarakat.

Sebelum ini Mohamad dikatakan akan berkompromi dengan BPPM, namun penegasan hari ini menunjukkan Naib Presiden Pas itu ingin berganjak ke atas. Mungkin beliau merasakan ada kekosongan yang boleh diisi menyebabkan beliau ingin bergeser ke atas.

Dengan jaminan itu kini jawatan timbalan presiden mungkin akan menjadi rebutan tiga penjuru. Seorang dikatakan berminat untuk ikut sama ialah Menteri Besar Kedah, Azizah Razak.

Semetara dalam risikan awal menunjukkan Mohamad Sabu kini mendapat pencalonan lebih dari 10 kawasan mengatasi Nasaruddi dan BPPM. Bagaimana pun pencalonan itu masih belum disahkan kerana kebanyakan mesyuarat Pas Kawasan menyerahkan kepada ahli jawatankuasa membuat pencalonan.

Dalam perkembangan lain dakwaan mengatakan Kelantan cenderong untuk mencalonkan BPPM adalah tidak benar. Kenyataan individu yang dipetik oleh sebuah akhbar di Kelantan tidak boleh dipertanggungjawabkan dan ia lebih bersifat pandangan peribadi di mana mungkin individu berkenaan ada motif tersendiri membuat kejutan itu.

Setakat ini daripada lima kawasan yang telah mengadakan mesyuarat hanya dua kawasan sahaja yang telah mencalonkan BPPM. Kawasan Kubang Kerian di mana beliau sendiri sebagai Yang Dipertuanya dan satu lagi kawasan Rantau Panjang.

Kawasan Ketereh, Pasir Mas, Tumpat yang telah mengadakan mesyuarat kawasan bagaimana pun tidak menamakan sesiapa untuk merebut jawatan berkenaan. Mesyuarat menyerahkan kepada jawatankuasa Kawasan membuat keputusan.

Di Kelantan Pas mempunyai 14 kawasan. [wm.kl. 4:30 pm

Dipetik Dari:
http://msomelayu.blogspot.com/

Anonymous said...

Semoga MSabu akan menduduki kerusi itu bagi membantu presiden mengorak langkah lebih kehadapan, berbanding ketika ini dan memerlukan penegasan terhadap pendirian Islam Semalaysia. Biarlah sejarah pahit menjadi pedoman dan janganlah sejarah berulang lagi.. dengan ini saya amanahkan kepada bekas YB ini.. MSabu agar diberikan sokongan teguh dan bersama untuk menjawat kerusi penting PAS ini, agar tidak terarus oleh pembangunan minda dan jaluran yang menyentak dan mengecewakan naluri semua ahli parti diperingkat bumi .. agar sentiasa dipimpin ke arah dasar dan matlamat yang diredoi. ALLAHU AKBAR..

toytian said...

Abey mat boleh kalau jemaah kata boleh.Maupakat membawa berkat.kita sokong abey mat.and bagaimana, jangan fikir lama-lama........nanti......
tolong sambung.