Sunday, April 12, 2009

RAKYAT ATAU KAPITALIS KEPARAT

Pas vesi lama, era sebelum Kepimpinan Ulama, sentiasa melanyak Umno kerana Umno gagal memajukan Melayu/bumiputera dan kerap tewas dengan asakan dan permintaan MCA atau golongan Cina dalam politik negara.

Selepas PRU 12 dan 4 kali PRK di Semenanjung, Umno pula yang menggunakan isu PKR dan Pas tunduk kepada permintaan dan asakan golongan Cina pula. Dan isu inilah yang dimainkan oleh media pengampu BN, Utusan Meloya sejak akhir-akhir ini.

Sebenarnya bukan isu Melayu atau Cina dalam poltik masa kini. Isunya ialah KEPENTINGAN DAN KEHENDAK RAKYAT TERBANYAK yang perlu dipenuhi oleh sang pemerintah, tak kira siapa pun.

Rakyat perlukan peluang pendidikan percuma - tak kira Melayu atau Cina.

Rakyat perlukan peluang kesihatan percuma - tak kira Melayu atau Cina.

Rakyat perlukan peluang memiliki perumahan dengan kos terendah - tak kira Melayu atau Cina.

Rakyat perlukan jaminan keselamatan - tak kira Melayu atau Cina

Rakyat perlukan keadilan - tak kira Melayu atau Cina.

Jika yang dapat dan memonopoli sesuatu peluang itu seorang dua Melayu atau Cina sahaja - bukan itu yang kita mahu. Jika satu projek bernilai 1 bilion boleh di kongsi pelaksanaannya oleh 20 kontraktor, mengapa ditetapkan kepada satu orang sahaja.

Jika projek air ketika di bawah pentadbiran kerajaan yang kurang cekap pun boleh untung dan mampu menampong kos pentadbiran 7 jabatan lain, mengapa ianya diserahkan kepada satu orang sehingga gaji Pengerusi Eksekutifnya RM 400,000 sebulan, yang bisa membayar gaji 40 orang Pengurus Besar di syarikat lain?

Ya, isunya ialah kepentingan rakyat terbanyak bukan kepentingan seorang dua kapitalis keparat.

No comments: