Thursday, April 23, 2009

MOHAMAD SABU MENONGKAH ARUS

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno pada 1982, turut memukau para ustaz dan golongan pro islamik dalam negara ini. "Perjuangan dari dalam" menarik minat ramai orang termasuk ABIM dan geng IRC. Pas semacam diasak dengan mazhab pemikiran ini.

Pas terus berjuang meyakinkan rakyat bahawa perjuangan dari dalam akan meranapkan siapa pun walaupun siapa tokohnya. Ustaz Fadhil, Hj Hadi dan Mohamad Sabu adalah penceramah utama yang sentiasa menarik perhatian rakyat bahwa Umno/BN merupakan sebahagian dari sistem yang mendokong kebatilan, kezaliman dan ketidakadilan. Usaha berterusan oleh tiga tokoh utama ini, walaupun tidak menampakkkan kejayaan tetapi mulai 1990 telah menampakkan kejayaan yang signifikan sehinggalah Pas mampu memenangi PRK Parliman Arau pada 1997, ketika mana Anwar dikemuncak hirarki kepimpinan Umno.

Imej Islam yang cuba dimasukkan oleh Anwar dalam Umno berjaya didedah dan dibongkar oleh Mohamad Sabu secara serius dan kekadang dengan cara lawak sahaja. Siapa yang tak ingat bisanya perli Mohamad Sabu dengan isu "assahamhikom", "islam maknawiyah wal saadiah" dan pelbagai istilah lagi. Gaya dan stail Mohamad Sabu bisa menghalang kelajuan Anwar dalam politik negara pada masa itu.

Walaupun Mohamad Sabu adalah rakan SeAbim dengan dengan Anwar, Mohamad Sabu tetap tidak bersama dengan Anwar kerana prinsip perjuangan islam yang "tidak menghalalkan cara", "mendukung kepimpinan bertakwa" dan "bersifat jamaah".

Kini Mohamad Sabu menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden Pas dengan hasrat menjadi benteng utama kepada Pas demi Pas terus kekal dan istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangannya. Walaupun Mohamad Sabu bukan dari pendidikan agama, tetapi kelantangannya dalam memelihara Pas sebagai harakah islamiah lebih jelas dan jitu pendiriannya berbanding dengan mereka yang dari aliran agama.

Mampukah ahli Pas menerima Mohamad Sabu, orang yang bersama dengan denyut perjuangan Pas sejak kepimpinan Ulama sehingga kini, sebagai Timbalan Presiden Pas?


4 comments:

AFRAR YUNUS said...

salam
selamat berjuang menongkah arus ...

Anonymous said...

ya..
sebenar nya itulah yang berlaku dalam liku perjuangan PAS itu sendiri, dan ianya disedari oleh setiap lapisan penyokong PAS itu sendiri hatta barisan kepimpinan yang wujud ketika ini, namun semacam ada aliran baru yang mula menyerap sejak kebelakangan ini kedalam pemikiran pejuang ini yang melihat bahawa perjuangan boleh diselaraskan dengan jalan pintas. Kita sentiasa bersikap terbuka dengan pelbagai Etnik dan Agama namun dalam ideologi perlukan keprihatinan sebagai benteng yang kuat.. kerana apa? .. sejarah telah memperlihatkan bahawa pembawaan Ideologilah yang menghasut pemerintah kerajaan Islam yang lalu agar menumbangkan satu sama lain.. Marilah kita menyokong penuh MSABU agar berjaya menjadi pertahanan yang ampuh sebaris dengan Pemuda dan Muslimat juga setiap peringkat Parti. Sokonglah MSABU sebagai TP PAS.

Unknown said...

ALLAHUAKHBAR!!! MSABU MEMANG LAYAK MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI TIM.PRESIDEN PAS KERANA JASA DAN PERJUANGANNYA DALAM PAS SUDAH SEKIAN LAMA DAN TETAP ISTIQAMAH DALAM JEMAAH WALAUPUN TELAH MENEMPUH BERBAGAI CABARAN DAN RINTANGAN DALAM MENEGAKKAN ISLAM DI MALAYSIA. SOKONGLAH HAJI MOHAMAD SABU. TAKBIR!!!

Anonymous said...

AKU MEMANG SOKONG MAT SABU YANG KOMITED DENGAN PAS. BERBANDING HUSAM YANG LEBIH NAK JAWATAN SAJA, TAPI TUGAS DI KELANTAN BANYAK YANG MENINGGALKAN TAHI. ANTARANYA TAKI KAMBING, TAHI DEPU DAN MACAM-MACAM TAHI LAGI.

MAT SABU ADA PRINSIP DENGAN ANUAR IBRAHIM, TETAPI HUSAM SERAH PRINSIP PADA ANUAR IBRAHIM