Tuesday, April 14, 2009

CINA BERSATU MELAYU BERPECAH - 1

Pemimpin Umno dan media Melayu mengatakan Cina bersatu dan Melayu berpecah tiga dalam politik negara. Sekarang, Cina yang minoriti boleh menentukan siapa akan menang dalam pilihan raya.

Melayu diminta terus bersatu menyokong Umno/BN walaupun pemerintahannya tidak islamik, zalim, penuh rasuah, kronism, menghancurkan Bahasa Melayu. Bagi mereka Umno perlu disokong demi Melayu walau apa pun keburukan dan kelemahan yang dilakukan oleh Umno/BN. Inilah doktrin yang diasak kepada pengundi Melayu selama ini; teruslah mengundi Umno/BN demi Melayu walau pun mereka sedar Umno itu mendukung 1001 penyelewengan.

Doktrin jahat mereka mengatakan jika Pas atau PKR yang memerintah, ianya bukan Melayu. Pas dan PKR tak boleh menang kerana sokongan DAP dan pengundi Cina; ianya salah. Tetapi kalau Umno menang kerana didukung oleh MCA dan pengundi Cina, tak mengapa dan bukan jadi alat kepada MCA atau alat Cina!!!! Apa punya turrr dahhh

6 comments:

Ahmad said...

Saya tak nak debat mengenai politik BN atau PR. Tapi dari skop mikro - dari konteks politik Melayu, kenyataan itu betullah. Kuasa adalah satu benda yang subjektif. Tapi cara mudah nak mengukur kekuasaan politik Melayu itu ialah dari segi jumlah perwakilan dalam kerajaan dan kabinet.

Katalah Pakatan ambil alih kerajaan hari ini, tentu sekali jumlah wakil Melayu berkurangan dalam kerajaan baru. Apa makna ni? Secara simboliknya kuasa politik Melayu terhakislah.

Sudahlah mereka yang menguasai ekonomi, kuasa politik yang tinggal pada Melayu juga makin hilang..

LensaPR said...

Sheikh, fasal tak hendak debat, maka tak perlulah dijawab ye. he he he

LeeZ said...

Ahmad... oleh itu, kenapa tak boleh orang melayu undi calon PAS (yang sememangnya melayu juga) bila ada pilihan raya nanti di mana calon UMNO vs PAS???

Atau bila calon UMNO vs PKR (melayu)???

Oleh itu, akan lebih ramai anggota MP atau DUN melayu juga kan???

Anonymous said...

Sdr. Ahmad.

Aku ingat di Kelantan DUN Kota Lama. Masa Calon BN dari MCA (Cina yang tidak Islam) lawan Calon PAS (Melayu yang Islam) Kalah calon PAS Melayu. Perkara ini tak berbangkit. Sebab yang menang tu Bn walaupun ianya Cina.

Sekarang di DUN Kota Lama YB PAS Dato' Hj. Anuar Tan Abdullah (Cina Muslim) lawan BN(MCA) (Cian non Muslim) PAS menang-BN kalah. Isu pun macam tu juga.... rugi tak undi Bn tak ada pembangunan

Cis ..........bagero

orangkampung said...

salam,

Perjuangan bangsa - assobiyah.

Nampak bagus ... rasa nya tak lama, mungkin berpecah belah.

Sejarah telah membuktikan.

Perjuangan agama, rasa nya inilah tujuan manusia di jadikan.

Berjuang tanpa memilih bangsa, darjat dan keluarga.

Insya Allah

Anonymous said...

cuba lihat exco selangor sekarang..berapa orang cina dan berapa org melayu yg jd exco..speaker pn bkn org mlayu..adkah kita mahu pentadbiran kita cam tu..lau nak kamu undilah PR kesygn kamu 2..

melayu xkn hilang didunia itu btol..tp pentdbiran melayu akan hilang gak lau kita berpecah..

pklah..korg smua da bsrkan...