Monday, April 20, 2009

SYARAT NAK SELAMATKAN PAS

Pas bukan sekadar parti politik biasa tetapi ia juga sebuah harakah islamiah yang mempunyai matlamat dan prinsip perjuangan yang murni. Dalam mengharungi persaingan politik dalam negara demokrasi yang caca marba seperti Malaysia, ia memerlukan barisan pimpinan yang tegar dengan prinsip perjuangan tetapi fleksibel dalam strategi.

Walaupun Pas ada Majlis Syura, dasar Pas belum tentu terjamin kemurniannya kerana induvidu yang berpengaruh bisa merongkainya. Isu mukabalah dan kerajaan perpaduan sejak setahun lalu menampakkkan Pas tak tentu hala arahnya.

Bagaimana nak selamatkan Pas. Kita mahu pemimpin yang tegar Pas - tidak condong ke mukabalah dan tidak tergila dengan "orang itu". Jangan Pas yang kena bertolak ansur sahaja tetapi pihak lain pun kena bertolak ansur juga dengan kita.

Jika Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJKnya tergila-gila nak memerintah sehingga melupakan dasar parti, maka ahli parti kena buat perubahan. Buatlah kerja sedikit untuk menyelidik siapakah pemimpin yang kita yang terbaik, bukan sekadar mengikut arus media pro BN.

2 comments:

Anonymous said...

Senang saja nak selamatkan PAS ni. Kurangkan bercakap banyakkan bekerja. Cuba turun padang tengok sendiri masalah di cawangan, kawasan, negeri , PASTI dan sebagainya.

Anonymous said...

pada hakikatnya ada manusia yang diciptakan untuk menjadi pemimpin dan ada yang akan di pimpin. Bercakap juga perlu diambil kira, sebab politik memang untuk bercakap dan bukan sekadar menjalankan kerja2 parti. Kalau kita sekadar bertugas tanpa bicara maka akhirnya akan menjadi puak2 yang dalam kerajaan yg dah nak masuk gaung.. kita buka seperti itu.. Peringatan buat pimpinan parti, setiap pendekatan perlu mengambilkiraparti lawan yang hendak difahami.. kalau kita saya yang berubah sedang kan Parti tu tetap semacam itu.. akhirnya kita akan sama macam selogan yang pernah digunakan dulu oleh indvidu itu.. " Mahu membetulkan dalam dalam..." hasilnya ada dah jadi?,,,, Kalau dasar Islam Semalaysia.. hanya Islam lah perjuangan bukan Rukun negara .. faham lah yer