Wednesday, April 15, 2009

SIAPA BERANI LAWAN NASARUDIN ISA

Muktamar Pas akan menjelang tiba. Ramai yang akan menawarkan diri memegang amanah pelbagai jawatan dalam parti. Orang Pas tak kata menawarkan diri. Ha ha.

Jawatan Naib Presiden ke bawah tak menjadi fokus perbincangan kerana ramai yang terasa layak. Yang ada "Dr", mengatakan dialah layak kerana ada "Dr". Yang lama dalam Pas, megatakan dia paling layak kerana sudah lama berbakti dalam Pas. Syok mendengar hujah penyokong calun yang bakal bertanding. Yang pasti tetap ada manusia yang perasan dengan kebolehan mereka walaupun ada yang bengap politik dan pemalas bekerja untuk parti.

Yang kita nak tengok siapa yang sanggup lawan Timbalan Presiden Pas sekarang. Tak nampak apa pun sumbangannya yang signifikan. Berceramah - numpang popular TG NIk Aziz, Hj Hadi dan Mohamad Sabu sahaja. Kerja di PRK - setakat keluarkan kenyataan akhbar sahaja. Setakat mengiring Presiden tak payah jadi Timbalan Presidenlah. Yang kita tahu, Timbalan ini dok main kenyit mata dengan pimpinan Umno sahaja!!!

Apakah Husham Musa atau Mohamad Sabu sanggup menerima tawaran untuk bersaing mengisi jawatan Timbalan Presiden Pas? Pencalunan sudah ada.

8 comments:

Anonymous said...

Semua layak jadi pemimpin kalau semua ahli sanggup bantu pemimpin.

Tak ada siapa yang layak jadi pemimpin , kalau semua ahli sekadar menjadi ahli, harap pemimpin turun pada , tapi ahli tak turun padang, harap pemimpin berkorban tapi ahli tak berkorban.

Tak ada siapa yang nak jadi pemimpin. Banyak soal di akhirat nanti. Tapi kalau tak ada sesiapa nak jadi pemimpin hancurlah kita.

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi said...

Pasca kemenangan PRU12 telah menunjukkan segala usaha-usaha Ust Nasharudin Mat Isa dipandang tiada nilai oleh golongan yang kemaruk jawatan. Ustaz Nasharudin tak buat apa2 ke sebelum PRU12?

Jobeng said...

Kena lawan laaa.... tak macam umno... takut berlawan.. bila ada lawan... sabotaj lawan... Dah 2 tahun Timb Pres buat kerja baru sekarang nak bagi komen... apa daaa... jangan tutup mata sebelah ja... buka dua2 belah bro

Anonymous said...

kita cuba terbaliklah,songsang.
1. Seperti menarik tepung dalam rambut.
2. Minyak dan air boleh bercampur.
3. Graviti alam yang menolak bukan menarik.
Apakah ada kebaikan yang boleh merapatkan jamaah jika situasi diatas diambil kira.
Ini yang dinama mengislamkan demokarasi yang dibawah BN selama ini. Indahnya islam pada amalannya bukan retorik politik.

Anonymous said...

Nasa dalang mukabalah

kingsejong said...

dalam muktamar kali ni, apa kata kita pakat2 angkat DS Ir.Hj. Nizar sekurang kurangnya naik satu anak tangga lagi, Beliau paling berkarisma diantara pemimpin PAS generasi baru. tak mustahil beliau akan jadi PM kita suatu hari nanti

Anonymous said...

biasalah tukar pimpinan, kadang2 bukan sebab dia berkarisma. ramai lagi ada karisma ...alahai bila politik demokrasi.. tak kiralah mengislamkan demokrasi ke apa ke.. yang asas Islam tak pakai demokrasi macam di malaysia...Oleh itu biasa saja pertandingan dalam parti.. cumanya kita nak lihat momentum bahawa Islam itu bukan sekadar untuk melayu saja macam parti dah nak masuk gaung tu..Jika dengan peralihan pimpinan yang kelihatan ke arah " Islam Semalaysia" seperti tilte parti. harap2 carilah pimpinan yang boleh diterima oleh semua golongan bukan golongan2 kita saja..( yang penting layak sebagai pemimpin parti ISLAM)

Anonymous said...

Azwan, fasal dah 2 tahun jadi TP lah kita tahu kebolehannya. tarak apa pun.