Thursday, April 30, 2009

MOHAMAD SABU KONSISTEN MENGGERAK PERUBAHAN

Antara ciri utama pemimpin politik ialah kemampuan dan konsistennya menggerakkan kesedaran dan berkerja merubah pemikiran rakyat dalam arus politik negara. Hanya orang yang sentiasa bergelumang dengan pelbagai isu politik negara yang berkemampuan membaca dan menganalisa strategi politik dan menentukan tindakan selanjutnya dan sekaligus menimbang apakah ianya selaras dengan dasar dan prinsip perjuangan parti.

Tuan Haji Mohamad Sabu merupakan pejuang politik Pas sejak zaman 70an dari era kepemudaan yang sentiasa kritikal dengan pucuk pimpinan parti sehingalah diberi tanggung jawab sebagai Naib Presiden Pas sejak dua penggal yang lalu.

Antara beberapa calun pilihan Timbalan Presiden kali ini, kita wajar mengaku dengan jujur bahawa Tuan Hj Mohamad Sabu adalah calun yang mempunyai kelebihan dalam aspek mengggerak perubahan masayarakat sepanjang masa. Hidupnya diabadikan untuk parti tanpa penat dan lelah. Tanpa beliau dunia politik adalah sunyi. Suaranya sentisa diperlukan oleh rakyat Malaysia. Apa maknanya menjadi pemimpin politik, jika anda turun ke bumi hanya sekali sekala sahaja ibarat dewi kayangan.

Selepas Hj Hadi menjadi Presiden, peranannya ketika sebagai Timbalan Presiden yang sentiasa menyedarkan rakyat gagal dilakukan oleh penggantinya. Maka Mohamad Sabu adalah pilihan terbaik bagi melaksanakan tugas tersebut. Dengan jujur kita kena akui bahwa calun lain tidak berapa serius dan mampu mengambil peranan ini. Berlaku jujurlah, hatta jika calunnya dikatakan sebagai ulamak pun.


3 comments:

Z. Anwar said...

SETUJU SANGAT DENGAN PENDAPAT TU. Abang telah menyedarkan kepada saya satu perkara iaitu selepas Tn. Guru Hj. Hadi, peranan "Timbalan Presiden yang sentiasa menyedarkan rakyat gagal dilakukan oleh penggantinya" dan ini boleh di lakukan oleh Tn. Haji Mohd Sabu, Insya Allah, malah beliau telah pun membuktikannya sebelum ini.

sokong Pas said...

Susahnya nak cari politician yang genuine, ayuh ahli-ahli Pas carilah permata yang sebenar-benarnya permata walaupun disaluti lumpur, ia kan tetap bersinar, jgnlah terpilih kaca kelak kita semua merana.

Anonymous said...

KALAU ANDA SELAKU PERWAKILAN PADA MUKTAMAR PAS NANTI. JANGAN LUPA I UNDI KEPADA MAT SABU UNTUK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN.

USTAZ NASARUDIN......MUNGKIN KITA BOLEH LANTIK MANA-MANA JAWATAN YANG SEWAKTU DENGANNYA. HUSAM MUSA BIARKAN DIA PERKASA PARTI DENGAN JAWATAN NAIB PRESIDEN YANG DISANDANG SEKARANG.

HANYA MAT SABU PEMIMPIN PAS YANG TIDAK SIBUK DENGAN JAWATAN BERGAJI (SELAKU YB ATAU DENGAN KERAJAAN)

HANYA MAT SABU YANG LAYAK SEBAGAI TIM. PRESIDEN PAS UNTUK DIGANDINGKAN DENGAN TOK GURU HJ. HADI.

HANYA MAT SABU YANG KELEBIHANNYA DAPAT DINILAI OLEH YAB TUAN LIM GUAN ENG, KM PPINANG. YAB LGE SAJA YANG MELANTIK MAT SABU SEBAGAI PENGARAH DALAM ANAK SYARIKAT KERJAAN NEGERI.

PEMIMPIN PAS LAIN TAK PERNAH NAMPAK MAT SABU SEBAGAI PERMATA HITAM YANG TINGGI NILAI HARGANYA. SEMASA JADI YB DI KELANTAN. MAT SABU TIDAK PERNAH DILANTIK SEBAGAI PENGARAH DALAM MANA-MANA ANAK SYARIKAT KERJAAN NEGERI, WWALAUPUN PENGARAH TANPA ELAUN.

KALAULAH MAT SABU TIDAK BERJAWATAN SEBAGAI NAIB PREWSIDEN PAS SEKARANG, SUDAH TENTU BELIAU AKAN DIJAWATKAN DENGAN JAWATAN PENGERUSI ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI PPINANG. TETAPI OLEH KERANA SEBAGAI N/PRESIDEN PAS, CUKUP SETAKAT PENGARAH SAJA.

HANYA MAT SABU YANG TAU JAGA MARUAH DIRI DALAM PAS. HANYA MAT SABU YANG SESUAI SEBAGAI TIMBALAN KEPADA TUAN GURU HJ. HADI.

Eh...banyak pulak komen....empunya blog pun tak sebanyak aku....

PEMINAT MAT SABUT