Friday, April 10, 2009

HATI KUMAN SAMA DICECAH

Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi (MECD) telah dimansuh oleh Najib pada petang semalam. MARA adalah antara agensi utamanya.

Jabatan dan Agensi di bawah MECD kini ibarat kerajaan Passola juga, sedang menunggu arahan akan diserap ke mana.

MECD dilihat sebagai agensi yang membantu bumiputera. Tidak salah membantu bumiputera, malah Prof Ungku Aziz mengatakan kerajaan perlu membantu bumiputera sehingga 100 tahun lagi.

Yang salahnya ialah dasar yang hanya membantu seorang dua bumiputera sahaja. Bak Kata Isa Samad, hati kuman sama dicecah tetapi hati gajah untuk aku seorang sahaja. Ha ha

1 comment:

Anonymous said...

Aku juga hairan apakah yang dikatakan Kabinet Rakyat. Sedangkan kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi telah dibunuh semasa Najib (Wayang Kulit Mahathir) jadi PM ke-6 (PM Umno terakhir mengikut teori RAHMAN)

Sedarkah kita Koperasi adalah sektor ketiga dalam aktiviti ekonomi negera selepas kerajaan dan swasta.

Membunuh kementerian ini adalah membunuh rakyat. Kerana kementerian ini banyak mambantu rakyat. Aku cadangkan semua Koperasi yang akan mengadakan mesyuarat agung tahunan membuat usul agar Kerajaan malaysia menghidupkan kementerian pembangunan Usahawan & Koperasi. Biarkan Khairi jadi Menterinya.
Atau semua (tak kira parti)atau khusunya koperator buat demo berarak ke Putrajaya.