Ada dua intipati penting dalam tulisan Almarhum Dr Kallim Siddique tersebut. Pertama ialah keperluan pemimpin islam menjadi pemimpin yang muttaqin. Muttaqin merupakan pra syarat kejayaan sesuatu kepimpinan. Sifat, ciri dan perwatakan seorang muttaqin sentiasa dibicarakan dan diterangkan di dalam alquran. Ia berkaitan sekali dengan sifat keadilan, pemurah, menepati janji dan benteng segala penyelewengan diri. Ia asas kepada seseorang untuk memimpin dan merubah dunia. Memang hebat kupasan itu bila dikaitkan dengan politik kepimpinan moden masa kini.
Kedua, menurut Almarhum Dr Kallim Siddique ialah betapa pentingnya kita berusaha menjadikan menjadikan wilayah atau negeri/negara yang kita perintah sebagai sebuah model negara Madinah sepertimana yang Rasulullah bina dahulu. Segala sifat dan kebaikan negara Madinah hendaklah diekspot ke seluruh dunia; paling tidak pun keseluruh Malaysia. Jika tidak, wilayah atau negeri yang kita kuasai ini, tidak membawa hasrat sepertimana yang Rasulullah membina Madinah dahulu. Jika negeri yang kita tadbir ini sekadar seperti pemerintahan biasa, itu bukan tujuan kita menawan negeri-negeri berkenaan.
Itulah kehebatan Rasulullah, menjadikan Madinah sebagai pusat peradaban, pusat pentadbiran, pusat pembinaan akhlak dan ilmu serta model keadilan untuk diekspot keseluruh dunia. Dengan asas ini, Saidina Abu Bakar(r.a) dan Saidina Umar (r.a) dengan mudah dan pantas menguasai dua pertiga dunia. Tidak mungkin, dengan kekuatan senjata Islam menakluki dunia. Tentunya melalui ketakwaan dan keadilan pemimpinnya.
Ya, aku merindukan Madinah moden. Apakah Pas kearah itu? Harap-harap balak, jet, banglo besar tidak menghambat pemimpin Pas ke arah cita-cita itu.
Bacaan tambahan klik di sini.

1 comment:
Tak ada salahnya berharta dan mewah jika ianya didapatkan cara yang sah dan berasas!
Bahkan terdapat sebahgian orang berharta berfikiran Islamiah. Lain yg banyak mengeksploitasikan yg lain.
Ini satu fahaman sempit. Satu fahaman liberal ialah membuatkan orang lain berpeluang supaya kemewahan bertambah. Akibat itu, setiap yg nak diusahakan samada khidmat atau barang ada pembeli berkemampuan---lain perkataan memperkuasakan mereka. Akhirnya kemakmuran kpd seluruh.
Tapi unsur lain, nilai baik, mestilah ada. Macam harta titik peluh yg diperolehi tak dapat dipertahankan di Mahkamah kalau Judiciary boleh dibeli kerana mereka sesat, dan pemerintahan tak baik.
Saya agak itu bukan Madinah moden yg kita idami. Dan juga Madinah moden ialah duniawi tapi ciri tak sihat boleh dikurangkan sejauh-jauhnya.
Post a Comment