Tuesday, August 5, 2008

PERPADUAN MELAYU SHEIKH

Minat aku dalam politik bermula ketika di Tingkatan 2 (1973). Sejak hari itu perkataan "demi Melayu" sentiasa dijual dan dijaja oleh Umno/BN. Itulah modal utama Umno bila berkempen dalam pilihan raya.

Apabila menjejak kaki di Universiti, geng mahasiswa pro Umno pun mengggunakan isu ini. Syoknya, kawan-kawan yang pro GPMS itu mengatakan kepada aku " demi Melayu, sheikh".

Ketika bertugas sebagai pegawai kerajaan pada 1983-1993, BTN juga menggunaka guna isu Melayu untuk memujuk kakitangan kerajaan untuk menyokong UMNO/BN. Semuanya itu meluatkan aku.

UMNO/BN terus selamat mendapat dokongan majoriti Melayu atas nama demi "kepentingan Melayu". Walaupun isu rasuah, pembaziran, ketidakadilan, penindasan setinggan, skandal BMF, kerugian Bank Bumiputra dan Sime Bank, kegagalan penswastaan MAS dan Perwaja , pembunuhan Memali dan Mustakizah, kehancuran Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dan pentadbiran negara, kepincangan sistem kehakiman dan kezaliman ISA dan OSA; ianya tidak menjejaskan Umno/BN sehinggalah tsunami PRU 12 yang lalu.

Dengan mengunakan perkataan "demi Melayu" , orang Melayu terus dipengaruhi menyokong dan mengundi UMNO/BN. Top-top PAS pula termakan isu Melayu. Ia bersedia bermuzakarah dengan Umno. Muzakarah ini lebih dilihat sebagai langkah mula untuk bekerjasama dengan Umno/BN ! "Tak ko poning kepalo dibueknya", komen kawanku Amran di Gemencheh.

2 comments:

RedBuLL said...

salamz saudara..
mmg apa yg diperkatakan. semua menggunakan hidup melayu, perpaduan melayu, hak istimewa melayu tetapi semuanya hanya agenda yg nak membolot segala hak org melayu.
kengkadang org melayu pun tak fikir, belajar jer tinggi2 tapi jumud. dah terang lagi nyata tapi masih lagi buta..
Jikalau saudara tidak keberatan, bolehkah saudara menceritakan akan sejarah Memali. mungkin ramai diluar sana dah lupa @ tidak tahu akan sejarahnya. bagaimana terjadinya peristiwa tersebut. kenapa ulamak dan rakyat dibunuh dgn sewenang2nya. terima kasih

orangkampung said...

Sdr Ali,

Perjuangan UMNO adalah berteraskan bangsa Melayu, begitu juga MCA dan MIC, masing-masing berteraskan kaum yang di wakili.

Sepert slogan UMNO 'dulu, kini dan selama nya'.

Rata-rata orang UMNO belum ada yang berani untuk mencadangkan pengubahan teras ini. Mungkin takut di gelar 'penderhaka'.

Jadi sampai la ni masing-masing meneruskan perjuangan ini, walaupun mungkin jauh di sudut hati, zaman dah berubah, perjuangan ini adalah silap.