Wednesday, August 20, 2008

SYABAS BPR

Berita panas hari ini BPR tahan 2 exco Perak untuk soal siasat kes rasuah. Baru soal siasat aja. Jika ada kes barulah didakwa. Walaupun ada yang prejudis dengan siasatan ini, aku sokong sebarang usaha menyiasat kes rasuah dengan segera. Biar hakim yang menentukan betul atau salah dakwaan itu. Harapnya mahkmah pun bebas dan adil. Bukan mudah nak dakwa seseorang jika tak bersalah. Kes Perwaja yang beratus juta pun terlepas. Aduhai.

Janganlah bertahun-tahun rakyat bangkitkan kes rasuah Pak Menteri, tetapi BPR buat pekak aja. Konsistenlah untuk semua kes yang sedang dibangkitkan oleh rakyat. Berkhidmatlah untuk rakyat dan negara yang cintakan sebuah negara yang bebas dari rasuah. Kes KPN yang dibangkitkan oleh Raja Petra pun tak dengar beritanya lagi. Kes correct Lingam pun belum ada yang didakwa, walaupun Suruhanjaya Di Raja mendapati ada kebenaran rasuahnya.


2 comments:

Hamba Allah said...

Jangan Gobra..
masih di siasat. Biarkan BPR siasat. Jika ada unsur yang menyalahi Undang-undang , sila Dakwa di Mahkamah.

Anonymous said...

Ini kerana sumpah si Saiful ke?? Kifarat pada DSAI pula.

Atau strategi BN melalui BPR untuk meleburkan DSAI di Permatang Pauh pada 26 Ogos???