Wednesday, August 13, 2008

PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT?

Kenyataan Hj Ab Hadi semasa konvensyen Pas Pulau Pinang pada Ahad lalu amat jelas dan berterus terang. Sepatutnya senario inilah yang Pas perlu perhitungkan sebelum jauh belayar bersama-sama dengan lain-lain parti dalam pilihan raya lalu. Jika itu perhitungan Pas, Pas sepatutnya menarik diri dari memerintah Perak kerana majoriti exconya ialah dari bukan Melayu. Adakah Pas bersedia?

Pandangan atau keputusan Hj Ab Hadi yang menekankan kepentingan majoriti MP dalam kerajaan PR hendaklah di kalangan bangsa Melayu terlalu sukar untuk dipenuhi dalam masa terdekat ini. Kumpulan Melayu dalam Pakatan Rakyat banyaknya dari Pas dan PKR. Pas 100% Melayu atau Islam. PKR pula 60% Melayu. Jika ada sokongan dari Sabah dan Sarawak pun majoritinya bukan Melayu. Di Sabah dan Sarawak, hanya parti bukan Melayu sahaja yang berani dan kritikal kepada pucuk pimpinan BN Pusat. Bukankah pada PRU 12 ini menunjukkan bahawa bukan Melayu lebih ramai menolak BN. Majoriti Melayu masih berpihak kepada Umno/BN. Malah kerusi yang Pas menang di luar Kelantan juga kerana sokongan majoriti bukan Melayu.

Jika Hj Ab Hadi mahu majoriti MP Melayu dalam kerajaan pusat PR, Pas kena menang semua kerusi yang ditandinginya. Dan dalam masa yang sama Umno Sabah dan Parti Pesaka Sarawak perlu menyertai Pakatan Rakyat. Eloklah Pas pergi berunding dengan mereka dan mengajak mereka menyertai Pakatan Rakyat demi Islam dan Melayu dalam kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Kerisaun Hj Ab Hadi ada asasnya. Inilah masa terbaik Pas mengambil tindakan strategik mengetuai parti Melayu/Islam dalam Pakatan Rakyat. Pas boleh mengajak MP Umno menyertai Pas dan menjemput Parti Pesaka Sarawak menyertai Pakatan Rakyat.

Pas JANGAN SESEKALI BEKERJASAMA DENGAN UMNO. Pilihan ini akan memecah belahkan Pas itu sendiri.

Nota rujukan kerusi PR sila klik di sini dan analisa MP PR mengikut kaum di sini

2 comments:

orangkampung said...

Sdr Ali,

Nampak nya politik di Malaysia semakin panas.

Hari tu PAS nak ber muzakarah / bermuqabalah dengan UMNO. Alasan nya kepentingan orang Melayu, kepentingan Agama Islam. Ada yang kata belum yakin dengan manisfesto DSAI "Jalan ke Putrajaya" dan ada yang rasa DSAI punya moraliti belum boleh di percayai.

La ni bila "Jalan ke Putrajaya" semakin terang, kalau menang kat Permatang Pauh la. Kes liwat semakin di lupakan , media sekarang dah jadi polis, loyer, hakim, semua la. Ada yang minta itu dan ini.

Siap nak orang PAS jadi PM ke 6.

Hari PAS menang berapa kerusi Parlimen ya?

Anonymous said...

Wahai orang Kampung.

Jalan ke Petra Jaya semakin Kelam. Annuar selagi tak bersumpah membela dirinya, orang bandar dan orang kumpung juga dah mula kelabu kepada Annuar.

Annuar bukan makhluk yang maksum. Tambahan apa tujuan cerita mengenai kaum Nabi Lut dalam Al-Quraan. Bukan saja-saja dicerita atau Allah semata-mata hanya nak banyakkan surah sahaja. Itu ada makna yang perlu di renung.

Aku memang tak percaya Annuar meliwat. Tapi aku dah mula ragu dan macam nak percaya. entahlah Hanya Allah, Annuar dan Saiful saja yang tau.