Thursday, August 7, 2008

MISTERI DAKWAAN LIWAT ANWAR

Sah Anwar didakwa hari ini. Pelbagai andaian tidak terjadi kali ini. Pertamanya, kemungkinan Anwar diheret secara ganas ke mahkamah tidak berlaku. Sebaliknya Anwar menerima surat jemputan sahaja ke mahkamah. Tidak perlu digari dan diiringi oleh Polis. Nampak aman sikit, tidak semacam perang gerila pada tahun 1998 lalu.

Kedua, andaian Anwar tidak boleh dijamin pun tidak berlaku. Anwar boleh diikat jamin RM 20 ribu, malah paspotnya pun tidak perlu diserahkan ke mahkmah. Ini sudah sukup selesa bagi Anwar berpolitik dan meneruskan perjalanannya ke Putrajaya.

Sebaik sahaja isu liwat timbul awal Julai lalu, tercetus pelbagai reaksi awam. Seorang rakan saya bekas Akauntan mengatakan; Jika benar Anwar liwat, dia sendiri yang menjahanamkan cita-citanya untuk menjadi PM dan betapa bodohnya Anwar mengulangi kesilapan lama setelah terlepas hukuman bersalah pada 2004. Dan jika benar konspirasi jahat pemimpin BN memfitnah Anwar, sesungguhnya pemimpin BN telah bankrap idea untuk menjatuhkan Anwar dalam politik.

Fokus dakwaan hari ini ialah liwat pada 26 Jun 2008, jam 3-4 petang di Kondo Desa Damansara. Pihak pendakwa akan cuba membuktikan bahawa:

  • Anwar ada di kondo itu pada ketika itu.
  • Anwar berjaya menggoda atau memaksa Saiful membuka duburnya.
  • Saiful tidak berupaya melawan Anwar sehingga dubornya ditikam oleh Anwar

Jika Saiful rela suka sama suka, Saiful pun sepatutnya didakwa kata Anwar hari ini. Kalau Saiful tidak rela, tentu banyak kesan pergaduhan dengan Anwar ketika kejadian itu berlaku.

Yang penting nanti ialah kenyataan alibi Anwar yang membuktikan bahawa beliau tidak berada di kondo pada masa itu. Kali ini isu kesahihan CCTV akan dibicarakan dengan terlalu teknikal sekali.

Ya, fokus Anwar sekarang ialah di Permatang Pauh dan mempastikan 43 MP BN melangkah ke Pakatan Rakyat.

Mari kita saksikan detik-detik bersejarah ini.

3 comments:

orangkampung said...

Sdr Ali,

Jika di lihat tahun 1998, dakwaan liwat adalah sebagai pembuka bicara.

Selepas liwat, banyak dakwaan lain yang di hadapkan kepada DSAI, dan dakwaan-dakwaan ini menyebabkan DSAI meringkuk dalam penjara.

Besar kemungkinan, perkara yang sama akan berlaku.

Sdr Ezam, ada menyatakan DSAI tidak mungkin akan menjadi PM. Dia ada banyak rahsia yang akan di dedahkan.

Pak Lah pun berkata pihak polis bukan 'bodoh'. Mereka telah dan akan melakukan penyiatan dengan terperinci.

Sama-sama lah kita lihat adegan seterus nya.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kat sini ramai penyangak yang penakut. ada tiada gambar atau tiada blog sendiri.berani mengutuk tapi tidak berani mendedahkan identiti sendiri.

kenapa? adakah kamu semua pondan IT? abe MIE cabar kamu, letak gambar, lepas tu hina orang..betul tak? kalau penakut buktinya kamu SEORANG PONDAN.

abdrahim kassim said...

Sdr. Pengarang,

Buka mana-mana blog pun aku terjumpa muka Abe MIE bewok tu...

Ingat budak tu tak berapa betullah...