Tuesday, August 19, 2008

KELUAR PAS JIKA TAK SETUJU MUZAKARAH

Terkejut juga bila mendengar Timbalan Mursyidul Am, Dr Harun Din meminta sesiapa yang tak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura supaya keluar dari Pas.

Ketika menggulung perbahasan pada muktamar lalu, isu muzakarah menjadi tumpuan penggulungan Dr Harun Din. Apa yang menjadi kerisauan ahli Pas mutakhir ini bukanlah hal muzakarah tetapi adanya perjumpaan tertutup pimpinan Pas dengan pimpinan Umno, yang dikatakan merancang kerjasama memerintah dengan Umno/BN.

Pas hanya mengeluarkan kenyataan rasmi selepas perjumpaan itu di adakan. Pas Pusat mengatakan itu muqabalah atas restu Majlis Syura Ulama. Sebahagian AJK Pas Pusat pun tak tak tahu perjumpaan itu. Inikan pula ahli biasa Pas. Itu yang menimbulkan pelbagai reaksi panas dari ahli Pas.

Jika ahli Pas sendiri tak tahu keputusan Majlis Syura Ulama, maka wajarkah Dr Harun Din mengatakan begitu. Nak patuh apa kalau tak tahu apa yang hendak dipatuh.

Bukan soal hukum muzakarah yang ahli Pas bangkitkan selama ini. Pas memang terbuka dengan muzakarah. Panel Pas hadir dan berhujah di forum anjuran RTM dan TV 9. Pas pernah sedia berdebat isu mengkafirkan Umno pada awal 8oan. Pas juga menjadi ahli MAPEN untuk mengemukakan pandangannya. Ustaz Fadhil pernah berucap bersama Dr Mahathir dalam isu Palestin. Tak seorang pun ahli Pas membantahnya.

Yang ahli Pas bangkitkan dalam tempoh 5 bulan ini ialah perjumpaan tertutup dengan Umno. Ini misteri. Kekadang melibatkan satu orang sahaja. Ia dilihat semacam mahu membentuk pakatan baru untuk memerintah. Isu-isu Islam dalam Pakatan Rakyat hanya alasan untuk menghalalkan pakatan dengan Umno.

Dr Harun Din gagal melihat mengapa ahli Pas tidak bersetuju kepada muzakarah. Ianya bukan berkaitan dengan kesetiaan ahli Pas kepada Pas dan pimpinannya. Tetapi kerana ahli Pas tidak mahu parti dan pimpinannya masuk kepada perangkap Umno.

2 comments:

Anonymous said...

SAYA BERSETUJU, JIKA DI KALANGAN ORANG PAS (KHUSUSNYA AJK KUMPULAN ERDOGAN DALAM PAS) KELUAR PAS JIKA JIKA TIDAK BERSETUJU DENGAN MAJLIS SYURA.

PERANAN MAJLIS SYURA (LIHAT PERLEMBAGAAN PAS)

Anonymous said...

Dr Harun Din gagal melihat mengapa ahli Pas tidak bersetuju kepada muzakarah?

Ke anda yang gagal untuk melihat betapa mulianya perjuangan dakwah menegakkan Islam yang melampaui sempadan politik dan bangsa?

Politik adalah wadah.