Saturday, August 9, 2008

BUKAN ISLAM AHLI PAS

Antara isu panas yang bakal dibincangkan di dalam muktamar Pas di Ipoh yang akan bermula pada 15 Ogos ini ialah bolehkah bukan Islam menjadi Ahli Pas. Setiap isu baru tentu ada pro dan kontranya, baik dan buruknya.

Jika Pas mahu dilihat sebagai badan politik sahaja, bukan islam dengan mudah sahaja boleh diterima sebagai ahli Pas. Tetapi selama ini Pas mengaku ia sebagai Harakah Islamiah. Banyak sudah buku dan kertas kerja yang ditulis oleh ulama Pas yang mencatat dan menghuraikan konsep, ciri, sifat dan syarat untuk menjadi harakah Islamiah. Pas begitu beria-ia mengatakan dialah harakah islamiah di Malaysia ini berbanding badan islam yang lain. Pas terpaksa menangkis hujah di dalam dan luar kampus bahawa Paslah pertubuhan yang sinonim sebagai Harakah Islamiah. Dan sama sekali tidak boleh berbilang jemaah.

Jika Pas menerima bukan islam sebagai ahli, dengan mudah sahaja ia dikatakan ia sudah tidak lagi sebagai Harakah Islamiah. Mana mungkin Harakah Islamiah jika anggotanya tidak mengaku keesaan Allah dan bernabikan Muhammad (s.a.w). Bukankah payah kita menjawabnya. Jika sebagai parti politik Islam, itu gampang sahaja, kata orang Indonesia.

Selama ini kita setia dengan Pas kerana ianya Harakah Islamiah. Harakah Islamiah ada kaitan dengan konsep kewajiban kita terus berjemaah selepas khilafah Islamiyyah yang berpengkalan di Turki runtuh pada 1924. Harakah berciri global tetapi parti bersifat lokal.

Dengan ahli Pas yang sedia ada kini pun, pelbagai firkah dianut oleh ahli Pas dan sentiasa 'berperang' secara senyap. Apakah Pas bersedia melayan satu lagi aliran firqah yang baru pula. Pas kena cari idea lain untuk meraikan kumpulan bukan Islam yang menyokong Pas ini.

Saya tengah berkira-kira untuk membuang sebahagian kertas kerja dan buku yang ditulis oleh ulama Pas; yang mengatakan haram berbilang jemaah.

1 comment:

Anonymous said...

Ambo rasa PAS dah mula tukar kitab.

Masa dulu dikatakan UMNO kafir, kerana bekerjasama dengan orang kafir..mengekalkan undang-undang kafir.Masa tu PAS rasa tak dok harapan nak memerintah Malaysia, setakat beberapa negeri majoriti Melayu/Islam sahaja.

Sekarang dah dapat berkongsi kuasa dengan beberapa parti yang tidak Islam, maka dicarinya Fatwa baru keharusan bahkan kewajipan bekerjasama dengan non muslim, hatta nak buka keahlian PAS kepada non muslim pulak tu.

Ambo kalau setakat perkasa kelab penyokong bagi buat permulaan sudah cukup dan bijak. Selepas suatu tempoh barulah dikaji semula buruk baiknya.

Tok Guru Nik Aziz banyak mengalah pada fatwa sendiri dalam melayan China demi kepentingan politik.
Dulu diawal pemerintahan diharamkan snuker dengan alasan ada unsur perjudian. Kemudian didesak oleh Hu Phang Chaw (HPC)(Pengerusi Kelab Penyokong PAS, dalam waktu yang sama HPC juga pengerusi Kelab Snuker Kelantan) maka di halalkan snuker pulak.

Lemah ambo yang jahil ni. semakin tidak mengerti...Ini memang macam kisah kitab merah vs kitab hijau pulok.