Tuesday, June 23, 2009

USTAZ FADHIL DALAM KENANGAN

Hari ini genap 7 tahun pemergian ke rahmatullah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS. Al Fatihah.

Bagi saya beliau - PATAH TAK TUMBUH HILANG TAK BERGANTI.

Salah satu kehebatan Ustaz Fadhli Nor ialah aktivis Pas sentiasa merasakan Ustaz Fadhil rapat dengannya.

Ketika saya bertugas di Jitra 1983-1986- sering diajaknya makan tomyam di sempadan Bukit Kayu Hitam.

Ketika saya bertugas dan tinggal di KL 1986, selalu diajaknya bersarapan pagi di Restoran Takwa, Seri Gombak.

Ketika satu kereta ke Tampin berceramah - beliau akan terus bercerita tanpa ditanya. Dari cerita JKKK hingga le ke cerita hal Mahathir.

Jika beliau jumpa Bakak Hak, beliau akan bertanya di mana Mat Zain Janggut. Huru hara Zain pi jumpa dia, rupa-rupanya tiada hal penting pun. Nak tau cerita kelakar tu, taliponlah Mat Zain Janggut 013-363 4044.

Ketika jumpa Hj Nan Ayam atau YB Nasir Kuala Kedah, beliau akan bertanya mana Imam - maksudnya di mana Mat Sabu le. Dia tahu kekawan Mat Sabu panggil Mat Sabu tu Imam. Jika dia nak buat ceramah besar di Kedah, beliau sendiri yang talipon Mat Sabu. Mana mampu Mat Sabu menolaknya. Maka huru haralah jadual ceramah Mat Sabu termasuk di kawasan saya sendiri di Tampin....

Begitulah Ustaz Fadhil - dia tau siapa baik dengan siapa.

Macam lagu P.Ramli - dimanakah kau ku cari ganti...

1 comment:

Zaipul said...

Terima kasih kerana share cerita-cerita macam ni Abang Ali. Tak ramai orang yang nak kongsi cerita macam ni dlm internet tentang Allahyarham Ust. Fadhil. Saya sendiri pun ada pengalaman lebih kurang macam tu jugak. Allahyarham dulu suka minum di Restoran Hj. Tapah dekat Pasaraya Ong Tai Kim. Beliau memang ramah bertegur sapa dengan orang-orang yang bertemu beliau di Restoran tersebut.