Friday, June 26, 2009

SEMBANG DALAM KERETA

Semalam saya berkereta dari KL dengan sahabat lama Hj Nazarudin dan 2 orang sahabatnya dari Jerantut ke Tampin.

Antara banyak perkara yang disembangkan ialah cerita pilihan raya umum yang lalu. Sahabat Nazarudin ini memang rapat dengan runner Umno ketika pilihan raya. Menurut beliau duit belanja pilihan raya tak ada masalah. Minta sahaja dari Bendahari Kawasan. Jika Bendahari Kawasan habis minta sahaja dari Bendahari Negeri. Jika duit Bendahari Negeri habis, minta sahaja dari JJ. Ha ha. Depa bagi duit dalam beg, tak pernah kira pun.

Pernah sekali seorang runner pergi mengambil duit dari JJ, dilemparkan sahaja beg tanpa kiraan. Bila duit itu diserah ke wakil kawasan pun tak dikira. Terasa rugi pula sang runner itu, mengapa tak ditol duit tu terlebih dahulu.

Walaupun wang belanja pilihan raya melimpah kata sahabat Nazarudin itu tetapi ianya tak sampai ke bawah untuk petugas pilihan raya atau jika sampai pun, ianya tak berbaloi. Maka berlakulah tidak puas hati di peringkat bawahan. Maka berlakulah pengkhianatan atau mereka tak bekerja keras untuk partinya....

No comments: