Thursday, June 11, 2009

PASCA MUKTAMAR - 4

Muktamar kali ini melihat keseriusan dan kesungguhan Dewan Ulama Pas(DUP) membahaskan usul yang berkaitan dengan kepimpinan parti. Semua orang tahu bahwa DUP selama ini dilihat lembab dalam memberi respon terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Islam dalam negara ini. Malah jarang benar kita mendengar mereka berkumpul membincangkan solusi islam dalam kes-kes semasa misalnya kes murtad, kes anak bukan islam yang penjaganya masuk Islam dan lain-lain.

Tetapi apabila Husham Musa dan Mohamad Sabu menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas, maka DUP menganjurkan Konvensyen Ulama menjelang beberapa hari muktamar akan diadakan sebagai usaha berkempen memenangkan Nasharudin. Ketika muktamar DUP, lahirlah usul hanya ulama sahaja yang berhak dan layak memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas. Isu Altantunya, Dun Perak, SIS, Kerajaan Perpaduan langsung tak menjadi perhatian DUP.

Ulama Pas mengaum apabila jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan diisi oleh kumpulan bukan ulama. Ketika Mustafa Ali melawan Hasan Shukri langsung tak timbul isu ini. Nampak sangat ini bukan isu ulama atau tak ulama tetapi isu pro Unity Govt atau tidak. Nasharudin mewakili golongan pro Unity Govt. Dan golongan ulamaklah dilihat majoriti menyokong Unity Govt ini. Kenyataan Naib Presiden Pas yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Mat jelas menyokong cadangan Hj Hadi ini secara tak langsung. Dan saya pun yakin kawan baik saya Ustaz Idris Ahmad pun tak berani lawan usul Hj Hadi ini demi walak dan maslahah...

2 comments:

Atuk Banjar Masin said...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

tintadesa said...

adakah melayu Islam atau umat Islam tanpa mengira kaum..seperti nas, hanya takwa sahaja.. kalau dikira melayu walaupun Islam itu sudah dianggap Asobiayah juga. Sebab Islam hanya ada takwa tak kira hamba Habshi.. Kerajaan Perpaduan adalah satu langkah ke atas asobiyah yang paling ditakuti.. dan malangnya kita hampir terbawa2.. moga2 dipinggirkan daripada umat ISlam kita akan istilah perpaduan yang membawa kepada kebangsaan dan asobiyah..