Friday, June 12, 2009

SEBUAH PUISI KERAJAAN PERPADUAN

Oleh: Yassin Salleh

Getiknya Aku

Dulu PAS kata
UMNO semua tak betul
pemimpin UMNO rasuahlah,
menteri UMNO jahatlah
menteri besar UMNO samsenglah
Wanita UMNO tak tutup auratlah
Pemuda UMNO tak beradablah
bini orang UMNO bunuh oranglah.

Macam-macam pemimpin PAS
kata kat orang UMNO
pendek kata kalaulah PAS
dapat memerintah negara
berduyun-duyunlah orang UMNO
yang kudung tangan
orang UMNO yang dikerat lidah
orang UMNO yang dibotakkan kepala
orang UMNO yang direjam
sampai mati isy!

Bagi PAS
jahat sungguh orang UMNO
sekarang ni PAS
tiba-tiba dapat wahyu
orang UMNO semuanya baik
tak jahat, tak rasuah, tak mencuri
tak menyamun, tak khianat, tak menipu
tak berzina, tak bom orang,
tak gadai negara
takde yang mungkar
semuanya makruf belaka.

Kalau tidak wajib mustahil
PAS sudi nak comolot dengan UMNO
ajak tubuhkan kerajaan perpaduan
getiknya aku!

2 comments:

DR 1221 said...

Sekarang DAP sudah dapat berkuasa secara total di P Pinang. Walaupun PAS ada satu kerusi DUN, tetapi PAS tercampak seperti sampah hanyut. Kerana DAP sudah cukup kuat - bantuan PAS tidak diperlukan.

Di Negeri Perak, oleh kerana DAP tidak cukup kekuatan untuk memerintah secara total, maka PAS terpaksa mereka persetujui dilantik Menteri Besar. Sedangkan pada mula nya mereka berkeras tidak mahu PAS dilantik MB Perak. Baginda Sultan lah pada akhirnya memberi kata putus bahawa PAS mesti dilantik sebagai MB Perak.

DAP memang ada menyimpan niat buruk terhadap melayu/Islam. Kambing pujaan anda telah berkata: "Langkah mayatnya dahulu kalau mana2 pehak mahu jadikan Malaysia Negara Islam". Adakah PAS buta dan tuli?

Putra IJ80 said...

Jawapan

SEBUAH PUISI KERAJAAN PERPADUAN
Oleh: Yassin Salleh

Getiknya Aku
Kenapa begitu?

Dulu PAS kata
Menegakkan Islam di Malaysia malah di Dunia

UMNO semua tak betul
Kerana pemimpinya dari kalangan setan Gondol

pemimpin UMNO rasuahlah,
Mencari kekayaan dgn Jalan Mudah

menteri UMNO jahatlah
Kerana mereka tidak mementingkan maruah

menteri besar UMNO samsenglah
Kerana kuasa mereka lupakan Allah.

Wanita UMNO tak tutup auratlah
Kekuatan iman masih rendah

Pemuda UMNO tak beradablah
Akibat sebelum ini mereka hapuskan pelajaran sivik di Serkolah

bini orang UMNO bunuh oranglah.
Semua orang kampong sudah tahu dah

Macam-macam pemimpin PAS
Yang Baik yang beriman dan tak ada yang ganas

kata kat orang UMNO
Mengekalkan kuasa bertindak secara sambarono

pendek kata kalaulah PAS
Senantiasa meletakan ISLAM di atas

dapat memerintah negara
Alquraan dan Hadis jadi panduan Utama

berduyun-duyunlah orang UMNO
Bertaubat dan tidak lagi pergi ke Kelab exclusive serta Disco.,

yang kudung tangan
Reda dgn hukum Tuhan

orang UMNO yang dikerat lidah
Yang mendahului senarai nya Aunty Fidah

orang UMNO yang dibotakkan kepala
Geng Toyol di Selangor dan Kuncu kuncu nya

orang UMNO yang direjam
Tak kira masa tak kira jam

sampai mati isy!
Baru lah keamanan dapat di nikmati,isy!

Bagi PAS
Islam tetap di atas

jahat sungguh orang UMNO
Menjadikan Pak Polisi Mahkamah di bawah payung UMNO

sekarang ni PAS
Mendapat sokongan teratas

tiba-tiba dapat wahyu
Jaga perkataan kerana Nabi saja yang dapat Wahyu.

orang UMNO semuanya baik
Bersangka buruk tidak baik

tak jahat, tak rasuah, tak mencuri
tak menyamun, tak khianat, tak menipu
Allah lebih tahu.

tak berzina, tak bom orang,
Dari dulu kini dan selama lamanya mereka kaki temberang.

tak gadai negara
Kecuali kat Singapura

takde yang mungkar
Dan yang sukar

semuanya makruf belaka.
Begitu lah andaian kita

Kalau tidak wajib mustahil
Semua nya bergantung pada bukti dan dalil

PAS sudi nak comolot dengan UMNO
Tak de pon riaksi dari pemimpin UMNO

ajak tubuhkan kerajaan perpaduan
Biar lah Allah yang menentukan

getiknya aku!
Ada hikmah Allah yang kita tak tahu.

He!he!jgn maree!!!!!!