Wednesday, June 10, 2009

PASCA MUKTAMAR - 3

Ketua Dewan Ulama, Ustaz Harun Taib berterus terang semasa menggulung perbahasan ucapan dasar bahwa beliau boleh bagi dalil pro dan kontra bagi sesatu isu. Maka beliau pun mengemukakan dalil boleh bersama dengan Umno dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran berkaitan dengan dakwah.

Ahli di bawah dewan bukanlah terlalu bangang sangat untuk menilai hujah Harun Taib. Ahli di bawah tak pernah menolak nak berdakwah dengan siapa pun hatta kepada firaun sekalipun. Yang ahli bawah tak mau ialah nak berkongsi kuasa bersama dengan Umno untuk memerintah dalam negara ini kerana selama ini Pas berhujah bahawa Umno perlu digantikan dengan Pas. Mungkin Pas kini sudah ada dalil Unity Govt antara Abu Jahal dengan Nabi Muhammad saw agaknya..

Kitab politik Pas bertukar lagi. Moga-moga Hj Hadi dan Harun Taib tidak menjadi ulama terakhir yang dipercayai oleh ummah...

Bagi rakyat biasa bukan ahli Pas, jika Pas nak bersama dengan Umno, maka tmereka tak payahlah beria-ia nak menyokong dan berkorban untuk Pas lagi....Memadailah dengan menyertai Umno sahaja - tak perlu pening kepala, tak habis duit kocek, tak kena pindah, tak hilang tender dan alangkah enaknya berkawan dengan sang pemerintah yang sedia ada.

2 comments:

tintadesa said...

saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Mustaffa Ali di dalam Harakah Daily yang di tulis oleh Sdr Rashidi. sepatutnya Presiden dan Timbalannya adalah sewajarnya menegaskan seperti mana yang dibuat oleh Mustaffa Ali itu.. saya sehingga kini masih belum melihat dimana adanya kenyataan itu bagi pihak presiden pas sendiri. segerakan tindakan dan jangan sampai ahli pas mengemukakan tindakan mansuhkan Perpaduan (TMP)menjadi gabungan (GTMP).. hancurkan UMNO sama sekali..

tintadesa said...

sekali lagi saya ingin melontarkan pandangan tida puashati secara berdasarkan nas.. bahawa kenyataan Tuan Ibrahim di dalam harakah daily. seperti yang saya nyatakan sebelum ini.. adalah terlalu naif sekiranya kita bercakap soal penjelas secara terbuka tentang apa yang dicadangkan dan dikeluarkan oleh Presiden dan penarikannya semua sebelum ini. namun ketika ini ahli pas perlukan penjelasan..dengan lebih lanjut dan saya ini bertanyakan kepada Naib Presiden ini .. sudahkan Presiden dan Timbalanya mengeluarkan kenyataan secara jelas dan bersungguh2 tanpa ada lagi isu bicara kelambu selepas ini.. apakah jaminannya... sebagai ahli parti .. janganlah kita berbicara soal kebebasan bersuara dan berpendapat tetapi menutup arena ini kepada ahli itu sendiri.. jelaskan segera.. ini kehendak rakyat.. dan bukan lagi ahli parti... saya menggesa keluarkan kenyataan..