Tuesday, June 9, 2009

PASCA MUKTAMAR - 2

Sokonglah pemimpin dari kumpulan ulama dalam Pas walaupun induvidu itu ada kelemahan dan kesalahan - itulah rumusan pemikiran pimpinan atasan Pas dan sebahagian pembahas /perwakilan dalam muktamar Pas.

Maka ulama Pas sudah jadi paderi - tetap kena sokong atau dipatuhi walau pun penipu. Maksud kepimpinan Ulamak Pas telah digunakan secara semborono untuk mempertahankan pimpinan Pas tertentu walaupun pimpinan Pas tersebut mulai tergelincir dari landasan perjuangan. Dengan mengguna istilah walak, jamaah, husnul zon - anggota bawah Pas dikelirukan dan dicucuk hidung dan akalnya...

Teras konsep kepimpinan ulamak dalam Pas ialah Majlis Syura Ulama - semua dasar dan strategi politik yang berkait rapat dengan dasar akan ditentukan oleh Majlis Syura Ulama. Tak semua insan yang dikatakan ulamak dalam Pas ada bakat kepimpinan, cerdik, bijaksana, berintegriti, berani dan bersih untuk menjadi seorang Presiden dan Timbalan Presiden. Kok nanti ada ulamak jahat berlindung dalam jubahnya....

6 comments:

Anonymous said...

ulama kalau dah rosak akan membawa kerosakkan yang lebih banyak,malangnya ada orang2 PAS terlalu memuja Ulama tanpa mengenali mereka dengan sebenar2nya..aku sokong kenyataan Ulama PAS sudah jadi macam paderi,dipergunakan utk mempertahankan pimpinan tertentu,selepas ini rasanya bolehlah Ulama mengampunkan dosa pimpinan tersebut pula..

Gedung Akal said...

Tuan,
Bagi PAS ulama’ adalah rujukan teras dan tidak kiralah ulama itu pemikirannya konservatif, fundamental atau moderat hatta 'sekularis tanpa sedar' (mudah-mudahan tiada).
Dalam konteks ini pada PAS ulama’ itu maksudnya yang layak dipanggil ustaz atau tuan guru, manakala sisi lain bincang kemudian dan itu adalah muktamad.
Sila baca lagi dalam web aku http://gedungakal.blogspot.com

tintadesa said...

Bersambung lagi :

Saya menyeru kepada PRESIDEN PAS & PIMPINAN yang baru dilantik,, keluarkan kenyataan bahawa PAS sudah tidak akan lagi meneruskan Perbincangan apa cara sekalipun dengan UMNO dan BN. Perihal ini perlu diperjelaskan .. Kepada Wartawan HARAKAH sila buat pertemuan dengan PRESIDEN dan dedahkan kenyataan2nya.. dan HARAKAH hendaklah mengulang kenyataan ini seberapa lama yang perlu agar UMNO tidak lagi mempermainkan PAS seperti budak baru masuk KOLEJ atau dalam minggu OREIENTASI..(TEGASlah wahai PRESIDEN). jangan sebut lagi istilah perpaduan. dan Jangan berdiam diri macam sekarang.. sebab saya tidak melihat adanya kebaikan dalam hal ini. Sejarah RASUL dah menjadi panduan dakwah seperti FATHUL MAKKAH. puak2 UMNO ni memang Jahiliyah dari Jahiliah. Sekiranya PRESIDEN tidak mengeluarkan kenyataan secara tegas dan tidak mengulangi sikap nak Berpadu dengan UMNO. maka saya secara rela akan meneruskan perjuangan membanting tulang ke arah PAS SEBAGAI MENERAJUI PERUBAHAN.. sekiranya tidak, maka ditakuti ia menjadi momokan UMNO bagi meraih sokongan di manik urai dan PRU 13... .. akhirnya akan melemahkan ikatan PAS dan PR.

kembara putih said...

Bertuah sungguh Ustz Nasharuddin, walaupun perform teruk, tiada wawasan dan tidak karismatik terus memegang jawatan Timbalan Presiden PAS, semata-mata beliau dari golongan ulama'. Awas.. menentang Nasharuddin bererti kita menentang dan ingin menghapuskan golongan ulama' di muka bumi ini.

Unknown said...

ulamak ada lah penawar dan juga racun bagai mana kita nak huraikannya

Unknown said...

Berulangnya perang sifin dan kembalinya semagat KARBALA.Sejarah islam tetap berulang walau lita tidak menyukainya