Wednesday, June 24, 2009

AGENDA PR SELEPAS UG

Selepas heboh isu UG, apa agenda PR sehingga PRU 13. Ada beberapa isu utama iaitu:

1. Gerakan Mansuhkan PPSMI

2. Gerakan Mansuhkan ISA

3. Gerakan membebaskan sistem kehakiman yang dikuasai eksekutif.

4. Gerakan Bersih - hapuskan undi pos dan pembersihan senarai pengundi hantu.

Fokus, fokus, fokus!!!!!

5 comments:

Anonymous said...

Betul..semua kena fokus, Kita harap Salehuddin Ayub atau Mahfuz Omar akan memimpin kita, takkan Mat Sabu lagi kut? dia AJK PAS Pusat saja sekarang ni..

tok iskandar said...

ada sumber dalam umno memberitahu antara sebab umno ghairah membentuk kerajaan perpaduan dengan PAS kerana DUN Perak bakal dibubarkan tidak berapa lama lagi.
najib terpaksa berbuat demikian kerana desakan pelabur asing yang ingin melihat kestabilan politik terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk melabur di negara ni.
sibuklah one malaysian dan timbalannya two malaysian ke sana ke mari untuk menonjolkan imej bersih umno.
apabila PR menolak idea yang akan menguntungkan umno ini,najib sangat kecewa yang amat sangat.keesokan harinya akta dna 2008 dibentangkan di parlimen.apakah satu kebetulan atau bertujuan untuk menghukum anwar yang akan menghadapi perbicaraan di mahkamah pada 8 julai terpulanglah kepada rakyat untuk menghakiminya.

seorang penganalisis politik meramalkan anwal bakal di penjarakan dan gerakan reformasi akan memasuki fasa kedua.kali ini umno dan BN akan tumbang dek kebangkitan rakyat yang tidak kunjung padam.

one malaysian akan tinggal kenangan.two malaysian pula tak boleh berangan nak jadi one malaysian.rakyat bertepuk tangan kerana sandiwara umno telah tamat.

orangkampung said...

Salam,

Rasa nya payah nak fokus ni ...

La ni PM pun tengah memancing semula ....

Bagus rasa nya tawaran tu ...

Lumayan ......

pemimpinrakyat said...

Dalam cerita UG, kita pandang adalah fitnah umno/bn....tetapi selain itu juga bagaimana berpunca dari dalam...kita tak kaji...TGHA menjadi mangsa.....sebenarnya idea ini bukan dari TGHA.....2 orang yg berperanan bersungguh2 iaitu Ustaz Nasha dan Mustapha Ali....kejap cakap A, kejap cakap B....kejap cakap C....akhirnya yang menjadi mangsa TGHA dan TGNAA

Kalau kita cakap itu strategi pemimpin...lain kali kita bincang....tapi sekarang kita tak sedar 2 orang nie.....adakah di "plan"kan utk menggodam PAS dari dalam? mungkin tak benar...tapi kita check.....Dan saya menyokong kedua TGHA dan TGNAA ...kerana mereka berdua dapat menyelamatkan keadaan...

Kenapa Ustaz Nasha di plan utk melawan keluar Ustaz Hassan Shukri....bukankah Ustaz Hassan Shukri juga Ulama? kenapa perlu berlawan sesama ulama..kalau masa tu Ustaz Hassan masih mampu dan waras...jadi digunakan hal Kohilal utk menjatuhkan dia...kenapa pula Ustaz Harun Taib berlawan utk ganti Timbalan Presiden sessi 2007, kenapa ulama perlu berlawan dengan ulama lagi....dan kenapa kali ini pula Husam dan Mohamad Sabu bertanding untuk berlawan dengan Ustaz Nasha?

Sejak bila TV3, Utusan Malaysia berminat dan membela serta memberi ruang kepada Ustaz Nasha nie.....kita kata kita tak percaya dan boikot kedua media tu?

Tapi duri dalam daging sebenar...kita kena siasat...bukan untuk memecah belahkan parti atau ahli2 kita....sebab kita bercakap kerana kita sayangkan parti kita....adakah betul ada atau tidak?....kenapa Ustaz Nasha sekarang hilang....dah berapa hari tak datang parlimen? Dia ke mana? hanya muncul dalam sessi jumpa TGNAA masa tarik balik dakwaan hari tu.....lepas tu hilang, mesyuarat AJK Pas Pusat pun tak hadir.....kenapa takut? kalau berani kerana benar...muncullah....segala apa yg berlaku tak perlu takut sebab dia benar....berhujah lah dengan kenyataan kebenaran....kalau TGNAA salah (sebab ada orang kata TGNAA dah nyanyok macam penghujung hayat Imam Bukhari).....

Dan kenapa pula setiausaha akhbar TGHA dipecat? mana pergi Roslan SMS....apa kaitan mereka berdua.....? Kenapa Roslan SMS dikeluarkan dari YDP Kelana Jaya oleh ahli2 di kawasan itu?

Dalam kemenangan PR2008 dan PRK akhir2 ini kita dimenangkan oleh ALLAH dengan cara ALLAH mengubahkan hati2 Cina dan India kepada menyatakan sokongan kepada kita...(tak kiralah kalau ini strategik politik mereka) tetapi boleh ke jadi kalau bukan kuasa ALLAH untuk mengubah hati2 mereka? dan sekarang nie hati mereka mula kendur kepada kita, kita tak dapat nafikan....pergilah buat study dan tanya kepada Cina dan India satu Malaysia....mereka udah mula "cuak" dengan PAS...."hati mereka terluka dan kepercayaan mula kurang" atas cerita UG ini....

Adakah ini kita katakan kesilapan strategik kepimpinan (Ustaz Nasha atau Mustapha Ali) yang ahli tak faham apa maksud sebenar UG ini.....atau ianya di "plan" kan oleh orang luar yang lebih pandai ber "strategik" untuk memporak-perandakan PAS?

Strategik apa yg digunakan? kerja amal jamaei apa yg dia ikut.....?Tarbiyah marhalah takrif dan takwin mana yg dia guna....kerana dia .....PAS telah porak peranda sekejap.....?

Kalau betul kesilapan Ustaz Nasha....dia kena dan wajib untuk letak jawatan.....demi memulihkan imej PAS dan meredakan kekalutan serta pandangan serong kepada PAS....dia boleh jadi ahli biasa....pulihkan imej dirinya dulu baru nanti dia naik semula....

Wallahu A'lam

Semuga kita menjadi orang yg berfikrah dan beramal......

Kemaafan dipohonkan pada semua..yang tersentuh dan terguris....

Salam Perjuangan Demi Memartabatkan Islam

Allahu Akbar, Allhu Akbar, Allahu Akbar

Bulan Penuh 2012 said...

Fokus pada Rosmah Bom!